Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI Syukur ke hadrat Allah s.w.

t kera dengan limpah dan izinNya dapat saya siapkan tugasan ini dengan sempurna. Sebelum itu terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada pensyarah Encik Yunus bin Yusof yang telah memberi bimbingan sehingga tugasan EDU 3106 Budaya Dan pembelajaran ini dapat disiapkan. Semasa membuat tugasan ini memang tidak dapat lari daripada masalah dan kekangan yang dihadapi kerana kesibukan aktiviti di sekolah yang padat serta suasa bulan puasa menyebabkan tugasan ini terpaksa disiapkan dalam tempoh yang agak panjang.Kesibukan di sekolah amat ketara kerana terpaksa menghadapi jadual yang padat seperti kelas intensif bagi murid-murid yang akan menghadapi pepriksaan percubaan UPSR dan pepriksaan UPSR. Tetapi sebagai guru saya menganggap itu adalah sebagai satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. Oleh itu saya cuba mengumpul bahan-bahan di internet dan juga kesempatan perpustakaan awam yang bergerak ke sekolah memberi peluang kepada saya untuk meminjam buku tanpa perlu saya pergi ke perpustakaan awam daerah yang letaknya hampir 50 km dari tempat tinggal telah menjimatkan masa saya. Selain itu juga, terima kasih diucapkan kepada En. Shakti Ganesh a/l Somonaidoo iaitu seorang guru yang bertugas di SK Lembah Jabor yang sudi memberi penerangan tentang budaya dan adat kaum India kepada saya. Hasil daripada penerangan beliau dapatlah saya rumuskan bahawa orang India masih kuat berpegang kepada adat dan budaya masyarakat mereka terutamanya berkaitan dengan kepercayaan dan keagamaan mereka. Selain itu juga hasil pengalaman saya yang pernah mengajar di SK Lembah Jabor selama 13 tahun di mana sekolah

tersebut mempunyai murid India telah memberi kefahaman kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Di samping itu juga pengalaman saya melihat beberapa adat dan budaya orang india di Ladang Jabor Kemaman memberi sedikit pengetahuan kepada saya tentang adat dan budaya mereka serta cara hidup masyarakat India. Tugasan yang dijalankan ini sesungguhnya amat menarik kerana kita dapat memahami adat dan budaya etnik lain di Malaysia.Selain itu juga apa yang penting adalah ia dapat membantu kita sebagai guru untuk membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ini kerana cabaran sebagai seorang guru adalah sangat besar kerana untuk memupuk dan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya bukanlah satu tugas yang mudah. Dengan memahami budaya sesuatu kaum maka kita boleh memberi pemahaman kepada murid kita tentang semua kaum yang ada di negara kita amnya dan memberi pengetahuan tentang kaum yang ada di sekolah kita agar semua murid faham dan tahu budaya setiap kaum di Malaysia. Kita akan memahami dan selalu mengingatkan murid-murid kita tentang perkara sensitif yang boleh dan tidak boleh diperkatakan atau diperlekehkan oleh mereka terhadap rakan yang berlainan bangsa.Ini kerana ia kan mewujudkan suasana yang tidak sihat dan mengugat perpaduan antara komuniti di sekolah kerana ia boleh menjadi satu masalah kepada negara. Selain itu juga pemahaman tentang adat dan budaya kaum yang lain akan memberikan satu peluang kepada guru-guru untuk lebih kreatif di dalam kelas agar murid yang dalam etnik yang sedikit tidak berasa terasing atau tersisih semasa pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu guru akan berusaha untuk menarik minat murid semasa mengajar supaya semua murid merasakan mereka adalah sama dan tidak memandang rendah pada kaum yang lain.

Anda mungkin juga menyukai