Anda di halaman 1dari 6

ANGKA GILIRAN : 2019182340162 SJHK3033

BAHAGIAN A

( 100 markah )

Jawab semua soalan.

1. Pemikirannya dipengaruhi oleh humanis Barat. Karya-karyanya mewakili suara


rakyat yang memperjuangkan hak kebebasan setiap individu. Kritikan yang lantang
terhadap pemerintahan raja-raja Melayu ke atas rakyat sendiri. Penulisannya cuba
untuk membuka minda masyarakat sezaman yang leka dan taksub dengan
kepercayaan karut - marut serta khurafat. ( Kassim Ahmad, 2004)

Perincikan aspek kritikan sosial terhadap masyarakat Melayu yang digambarkan


dalam teks Hikayat Abdullah karya Munsyi Abdullah.

[600 patah perkataan: 30 markah]

Aspek kritikan sosial terhadap masyarakat Melayu yang digambarkan dalam teks
Hikayat Abdullah karya Munsyi Abdullah yang pertama adalah kritikan terhadap kebodohan
orang Melayu yang masih mengamalkan kepercayaan karut-marut. Antara adat “menjual
anak”. Abdullah Munsyi juga tidak bersetuju dengan kepercayaan orang Melayu yang terlalu
percaya kepada kepercayaan ini yang mengakibatkan penjualan anak sendiri. Contohya,
Abdullah sendiri dijual oleh kedua-dua ibu bapanya kepada orang kerana dikatakan bahawa
Abdullah tidak sama dibela oleh orang tuanya kerana nama yang dibawanya sangat berat
dan besar sehingga menyebabkan pelbagai penyakit melanda dirinya. Mereka mempunyai
kepercayaan pelik dengan mempercayai bahawa nama seseorang juga mempengaruhi
kesihatan seseorang sekiranya nama yang diberikan itu tidak sesuai dengan tubuh anak.
Perbuatan menjual anak sendiri ini merupakan perbuatan yang bertentangan dengan ajaran
islam. Berdasarkan hukum beramal dengan khurafat, segala amalan dan kepercayaan yang
tidak berdasarkan sumber- sumber yang asal seperti al-quran, al-hadis, Ijma’ dan Qiyas
adalah ditolak oleh Islam. Aspek kritikan sosial ini wajar dilakukan kerana kritikan ini akan
membuka mata orang melayu supaya mengubah mentalitinya serta dapat memajukan diri
supaya menjadi manusia yang berfikiran terbuka. Selain itu, orang Melayu juga terlalu
percaya kepada perkara Tahyul yang membelakangkan kuasa Allah S.W.T. Dalam karya
Munsyi Abdullah, beliau begitu kuat menentang adat dan kepercayaan karut ini yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Perkara ini sewajarnya tidak harus diikuti oleh
masyarakat Melayu kerana kepercayaan itu akan menjadi halangan kepada kemajuan
bangsa Melayu. Dalam karya ini dikatakan bahawa punca kejumudan adat dan kepercayaan
karut-marut ini adalah kurangnya beriman terhadap Allah dan Rasul. Karya ini juga
mengkritik orang Melayu yang mempercayai hantu syaitan yang diberi pelbagai nama iaitu
ANGKA GILIRAN : 2019182340162 SJHK3033

hantu, syaitan, mambang, hantu mati dibunuh. Mereka juga mengamalkan dan
mempercayai pelbagai ilmu yang boleh membahayakan nyawa manusia seperti ilmu
penunduk, kebal, kesaktian dan sebagainya. Karya ini juga mengkritik kepercayaan
perbomohan dan pawang dalam Hikayat Abdullah. Kebanyakkan orang Melayu pada zaman
itu mempercayai bomoh. Mereka melakukan perkara yang mensyirikkan Allah. Bomoh
adalah kebolehan untuk melaukan sesuatu dengan menggunakan kuasa ghaib dengan
mengunakan jampi, mantera dan lain-lain. Banyak wang telah dihabiskan ke jalan tersebut
disebabkan pelbagai tujuan oleh masyarakat Melayu. Antara tujuannya adalah untuk
memberi upah akan orang yang berbuat segala perkara bohong dan sia-sia itu masing-
masing dengan kehendaknya. Oleh hal yang demikian, karya ini mengkritik tindakan orang
Melayu ini dengan mengatakan masyarakat Melayu telah ditipu dan diperbodohkan oleh
pawang tersebut. Karya ini turut menentang perbuatan Khurafat sebegini. Selain itu, karya
ini juga tegas mengkritik orang Melayu yang mempercayai ilmu falak dan tidak mempercayai
bahawa bumi ini bulat. Orang Melayu juga mempercayai bahawa peristiwa gerhana bulan
disebabkan bulan dimakn oleh Rauf (ular). Dalam karya ini, di sebalik kritikan, beliau
menyeru masyarakat supaya memandang sesuatu peristiwa yang berlaku secara rasional
dan berpegang teguh kepada kuasa Allah.

Selain itu, kritikan terhadap orang Melayu dari aspek sosial adalah orang Melayu yang
bersikap tidak berusaha untuk mengajarkan bahasa mereka sendiri. Masyarakat Melayu
pada zaman tersebut menganggap dan memandang remeh tentang bahasa mereka sendiri
iaitu bahasa Melayu. Orang Melayu juga tidak mengambil berat tentang bahasa Melayu.
Pandangan dan sikap orang Melayu yang mengabaikan bahasa Melayu ini menjadi perihal
utama untuk mengkritik bangsa Melayu pada zaman tersebut. Oleh hal yang demikian,
masyarakat melayu perlu mempelajari bahasa Melayu dan rajin menuntut ilmu kerana
bahasa Melayu mempunyai keistimewaan sendirinya. Selain itu, aspek kritikan sosial
terhadap masyarakat Melayu yang digambarkan dalam teks Hikayat Abdullah sikap orang
Melayu yang tertutup dengan ilmu yang dibawa oleh Inggeris. Karya ini juga turut mengkritik
tentang perbuatan jual beli hamba yang sangat aktif dijalankan di Tanah Melayu pada waktu
tersebut. Tegasnya, perkara-perkara ini merupakan kritikan dari aspek sosial terhadap
masyarakat Melayu yang digambarkan dalam teks Hikayat Abdullah karya Munsyi Abdulah.
Kritikan seperti ini akan membuka minda masyarakat sezaman yang leka dan taksub
dengan kepercayaan karut - marut serta khurafat. ( Kassim Ahmad, 2004).
ANGKA GILIRAN : 2019182340162 SJHK3033

2. Minda orientalis dalam kalangan masyarakat kulit putih Eropah dan Amerika Utara
dibentuk oleh sistem pemikiran, kepercayaan dan ideologi Barat ketika mereka
menjajah kawasan “oriental” - iaitu satu jolokan untuk kawasan Asia termasuklah
Alam Melayu. ( Kamaruddin Md. Said, 2007)

Bahaskan dengan mengemukakan hujah-hujah yang releven tujuan penulisan kolonial


dalam konteks pensejarahan Malaysia.

[600 patah perkataan: 30 markah]

Tujuan penulisan kolonial dalam konteks pensejarahan Malaysia adalah untuk


mengangkat penjajahan Kolonial di Tanah Melayu. Penjajahan Eropah ke Timur seringkali
berselindung di sebalik usaha mentamadunkan manusia di Timur. Oleh itu, adalah penting
dan signifikan kepada penjajah Kolonial dalam membuktikkan kegiatan pentadbiran mereka
di Tanah Melayu dianggap mampu membawa kemodenan dan ketamadunan di Tanah
Melayu dari segi kemajuan ekonomi, pendidikan, infrastruktur dan sebagainya. Bagi
membuktikkan kejayaan pentadbiran mereka, penulisan kolonial adalah penting dalam
memperincikan segala pencapaian yang telah dilaksanakan oleh pentadbiran mereka di
Tanah Melayu. Tulisan ini juga secara tidak langsung membantu mengangkat martabat
bangsa Inggeris sebagai bangsa yang dianggap paling bertamadun dan berkuasa di dunia
ketika itu. Contohnya, dalam penulisan Frank Swettenham (1907), dalam buku British
Malaya telah menggambarkan bagaimana beliau cuba menunjukkan kemampuan
pentadbiran kolonial di bawah beliau sebagai Gabenor di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
(NNMB) pada waktu tersebut. Penulisan- penulisan yang dikarang juga banyak bersifat
sentrik Eropah. Contohnya, banyak memaparkan mengenai sumbangan positif pihak
kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu, mengutamakan seseorang tokoh atau segala
kepentingan barat dan sebagainya.

Selain itu, tujuan penulisan kolonial juga adalah untuk membuat kajian terhadap
masyarakat tempatan. Penulis Barat yang terdiri daripada para pegawai kolonial dilihat
sangat membantu perkembangan pensejarahan di Malaysia dalam mencakupi pelbagai
aspek yang tidak ditekankan oleh pensejarahan tradisional Melayu seperti kebudayaan,
amalan, adat resam dan cara hidup masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada
masa yang sama, para pegawai kolonial di Tanah Melayu juga telah menyumbang kepada
penulisan jurnal dalam pelbagai aspek berkaitan masyarakat di Tanah Melayu dari segi
bahasa, budaya, sejarah dan sebagainya dalam jurnal keluaran khas yang dikenali sebagai
Journal of the Royal Asiatic Society. Antara pegawai yang banyak menyumbang kepada
kajian terhadap masyarakat tempatan termasuklah Stamford Raffles yang banyak mengkaji
ANGKA GILIRAN : 2019182340162 SJHK3033

tentang naskah undang-undang Melayu, R.O Winstedt yang menkaji mengenai masyarakat
Melayu berkenaan kegiatan ekonomi mereka, R.J Wilkilson yang mengkaji masyarakat
Perak dan Undang-undang 99 Perak, J.M Gullick yang banyak menulis masyarakat
tempatan ketika era perjuangan kemerdekaan da lain-lain lagi. Mereka ini turut menjelaskan
pandangan mereka terhadap masyarakat Tanah Melayu dalam penulisan Mereka.

Tujuan penulisan kolonial yang seterusnya adalah untu membuat laporan dan untuk
tujuan Rasmi. Hal ini dapat membuktikkan bahawa, sebahagian daripada penulisan
terhadap peristiwa sejarah dibuat atas tujuan rasmi iaitu untuk melaporkan sesuatu peristiwa
kepada pihak pentadbiran kolonial British. Pegawai kolonial British yang berhubung terus
dengan Pejabat Tanah Jajahan di London memerlukan mereka untuk melaporkan sesuatu
peristiwa kepada pegawai atasan. Sebagai contoh, penentangan Tok Janggut di Kelantan
telah dilaporkan oleh pegawai British dan beliau diangap sebagai seorang penderhaka. Teks
sejarah yang dihasilkan juga biasannya terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British.
Penulisan yang dihasilkan juga menghuraikan peranan dan kejayaan pihak imperialis British
di Tanah Melayu. Penulisan kolonial ini bertujuan untuk menjelaskan dan untuk
memperkukuhkan kenyataan dan sumbangan positif pihak British dalam penulisannya yang
bersifat sentrik Eropah.

Selain itu, tujuan penulisan kolonial juga adalah untuk memahami masyarakat
tempatan. Para pegawai kolonial mengkaji dan menulis berkaitan dengan penduduk
tempatan adalah disebabkan keinginan mereka untuk lebih memahami tentang masyarakat
tempatan d Tanah Melayu pada ketika itu. Sebagai contoh, R.O Winstedt telah melakukan
pelbagai kajian sesuai dengan kedudukanya sebagai seorang pegawai pendidikan di Tanah
Melayu pada ketika itu dalam memahami kebudayaan dan adat resam masyarakat Melayu
di Perak. Selain itu, tujuan peulisan kolonial adalah untuk tujuan Ilmiah. Sejak era
Renaisance, kemunculan universiti-universiti di Eropah telah menggalakkan lagi kegiatan
keilmuan di Eropah. Kemunculan Universiti dengan keilmuan moden menyebabkan
masyarakat Eropah menjadi sebuah masyarakat yang berilmu. Oleh itu, tujuan penulisan
oleh sebahagian tokoh kolonial di Tanah Melayu adalah untuk memenuhi keperluan ilmiah di
negara mereka. Sebagai contoh menurut Kamaruddin Md. Said (2007), kajian dan penulisan
R.O Winstedt berkaitan adat perbomohan di Tanah Melayu pada masa itu adalah untuk
memenuhi tesisnya yang bertajuk Shaman, Shaiva and Sufi : A Study of the Evolution of
Malay Magic.

Di samping itu, tujuan penulisan kolonial adalah untuk penubuhan bernama Straits
Branch of Royal Asiatic Society (SBRAS). Ketika menguasai negeri-negeri selat (NNS),
pentadbiran kolonial di Singapura pada ketika itu telah menubuhkan satu persatuan
ANGKA GILIRAN : 2019182340162 SJHK3033

bernama (SBRAS) yang dianggotai oleh para pegawai kolonial di NNS. Tujuan penubuhan
ini adalah untuk mengumpul segala maklumat yang berkait dengan NNS dan negeri-negeri
Melayu sekitarnya sebagai dokumentasi dan penyelidikan terhadap masyarakat dan segala
hal yang berkait dengan Tanah Melayu. Sehingga kini, SBRAS muncul antara pertubuhan
yang aktif menerbitkan jurnal berkaitan sejarah dan informasi berkait dengan Malaysia dan
kini dikenali sebagai MBRAS.
ANGKA GILIRAN : 2019182340162 SJHK3033

3. "Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk mengenepikan


pandangan Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar terlepas dari keadaan
diri sendiri, dari warisan kebudayaannya."
(Profesor Dieter Geyl -Universiti Utrecht)

Berdasarkan penyataan ini, bincangkan sejauh manakah konsep sentrik Eropah


telah mencorak gaya penulisan dalam Pensejarahan Malaysia.

[600 patah perkataan: 40 markah]

Konsep sentrik Eropah telah mencorak gaya penulisan dalam Pensejarahan


Malaysia. Contohnya, gaya penulisan sentrik Eropah adalah lebih mengutamakan dan
menggunakan pendekatan rangka kerja kolonial. Hal ini demikian kerana, gaya penulisan
dalam pensejarahan Malaysia berdasarkan perspektif Barat iaitu berdasarkan konsep
sentrik Eropah. Mereka mempunyai gaya penulisan yang tersendiri dalam pensejarahan
Malaysia. Konsep sentrik Eropah juga telah mencorak gaya penulisan dalam pensejarahan
Malaysia dengan lebih menumpukan terhadap penulisan mengenai politik dan ekonomi
sesebuah negeri. Selain itu, konsep sentrik Eropah telah mencorak gaya penulisan dalam
Pensejarahan Malaysia dengan kewujudan unsur bias. Sebagai contoh, para penulis
pensejarahan kolonial di Tanah Melayu cenderung untuk melakukan penulisan yang dilihat
bias terhadap pentadbiran kolonial yang dianggap sebagai membawa pelbagai perubahan di
Tanah Melayu. Menurut Khoo Kay Kim, hal ini terjadi kerana kebanyakkan pegawai British
telah muncul sebagai pegawai merangkap penyelidik dan penulis kepada pensejarahan
kolonial di Tanah Melayu. Para pegawai British ini pula didoktrinkan dengan satu bentuk
pemikiran, pandangan, penulisan, pemikiran dan penelitian yang direka bentuk oleh
pelbagai institusi pendidikan dan latihan bagi pegawai awam dan swasta kolonial yang telah
membina tanggapan rasmi, formal dan peribadi tentang betapa rendahnya martabat
masyarakat dan budaya barat (Kamaruddin Said, 2007). Indoktrinasi ke atas para pegawai
kolonial di tanah jajahan mereka ini telah menyebabkan segala penelitian dan tulisan
mereka dengan sendirinya akan mewakili sudut pandang dan kepentingan masyarakat
tempatan.

Anda mungkin juga menyukai