Anda di halaman 1dari 13

CIRI-CIRI PLURALISME Kedatangan masyarakat imigran bukan Melayu adalah secara sukarela, tanpa paksaan oleh mana-mana pihak.

Sesetengah imigran membuat keputusan untuk menetap di Alam Melayu. Keputusan tersebut adalah keputusan bersama ahli keluarga. Mereka berinteraksi, berakomodasi, berasimilasi dan mengamalkan budaya masyarakat tempatan i.e pakaian kebaya dalam masyarakat Baba-Nyonya Melaka. Di samping itu mereka juga tidak lupa menerapkan budaya mereka kepada masyarakat tempatan, i.e adat bersanding, sirih junjung, bunga manggar, bunga telur dan sebagainya. EKONOMI Dasar ekonomi yang diamalkan British di Tanah Melayu adalah dasar ekonomi bebas laissez faire. Kesan amalan ekonomi tersebut telah mewujudkan dua sistem ekonomi iaitu ekonomi tradisional (berasaskan pertanian) yang melibatkan orang Melayu dan ekonomi moden (berasaskan pasaran dan modal) yang melibatkan orang Cina. Sistem ekonomi penjajah tersebut telah melahirkan pelbagai masalah ekonomi, antaranya wujud jurang pendapatan yang luas antara etnik. Selepas merdeka, kerajaan cuba memperbaiki kepincangan ekonomi dengan memperkenalkan beberapa langkah pembangunan berencana, antaranya Rancangan Malaysia DEB Wawasan 2020 dan sebagainya FAKTOR YANG MEMBAWA KEAGUNGANNYA SEHINGGA DIBERI JOLOKAN THE VENICE OF THE EAST Pemerintahan yang bersistematik Perdagangan Kebudayaan Kependudukan KEBUDAYAAN Kehadiran imigran adalah tanpa syarat passport, visa dan sebagainya. Natijahnya, ia telah menjadikan Melaka sebagai sebuah kota metropolitan Kedatangan para pedagang antarabangsa ke Melaka juga telah menyumbang kepada multi budaya yang tersendiri. Wujud masyarakat baru seperti masyarakat Baba. Kemuncak Pluraliti diZaman Kesultanan MelayuMelaka pelbagai etnik di alam Melayu Kewujudan telah memberi sumbangan terhadap pembentukan masyarakat plural yang dapat hidup secara bersama dalam kepelbagaian Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum kedatangan orang Eropah terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya KEPENDUDUKAN Masyarakat Melaka pada waktu tersebut terdiri dari pelbagai etnik antarabangsa yang hidup dalam suasana aman dan damai. Penghijrahan semjulajadi, tanpa paksaan. Akomodasi antara pedagang Cina dan India dengan penduduk tempatan. KESIMPULAN Kedatangan penjajah bukan sahaja mewujudkan masyarakat pluralistik, membahagikan Alam Melayu kepada negara-negara yang lebih kecil, tetapi juga mewujudkan sistem hidup barat seumpama politik, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Semangat kerjasama rakyat yang berbilang etnik telah membawa kemerdekaan Alam Melayu seperti Malaysia, Indonesia dan sebagainya. Usaha-usaha ke arah mempereratkan lagi kerjasama ini perlu diperkukuhkan bagi memastikan negara terus berada dalam susana aman dan harmoni.

konsep pluralisme dan masyarakat pluralistik Menjelaskan sejarah pembentukan pluralisme dan masyarakat pluralistik Tanah Melayu sebelum merdeka Memahami proses asimilasi antara golongan imigran dengan masyarakat tempatan Menghuraikan elemen pembentukan masyarakat pluralistik selepas merdeka OBJEKTIF PEMBELAJARAN Memahami PEMBENTUKAN MASYARAKAT PLURALISTIK SELEPAS MERDEKA Selepas merdeka, negara telah mewarisi pola masyarakat pluralistik peninggalan penjajah. Kewujudan masyarakat pluralistik selepas merdeka dapat dilihat menerusi beberapa aspek : POLITIK PERLEMBAGAAN EKONOMI PENDIDIKAN PEMERINTAHAN YANG BERSISTEMATIK Pemerintah dan pembesar Melaka mempunyai visi dan misi yang jelas untuk maju, untuk menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan pedagang timur dan barat. Pemerintah telah mewujudkan pelbagai jawatan penting bagi melancarkan lagi sistem pemerintahan seumpama jawatan Bendahara, Laksamana, Shahbandar dan sebagainya Di samping itu, kerajaan Melaka tidak ketinggalan mewujudkan hubungan diplomasi dengan kuasa besar pada masa itu. Hubungan Melaka dengan negara China telah membawa impak positif yang bukan sedikit baik dari segi politik mahu pun dari segi ekonomi. Dari segi politik, Melaka memperoleh jaminan perlindungan dari negara China yang menyebabkan ianya terhindar dari pencerobohan Siam. Manakala dari segi ekonomi pelabuhan Melaka dapat berkembang dengan pesat tanpa gangguan anasir-anasir luar. PENDIDIKAN Kerencaman sistem pendidikan zaman British baik dari segi jenis sekolah, kurikulum, orientasi dan sebagainya telah diteruskan selepas merdeka. Usaha penyeragaman sistem pendidikan bermula ketika negara di ambang kemerdekaan dengan penubuhan jawatankuasa mengkaji sistem pendidikan yang kemudiannya melahirkan penyata Razak 1956 dan Penyata Rahman Talib 1960. Matlamat utama kedua-dua penyata tersebut adalah untuk menyatukan kanakkanak berbilang bangsa di bawah satu sistem iaitu Sistem Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. PENGENALAN Pluraliti budaya bukan fenomena baru. Interaksi Alam Melayu dengan HBI dan Eropah (PSBB). Dua tahap utama Pluraliti budaya di Alam Melayu Pluraliti budaya di Malaysia PENGERTIAN Pluralisme: Ideologi yang menyama- ratakan kepercayaan dan pegangan yang berbeza dalam masyarakat. Pluraliti: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara semulajadi masyarakat Melaka. Pluralistik: Wujudnya kepelbagaian bangsa, agama di suatu tempat pada satu masa secara dirancang dipaksakan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan era penjajah British. PERDAGANGAN Perdagangan berkembang pesat hasil jaminan keselamatan dan undang-undang. Ancaman lanun dapat dikawal sepenuhnya dengan wujudnya Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka Sokongan pemerintah dan pembesar yang proaktif i. e laksamana, shahbandar dan sebagainya yang menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan baik.

PERLEMBAGAAN Wujudnya Faderalisme berlapis (Persekutuan Tanah Melayu dan Persekutuan Malaysia) Perlembagaan Malaysia adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Beberapa perubahan telah dibuat bagi membolehkan penyertaan Sabah Sarawak dan Singapura menyertai Malaysia. Dalam konteks ini Perlembagaan Malaysia merupakan undang-undang tertinggi negara. Ia menjadi asas kepada kontrak sosial dan juga pembentukan parti politik PERTAPAKAN HINDU BUDDHA Menurut al-Attas, pengaruh Hindu-Buddha tidaklah begitu mendominasi masyarakat di Alam Melayu berbanding dengan kekuatan pengaruh ajaran Islam. Antara bukti bagi perkara ini, tiada kitab- kitab klasik mereka yang membincangkan secara meluas dan mendalam aspek-aspek falsafah, metafizik, sistem sosial dan sebagainya. Namun, dalam beberapa aspek pengaruhnya agak jelas, seperti dalam aspek kesusasteraan dan pemerintahan PLURALISME ALAM MELAYU Pluralisme bukan perkara baru bagi Alam Melayu. Ianya sudah wujud sejak abad ke 5M lagi bilamana alam Melayu menjadi tumpuan para pedagang Arab, Cina, India, Parsi dan dan kemudiannya disertai oleh penjajah Eropah. Kedatangan pedagang tersebut ke daerah ini adalah didorong oleh 3G (Gold, Gospel dan Glory). Mereka telah mewujudkan hubungan etnik yang erat menerusi pelbagai aktiviti terutama melalui aktiviti perdagangan. PLURALISME ALAM MELAYU Semasa Hindu Buddha Kemuncak Pluraliti di Zaman Kesultanan Melayu Melaka Selepas kedatangan Penjajah (Portugis, Sepanyol, Belanda dan Inggeris) Selepas Merdeka POLITIK Politik Malaysia sebelum dan selepas merdeka adalah berteraskan etnik. UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC orang India. Walau bagaimana pun wujud kerjasama antara parti UMNO, MCA dan MIC yang dikenali sebagai Perikatan. Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional Kejayaan BN adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan untuk memberi fokus kepada soal pembangunan negara. SAMB.. Ini dapat dibuktikan menerusi beberapa perkara bukti : Politik dan pemerintahan Sekularisme iaitu pemisahan antara agama dan bukan agama (sains, ekonomi dan sebagainya) Sistem pemerintahan berasaskan pengagihan kuasa (kehakiman, eksekutif, perundangan) yang tidak membenarkan campur tangan antara satu badan terhadap badan yang lain. Sistem dan Struktur Sebelum kedatangan penjajah, sistem pemerintahan (pentadbiran, cukai, undang-undang dan sebagainya) berada di tangan Raja-raja Melayu. Selepas penjajahan (khususnya selepas pengenalan Malayan Union) kuasa tersebut telah berpindah ke tangan gabenor British. Pemisahan tersebut tidak terhad kepada pemerintahan dan pentadbiran sahaja etapi merebak kepada seluruh sistem hidup seperti ekonomi dan sebagainya. Samb.. Faktor perdagangan menjadi punca wujud hubungan dua hala antara Cina dan India. Alam Melayu telah menjadi tempat utama persinggahan bagi kedua-dua pihak. Keadaan ini tanpa disengajakan telah mewujudkan pluraliti di Alam Melayu. Kemuncaknya, Alam Melayu pada abad ke 7M, telah menjadi pusat pengajian dan perkembangan ilmu pengetahuan

Samb.. Hasilnya, mereka berjaya mewujudkan interaksi harmoni dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial, politik dan agama telah sedia ada dalam dunia baru mereka. Mereka secara suka rela sanggup berkahwin dengan penduduk tempatan. Samb.. Kemuncak pluraliti di Alam Melayu adalah pada zaman keagungan Kesultanan Melayu Melaka. Melaka dikenali sebagai pusat perdagangan laut dan juga sebagai pusat penyebaran agama Islam. Menurut Tom Pires , seorang penulis Belanda, yang dipetik oleh Zainal Abidin Abdul Wahid menyifatkan Melaka pada masa itu (abad ke16) Malacca is very famous and prosperous. In my opinion, it has no comparison in the world .. It is a city more suitable for trading products than any other in trhe world. Samb.. Manakala seorang lagi penulis Belanda, Duarte Barbosa, pula menyifatkan Malacca is the richest port, with merchants who trade wholesale and obtain shipping services from all over the world (Nazaruddin Hj. Mohd Jali et al, p.6) Samb.. Masyarakat pluralistik di Alam Melayu terbentuk selepas kedatangan penjajah khususnya Inggeris. British membawa masuk imigran Cina dan India untuk bekerja di lombong dan diladang getah. Dasar yang dugunakan oleh British pada masa itu ialah divide and rule antara etnik di Tanah Melayu demi kelangsungan penjajahan mereka di Tanah Melayu. Secara umumnya imigran tersebut datang ke Tanah Melayu semata-mata untuk mencari kekayaan, mereka tidak berhasrat untuk menetap di sini. Walau bagaimana pun sesetengah daripada mereka tidak berpeluang untuk kembali ke negara asal mereka, lalu membentuk penempatan dan pergaulan hanya di kalangan etnik mereka sahaja. Samb.. Pemerintahan dijalankan dengan cara penuh diplomasi dan terbuka. Perlantikan kejawatan penting dalam kerajaan adalah terbuka kepada semua etnik . Dalam hal ini, menurut sejarah Raja Mendeliar seorang yang berketurunan India pernah dilantik memegang jawatan penting di istana sultan. Memberi peluang kepada etnik imigran untuk tinggal di Melaka, bahkan untuk berkahwin dengan wanita tempatan. Menjalan dan menguatkuasakan undang-undang yang tegas untuk memberi keadilan kepada semua penduduk dan pedagang i.e Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka yang berteraskan Islam Samb.. Walau pun penempatan etnik di Tanah Melayu secara berpola dan berasingan, namun negara terus berada dalam suasana aman dan harmoni hasil daripada akomodasi satu etnik dengan etnik lain. Corak pemerintahan British adalah berbeza daripada penjajahan Portugis dan Belanda sebelum itu kerana penjajahan British adalah berorientasikan imperialisme dan kolonialisme. Imperialisme : Mereka menjajah fizikal iaitu segala kekayaan seperti bijih timah, emas, getah dan sebagainya diambil demi kekayaan negara mereka. Kolonialisme : Mereka memperkenalkan sistem kehidupan mereka seumpama politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan sebagainya, kepada penduduk tempatan. Samb..Perubahan konsep ilmu (epistemologi) Sebelum penjajahan, berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.) Penjajahan British membawa konsep ilmu berteraskan kaedah rasional dan saintifik (boleh dibuktikan menerusi pancaindera manusia- statistik, peta, dll.)

SAMB berasaskan metafizik (ilmu bersumberkan alam ghaib, di luar pengalaman pancaindera manusia- bomoh, dukun, jampi, dll.) SELEPAS KEDATANGAN PENJAJAH (PORTUGIS, SEPANYOL, BELANDA DAN INGGERIS) Kedatangan penjajah berteraskan tiga matlamat utama iaitu Gospel, Gold dan Glory telah memberi kesan dalam sistem kehidupan masyarakat di alam Melayu. Orang-orang Cina dan India terutamanya dibawa masuk ke Alam Melayu adalah demi kepentingan ekonomi dan politik Inggeris. Mereka dibawa masuk oleh Inggeris tanpa disertai kaum keluarga seperti isteri dan anak mereka. Oleh kerana tumpuan dan hasrat kedatangan mereka ialah untuk memenuhi keperluan ekonomipolitik Inggeris maka asimilasi budaya dan cara hidup di antara masyarakat tidak berlaku.

WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 1 KONSEP-KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK SinopsisTajuk ini memberi pendedahan mengenai konsep budaya dari aspekepistemologi dan takrifan yang merangkumi budaya kebendaan dan bukankebendaan. Perbincangan juga menyentuh tentang ciri-ciri budayaserumpuan yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Berikutnyaperbincangan mengenai konsep perpaduan dan integrasi meliputi konsep-konsep dalam hubungan etnik seperti segregasi, akomodasi, akulturasi,asimilasi, dan amalgamasi. Untuk menguji kefahaman pelajar diakhirperbincangan topik ini disediakan latihan kendiri.Hasil Pembelajaran: 1. Mentakrifkan konsep budaya. 2. Menjelaskan konsep budaya kebendaan. 3. Mengenalpasti budaya bukan kebendaan. 4. Menghuraikan ciri-ciri budaya dalam sesebuah masyarakat. 5. Menjelaskan konsep-konsep asas dalam hubungan etnik. 1

WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Konsep Budaya Budaya Kebendaan Budaya Bukan Ciri-ciri Budaya Kebendaan Asimilasi Segregasi Akulturasi Konsep Perpaduan dan Integerasi Amalgamasi Akomodasi Sub Tajuk: (i) Konsep Budaya (ii) Konsep Perpaduan dan IntegrasiSalam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita akan bertemu melalui modmodul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari danmemahami Modul Hubungan Etnik (2207) dengan lebih mendalam. Sekiranyaterdapat masalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubungdengan pensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan. 2

WAJ3106 Hubungan EtnikTajuk 1 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Masyarakat; Konsep Budaya;dan Konsep Perpaduan dan Integrasi. Konsep masyarakat telah dibincangsemasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Konsep budaya dankonsep perpaduan dan integrasi diberi tumpuan dalam bahagian ini.Anda harus faham bahawa konsep masyarakat, budaya serta perpaduan danintegrasi adalah konsep-konsep asas hubungan etnik yang saling berkaitan.Konsep-konsep ini memberi asas kepada pelajar untuk memahami tajuk-tajukyang seterusnya. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda fahami sebelum tajuk ini: Latar belakang, Kepentingan Hubungan Etnik di Malaysia dan Konsep Masyarakat. Tajuk-tajuk tersebut harus memberi gambaran asas tentang kursus ini.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini anda perlu membaca Bab2 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 13 hingga 19 dengan merujukkepada: 2.3 Konsep Budaya (hlm. 13) 2.4 Konsep Perpaduan dan Integrasi (hlm. 15) 2.5 Pengalaman Malaysia (hlm. 18) AktivitiBerdasarkan soalan 1 daripada soalan-soalan perbincangan di muka surat20, anda dikehendaki menjelaskan konsep integrasi dan asimilasi dalamkonteks memupuk perpaduan nasional. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. 3

WAJ3106 Hubungan EtnikPeringatanSemasa membuat latihan ini dan seterusnya, perkara-perkara berikuthendaklah diambil perhatian; (i) Semua aktiviti yang berkaitan dengan latihan hendaklah dicatatkan dan disimpan dalam portfolio. (ii) Bahan-bahan rujukan mestilah dikepilkan dalam sebuah portfolio. (iii) Bahan-bahan rujukan disusun mengikut tajuk-tajuk yang dipelajari. SELAMAT MAJU JAYA. 4

WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 2 MASYARAKAT PLURALISTIK ALAM MELAYU SinopsisSecara umumnya tajuk ini menyentuh tentang proses pembentukanmasyarakat pluralistik di Alam Melayu sejak abad ke-5 Masihi yang bermuladengan kedatangan masyarakat luar seperti Arab, Cina, dan India.Pertembungan kelompok masyarakat ini mewujudkan pluralistik. Berikutnyadisentuh mengenai zaman pluraliti pada era kegemilangan KesultananMelayu Melaka yang banyak memberi sumbangan ke arah pembentukanmasyarakat pluraliti di Alam Melayu melalui aktiviti ekonomi, sosial, danpolitik. Perbincangan juga difokuskan kepada pembentukan masyarakatpluralistik di zaman penjajahan barat dan selepas merdeka yang menekankankepada isu-isu politik, ekonomi, dan pendidikan. Untuk menguji kefahamanpelajar mengenai isu-isu yang telah dibincangkan diakhir topik ini, aktivitipengukuhan disediakan.Hasil Pembelajaran: 1. Menghuraikan secara ringkas proses pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. 2. Menganalisis faktor-faktor yang menyumbang ke arah pembentukan masyarakat pluralistik. 3. Menjelaskan proses pembentukan masyarakat pluralistik pada zaman penjajahan barat. 4. Menghubungkaitkan isu-isu ekonomi, politik, dan pendidikan dalam proses pembentukan masyarakat pluralistik selepas kemerdekaan. 5

WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Masyarakat Pluralistik Alam Melayu Pembentukan Masyarakat Zaman Pluraliti Pluralistik di Alam Melayu - Kesultanan Melayu Melaka Penjajahan Sub Tajuk: (i) Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu (ii) Zaman PluralitiTajuk 2 ini mengandungi sub tajuk iaitu Konsep Pluraliti dan MasyarakatPluraliti; Pembentukan Masyarakat Pluralistik di Alam Melayu; dan ZamanPluraliti. Konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik telah dibincang semasainteraksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Pembentukan masyarakatpluralistik di Alam Melayu dan zaman pluraliti diberi tumpuan dalam bahagianini.Anda harus faham bahawa konsep pluraliti dan masyarakat pluralistiksebelum memahami tajuk-tajuk dalam bahagian ini. Interaksi antara pelbagaibudaya dengan budaya Alam Melayu telah berlaku sejak abad ke-5 Masihilagi mempunyai kesan yang mendalam kepada masyarakat pluralistik di AlamMelayu. Pelajar harus memahami bahawa masyarakat pluralistik tidak wujuddalam suatu vacuum. Bahagian ini akan membantu pelajar untuk mengetahuidan menganalisis pembentukan masyarakat pluralistik di Alam Melayu. Iamerupakan komponen yang harus difahami oleh pelajar sebelum belajartajuk-tajuk yang seterusnya. 6

WAJ3106 Hubungan Etnik Cuba anda renung dan fikirkan apa yang anda faham mengenai konsep pluraliti dan masyarakat pluralistik.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk kedua ini, anda dikehendakimerujuk kepada Bab 3 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 21 hingga 26. Mari kita rehat sebentar... Setelah mengetahui konsep asas ini, anda dikehendaki meneruskan bacaan anda di halaman 26 hingga 29. 3.3 Kemuncak Pluraliti Alam Melayu : Kesultanan Melaka (hlm. 26-27) 3.4 Pembentukan Masyarakat Pluralistik Oleh Penjajah. (hlm. 27-29) AktivitiBerdasarkan pembacaan dan pengetahuan anda, huraikan faktor-faktor yangmewujudkan masyarakat pluraliti pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 7

WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 3 PEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SinopsisPerbincangan dalam topik 3 ini lebih memberi penekanan kepadaPerancangan Pembangunan Lima Tahun yang bermula sebelum merdekadan selepas merdeka. Selain itu perbincangan juga menyentuh tentangpengisian dalam setiap penggal Rancangan Malaysia. Perbincanganseterusnya menyentuh mengenai isu-isu utama ekonomi yang merangkumiagihan kekayaan negara, membasmi kemiskinan, penyusunan semulamasyarakat, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, dan DasarWawasan Negara dalam konteks hubungan etnik. Pada akhir topik ini aktivitilatihan kendiri disediakan untuk menguji kefahaman pelajar.Hasil Pembelajaran: 1. Menghubungkaitkan antara pembangunan ekonomi negara dengan hubungan etnik di Malaysia. 2. Menganalisis keberkesanan rancangan lima tahun dalam konteks hubungan etnik di Malaysia. 3. Mengulas isu-isu utama ekonomi yang menjadi topik perbincangan dalam konteks hubungan kaum. 8

WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Draf Pembangunan Rancangan 1950 1955 Malaya Rancangan Malaya Pertama 1956 - 1960 Rancangan Malaya Kedua 1961 - 1965 Rancangan Malaysia Pertama 1966 - 1970 *Rancangan Malaysia Kedua 1971 - 1975 Rancangan Pembangunan *Rancangan Malaysia Ketiga 1976 - 1980 Lima Tahun *Rancangan Malaysia Keempat 1981 - 1985 *Rancangan Malaysia Kelima 1986 - 1990 Rancangan Malaysia Keenam 1991 - 1995 Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000 Rancangan Malaysia Kelapan 2001 - 2005 Rancangan Malaysia Kesembilan 2006 - 2010* Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan pada tahun 1971 - 1990 9

WAJ3106 Hubungan Etnik Membasmi Kemiskinan Agihan Menyusun Kekayaan Semula negara Masyarakat Isu-isu Utama Ekonomi Dasar Dasar Wawasan Ekonomi Baru Negara Dasar Pembangunan Negara Sub-tajuk: (i) Pembangunan Lima Tahun (ii) Isu-isu Utama EkonomiSalam sejahtera. Untuk pembelajaran kali ini kita bertemu sekali lagi melaluimod modul. Adalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajaridan memahami modul ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapatmasalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung denganpensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.Tajuk 3 ini mengandungi enam sub-tajuk iaitu Modenisasi, Hubungan Etnikdalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan Ekonomi Malaysia;Pembangunan Lima Tahun; Ciri-ciri Enik dalam Konteks Demografi, Politikdan Ekonomi; dan Isu-isu Utama Ekonomi. Empat sub-tajuk iaitu Modenisasi;Hubungan Etnik dalam Konteks Modenisasi di Malaysia; Acuan EkonomiMalaysia; Cri-ciri Etnik dalam Konteks Demografi, Politik dan Ekonomi telahdibincang semasa interaksi bersemuka dengan pensyarah kursus. Dua sub-tajuk lagi iaitu Pembangunan Lima Tahun dan Isu-isu Utama Ekonomi diberitumpuan dalam bahagian ini. 10

WAJ3106 Hubungan EtnikAnda harus faham bahawa konsep modenisasi, hubungan etnik dalamkonteks modenisasi, acuan ekonomi Malaysia dan ciri-ciri etnik dalamdemografi, politik dan ekonomi perlu dilihat secara menyeluruh. Modenisasi,ekonomi negara dan hubungan etnik merupakan tiga aspek yang hubungantimbal balik dan menjadi penentu kepada pembangunan sesebuah negara.Dalam konteks tersebut, pembangunan lima tahun dan isu-isu utama ekonomiperlu difahami oleh pelajar.Bahagian ini akan membantu pelajar melihat bagaimana isu-isupembangunan ekonomi berkait rapat dengan isu sosial di Malaysia. Mari kita rehat sebentar...cuba anda imbas kembali dan fikirkan apa yang telah anda belajar sebelum ini.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk-tajuk dalam modul ini, andaperlu merujuk kepada Bab 4 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 50-67.Antara tajuknya: 4.3.6 Pembangunan Lima Tahun (hlm. 50-53) 4.3.7 Isu-isu Utama Ekonomi (hlm. 53-67) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan dan rujukan anda, jelaskan lima (5) isu-isuberkaitan dengan hubungan etnik di Malaysia akibat modenisasi dalambidang ekonomi. 11

WAJ3106 Hubungan EtnikJangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 12

WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 4 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SinopsisTopik ini mengulas mengenai kerjasama politik dan kaitannya denganhubungan etnik di Malaysia. Kerjasama politik diwujudkan dalam kalanganrakyat pada asasnya untuk melicinkan proses kemerdekaan yang menjadiprasyarat utama perlu dilaksanakan. Kerjasama ini diimplimentasikan melaluipenggabungan parti politik yang dianggotai oleh pelbagai kaum. Bermuladengan penggabungan Parti MCA dengan UMNO, kemudian penggabunganantara parti MCA, UMNO dan MIC di bawah satu pakatan iaitu PartiPerikatan. Konsep kerjasama ini diperluaskan kepada parti yang mewakilikaum-kaum di Sabah dan Sarawak. Perbincangan juga menyentuh tentangpemupukan hubungan etnik secara formal dan bentuk hubungan selepaspenubuhan Malaysia. Pada akhir topik disediakan aktiviti perbincangan untukmemantapkan lagi kefahaman pelajar mengenai isi kandungan yangdipaparkan dalam topik ini.Hasil Pembelajaran: 1. Menjelaskan kepentingan kerjasama politik dalam konteks hubungan kaum di Malaysia. 2. Menyenaraikan faktor-faktor yang menjurus ke arah pemupukan hubungan etnik secara formal. 13

WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk dalam Modul Ini Kerjasama Politik Parti Perikatan Parti UMNO Parti MCA Parti MIC Sub-tajuk: (i) Kerjasama Politik dan Hubungan EtnikSalam sejahtera. Untuk pembelajaran Tajuk 4 melalui mod modul ini, adalahdiharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modulini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahamimodul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus HubunganEtnik yang berkaitan.Tajuk 4 ini mengandungi dua sub-tajuk iaitu Kemajmukan Etnik dalam ProsesPolitik di Malaysia dan Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik. Sub-tajukmengenai kerjasama politik dan hubungan etnik diberi tumpuan dalambahagian ini.Namun begitu, anda harus faham mengenai kemajmukan etnik dalam prosespolitik di Malaysia sebelum membaca meneruskan pembacaan mengenaikerjasama politik dan hubungan etnik. Aspek demografi yang mencorakkankemajmukan masyarakat Malaysia perlu difahami oleh pelajar kerana 14

WAJ3106 Hubungan Etnikdemografi turut menunjukkan komposisi etnik di Semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak. Pengetahuan tentang kemajmukan masyarakatMalaysia adalah penting untuk memahami kerjasama politik dan hubunganetnik di Malaysia. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda belajar dan fahami dari pembacaan sebelum ini.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk Kerjasama Politik danHubungan Etnik, anda perlu merujuk kepada Bab 5 Modul Hubungan Etnik(2007), halaman 76 84. 5.5 Kerjasama Politik dan Hubungan Etnik (hlm. 76-84) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan soalan no. 4 dari Soalan-soalan Perbincangan di ms 89. Anda perlu huraikan bagaimana proses dantindakan politik boleh memupuk hubungan etnik yang harmonis di Malaysiakhususnya di sekolah anda. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 15

WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 5 PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SinopsisTopik ini mengulas tentang sejarah pengubalan perlembagaan yang merujukkepada perlembagaan Malayan Union, perlembagaan Persekutuan TanahMelayu 1948, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum, PerlembagaanKemerdekaan 1957, dan Perlembagaan Malaysia 1963. Latihan kendiridisediakan pada akhir pembelajaran untuk menguji kefahaman andamengenai isu-isu yang telah dibincangkan.Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan sejarah penggubalan perlembagaan Malaysia 2 Menjelaskan ciri-ciri asas proses penggubalan perlembagaan 3 Membanding bezakan antara ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dengan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 4 Menganalisis kandungan perlembagaan Persekutuan yang menyentuh mengenai hubungan antara kaum. 16

WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Sejarah Pengubalan Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan Perlembagaan Malayan Union Persekutuan Persekutuan Persekutuan (1946) Tanah Melayu Tanah Melayu Malaysia (1948) (1957) (1963) Sub-tajuk: (i) Sejarah Penggubalan PerlembagaanSalam sejahtera. Kita bertemu lagi melalui mod modul ini. Adalah diharapkanagar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami Tajuk 5 modul inidengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahamimodul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus HubunganEtnik yang berkaitan.Tajuk 5 ini mengandungi empat sub-tajuk iaitu Konsep Perlembagaan;Unsur-unsur dalam Perlembagaan; Sejarah Penggubalan Perlembagaandan Unsur-unsur Tradisi dalam Perlembagaan yang menjadi Asas kepadaHubungan Etnik di Malaysia. Sub-tajuk ketiga iaitu Sejarah PenggubalanPerlembagaan diberi tumpuan dalam bahagian ini.Anda harus faham konsep perlembagaan dan unsur-unsur dalamperlembagaan sebelum membaca sejarah penggubalan perlembagaan. Inikerana perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi yangmenjadi penjamin kepada pembangunan sesebuah negara. Kepentingan 17

WAJ3106 Hubungan Etnikperlembagaan lebih ketara terutamanya kepada negara Malaysia yang terdiridaripada berbilang kaum dan etnik. Aspek konsep perlembagaan dan unsur-unsur perlembagaan perlu dibincangkan oleh pelajar dengan pensyarahkursus semasa interaksi bersemuka sebelum memberi tumpuan kepadasejarah penggubalan perlembagaan di Malaysia. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda belajar sebelum tajuk ini.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang Sejarah PenggubalanPerlembagaan, anda perlu merujuk kepada Bab 6 Modul Hubungan Etnik(2007), halaman 93 - 104. 6.3 Sejarah Penggubalan Perlembagaan Malaysia (hlm. 93-104) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan anda, jelaskan sejarah penggubalanperlembagaan negara Malaysia dalam bentuk peta minda. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 18

WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 6 AGAMA DAN HUBUNGAN ETNIK SinopsisTopik ini membincangkan tentang agama dan ajaran utama yang dianuti diMalaysia, iaitu Islam, Kristian, Buddha, dan Hindu. Perbincangan menyentuhlatar belakang dan ajaran-ajaran penting dalam setiap agama. Walaupunterdapat perbezaan bagi setiap agama / ajaran tetapi ada juga nilai-nilaisejagat yang boleh dikongsi bersama. Maka setiap warganegara sewajarnyamenghormati agama / ajaran penganut lain selain dengan Prinsip RukunNegara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan dan Perkara 3Ceraian (1) dalam Perlembagaan Malaysia yang menegaskan Islam sebagaiagama Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan. Pada akhirtopik ini disertakan soalan latihan kendiri dengan tujuan untuk mengujikefahaman pelajar konsep-konsep dan isu-isu yang telah dibincangkan.Hasil Pembelajaran 1. Menerangkan agama / ajaran utama di Malaysia. 2. Menjelaskan nilai-nilai sejagat agama / ajaran utama di Malaysia. 3. Menghuraikan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama / ajaran utama di Malaysia. 4. Menghubungkait hubungan etnik dalam kehidupan masyarakat Malaysia. 19

WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Agama-agama di Malaysia Islam Buddha Hindu Kristian Sub-tajuk: (i) Agama Islam dan Agama-agama Lain di MalaysiaSalam sejahtera. Untuk pembelajaran ini melalui mod modul, adalahdiharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modulini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahamimodul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus HubunganEtnik yang berkaitan.Tajuk 6 ini mengandungi empat (4) sub-tajuk iaitu Agama Islam dan Agama-agama Lain di Malaysia; Asas-asas Hubungan Etnik dalam Konteks Agama;Pendekatan Islam Hadhari dan Membincangkan Prinsip-prinsip Islam Hadharidalam Pembentukan Masyarakat. Sub-tajuk pertama dalam tajuk ini diberitumpuan dalam bahagian ini.Anda harus faham peranan agama dalam mengeratkan hubungan etnik dinegara kita. Walaupun agama Islam menjadi agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh diamalkan tanpa sebarang halangan. Agama juga menjadipenanda jati diri masyarakat Malaysia. 20

WAJ3106 Hubungan Etnik Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda faham dan tahu mengenai Agama Islam dan agama / ajaran lain di Malaysia dan asas-asas hubungan etnik dalam konteks agama / ajaran yang terdapat di Malaysia.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang tajuk ini, anda perlu merujukkepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 143 151. 8.2 Agama Islam dan agama-agama lain di Malaysia (hlm. 143-151) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan anda, bincangkan lima (5) nilai sejagat yangdikongsi bersama oleh agama / ajaran anda anuti dalam menyatupadukanmasyarakat berbilang kaum di negara ini dalam bentuk grafik. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 21

WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 7 CABARAN DAN PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA SinopsisTopik ini menjelaskan tentang elemen pemupukan hubungan etnik dalammasyarakat Malaysia. Pemupukan hubungan etnik ini dapat dicapai sekiranyawujud persefahaman, semangat bekerjasama, persaudaraan, kemesraan,budaya ziarah menziarahi dan hormat menghormati antara kaum di negaraini. Kesemua elemen yang dijelaskan di atas perlu dihayati dan amalkan olehrakyat Malaysia dalam proses untuk mencapai perpaduan antara kaum. Padaakhir topik ini disertakan dengan soalan-soalan untuk latihan kendiri bertujuanuntuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar terhadap konsep dan fakta-fakta yang telah dibincangkan.Hasil Pembelajaran 1. Mengenalpasti elemen-elemen yang boleh melahirkan hubungan yang erat antara kaum. 2. Menjelaskan bagaimana elemen-elemen pemupukan hubungan etnik dapat diimplimentasikan dalam masyarakat Malaysia. 22

WAJ3106 Hubungan EtnikKerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Kerjasama Persefahaman Persaudaraan Elemen Pemupukan Hubungan Etnik Budaya Ziarah Kemesraan Menziarahi Hormat Menghormati Sub-tajuk: (i) Pemupukan Hubungan Etnik dalam Masyarakat MalaysiaSalam sejahtera. Untuk pembelajaran melalui mod modul ini, adalahdiharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari dan memahami modulini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapat masalah dalam memahamimodul ini, anda hendaklah berhubung dengan pensyarah Kursus HubunganEtnik yang berkaitan. 23

WAJ3106 Hubungan EtnikTajuk 7 ini mengandungi tiga (3) sub-tajuk, iaitu cabaran dan implikasi;pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia; dan bagaimanakahcabaran globalisasi mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia?. Sub-tajukkedua mengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysiadiberi tumpuan dalam bahagian ini.Anda harus fahami cabaran dan implikasi sebelum meneruskan pembacaanmengenai pemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia. Inikerana cabaran dari segi sosial, ekonomi, politik serta cabaran globalisasiturut memberi kesan kepada hubungan etnik di negara ini. Dalam konteks ini,pemupukan hubungan etnik adalah penting dan menjadi asas kepadahubungan sosial yang harmoni. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apakah usaha yang telah anda lakukan sebagai guru untuk membawa generasi masa hadapan sebagai generasi yang bersatu padu.Untuk mengetahui lebih mendalam tentang sub-tajuk ini mengenaipemupukan hubungan etnik dalam masyarakat Malaysia, anda perlu merujukkepada Bab 8 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 161 165. 8.5 Aplikasi Hubungan Etnik Dalam Kehidupan Masyarakat Malaysia (hlm. 161) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan anda, sediakan satu pelan tindakan tentangusaha anda untuk mengeratkan perhubungan antara etnik murid kelas disekolah anda. 24

WAJ3106 Hubungan EtnikJangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 25

WAJ3106 Hubungan EtnikTAJUK 8 HUBUNGAN ETNIK: PERANAN KERAJAAN DAN MASYARAKAT SinopsisTopik ini membincangkan tentang peranan masyarakat dalam prosespembentukan hubungan etnik di Malaysia. Penekanan diberi kepada perananmasyarakat dalam proses integrasi nasional, penubuhan Jabatan PerpaduanNegara, pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara dan pendekatanpendekatan lain dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Persoalannyasejauhmana peranan masyarakat melalui faktor-faktor yang telahdibincangkan di atas memberi kesan kepada proses pembentukan hubunganetnik di Malaysia. Pada akhir topik ini disedia aktiviti latihan kendiri dengantujuan untuk mengetahui sejauhmana kefahaman pelajar terhadap perkarayang telah dibincangkan.Hasil Pembelajaran 1. Menjelaskan peranan masyarakat dalam proses pembentukan hubungan etnik di Malaysia. 2. Menilai keberkesanan peranan masyarakat dalam proses pembentukan hubungan etnik melalui pendekatan-pendekatan yang telah diperkenalkan. 26

WAJ3106 Hubungan Etnik Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul Ini Peranan Masyarakat Budaya Rumah Penerimaan Rukun Peranan Zairah- Terbuka Budaya Tetangga NGO Menziarahi Sub-tajuk: (i) Peranan MasyarakatSalam sejahtera. Untuk pembelajaran tajuk terakhir melalui mod modul iniadalah diharapkan agar para pelajar PGSR dapat mempelajari danmemahami modul Tajuk 8 ini dengan lebih mendalam. Sekiranya terdapatmasalah dalam memahami modul ini, anda hendaklah berhubung denganpensyarah Kursus Hubungan Etnik yang berkaitan.Tajuk 8 ini mengandungi dua (2) sub-tajuk, iaitu Peranan Kerajaan danPeranan Masyarakat. Peranan masyarakat diberi tumpuan dalam bahagianini. Namun begitu, anda harus fahami peranan kerajaan yang perludibincangkan oleh pelajar dengan pensyarah kursus semasa interaksibersemuka sebelum meneruskan pembacaan mengenai peranan masyarakatdalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia.Dalam konteks tersebut, pelajar perlu memahami peranan yang dimainkanoleh kerajaan dalam mengeratkan hubungan etnik di negara ini. Walaupunkerajaan telah merancang dan melaksanakan dasar dan langkah-langkah 27

WAJ3106 Hubungan Etniksecara teratur tetapi rakyat sebagai kumpulan sasaran perlu memainkanperanan dalam memastikan keharmonian etnik sentiasa terjaga danterpelihara. Mari kita rehat sebentar... cuba anda renung dan fikirkan apa yang telah anda belajar mengenai peranan yang telah dimainkan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian etnik di Malaysia khususnya dalam sistem pendidikan kita agar keharmonian antara etnik sentiasa terpelihara.Untuk mengetahui lebih mendalam mengenai peranan yang dimainkan olehmasyarakat dalam konteks hubungan etnik di Malaysia, anda perlu merujukkepada Bab 9 Modul Hubungan Etnik (2007), halaman 182 187.9.3 Peranan masyarakat dalam konteks hubungan etnik (hlm 182-187) AktivitiBerdasarkan kepada pembacaan dan pemerhatian anda, hasilkan satulaporan ringkas yang mengandungi maklumat tentang peranan sekolah andadalam mengeratkan hubungan etnik dalam kalangan pelajar. Jangan lupa emel kepada pensyarah kursus jika ada kemusykilan. SELAMAT MAJU JAYA. 28

Anda mungkin juga menyukai