Anda di halaman 1dari 6

1

KLIK WEB DBP

ULASAN BUKU

JUDUL : MITOS PERIBUMI MALAS

PENULIS : SYED HUSSEIN ALATAS

PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

HARGA : RM32.00

PENGULAS : JAYMANI A/P SEVANATHAN

Stereotaip merupakan sesuatu perkara yang sangat bahaya dalam sesuatu

masyarakat. Hal ini adalah kerana stereotaip mampu mempengaruhi amalan politik

di sesebuah negara. “Orang Melayu yang malas”, orang Cina yang “dapat disogok”

dan orang India yang “penakut dan suka menipu” adalah antara stereotaip yang

mempengaruhi sejumlah besar penduduk di Malaysia dan Singapura.

Oleh sebab itu, buku ini cuba menganalisis asal usul dan fungsi mitos tentang

peribumi yang dikatakan atau ditafsir sebagai malas dari abad ke-16 sehingga abad

ke-20 di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Penulis juga merungkaikan tuduhan yang

dihadapi oleh masyarakat Melayu, Jawa dan Filipina sebagai bangsa yang malas

bekerja.

Buku yang asalnya bertajuk The Myth of the Lazy Native ini mempunyai dua

belas buah bab. Antaranya ialah Imej Orang Melayu hingga Zaman Raffles, Imej

tentang Kemalasan dan Hakikat Kemalasan, Konsep Kerajinan dan Kemalasan


2

dalam Kalangan Orang Melayu , Revolusi Mental dan Kemalasan Orang Melayu dan

Penyimpangan Watak Orang Melayu. Buku ini umumnya menerangkan mitos

tentang masyarakat peribumi malas yang ditimbulkan oleh orang Barat. Namun,

mereka tidak melakukannya tanpa sebab. Buku ini membongkar punca dan realiti

masyarakat peribumi.

Dalam buku ini, penulis membina beberapa konsep sosiologi untuk

mendefinisikan fenomena yang berlaku ketika itu. Mengungkap doktrin yang

berkembang luas dalam kalangan peribumi, maka penulis telah membawa konsep

ideologi kolonial. Konsep kolonial kapitalisme dibentuk untuk menjelaskan beza

antara kapitalisme Barat dengan kapitalisme yang dibawa masuk oleh para

kolonialis yang telah membawa perubahan yang banyak sekali dalam struktur

peribumi dari aspek monopoli dan dominasi ke atas penduduk peribumi.

Dalam bab pertama, penulis menghuraikan pendapat para pengamat asing

tentang masyarakat Melayu. Jika kita melihat kisah yang dihimpunkan Tome Pires

pada tahun 1512-1515 Masihi, Tome Pires menyatakan bahawa mereka adalah

bangsa yang pencemburu, kerana para isteri orang-orang penting tidak pernah

terlihat di muka umum. Selepas itu, laporan Pires pula disusuli oleh Duarte Barbossa

yang mencatatkan bahawa orang-orang Melayu terkemuka di Melaka adalah

kelompok Muslim yang taat, sangat berbudi bahasa, sopan dan saling menyayangi.

Thomas Stamford Raffles iaitu seorang leftenan Inggeris pula menyatakan orang

Melayu tidak memperoleh tahap pengembangan intelektual yang tinggi. Beliau

merasakan perwatakan bangsa Melayu sebagai primitif dan tidak beradab. Bagi

Raffles, faktor sejarah dan sosiologi yang mempengaruhi orang Melayu untuk

bertindak terhadap kemahuan perseorangan dan menunjukkan nafsu serakah.


3

Dalam bab kedua, penulis memfokuskan dua orang Residen Inggeris yang

banyak menulis mengenai perwatakan orang Melayu iaitu Hugh Clifford dan Frank

Swettenham. Bagi Swettenham dalam bukunya yang pertama kali diterbitkan pada

1906, beliau menggambarkan orang Melayu berkulit sawo matang, agak pendek,

gempal dan kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi. Swettenham juga

merasakan bahawa orang Melayu adalah Muslim fatalis dan sangat mempercayai

tahyul. Baik Clifford mahupun Swettenham menyesali akan kejahilan orang-orang

Eropah terhadap berbagai-bagai persoalan berhubung dengan masyarakat Melayu.

Penulis menyatakan ada berbagai-bagai unsur pokok daripada konsep

kemalasan iaitu tidak ada kecintaan bekerja, tidak ada kemahuan bekerja, tidak ada

kekuatan atau semangat yang ditunjukkan dalam usaha, tidak ada perhatian

terhadap akibat daripada usahanya, tidak ada perhatian pada perolehan daripada

usahanya dan tidak ada perhatian pada keperluan yang mendorong usaha tersebut.

Istilah malas atau dalam definisi oleh Jose Rizal iaitu little love for work and lack of

activity ( kecintaan terhadap kerja yang kecil, kurang kegiatan ) yang menjadi topik

utama dibahaskan dengan panjang lebar oleh penulis. Dalam hal ini, para penulis

kolonial melemparkan tuduhan atau hujah ideologi mereka berdasarkan faktor iklim

dan lingkungan tropika yang dianggap sebagai punca utama kemalasan golongan

peribumi. Pada anggapan mereka, iklim tropika yang lembab dan panas, jangkitan

penyakit serta kemewahan para pemimpin mereka telah menyebabkan rakyat

sengsara - mereka jadi manusia beku tanpa cita-cita.

Pendapat sarjana seperti Clifford ada mengatakan mengenai gambaran

penolakkan kecaman tentang kemalasan orang Melayu. Menurut beliau, pandangan

yang menyatakan golongan Melayu sebagai golongan yang tidak menguntungkan


4

haruslah disangkal sama sekali ini kerana seringkali pandangan Barat

memperkatakan nilai sumbangan imigran Cina sebaliknya dalam konteks ini

sumbangan orang Melayu sering dipekecilkan. Jelaslah disini berlaku ketidakadilan.

Hal ini adalah kerana orang Melayu yang banyak memainkan peranan seperti

mengurus negeri, menjadi anggota polis, pengeluar bahan makanan dan

sebagainya. Namun, apa yang menyedihkan pihak kolonial sering melupakan

sumbangan orang Melayu ini.

Pada bab ini Syed Hussien Alatas cuba menerangkan tentang watak nasional

walhal penceritaan ini telah ada pada bab sebelumnya. Ia cuba menerangkan imej

atau citra yang negatif yang digambarkan oleh kolonial secara sepintas lalu tanpa

mengambil kira keseluruhan atau universalnya. Pada kolonial mereka ini atau lebih

tepat peribumi adalah kalangan yang malas, bodoh, licik, keanak-anakan dan bukan

ilmuan. Tetapi yang menulis itu adalh rahib, pegawai pemerintah, pemilik ladang,

pelaut, tentera, penulis perjalanan popular dan pelancong. Dengan mengambil idea

Clive Daya yang terpengaruh dengan penulisan ini mengatakan ada beberapa

kelemahan iaitu kekeliruan penyamarataan, pentafsiran peristiwa diluar konteks

yang benar , tidak ada ketegasan, prasangka dan dominasi pemikiran.

Dalam konteks perbincangan ini dengan jelasnya dapatlah disifatkan bahawa

mitos peribumi malas yang diusulkan oleh pengarang buku ini nyatanya terdapat

kebenarannya. Ini dikatakan demikian memandangkan terdapat beberapa bukti yang

menjelaskan bahawa kemalasan yang dilabelkan kepada peribumi Melayu dirantau

Asia itu adalah tidak berasas. Penjelasan ini jelas terbukti melalui beberapa

pandangan tokoh yang dimuatkan dalam buku ini. Sebelum itu perlu dijelaskan

bahawa sesungguhnya penulis kolonial Eropah sememangnya amat senang sekali


5

membicarakan tentang peristiwa sensasi, kemalasan peribumi Melayu di Asia

semata-mata untuk mengangkat martabat bangsa Eropah itu sendiri. Kenyataan ini

demikian sifatnya, lantaran mereka hanya melihat kemalasan itu dari aspek

pemikiran yang sempit sahaja.

Kesimpulannya, buku ini wajar ditelaah oleh masyarakat bagi mengetahui

punca mengapa mitos ini diwujudkan oleh orang Inggeris. Secara jujurnya, karya

Syed Hussein bukan calang-calang dan biasa, ia memberi pengetahuan dan

pemahaman yang tinggi kepada pembaca. Buku ini banyak menghasilkan idea

kesedaran dan menyemarakkan rasa bangga dan cintakan bangsa, agama dan

tanah air.
6

MAKLUMAT PERIBADI

Nama Penuh : Jaymani A/P Sevanathan

Nombor Kad Pengenalan : 961126-10-6912

Nombor telefon : 018-2118683

Alamat e-mel : jaymaniseva@gmail.com

Alamat Rumah : No 36, Jalan Kebun Nenas 5C/KS8, Bandar Putera 2, 41200,
Klang, Selangor Darul Ehsan

Nombor Akaun Bank : 12243020190271 (Bank Islam)

BIODATA PENULIS

Jaymani Sevanathan berasal dari Klang, Selangor. Beliau mendapat pendidikan


rendah di Rawang, Selangor manakala pendidikan menengah di tempat kelahiran.
Beliau sedang meneruskan pengajian dalam jurusan Sains Politik di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. Jaymani sangat berminat membaca penulisan
bersifat akademik dan ilmiah. Hasil tulisan beliau tersiar di beberapa portal berita
dan majalah akademik seperti Berita Harian, The Malaysian Insight, Free Malaysia
Today, Nadi Siswa, Klik Web DBP, MalayMail Online, Jalan Telawi, Dewan
Ekonomi, Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Tunas Cipta.
Jaymani juga menyertai Minggu Penulis Remaja (MPR) 2019.

Anda mungkin juga menyukai