Anda di halaman 1dari 2

Mengapa seorang guru perlu memahami dan peka dengan isu budaya dalam pengajaran

dan pembelajaran.

Seorang guru perlu memahami dan peka dengan isu budaya dalam pengajaran dan
pembelajaran agar dapat mengelakkan sentiment perkauman dalam komuniti sekolah. Hal ini
kerana, sekiranya guru tersilap memberi fakta tentang sesuatu kaum, murid-murid lain akan
menerima konsep yang negatif tentang kaum tersebut dan sekaligus mewujudkan jurang
perbezaan sosial yang ketara. Oleh itu, guru perlulah menggunakan tutur kata bebas daripada
sensitivity perkauman. Contohnya, memberi penjelasan bahawa setiap bangsa dan kaum
mempunyai keunikan tersendiri.

Seterusnya, dengan menguasai isu budaya guru mampu menambah pengetahuan


tentang budaya lain. Pengetahuan ini amat penting dalam menyusun aktiviti pengajaran serta
merancang kaedah mengajar yang sesuai. Misalnya, kurikulum yang terkandung dalam
kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarnegaraan(PSK) umpamanya
mengandungi adab-adab setiap budaya di Malaysia. Justeru, kepelbagaian setiap murid dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat dipenuhi secara tidak langsung.

Selain itu, dengan memahami dan peka terhadap isu budaya, seorang guru akan dapat
mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif. Dalam konteks ini, kelancaran pengajaran dan
pembelajaran banyak disumbangkan daripada kerjasama dan perhatian murid-murid. Maka,
guru akan lebih berusaha untuk mempelbagaikan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang
menepati budaya murid dalam bilik darjah. Contohnya, penyusunan kedudukan meja murid-
murid dalam bilik darjah hendaklah melibatkan semua kaum.

Bukan itu sahaja, penguasaan isu budaya seseorang guru mampu membina hubungan
dan interaksi antara pelbagai kaum dalam bilik darjah. Hal ini kerana komunikasi merupakan
medium dan saluran yang baik untuk menghubungkan individu dengan individu yang lain.
Misalnya, aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira peluang yang sama rata
kepada setiap ahli kumpulan. Maka, komunikasi dua hala antara guru dan murid akan menjadi
lebih efisien dan berkesan semasa proses pengajaran.

Akhir sekali, penguasaan isu budaya juga akan dapat memudahkan pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam konteks ini,penggunaan Bahasa atau loghat sesuatu
tempat oleh guru akan dapat membantu murid memahami dengan lebih jelas tentang sesuatu
pengajaran. Contohnya, penggunaan Bahasa di pedalaman Sabah seperti kaum Dusun.

Anda mungkin juga menyukai