Anda di halaman 1dari 7

KOD KURSUS:

SKAA1043

NAMA KURSUS:
SISTEM SOSIAL MALAYSIA

TAJUK TUGASAN:
Ulasan Artikel ‘Ilmu Kolonial’ Dalam Pembentukan Sejarah Intelektual Malaysia:
Sebuah Pandangan

NAMA & NO MATRIK:


PUTERI NUR AISYAH SHAHLIA BINTI MOHD SHAHLAN
(A176530)

NAMA PENSYARAH:
DR. AZLINA BINTI ABDULLAH
Ulasan Artikel
‘Ilmu Kolonial’ Dalam Pembentukan Sejarah Intelektual Malaysia: Sebuah Pandangan

Berdasarkan artikel yang dikarang oleh Shamsul Amri Baharuddin merupakan penulisan

yang mengulas tentang pendidikan di Tanah Melayu semasa dan setelah kedatangan penjajah.

Penulis memulakan nukilan dengan membincangkan beberapa konsep sebelum menyentuh

dengan lebih lanjut isi-isi penting artikel ini. Menurut penulis sejarah intelektual merujuk kepada

sejarah manusia mencipta, berwacana, menulis mengenai pelbagai idea dan cara-cara

mengembangkan korpus idea. Sejarah intelektual dikatakan berkait rapat dengan kajian sejarah

falsafah dan sejarah idea kerana secara umumnya melibatkan tradisi luar Eropah. Beliau

menambah lagi bahawa kajian mengenai sejarah intelektual sebarang masyarakat memerlukan

pemerhatian terhadap segala bentuk perubahan dalam sistem pemikiran, falsafah, budaya dan

alam sekitarnya. Menurut penulis, sejarah intelektual adalah perubahan idea yang terdapat dalam

kehidupan sosial dan masyarakat sesuatu kelompok itu dan tidak dapat dipisahkan daripada

perubahan sejarah mereka sendiri. Bentuk dan cara ilmu pengetahuan dan maklumat yang sedia

ada tidak kira dari luar atau dalam sesebuah kelompok masyarakat itu sendiri akan

mempengaruhi pengisian sejarah intelektual atau sejarah idea mereka.

Seterusnya, penulis menyentuh mengenai pemahaman proses pembinaan ilmu

pengetahuan untuk memahami konteks pembinaan ilmu kolonial itu nanti. Menurut beliau, ilmu

pengetahuan yang sedia ada hari ini adalah terbina melalui usaha sama kelompok manusia yang

yang tidak berhenti mengadakan perbincangan dan pertukaran idea secara lisan lalu

merekodkannya untuk himpunan ilmu. Namun begitu, ilmu tersebut adalah karya yang tidak

2
bebas daripada pelbagai pengaruh kerana terdapat pelbagai cabang dan tafsiran ilmu yang

berbeza.

Kemudian, penulis mula memperkenalkan Zaman Kolonial, dimana pada zaman itu

masyarakat yang dijajah hidup dalam kesukaran yang sangat menguji mental dan fizikal. Di

mana mempengaruhi cara mereka berfikir, berperilaku dan bersosialisasi dan memberi kesan

dalam semua aspek kehidupan kita di Malaysia sehingga hari ini. Tambah penulis, kita

seharusnya mengkaji latarbelakang intelektual dan bentuk ilmu yang membentuk pemahaman

penjajah dalam usaha penjajah mendalami budaya dan perspektif masyarakat tempatan dari sudut

sains dan bukan sains. Menurut penulis ini adalah pangkal bagaimana pihak penjajah berjaya

menjajah dan menguasai secara berkesan sesebuah wilayah jajahannya. Namun begitu, proses

pembentukan ilmu kolonial di negara ini adalah bersifat dua hala yang bermaksud kedua-dua

pihak baik penjajah dan masyarakat yang dijajah mempengaruhi proses pembentukan ilmu

kolonial ini.

Penulis mula membincangkan 3 perkara yang berkait dengan ilmu kolonial dengan iaitu

minat, sumbangan dan metodologi secara umum. Berdasarkan dari minat, minat tersebut hadir

dalam kalangan pihak koloni adalah disebabkan keseluruhan kehidupan mereka terkesan kerana

dijajah atau mereka sendiri menjalankan kajian mendalam di negara yang pernah dijajah.

Penemuan para sarjana membolehkan penulis mendapat gambaran yang jelas mengenai titik

mulanya ilmu kolonial, proses pembinaanya dan yang paling penting adalah kesannya terhadap

pembentukkan masyarakat kolonial dan pasca-kolonial. Tambah beliau lagi, sumbangan ilmu

kolonial sudah dianggap semulajadi atau naturalised yang menjadi sukar untuk dipisahkan dari

kehidupan kita. Yang paling dititikberatkan oleh penulis adalah metodologi yang digunakan oleh

3
pihak koloni untuk mengumpulkan maklumat yang berkesan tentang masyarakat yang mereka

ingin jajah. Penulis menambah bahawa, maklumat tersebut masih digunakan dan masih relevan

sehingga kini sebagai panduan dan rangka untuk kerajaan yang pernah dijajah.

Menurut penulis, timbulnya minat dalam bidang teori sosial mengenai ilmu kolonial itu

adalah berkait dengan proses decolonization di seluruh dunia semasa tahun 1950an. Para sarjana

dan intelek Dunia Ketiga mula telah mempersoal tentang pengaruh dan dominasi. Mereka

bimbang sekiranya pupus tradisi intelektual dan ilmiah priobumi akibat pengaruh kolonialisme.

Hal ini kerana terdapat beberapa para sarjana seperti Syed Hussien Alatas, Syed Naquib Al-Attas

telah merungkai dan mempertikaikan beberapa tafsiran dan pandangan sarjana orientalis barat

yang sengaja ingin memberi kesan dan pengaruh ke atas masyarakat yang dijajah. Terdapat

sarjana daripada Afrika pula iaitu Anouar Abdul Malik yang tidak ketinggalan dalam

membincangkan pengalaman beberapa negara tanah jajahan di Afrika dalam pembinaan kembali

sejarah dan peradaban. Dimana peradaban mereka telah diubah disebabkan ilmu kolonial. Seperti

Alatas, beliau berpandangan tiada cara penyelesaian yang lebih sesuai selain daripada meneliti

kembali kandungannya dan mencari kelemahannya. Oleh yang demikian, semasa perkembangan

teori sosial di Eropah, Edward Said telah medekonstruksi orientalisme dan mengkritik tokoh-

tokoh teori sosial agung eropah.

Kemudian, penulis menyentuh tentang sumbangan iaitu komponen kedua dalam ilmu

kolonial. Menurut penulis, sumbangan yang dimaksudkan adalah sumbangan pihak penjajah

terhadap proses pembentukkan negara. Di mana, sumbangan tersebut adalah berasaskan ilmu

pengetahuan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan masyarakat yang dijajah. Disini penulis

menekankan bahawa betapa pentingnya kualiti pendidikan mendukung tampuk pembentukan

4
negara moden. Penulis cuba memberi contoh semasa era penjajahan di Tanah Melayu untuk

diperlihatkan dengan lebih jelas pentingnya ilmu dan analisis sosial untuk pemerintahan.

Akhir sekali, barulah penulis membincangkan metodologi iaitu komponen ketiga dalam

pembinaan ilmu kolonial. 6 langkah telah diambil oleh pihak koloni secara terperinci dan rumit

adalah, menguasai bahasa tempatan, mengumpulkan maklumat tentang kehidupan sosial dan

persekitaran masyarakat tempatan (kualitatif), membanci masyarakat, menyimpan segala

maklumat sebagai bukti dan koleksi jajahan, sistem risikan dan kepustakaan. Metodologi

dianggap sangat berkesan untuk mengukuhkan kedudukan dan oenagruh mereka dalam

masyarakat tempatan.

Semasa era pemerintahan British di Tanah Melayu, segala himpunan ilmu kolonial

berjaya diterapkan dalam pemikiran masyarakat tempatan. Ilmu kolonial tersebut mengandungi

analisis sosial yang bersifat akademik. Sebahagian daripada ilmu tersebut dijadikan laporan

rasmi kerajaan dan bacaan ilmiah. Dengan mengunakan pendekatan evolusi para penganalisis

kolonial yang terdidik daripada ilmu klasik, pengajian oriental, pengajian falsafah dan

antropologi ini telah merangka konseptual dan menjadi asas kepada pengajian Melayu.

Kewujudan cawangan The Royal Asiatic Society di London, menperkukuhkan lagi sumber

akademik ini. Figura yang terpenting sekali dalam bidang ilmu kolonial ini adalah Stamford

Raffles. Beliaulah yang memulakan pelbagai label seperti the Malay nation berdasarkan teori

sosial dan biologi Eropah. Beliau kemudian menamakan semula Sulatus Salatin sebagai sejarah

Melayu seolah-olah beliaulah penulis sebenar. Raffles juga telah membincangkan dan

mengkategorikan melayu sebagai satu bangsa berasaskna fahaman evolusionis Eropah.

5
Penulis merumuskan bahawa apa yang telah dilakukan oleh Raffles adalah mengasaskan

sebuah paradigma iaitu ‘paradigma Raffles’. Paradigma ini diperkembangkan dan diperhalusi

oleh sarjana ilmu Melayu kolonial untuk lagi diperkukuhkan ilmu kolonial tersebut dalam

masyarakat tempatan sebagai pengajian Melayu. Beliau menambah lagi walaupun terdapat

kritikan mengenai paradigma tersebut, namun tidak dapat digantikan melainkan mengubahsuai

beberapa bahagian sahaja. Selain sumbangan yang berbentuk analisis sosial, pemerintah kolonial

juga telah memperkenalkan pelbagai kategori sosial yang bersifat policy-oriented untuk menjadi

asas penggubalan dasar pemerintahan. Antara hasil daripada kategori sosial yang diperkenalkan

terciptalah identiti pelbagai ras dalam masyarakat majmuk yang dicipta oleh Britihs di Tanah

Melayu. Penulis merumus lagi bahawa ilmu kolonial amat penting dalam pengisian

pensejarahan masyarakat majmuk ciptaan pemerintah kolonial di Malaya terutamanya dari segi

urutan sejarah idea atau sejarah intektual Malaysia. Di mana, telah banyak mempengaruhi sistem

seperti sistem pendidikan. Ilmu ini juga digunakan sebagai ideologi untuk membentuk pemikiran

masyarakat tempatan ini selain daripada menjadi instrumen pemerhatian oleh pemerintah pihak

koloni semata-mata.

Sebagai penutup, saya berpendapat bahawa pengetahuan tentang ilmu kolonial adalah

amat penting untuk difahami dalam pengisian sejarah oleh masyarakat. Tidak ramai yang sedar

mengenai ilmu kolonial ini adalah kerana metodologi pihak koloni berjaya naturalised

masyarakat. Sesungguhnya sebagai salah seorang mahasiswi daripada pusat pengajian tempatan

saya bersetuju dengan Syed Hussein Alatas dan Anour Abdul Malik iaitu tidak dapat melihat

jalan penyelesaian daripada dominasi epistemologi yang datang bersama ilmu kolonial tersebut.

Nukilan pandangan yang ringkas mengenai sejarah pembentukan sejarah intelektual ini telah

6
membuka minda saya untuk memahami bentuk sub-sub sistem sosial yang telah wujud di

Malaysia ini. Saya berharap isu yang melibatkan kesan pengaruh ilmu kolonial di Malaysia yang

mampu menggugat keharmonian dan keamanan negara ini dikajiselidik semula dan dapat

menemui jalan penyelesaiannya.

Anda mungkin juga menyukai