Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENDAHULUAN

Setiap guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang berkualiti dan cemerlang. Justeru,
inisiatif pembangunan profesion keguruan dalam bentuk pembinaan ilmu dan kemahiran
pengajaran dan pengajaran (PdP), pengurusan, kebajikan, penyeliaan dan penilaian dalam
warga pendidik perlu dimantapkan (Ong Sze Chong, Zamri & Mohd Izham 2017). Hal ini
dapat membantu proses PdP dilaksanakan secara berterusan, rasional, ilmiah, kolaboratif
dan perkongsian dengan penilitian secara alternatif berpandukan informasi dan ilmu
pengetahuan. Pada era globalisasi ini, guru bahasa Melayu perlu menerapkan unsur
kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pembelajaran pelajar. Guru
perlu menekankan unsur inovasi dan kreativiti yan menambah nilai-nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian pelajar (Ong Sze Chong, 2017).
Guru Bahasa Melayu perlu mengubah pemikiran dan amalan pendekatan PdP lama
serta keluar daripada zon selesa sejajar dengan arus pendidikan masa kini. Pandangan dan
amalan pengajaran Bahasa Melayu perlu diubah suai dari segi pendekatan, kaedah dan
teknik yang sesuai dengan kehendak semasa dan keperluan murid. Hal ini demikian kerana,
murid mempunyai pelbagai kecerdasan, ras, sosioekonomi serta bahasa dan ditempatkan di
sebuah bilik darjah. Ini menyukarkan guru Bahasa Melayu mengaplikasikan pendekatan,
kaedah, teknik serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif. Guru Bahasa
Melayu diharapkan dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan mengenai nilai
murni, kebudayaan dan kepercayaan komuniti setempat bagi memastikan wujudnya
suasana pembelajaran yang efektif.

Pendekatan pengajaran merupakan aspek yang digunakan untuk mendekati atau


memulakan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) sesuatu pelajaran. Oleh hal yang
demikian, ada kalanya pendekatan menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis
pendekatan yang digunakan berdasarkan kriteria-kriteria yang digunakan guru untuk
meneliti proses PdP. Pendekatan pengajaran juga boleh digolongkan mengikut cara
pengelolaan murid, cara fakta disampaikan, keaktifan murid, pengajaran bahasa dan
pengajaran mata pelajaran lain. Elemen PdP merangkumi teknik, kemahiran atau perkara
khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah pengajaran. Sekiranya seseorang guru itu
tidak dapat menguasai teknik yang ada pada sesuatu kaedah, maka kemungkinan besar
matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Tujuan sesuatu teknik yang diaplikasikan guru di
dalam bilik darjah adalah untuk menarik minat murid, mengekalkan fokus serta menimbulkan
rasa ingin tahu murid akan sesuatu isi pelajaran yang akan dan sedang dilaksanakan. Oleh
hal yang demikian, dalam penulisan ini saya akan menyatakan perbezaan antara teknik
pengajaran bercerita dan drama secara kritis bersandarkan contoh-contoh yang relevan.

1|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2.0 KONSEP TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat pelbagai kaedah dan strategi pengajaran yang dikemukakan oleh pakar
pendidikan untuk dijadikan panduan oleh guru. Kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan
pembelajaran seseorang guru mampu menarik minat murid untuk terus fokus serta
memperoleh hasil pembelajaran yang maksimum. Kaedah pengajaran dapat dibahagikan
kepada beberapa bahagian, iaitu kaedah pengajaran mendengar-bertutur, kaedah
membaca –menulis, kaedah memerhati dan membuat (Azizan, Rashidi dan Abd. Razak,
1995). Oleh hal yang demikian, guru perlulah sentiasa perlu mempelbagaikan teknik dan
kaedah yang bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan dan juga tahap pengetahuan
sedia ada pelajar. Penggunaan sesuatu kaedah pengajaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) boleh mempengaruhi tahap keberkesanan sesebuah pengajaran
(Tamam et al. 2010). Hal ini demikian kerana, strategi pengajaran yang digunakan oleh guru
akan memberi impak atau kesan kepada penerimaan pelajar, seterusnya boleh membawa
kejayaan kepada pelajar. Pemilihan dan pelaksanaan sesuatu strategi pengajaran adalah
amat penting bagi memastikan setiap aktiviti PdP yang dirancang dapat dilaksanakan.

Teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar


berlaku di dalam bilik darjah yang mana digunakan untuk mencapai sesuatu objektif mata
pelajaran (Kamaruddin Hj. Hussin et al., 1997). Guru harus menggunakan teknik pengajaran
sebagai medium bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk
pelajarnya. Di samping itu, teknik pengajaran bertujuan untuk menarik minat murid,
mengekalkan perhatian dan membangkitan inkuiri seseorang murid semasa proses
pengajaran dan pemudah cara. Teknik pengajaran merupakan aspek pedagogi yang amat
penting dalam menentukan kejayaan atau kegagalan para guru dalam pengajarannya.
Pembaharuan perlu dibuat guru bagi teknik pengajaran supaya proses pendidikan dapat
merangsang perkembangan pelajar dari segi mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan
pembelajaran afektif. Inovatif dalam teknik pengajaran boleh mempertingkatkan kualiti
pendidikan dan memberi peluang yang lebih saksama kepada setiap murid (Sufean Hussin
et al., 1998).

3.0 KONSEP TEKNIK BERCERITA DAN TEKNIK DRAMA

Terdapat empat teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
iaitu teknik latih tubi, bercerita, tunjuk cara serta drama. Dalam menelurusi penulisan ini,
saya akan menyatakan konsep serta membanding beza teknik bercerita dan teknik drama.

2|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


3.1 TEKNIK BERCERITA

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian murid-murid kerana melalui
bercerita mereka dapat memahami sesuatu dengan lebih mendalam dan secara tidak
langsung mampu meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif.
Murid dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria tanpa sebarang tekanan jika
guru menggunakan teknik bercerita semasa PdP (Sufean Hussin et al., 1998). Oleh hal yang
demikian, apabila belajar dalam suasana tersebut, murid akan lebih mudah faham serta
ingat isi pelajaran. Hal ini secara lumrahnya, manusia sentiasa mengingat perkara yang
menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan kepada diri mereka. Dengan
teknik ini, latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. Selain itu, bercerita dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis di kalangan murid.

Pada sudut yang lain, bercerita dikenal pasti sebagai suatu cara yang berkesan
untuk menyampaikan idea dan boleh mengakibatkan perubahan dalam pembelajaran
(McDrury et. al., 2001). Bercerita bukan merupakan penemuan baru dalam dunia pendidikan
malah keberkesanannya dalam menghasilkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
memang tidak dapat dinafikan (Choo, 2003). Teknik penceritaan merupakan satu proses
perkongsian ilmu pengetahuan yang tepat. Perkongsian ilmu dalam pembelajaran amat
penting bagi murid mendapatkan percambahan idea dalam sesuatu bidang yang mereka
usahakan. Bercerita merupakan teknik mengajar yang membolehkan guru menjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Hal ini secara tidak langsung dapat
memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman,
mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca.

Dalam konteks dunia pendidikan masa kini, teknik bercerita masih sesuai diaplikasi
guru dalam pengajaran mereka. Memang tidak dapat dinafikan penemuan teknik terkini
membantu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang efektif, namun bercerita masih
lagi relevan dan sesuai diaplikasikan dalam bidang pendidikan. Aktiviti pendidikan boleh
dilaksanakan di dalam bilik darjah mahupun luar bilik darjah, malahan bercerita mampu
dilaksanakan dengan atau tanpa bahan bantu mengajar. Teknik ini mampu menjimatkan
masa dan membolehkan penglibatan aktif murid semasa atau selepas bercerita. Bercerita
melibatkan kreativiti guru menggunakan cerita sebagai media menyampaikan isi pelajaran
kepada murid (Sufean Hussin et al., 1998). Teknik ini mampu meningktakan minat dan
membina apresiasi dalam kalangan pelajar. Bercerita secara tidak langsung dapat
memperkayakan pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman, mengembangkan
kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca.

3|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


3.2 TEKNIK DRAMA

Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah murid. Tujuan utama
teknik drama ini adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur
paralinguistik serta bukan linguistik dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa.
Pengaplikasian teknik drama ini mampu mendorong dan merangsang murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipalajarinya. Selain itu, murid
juga bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi serta berkongsi sesuatu.
Drama membantu murid membentuk sesuatu pengetahuan ataupun perkara yang
didedahkan guru pada perspektif baru. Di samping itu, murid akan terdedah kepada isu-isu
yang autentik dan bukan dalam dunia khayalan (Bowell et., al., 2001)

Kanak-kanak merupakan pemikir aktif dan belajar secara kinestetik dan drama
adalah bentuk yang menggabungjalinkan aktiviti lisan, visual dan kinestetik untuk pelajar.
Penggunaan drama dalam proses pengajaran memberikan ruang kepada murid untuk
meningkatkan pemahaman dengan keupayaan membuat kaitan dan hubungan antara
kemampuan murid secara lisan dengan aksi atau aktiviti lakonan (Baldwin, 2006). Drama
merupakan alat untuk melibatkan murid dan membuat pengajaran lebih bermakna. Hal ini
demikian kerana, melalui aktiviti drama, murid dapat memahami dan mengalami watak lain
dalam suasana yang selesa dan selamat. Komunikasi antara rakan sebaya dalam
perbincangan dan latihan mampu meningkatkan keyakinan diri murid. Dalam kajian mencari
keberkesanan drama dalam penulisan, McNaughton mendapati kanak-kanak yang aktif
dalam pembelajaran melalui drama dapat menulis dengan lebih baik, “...McNaughton (1997)
has observed that children who engage in drama before writing, write more effectively and at
a greater length than those engage in discussion alone..”(Grainger, Gooch and Lambirth,
2005). Jelas, teknik drama masih lagi relevan serta sesuai diaplikasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu.

4.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEKNIK

Setiap teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran mempunyai kekuatan
serta kelemahannya yang tersendiri. Namun setiap kelemahan yang ada pada sesuatu
teknik, perlulah diatasi guru dengan kreativitinya yang tersendiri agar pembelajaran yang
efektif dapat diwujudkan. Dalam bahagian ini, saya akan menyatakan kekuatan serta
kelemahan teknik bercerita dan teknik drama.

4|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


4.1.1 KEKUATAN TEKNIK PENCERITAAN

Teknik penceritaan yang diterapkan kepada murid-murid sekolah rendah mempunyai


beberapa kebaikan tertentu, antaranya ialah kaedah bercerita jika dapat digunakan dengan
baik, akan mendorongkan pengajaran-pembelajaran. Bercerita amat sesuai dengan
perkembangkan kanak-kanak yang mempunyai daya imaginasi dan perasaan ingin tahu
yang tinggi (Sufean Hussin et al., 1998). Dalam soal ini, kanak-kanak patut digalakkan
mengingat beberapa buku cerita yang popular, terutama cerita-cerita rakyat yang terdapat di
dalam sesuatu masyrakat. Hal ini secara tidak langsung akan membantu murid mengasah
memori jangka panjangnya.

Di samping itu, teknik penceritaan dipercayai dapat memperkembangkan kemahiran-


kemahiran mendengar, seterusnya mempengaruhi kemahiran taakulan dan menguatkan
daya ingatan serta imaginasi mereka. Selain itu, teknik penceritaan dapat
memperkembangkan kemahiran-kemahiran lisan, terutama dari segi tatabahasa, sebutan,
olahan dan kebolehan mengorganisasi dan mengemukakan isi-isi atau fakta-fakta. Bercerita
juga membantu murid menguasai kemahiran mendengar. Hal ini demikian kerana, apabila
aktiviti dijalankan, kemahiran mendengar adalah amat dititikberatkan. Murid akan
mendengar dengan teliti semasa penceritaan berlangsung (Marzuki Nyak, 1994). Murid-
murid akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Murid
yang mendengar dengan baik akan dapat mengenalpasti setiap isi penting semasa sesi
bercerita sedang berlangsung dan dapat menjawab setiap soalan yang diajukan dengan
baik.

Pada dasar yang lain, teknik penceritaan dapat membentuk kemahiran intelektual
murid-murid dan menjadikan mereka lebih kreatif. Kemahiran-kemahiran lisan, pertuturan,
perbualan dan perbincangan yang bersifat naratif dan preskriptif dalam merupakan satu
kemahiran intelektual dan kemahiran sosial yang penting dipupuk di kalangan murid-murid
sekolah. Elemen penceritaan digunakan untuk meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak
terutamanya kupasan mengenai perbualan dengan menekankan kepada skop tertentu
ketika kanak-kanak tersebut sedang menikmati maknanya (Rust & Smith, 2006). Sesi
bercerita secara tidak langsung akan memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita.
Cerita-cerita teladan kebiasaannya mempunyai nilai murni yang perlu dicontohi. Tamsilnya,
melalui cerita Sang Arnab dan Sang Kura-kura, murid akan mencontohi nilai murni seperti
sentiasa berusaha dan tidak memandang rendah akan orang lain.

Teknik bercerita sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana


cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Teknik ini juga
mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan menggunakan

5|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


teknik bercerita, murid-murid dapat menggunakan kreativitinya untuk menyampaikan cerita.
Misalnya, guru memberikan tajuk ‘Kereta Idaman Saya’. Murid-murid akan berfikir dan cuba
untuk menceritakan kepada kelas berkenaan apa sahaja tentang kereta idamannya. Pada
sudut yang lain, teknik ini juga memerlukan murid mengaplikasikan teknik persembahan,
suara, gerak laku dan kawalan mata yang baik (Tuan Jah & Faridah Nazir, 2011). Secara
tidak langsung murid tersebut akan mempraktikkan suara yang lantang dan tidak mendatar
dengan menggunakan panjang dan pendek lontaran suara untuk mengelakkan kebosanan.

Teknik bercerita melibatkan perhubungan dua hala antara guru dengan murid dan
antara murid dengan murid. Murid boleh merasai sendiri situasi cerita melalui penggunaan
bahan-bahan bantu mengajar yang disesuaikan guru semasa teknik bercerita digunakan di
dalam bilik darjah. Di samping itu, penggunaan gambar atau bercerita dapat melatih murid
berfikir (Shahabuddin & Rohizani, 2003). Murid-murid dapat merangsang pemikirannya dan
timbul rasa ingin tahu mengenai kesudahan sesebuah cerita tersebut. Hal ini secara tidak
langsung akan merangsan inkuiri murid-murid tersebut. Minat yang timbul dalam setiap diri
pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran (David Fryland, 1995). Apabila seseorang
itu minat dengan apa yang dilakukannya, makan beliau akan bersedia belajar dengan tekun
sehingga mencapai apa yang dicita-citaka. Hal ini bermakna proses pengajaran dan
pembelajaran akan berjalan lancar sekiranya pelajar berminat dengan subjek dan kaedah
yang digunakan. Jelaslah, kaedah bercerita yang diaplikasikan semasa proses pengajaran
dan pengajaran akan menarik minat pelajar untuk terus memberi fokus yang penuh semasa
PdP berlangsung.

4.1.2 KELEMAHAN TEKNIK BERCERITA

Pada dasarnya, setiap teknik mempunyai kekurangannya dan kelemahannya yang


tersendiri. Namun kelemahan teknik tersebut dapat diatasi dengan kreativiti guru.
Penceritaan kebiasaannya mempunyai jalan cerita yang terlalu berimaginatif, sehingga
membawa murid melebihi ke alam fantasi dan lari dari alam nyata. Perkara ini secara tidak
langsung akan mendorong pelajar cenderung untuk selalu berkhayal. Pelajar akan berada
dalam dunia sendiri dan tidak mengendahkan situasi sebenar yang berlaku. Oleh hal yang
demikian, guru perlu memantau bahan bacaan pelajar agar tidak terlalu keterlaluan dan lari
dari realiti sebenar.

Di samping itu, terdapat juga jalan cerita yang memesongkan akidah dan agama.
Cerita mengenai sang dewa-dewi serta puteri bunian mampu memesongkan akidah pelajar
yang terlalu taksub dengan kuasa luar biasa. Selanjutnya, si pencerita mungkin sekali
hanyut dan seronok bercerita tanpa menghiraukan respons para pendengar (Roselan Baki,

6|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


2003). Hal ini kebiasaannya terjadi apabila si pencerita terlalu taksub untuk menyampaikan
dan menghabiskan penceritaannya tanpa memikirkan para pendengar. Si pencerita juga
haruslah mempunyai daya ingatan dan penghafalan yang tinggi agar penyampaian mampu
menarik perhatian pelajar lain.

Kaedah bercerita memerlukan penyampai cerita yang berkemahiran tinggi. Sesuatu


cerita itu mungkin menarik tetapi jika tidak disampaikan dengan baik, kesan yang diingini
daripada cerita mungkin tidak dapat ditonjolkan. Kemahiran bercerita ditentukan oleh
pencerita yang merupakan punca kejayaan sebuah cerita. Pencerita yang menyampaikan
sebuah cerita dengan sebutan yang kurang jelas dan tidak lancar akan mengurangkan daya
tarikan cerita tersebut (Loi Kuang Siang, 2009). Namun, kelemahan teknik bercerita ini dapat
diminumkan dengan latihan yang mencukupi.

4.2.1 KEKUATAN TEKNIK DRAMA

Secara amnya, teknik drama dapat mempertingkatkan kemahiran bertutur murid. Hal ini
demikian kerana, apabila murid melontarkan dialog-dialog yang terdapat di dalam drama,
mereka perlu melontarkan skrip-skrip tersebut dengan sebutan yang betul dan intonasi yang
jelas. Selain itu, teknik ini juga membantu murid untuk berlakon dengan gaya yang betul.
Penggunaan bahasa badan serta mimik muka yang betul memainkan peranan yang besar
bagi seorang pelajar untuk menghidupkan sesuatu watak. Di samping itu, suasana
pembelajaran yang berkesan mampu diwujudkan. Hal ini demikian kerana, pembelajaran
berlangsung dalam keadaan yang santai namun segala input pelajaran dapat diterima murid
secara positif. Teknik drama ini juga memberi kesempatan terhadap murid untuk
menghayati nilai-nilai moral yang positif. Setiap drama yang dilakonkan mempunyai suatu
mesej yang ingi disampaikan kepada penonton.

Aktiviti drama dalam pendidikan di sekolah merupakan lakonan yang tidak formal,
tidak memerlukan pentas dan peralatan yang lengkap. Manakala bahan lakonan boleh
diambil daripada buku-buku, bahan alam fantasi dan imaginasi, yang dibentuk menjadi alam
nyata. Aktiviti sebegini penting kerana dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) didapati terlalu banyak mata pelajaran
yang hendak dipelajari serta jadual waktu yang padat (Ariff Mohamad, 2012). Aktiviti drama
dapat menghilangkan rasa bosan pelajar atas tekanan tadi sambil memberi peluang
bersosial untuk menimbulkan rasa seronok sekali gus menjadikan pembelajaran itu
berkesan. Di samping itu, aktiviti drama amat sesuai digunakan untuk melatih para pelajar
mencapai tahap kematangan diri dengan cepat. Dengan cara itu pelajar akan lebih bersedia
menghadapi cabaran hidup secara positif.

7|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Teknik drama dapat mendorong dan merangsang murid-murid untuk
menghubungkan perasaannya dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Murid-murid akan
bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu (Tuan Jah
et., al, 2011). Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat
bantu pengajaran dan pembelajaran. Pengaplikasian teknik drama ini mampu membina
daya intelek yang tinggi, perkembangan bahasa dan interaksi sosial yang baik (Robiah
Kulup Hamzah, 1998). Hal ini demikian kerana, misalnya melalui teknik main peranan
misalnya, murid-murid berupaya untuk bertutur dan meluahkan buah fikiran dengan
mengunakan bahasa yang sesuai dalam pelbagai bentuk hubungan (Faziah Sulaiman,
1995). Jelas, drama merupakan satu cara yang sebenar untuk belajar (Courtney Richard,
1991).

Dalam aktiviti pembelajaran melalui drama, murid-murid akan terdedah kepada


peluang untuk menggunakan bahasa yang baik untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan.
Di samping mengasah minda untuk memikirkan idea-idea untuk menggerakkan drama
tersebut, murid-murid harus menuturkan idea-idea tersebut dengan jelas. Hal ini secara
tidak langsung akan memberikan peluang buat setiap pelajar bersuara semasa aktiviti
pembelajaran. “Drama provides opportunities to use (and through using, improve) language
for more effective expression, to learn to co-operate with other people and take instructions,
to learn to be self-disciplined and responsible, to see things in a different way, and to try out
ideas in a safe environment...” (Soh, 1999). Situasi ini jarang dilihat dalam bilik darjah
konvensional. Hal ini secara tidak langsung akan membina keyakinan dalam diri murid serta
mendisiplinkan mereka. Jelas, teknik drama ini amat sesuai untuk diaplikasikan dalam
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan di atas.

4.2.2 KELEMAHAN TEKNIK DRAMA

Namun, teknik drama ini juga mempunyai kekurangannya yang tersendiri. Pelajar yang tiada
pengalaman berlakon mungkin akan gelisah serta kekok semasa berlakon. Hal ini sekali gus
akan membosankan penonton jikalau prestasi pelakon yang kurang baik. Selanjutnya,
apabila drama dilakonkan, mungkin akan ada murid yang enggan melakonkan sesuatu
babak kerana merasa rendah diri dan malu. Apabila persembahan drama gagal, guru tidak
dapat membuat kesimpulan dan bermaksud tujuan pengajarannya tidak tercapai (Faridah
Nazir & Faiziah Shamsudin, 2016). Misalnya, murid tersebut malu serta tidak yakin untuk
melakonkan watak ibu tiri dalam drama ‘Bawang Putih, Bawang Merah’, mesej serta jalan
cerita yang menarik akan gagal disampaikan dengan baik.

8|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


Di samping itu, teknik drama ini memakan banyak masa, baik semasa persiapan
dalam rangka pemahaman isi pelajaran mahupun pada pelaksanaan pertunjukkan drama.
Selain itu, semasa teknik drama dilakonkan ianya memerlukan ruang yang cukup luas dan
tidak terbatas, jikalau ruang yang sempit dan kecik digunakan, pergerakan pelakon akan
terbatas. Semasa persembahan drama pula, mungkin akan berlaku gangguan daripada
luaran, misalnya penonton yang membuat bising, ‘prop’ tidak berfungsi dengan baik dan
sebagainya. Ganguan sebegitu haruslah ditangani dengan baik agar drama dapat berjalan
dengan lancar tanpa sebarang gangguan (Suwardi Endraswara, 2005). Pelakon yang
terlibat dalam drama tersebut haruslah bersedia dengan mengambil pelbagai risiko yang
bakal berlaku.

Aktiviti drama yang melibatkan sesetengah murid dalam sesuatu babak akan
menyebabkan murid lain yang tidak terlibat dalam babak tersebut akan kekurangan
pengalaman secara langsung dan kurang memperoleh faedah daripada lakonan tersebut.
Murid yang menjadi watak utama akan memperoleh pengalaman yang banyak berbanding
murid yang menjadi watak sampingan (Faiziah Sulaiman, 1995). Apabila telah selesai
lakonan diadakan, bukan tugas yang mudah bagi guru untuk menilai prestasi pelakon
tersebut serta membuat rumusan mengenai lakonannya. Jelas, teknik drama ini mempunyai
kelemahannya yang tersendiri. Kreativiti guru haruslah diguna pakai untuk menangani
sebarang kelemahan yang bakal berlaku.

5.0 PENGAPLIKASIAN TEKNIK BERCERITA DAN TEKNIK DRAMA

Teknik bercerita boleh diaplikasikan dalam pelbagai bentuk. Guru boleh menggunakan
pelbagai cara untuk menyampaikan cerita di dalam kelas. Antaranya ialah secara lisan,
ataupun murid mendengar pita rakaman, atau menonton sambil mendengar cerita
menggunakan boneka. Cerita yang baik perlu mengambil kira semua aspek imaginasi dan
kreativiti serta menggunakan plot yang baik dan mengandungi mesej yang menarik untuk
disampaikan kepada pendengar (Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad, 2012). Teknik
bercerita ini sebenarnya boleh dipraktikkan secara bebas oleh guru. Secara asasnya teknik
bercerita hanya memerlukan cerita, penyampai dan audien ataupun pendengar.
Walaubagaimanapun dalam dunia pendidikan formal, teknik bercerita dapat dimodifikasikan
dan dimanipulasikan mengikut kesesuaian dalam bilik darjah, bahan pengajaran serta
teknologi pendidikan yang ada. Dengan itu, lahirlah pelbagai kaedah yang boleh digunakan
dalam menjayakan teknik bercerita ini. Sebagai tamsilnya, teknik bercerita merangkumi
bercerita menggunakan buku, penggunaan boneka, penggunaan gambar bersiri,
penggunaan bahan maujud, cerita berpandu, bercerita secara individu tanpa alat serta

9|Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah


teater bercerita. Oleh yang demikian, jelas pengaplikasian teknik bercerita ini boleh
dilaksanakan dalam pelbagai cara mengikut kreativiti guru tersebut.

Di samping itu, teknik drama merupakan satu pertunjukkan yang berlaku antara
penyatuan lakonan dan pengucapan atau persembahan gerak laku serta lakonan atau
peniruan watak-watak (Noah & Montfort). Dalam pengaplikasian teknik drama, ianya harus
mempunyai persoalan, tindakan, perkembangan seterusnya klimaks dan diakhiri dengan
kesimpulan. Teknik drama melibatkan pergerakan tubuh badan, di samping berkait dengan
segala bentuk perlakuan yang meliputi semua kegiatan mengenai kehidupan manusia.
Teknik ini dilakonkan oleh watak tertentu sebagai usaha mencerminkan keadaan sebenar
atau meniru cara dan bentuk perlakuan-perlakuan yang berlaku di dalam masyarakat. Di
sekolah, drama merupakan satu aktiviti yang amat disukai murid-murid. Hal ini demikian
kerana, drama dikendalikan dalam konteks bermain dan bersuka ria. Murid-murid diberikan
peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat, bergaya
dan beraksi sesama sendiri serta bekerja bersama-sama (Adenan Ayob dan Khairuddin
Mohamad, 2012). Jelas, teknik drama yang baik mampu mewujudkan suasana yang
menyeronokkan dan secara sendirinya akan tertanam semangat untuk belajar dalam diri
murid-murid.

6.0 KESIMPULAN

Pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan yang ada di dalam pengajaran itu tetapi tidak
semua kaedah sesuai untuk murid dan semua mata pelajaran yang ada. Setiap kaedah
yang dipilih guru perlulah melihat kepada situasi dan latar belakang murid, serta
kemampuan dan tahap penguasaan murid. Teknik bercerita dan drama ini amat sesuai dan
relevan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ianya merupakan
satu cara belajar sambil bermain. Murid-murid tidak akan berasa tertekan, malah
pembelajaran akan berlaku dalam keadaan yang lebih santai namun segala input
pengajaran dan objektif pengajaran akan dapat dicapai.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah mengubah


persepsi murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana,
kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran memberi implikasi terhadap bidang
pendidikan Bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, sesi PdP tidak akan membosankan
dengan adanya teknik-teknik yang dinyatakan di dalam penulisan ini. Demi menambah baik
kualiti pendidikan di negara ini, guru Bahasa Melayu haruslah melakukan anjakan
paradigma dan bersedia membuat perubahan serta pembaharuan dalam menyampaikan

10 | K a e d a h P e n g a j a r a n B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
pengajaran mereka. Hal ini sekali gus akan membantu melahirkan murid yang mempunyai
daya pemikiran yang tinggi, berfikiran kritis, kreatif dan rasional

Sebagai bakal guru bahasa Melayu, kita mestilah mempelbagaikan teknik


pengajaran agar murid tidak merasa bosan semasa di dalam kelas. Guru haruslah kreatif
mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
kecerdasan murid. Hal ini akan membuatkan murid-murid tidak sabar untuk belajar serta
menyemai motivasi untuk terus belajar. Situasi ini secara tidak langsung akan membantu
murid menanamkan rasa ingin belajar dalam diri mereka tanpa mereka sedar. Berdasarkan
cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah teknik bercerita dan teknik drama
perlu diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran berpaksikan hujah-hujah yang telah
dinyatakan di atas.

11 | K a e d a h P e n g a j a r a n B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
7.0 RUJUKAN
Buku:
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Azizan, Rashidi & Abdul Razak. (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan
Strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Asmah Haji Omar. (2004). Penyelidikan, Pengajaran dan Pemupukan Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ariff Mohamad. (2012). Interpretasi dan Pedagogi. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Baldwin. (2006). Cora Wilson Stewart and Kentucky's moonlight schools: Fighting for literacy
in America. Lexington: University Press of Kentucky.
Bowell Pamela & Heap Brian S. (2001). Planning Process Drama. 1-55. London: David
Fulton Publishers.
Choo. (2003). Advanced Concrete Technology. Oxford: Butterworth-Heinemann.
Countney Richard. (1991). Lakon, Drama dan Pemikiran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
David Fryland. (1995). Introducing Reading. London: Penguin.
Faridah Nazir & Faiziah Hj. Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Faziah Sulaiman. (1995). Drama Dalam Pendidikan Bahasa. Kuala Lumpur: Bahagian
Pendidikan Guru.
Grainger Teresa, Goouch Kathy & Lambirth Andrew. (2005). Creativity and Writing 11-23
101-119.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu III: Komunikasi
Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Noah & Montfort. (2003). Teaching drama. USA: The MIT Press.
Roselan Baki. (2003). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor:
Karisma Publications Sdn. Bhd.
S. Nathesan. (2010). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub (2003). Psikologi pembelajaran dan personaliti.
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

12 | K a e d a h P e n g a j a r a n B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h
Sofiah Hamid. (1983). Pendekatan Mengajar Bacaan Bahasa Malaysia Di Peringkat
Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Sufian Hussin, Abd Rahim Rashid & Sulaiman Ngah Razali. (1988). Pengajaran Alam dan
Manusia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Suwardi Endraswara. (2005). Metode dan Teori Pengajaran Sastra. Yogyakarta: Buana
Pustaka.
Zulkifley Hamid. (2005). Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jurnal:
Loi Kuang Siang. (2009). Kesan Penggunaan Kaedah Bercerita Dalam Proses Pengajaran
Dan Pembelajaran Sains Tahun Lima. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP
SN amb. Januari 2009, Seminar Penyelidikan Tindakan IPG KBL Tahun 2012,
ms.102-115
McDrury, J. & Alterio M. (2001). Achieving Reflective Learning Using Storytelling Pathways.
Innovations in Education and Teaching International, 38(1), 63-73.
doi:10.1080/147032901300002864
Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2017. Ciri kemahiran guru
cemerlang Bahasa Melayu sekolah menengah di negeri Sarawak. Prosiding
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak (Eksekutif)
Kali Ke-6, 715-726. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Soh Kay Cheng & Hunter Mary Ann in The Necessary Stage for Youth Branch (1999).
Development through drama towards providing a holistic education in Singapore.4 -
7, 11 Singapore.
Tamam Timbang, Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Jamaludin Badushah.
2010. Masalah membaca murid-murid sekolah rendah kerajaan di Brunei
Darussalam: Satu kajian kes. Jurnal Pendidikan Malaysia 35 (2): 77-85.
Robiah Kulop Hamzah. (1989). Pengendalian Aktiviti Drama dalam Pendidikan di luar bilik
darjah. Kerta Kerja Seminar Kebangsaan Drama Dalam Pendidikan. Universiti
Pertanian Malaysia, Serdang, 14-15 Okt.
Rust, J., & Smith, A. How should the effectiveness of Social Stories to modify the behaviour
of children on the Autistic spectrum be tested?. SAGE Pebulications and The
National Autistic Society, 10(2):125-138.

13 | K a e d a h P e n g a j a r a n B a h a s a M e l a y u S e k o l a h R e n d a h

Anda mungkin juga menyukai