Anda di halaman 1dari 7

PEMBAHAGIAN MENGIKUT PENDEKATAN ELEMEN TEMATIK DALAM

PENGAJIAN SOSIAL.

BUDAYA
DEFINISI BUDAYA MENURUT WIKIPEDIA

Perkataan "budaya" secara amnya, ia merujuk kepada kegiatan-kegiatan


manusia. Perkataan bahasa Inggerisnya, culture, berasal daripada kata akar
bahasa Latin "colere" (mendiami, mengerjakan, menghormati). Berbagai-
bagai definisi "budaya" yang berbeza membayangkan teori yang berlainan
terhadap pemahaman dan kriteria penilaian untuk kegiatan manusia. Budaya
atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan
kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal)
secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia. Di
dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang dibawa
atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula jadi"'
yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia. Di dalam bahasa
Inggeris, kebudayaan disebut sebagai culture, yang berasal daripada
perkataan Latin colore yang bermaksud menanam atau mengerjakan.

Secara amnya, budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia. Ia


merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha
manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi
perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya “; yakni budi sebagai
aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai
aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada
kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan
masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau
tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk
membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu
masyarakat yang lain.
Budaya adalah tradisi, kepercayaan, nilai-nilai, dan pengetahuan asas
mengenai kehidupan yang merupakan salah satu aspek terpenting dalam
memberi gambaran kepada kita bahawa budaya memainkan peranannya
yang tersendiri dalam membentuk nilai dan sahsiah peribadi manusia. Secara
umum, aspek-aspek kebudayaan dapat mempengaruhi tingkahlaku manusia
dalam kehidupan seharian. Maksudnya, manusialah yang merekacipta atau
mempelajari sesuatu, serta dapat menyesuaikan diri dengan budaya tertentu.
Budaya membantu kita dalam memahami dan mendalami sesuatu perkara
dengan sebaik mungkin. Misalnya, kita dapat memahami seseorang individu
dan kelompok sesuatu masyarakat dalam keadaan tertentu.
Selain itu, sesuatu budaya juga mempunyai keunikannya yang
tersendiri. Setiap budaya yang diperlihatkan dan ditonjolkan memberi kesan
yang positif mahupun negatif dalam kehidupan manusia Di sini, dapat dilihat
betapa uniknya sesuatu kebudayaan itu sekiranya kita menghayati dan
menilainya dengan pandangan kita yang tersendiri. Setiap individu
mempunyai persepsi yang berbeza- beza dalam menilai sesuatu perkara.
Jadi, terpulang pada individu tersebut dalam memberikan pendapat tentang
sesuatu perkara umum.
Terdapat beberapa perbezaan dan persamaan yang dapat dilihat
melalui keunikan sesuatu budaya. Bahkan, kita semua mempunyai pelbagai
sistem kepercayaan, agama, cara hidup, nilai tradisi yang ingin ditonjolkan
dalam kehidupan seharian. Dalam Pengajian Sosial, budaya memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi kehidupan sosial kanak-kanak. Bagi
kanak-kanak pula, budaya adalah sesuatu yang perlu dititikberatkan agar
pembentukan budaya yang baru bermula dalam diri mereka tidak akan
dilupakan dan sering bermain- main di fikiran kanak- kanak. Hal ini
seterusnya dapat memupuk budaya yang tidak dikenali diamalkan dalam
kehidupan seharian.
Apa yang dapat dilihat di persekitaran kita, bermain sambil belajar
merupakan salah satu budaya kanak-kanak yang sering dilihat sama ada di
rumah mahupun di sekolah. Bermain sambil belajar merupakan sesuatu
perkara yang sedia ada dan menjadi rutin harian kanak-kanak dalam
perkembangan minda, bakat, dan kebolehan terutama dalam membentuk nilai
disiplin diri yang kuat. Malah, budaya ini banyak memberikan manfaat
kepada kanak-kanak dalam menjadikan diri mereka sebagai individu yang
berkredibiliti serta berdisiplin.
Di samping itu, tingkahlaku sosial kanak-kanak turut dipengaruhi oleh
kebudayaan dan cara-cara bagaimana kanak- kanak itu
dibesarkan.Penyesuaian sosial merupakan satu proses di mana kanak-kanak
dilatih untuk bergaul mesra dengan orang lain. Dalam proses ini, jelaslah
bahawa bermain dianggap sebagai satu perkara penting bagi kanak-kanak.
Melalui proses ini juga, kanak-kanak akan mempelajari dan membentuk sikap
persaudaraan dan pergaulan dalam perhubungan sosial secara tidak sedar.
Misalnya, semasa menjalankan aktiviti berkumpulan. Semasa proses
kumpulan dilakukan, kanak-kanak akan memperolehi pengalaman aktif iaitu
saling mengenali, saling menolong dalam kumpulan, bertukar idea dan
pendapat, persefahaman dan bertoleransi.
Tambahan lagi, kanak-kanak juga dapat mempelajari tentang
bagaimana untuk menghormati hak – hak individu lain seperti menghormati
sesuatu perkara dan tidak menggunakan harta benda orang lain jika bukan
miliknya, malah, sanggup berkongsi sesuatu perkara dan sebagainya.
Justeru itu, ibu bapa, para guru dan ahli masyarakat harus memainkan
peranan dalam menyediakan sumber- sumber yang dapat menghiburkan hati
kanak- kanak. Contohnya, alat-alat permainan dan aktiviti-aktiviti sukan yang
dapat mendorong kanak-kanak untuk mencapai tahap sosial yang
bersesuaian dengan umur mereka.
Di samping itu juga, budaya membaca merupakan salah satu daripada
amalan positif yang banyak memberikan kesan- kesan positif dalam
kehidupan kanak-kanak. Ringkasnya, budaya membaca merupakan tempat
pencarian ilmu terutama bagi kanak- kanak yang semakin membesar dan
mengenali alam persekitarannya. Ilmu merupakan harta terpenting dalam
melayari kehidupan yang semakin mencabar. Ia banyak memberikan manfaat
terutama dalam melahirkan insan yang seimbang dalam segenap aspek. Jadi,
budaya membaca harus disemai dan dipupuk di peringkat kanak-kanak lagi
supaya dapat melahirkan generasi yang mampu mencipta sesuatu perubahan
yang baru dan bersesuaian di negara kita kelak.
Semua sedia maklum, setiap negara di seluruh dunia mempunyai
warisan kesenian dan kebudayaannya yang tersendiri. Contohnya, muzik,
tarian dan sebagainya. Justeru itu, kanak-kanak perlu dibiasakan dengan
warisan kesenian dan kebudayaannya sendiri. Kebiasaannya, kanak- kanak
akan diajar mengenali budaya bermula dari rumah. Mereka perlu didedahkan
dengan amalan- amalan budaya yang berkaitan dengan kehidupan seharian.
Dengan itu, kanak-kanak akan berpotensi dalam menjana idea serta bertukar
pendapat mengenai kepelbagaian warisan kesenian dan kebudayaan negara
Malaysia. Melalui kaedah ini juga, kanak-kanak dapat menyesuaikan diri
mereka dengan pelbagai kebudayaan dan kesenian yang terdapat di negara
kita.
Konklusinyanya, jelaslah di sini bahawa budaya memainkan peranan
yang penting dalam menyingkap segala persoalan mengenai tingkahlaku
kehidupan kanak-kanak. Aspek budaya banyak memberi kesan kepada
psikologi kanak-kanak dalam pembentukan tingkahlaku mereka di samping
dapat memberikan panduan bagi memupuk sikap dan nilai-nilai murni dalam
diri mereka.

PERKEMBANGAN INDIVIDU DAN IDENTITI


Konsep perkembangan individu secara holistik adalah selaras dengan
kehendak pendidikan pada masa kini. Hal ini terbukti dengan adanya usaha
yang komprehensif dan berterusan untuk melahirkan individu yang
bersahsiah, berketrampilan seterusnya seimbang dan bersepadu dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Individu yang dilahirkan melalui proses
pendidikan perlu mempunyai kemahiran, mempunyai pemikiran kreatif,
rasional, akhlak yang mulia dan seterusnya mampu memberi sumbangan ke
arah kesejahteraan diri, keluarga serta kemakmuran masyarakat serta
negara.
Setiap individu mempunyai lambang identiti mereka tersendiri. Identiti
diri memberi satu gambaran keseluruhan tentang seseorang dan matlamat
hidup yang ingin dicapainya. Setiap orang mempunyai identiti diri yang
berlainan. Maka , dalam membina identiti diri, seseorang individu perlu
berusaha untuk mengembangkan potensi dan bakat masing-masing. Potensi
ini merujuk kepada bakat, kebolehan dan kekuatan yang ada pada diri
mereka. Potensi diri sebenarnya dapat dipupuk dan diasah melalui
pendidikan dan latihan secara berterusan. Kanak-kanak berpotensi untuk
mengembangkan diri sendiri dalam segenap aspek iaitu intelek, jasmani,
emosi dan rohani seterusnya ianya membawa kepada perkembangan individu
serta melahirkan kanak-kanak yang mempunyai matlamat hidup dalam
dirinya.
Jelaslah bahawa seseorang kanak-kanak yang mempunyai identiti diri
yang positif akan lebih yakin pada dirinya dan sentiasa ingin mengembangkan
potensinya ke tahap yang lebih cemerlang. Perkembangan potensi diri
membolehkan seseorang mencapai kejayaan dan kesejahteraan hidup dalam
masyarakat. Nilai sesebuah identiti diri dibentuk melalui proses asuhan dan
pengalaman serta perkembangan melalui interaksi dan tindakbalas dengan
individu- individu lain dalam proses sosialisasi. Identiti diri memainkan
peranan penting dalam membentuk sikap, watak serta personaliti individu
yang perlu dibangunkan ke arah menjadi insan yang baik, seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmaninya.
Dalam perkembangan individu, nilai-nilai murni dipupuk dalam diri
setiap kanak-kanak terutama memberi khidmat bakti kepada masyarakat,
agama dan negara. Justeru itu, keadaan ini membantu dalam mendidik
kanak-kanak untuk menjadi insan yang berguna, bermoral dan berakhlak
mulia dengan memberi penekanan kepada aspek perkembangan pemikiran,
perasaan dan tingkahlaku. Identiti seseorang kanak-kanak dapat digilap
dengan memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian
( spiritual ) dan moral kanak-kanak melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai
murni. Ianya juga menjadi panduan hidup yang membolehkan kanak-kanak
menjadi
jika mahu mereka mengenali individu lain dengan baik. insan yang berakhlak
mulia lantas dapat memberi sumbangan kepada perkembangan diri, keluarga,
masyarakat dan negara.
Jadi, perkembangan individu dan identiti amat penting dalam
perkembangan kanak- kanak. Malah, dalam proses tumbesaran, hal ini amat
penting dalam mempengaruhi kehidupan sosial mereka. Pengenalan kepada
identiti harus dititikberatkan
KEBAIKAN DAN KEBURUKAN PENDEKATAN ELEMEN- ELEMEN
TEMATIK

ELEMEN TEMATIK KEBAIKAN KEBURUKAN


BUDAYA Dapat mengenali kehidupan yang Mudah terpengaruh dengan
sebenar melalui pemerhatian dan budaya yang tidak elok hingga
pengalaman sepanjang proses dapat meruntuhkan akhlak
tumbesaran. seseorang individu hingga
mewujudkan masalah sosial.
PERKEMBANGAN Dapat mengenali sejarah ahli Kurang berkeyakinan apabila
INDIVIDU DAN keluarga terdekat mahupun yang berhadapan dengan masyarakat
IDENTITI jauh serta membentuk keyakinan disebabkan beberapa faktor yang
diri seseorang individu. tidak dapat dielakkan. Misalnya,
Mewujudkan komunikasi sesama faktor kecacatan, komunikasi dan
individu. sebagainya.
SAINS, TEKNOLOGI Dapat mengetahui perkembangan Penyebaran media massa yang
DAN MASYARAKAT dunia serta isu- isu semasa yang tidak elok atau hiburan yang boleh
berlaku di persekitaran. Bersifat merosakkan minda hingga
globalisasi dan modenisasi. menyebabkan masalah sosial
terutama keruntuhan akhlak.
INDIVIDU, Lebih bersistematik dan tersusun, Apabila gabungan antara individu,
KELOMPOK DAN mudah dikawal kerana mempunyai kumpulan dan masyarakat terlalu
INSTITUSI struktur organisasi yang tersendiri. ramai, maka masalah sosial akan
berlaku kerana tiadanya kawalan
dan akan berlaku pengaruh
sesama individu.
AMALAN BAIK SIVIK Dapat memupuk serta
mengamalkan nilai- nilai murni
dalam kehidupan seharian.

REFLEKSI
Sepanjang melakukan tugasan ini, kumpulan kami telah memilih lima
daripada sembilan elemen tematik yang terkandung di dalamnya, antaranya
ialah budaya, perkembangan individu dan identiti, individu, kelompok dan
institusi, sains, teknologi, dan masyarakat serta amalan baik sivik. Kesemua
elemen ini penting dalam perkembangan kanak- kanak dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.
Hal ini disebabkan kanak- kanak perlu didedahkan dengan semua
elemen ini agar dapat diamalkan pada masa akan datang. Selain itu, elemen
seperti budaya amat penting dalam memupuk minat serta perkembangan
intelek kanak- kanak. Dalam usia kanak- kanak, elemen ini berguna apabila
mereka semakin membesar dan mengenali persekitaran luar. Malah, sebagai
menambah ilmu pengetahuan, kanak- kanak harus mengetahuinya melalui
pemerhatian, pengalaman dan sebagainya. Sebagai manusia, mereka pernah
merasai apa yang pernah dilalui sepanjang proses tumbesaran.
Di samping itu, elemen- elemen seperti amalan baik sivik amat penting
dalam mempengaruhi kehidupan kanak- kanak. Amalan baik sivik adalah
sifat- sifat positif yang harus diikuti serta menjadi contoh dalam kehidupan
sosial bersama- sama masyarakat. Justeru, sebagai individu yang
bertanggungjawab dalam mendidik kanak- kanak, nilai- nilai ini harus
diterapkan dan dipupuk sejak awal lagi.
Tambahan lagi, perkembangan individu dan identiti pula harus
diperkenalkan kepada kanak- kanak sebagai kepentingan dalam bersosial.
Kanak- kanak harus mengenali diri mereka dari semua aspek dalaman serta
luaran. Malah mereka juga perlu merasa keyakinan diri apabila berhadapan
dengan orang ramai. Jadi, sebagai persiapan serta langkah awal, maka,
individu yang bertanggungjawab harus memupuk sifat ini agar kanak- kanak
dapt bersedia apabila berhadapan dengan masyarakat.
Konklusinya, elemen- elemen yang terkandung dalam strand tematik
perlu diamalkan dan dipupuk sejak awal perkembangan kanak- kanak
lagi.justeru, marilah kita bersama- sama dalam mengaplikasikan amalan-
amalan tematik dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai