Anda di halaman 1dari 15

1.

0 Pendahuluan

Setiap guru perlu mempunyai tahap profesionalisme yang berkualiti dan cemerlang. Justeru,
inisiatif pembangunan profesion keguruan dalam bentuk pembinaan ilmu dan kemahiran
pengajaran dan pengajaran (PdP), pengurusan, kebajikan, penyeliaan dan penilaian dalam
warga pendidik perlu dimantapkan (Ong Sze Chong, Zamri & Mohd Izham 2017). Hal ini
dapat membantu proses PdP dilaksanakan secara berterusan, rasional, ilmiah, kolaboratif
dan perkongsian dengan penilitian secara alternatif berpandukan informasi dan ilmu
pengetahuan. Pada era globalisasi ini, guru bahasa Melayu perlu menerapkan unsur
kreativiti yang menambah nilai pada usaha-usaha meningkatkan pembelajaran pelajar. Guru
perlu menekankan unsur inovasi dan kreativiti yang menambah nilai-nilai pada usaha
meningkatkan pencapaian pelajar (Ong Sze Chong, 2017).
Teknik pengajaran merupakan aspek yang digunakan untuk mendekati atau
memulakan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) sesuatu pelajaran. Oleh hal yang
demikian, ada kalanya teknik menyerupai klasifikasi pengajaran iaitu jenis-jenis pendekatan
yang digunakan berdasarkan kriteria-kriteria yang digunakan guru untuk meneliti proses
PdP. Sekiranya seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik yang ada pada sesuatu
kaedah, maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Tujuan sesuatu
teknik yang diaplikasikan guru di dalam bilik darjah adalah untuk menarik minat murid,
mengekalkan fokus serta menimbulkan rasa ingin tahu murid akan sesuatu isi pelajaran
yang akan dan sedang dilaksanakan. Dalam pengajaran tatabahasa dan seni bahasa
terdapat beberapa teknik pengajaran yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa (Freeman, 2003). Oleh hal
yang demikian dalam penulisan ini, saya akan menghuraikan dua teknik pengajaran aspek
seni bahasa dan dua teknik pengajaran aspek tatabahasa yang dapat menggalakkan
penglibatan murid seiring dengan pengajaran abad ke-21.

2.0 Konsep Teknik Pengajaran

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang dikemukakan oleh pakar pendidikan
untuk dijadikan panduan oleh guru. Teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu
organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah yang mana digunakan untuk
mencapai sesuatu objektif mata pelajaran (Kamaruddin Hj. Hussin & Siti Hajar, 1997). Di
samping itu, teknik pengajaran bertujuan untuk menarik minat murid, mengekalkan perhatian
dan membangkitkan inkuiri seseorang murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Teknik dicipta dan ditentukan sebelum pelaksanaan pengajaran, serta teknik ini adalah
selaras dengan kaedah yang digunakan dan sejajar dengan pendekatan yang dipegang
1|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa
Melayu
(Tuan Jah & Faridah Nazir, 2011). Pembaharuan perlu dibuat guru bagi teknik pengajaran
supaya proses pendidikan dapat merangsang perkembangan pelajar dari segi mendapatkan
pengetahuan, kemahiran dan pembelajaran afektif. Inovatif dalam teknik pengajaran dapat
mempertingkatkan kualiti pendidikan dan memberi peluang yang lebih saksama kepada
setiap murid (Sufean Hussin et al., 1998).

3.0 Teknik Pengajaran Aspek Seni Bahasa

Melalui pembelajaran Modul Seni Bahasa yang terkandung dalam Standard Kurikulum
Bahasa Malaysia Sekolah Rendah tahap Satu, murid perlu memahami dan menguasai
keindahan serta kehalusan dalam bahasa Melayu. Melalui pembelajaran modul ini, murid
dapat menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre lisan dan bertulis
melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran
yang menyeronokkan secara didik hibur. Secara umumnya, terdapat lima teknik pengajaran
aspek seni bahasa yang terdiri daripada nyanyian, bercerita, laokonan, dialog dan
deklamasi. Dalam menelurusi penulisan ini, saya akan membuktikan pemilihan teknik
bercerita dan teknik nyanyian dapat menggalakkan penglibatan murid secara aktif seiring
dengan pengajaran abad ke-21.

3.1 Teknik Bercerita

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian murid-murid kerana melalui
bercerita mereka dapat memahami sesuatu dengan lebih mendalam dan secara tidak
langsung mampu meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir secara kreatif.
Murid dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria tanpa sebarang tekanan jika
guru menggunakan teknik bercerita semasa PdP (Sufean Hussin et al., 1998). Oleh hal yang
demikian, apabila belajar dalam suasana tersebut, murid akan lebih mudah faham serta
ingat isi pelajaran. Hal ini secara lumrahnya, manusia sentiasa mengingat perkara yang
menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan kepada diri mereka. Dengan
teknik ini, latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat
disampaikan. Selain itu, bercerita dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis di kalangan murid.

2|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa


Melayu
3.1.1 Kelebihan Teknik Bercerita

Pada dasarnya, teknik bercerita dipercayai dapat memperkembangkan kemahiran-


kemahiran mendengar, seterusnya mempengaruhi kemahiran menaakul dan menguatkan
daya ingatan serta imaginasi mereka. Selain itu, teknik bercerita dapat memperkembangkan
kemahiran-kemahiran lisan, terutama dari segi tatabahasa, sebutan, olahan dan kebolehan
mengorganisasi dan mengemukakan isi-isi atau fakta-fakta (David Fryland, 1995). Bercerita
juga membantu murid menguasai kemahiran mendengar. Hal ini demikian kerana, apabila
aktiviti bercerita dijalankan, kemahiran mendengar adalah amat dititikberatkan. Murid akan
mendengar dengan teliti semasa penceritaan berlangsung (Marzuki Nyak, 1994). Murid-
murid akan mengenalpasti maklumat atau isi penting yang disampaikan oleh guru. Murid
yang mendengar dengan baik akan dapat mengenalpasti setiap isi penting semasa sesi
bercerita sedang berlangsung dan dapat menjawab setiap soalan yang diajukan dengan
baik.

Pada dasar yang sama, teknik bercerita dapat membentuk kemahiran intelektual
murid-murid dan menjadikan mereka lebih kreatif. Kemahiran-kemahiran lisan, pertuturan,
perbualan dan perbincangan yang bersifat naratif dan preskriptif merupakan satu kemahiran
intelektual dan kemahiran sosial yang penting dipupuk di kalangan murid-murid sekolah.
Elemen bercerita digunakan untuk meningkatkan interaksi sosial kanak-kanak terutamanya
kupasan mengenai perbualan dengan menekankan kepada skop tertentu ketika kanak-
kanak tersebut sedang menikmati maknanya (Rust & Smith, 2006). Sesi bercerita secara
tidak langsung akan memupuk nilai murni yang terkandung dalam cerita. Cerita-cerita
teladan kebiasaannya mempunyai nilai murni yang perlu dicontohi. Tamsilnya, melalui cerita
Sang Arnab dan Sang Kura-kura, murid akan mencontohi nilai murni seperti sentiasa
berusaha dan tidak memandang rendah akan orang lain. Di samping itu, penggunaan
gambar atau bercerita dapat melatih murid berfikir (Shahabuddin & Rohizani, 2003). Murid-
murid dapat merangsang pemikirannya dan timbul rasa ingin tahu mengenai kesudahan
sesebuah cerita tersebut.

3.1.2 Pengaplikasian Dan Keberkesanan Teknik Bercerita

Teknik bercerita menjadi satu teknik yang digunakan oleh semua guru bahasa Melayu
dalam pengajaran aspek seni bahasa. Hal ini kerana sebahagian pernyataan standard
pembelajaran dalam modul aspek seni bahasa bagi setiap tahun menekankan bahan
sastera melalui bercerita. Pernyataan standard tersebut dapat ditunjukkan dalam jadual
yang berikut:

3|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa


Melayu
Jadual 1: Pernyataan Standard Modul Aspek Seni Bahasa Tahun 3
Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP)

4.1 Mengaplikasikan unsur 4.1.1 Bercerita dan menuturkan dialog yang


keindahan dan kesantunan bahasa mengandungi gaya bahasa yang indah;
dalam bahan sastera i) Simpulan bahasa

ii) bandingan semacam

iii) perumpamaan

Objektif: Murid dapat menuturkan dialog yang mengandungi simpulan bahasa


yang diberikan guru.

(Sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 3, KPM, 2017)

Dalam pengaplikasian teknik bercerita, guru menunjukkan demonstrasi teknik


bercerita. Murid kemudian dibahagikan ke dalam empat kumpulan. Wakil murid dikehendaki
mencabut undian kertas yang mempunyai simpulan bahasa yang telah ditetapkan guru.
Secara kumpulan, murid membina satu cerita dan dialog menggunakan simpulan bahasa
yang telah dipilihnya tadi. Akhir sekali, wakil murid akan bercerita serta menuturkan dialog
yang mempunyai simpulan bahasa tersebut. Murid lain akan menilai rakan yang bercerita
serta menutur dialog dengan baik menggunakan simpulan bahasa dengan betul. Murid yang
dapat menuturkan dialog yang mengandungi simpulan bahasa dengan baik akan diberikan
kad emosi senyum manakala murid yang tidak dapat menuturkan dialog dengan baik akan
diberikan kad emosi sedih (rujuk lampiran 1). Kad emosi senyum mewakili 10 markah
sementara kad emosi sedih mewakili lima markah.

Jelas objektif yang ditetapkan guru iaitu murid dapat bercerita dan menuturkan dialog
yang mempunyai simpulan bahasa akan tercapai. Keberkesanan teknik bercerita sudah
semestinya dapat menggalakkan pembelajaran aktif dalam kalangan murid-murid.
Tambahan pula, elemen 4K iaitu kolaboratif yang diterapkan kepada murid selaras dengan
cabaran pendidikan abad ke-21 turut dapat dicapai. Hal ini demikian kerana, murid
berkerjasama di dalam satu kumpulan untuk membina satu cerita yang menarik
menggunakan simpulan bahasa yang diperoleh.

Dalam konteks dunia pendidikan masa kini, teknik bercerita masih sesuai diaplikasi
guru dalam pengajaran mereka. Keberkesanan teknik ini memang tidak dapat dinafikan.
Penemuan teknik terkini membantu menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang
efektif, namun bercerita masih lagi relevan dan sesuai diaplikasikan dalam bidang

4|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa


Melayu
pendidikan. Aktiviti bercerita boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah mahupun luar bilik
darjah, malahan bercerita mampu dilaksanakan dengan atau tanpa bahan bantu mengajar.
Teknik ini mampu menjimatkan masa dan membolehkan penglibatan aktif murid semasa
atau selepas bercerita. Bercerita melibatkan kreativiti guru menggunakan cerita sebagai
media menyampaikan isi pelajaran kepada murid (Sufean Hussin et al., 1998). Teknik ini
mampu meningkatkan minat dan membina apresiasi dalam kalangan pelajar. Bercerita
secara tidak langsung dapat memperkayakan pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai
pengalaman, mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk
membaca.

3.2 Teknik Nyanyian

Menyanyi adalah salah satu cara yang istimewa dalam penggunaan suara. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa menyanyi bermaksud melagukan nyanyi dan
berlagu. Penggunaan teknik nyanyian terbukti berkesan dalam meningkatkan minat murid
untuk belajar, mengurangkan tingkah laku pasif serta menggalakkan penglibatan aktif murid
sepanjang sesi pembelajaran dan pengajaran (Azizan, Rashidi & Abdul Razak, 1995).
Teknik nyanyian dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan
menghiburkan dengan menekankan elemen nyanyian dalam Pdp. Hal ini dapat dibuktikan
apabila murid-murid menjalani proses PdP menggunakan teknik nyanyian, mereka akan
merasa lebih terhibur dan seronok untuk belajar jika dibandingkan dengan murid-murid yang
mengikut proses PdP menggunakan kaedah konvensional (Abd. Fatah & Mohd Majid,
1993).

3.2.1 Kelebihan Teknik Nyanyian

Integrasi muzik dengan mata pelajaran lain akan melengkapkan perkembangan otak kiri dan
otak kanan (Herman & Golon, 1991). Hal ini jelas membuktikan bahawa penggunaan muzik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran mampu meningkatkan pemikiran kritis dan
kreatif murid-murid. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui nyanyian dapat mendorong
murid untuk mengingati lirik dan melodi serta secara tidak langsung mampu meningkatkan
kefahaman dan daya ingatan murid terhadap isi pelajaran (Siti Muhid & Ramlah Jantan,
2004). Melalui teknik nyanyian yang digunakan ini juga murid bukan sahaja berhibur tetapi
juga turut menerima maklumat yang ingin disampaikan oleh guru. Maklumat yang diterima
mengaktifkan otak kiri manakala muzik mengaktifkan otak kanan, aktiviti yang melibatkan

5|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa


Melayu
kedua-dua belah otak seperti nyanyian menyebabkan otak menjadi lebih afektif dalam
memproses maklumat.

Teknik nyanyian dapat digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi murid-murid. Banyak hasil kajian
menunjukkan bahawa teknik nyanyian dapat meningkatkan kemahiran membaca dan
mengingat. Teknik nyanian dapat meningkatkan intelligence quotient (IQ) dan
perkembangan mental. Murid-murid berasa gembira dan seronok apabila menyanyi kerana
nyanyian boleh merangsang minat murid-murid bagi mengikuti pengajaran guru, membantu
menenangkan fikiran serta memberi peluang mereka melalui pergerakan (Ahmad Ramli
Zakaria dan Osni Anuar Othman, 1992). Murid secara tidak langsung akan berasa seronok
menyanyi bersama-bersama atau dalam kumpulan besar.

3.2.2 Pengaplikasian Dan Keberkesanan Teknik Nyanyian

Seperti teknik bercerita, teknik nyanyian juga penting dalam pengajaran aspek seni bahasa
kerana penguasaan kemahiran bercerita ditekankan dalam Modul Seni Bahasa Tahap 1.
Antaranya adalah seperti berikut:

Jadual 2: Pernyataan Standard Modul Aspek Seni Bahasa Tahun 1

Standard Kandungan (SK) Standard Pembelajaran (SP)

4.2 Menghayati keindahan dan 4.2.1 Melafazkan pantun dengan intonasi


kesantunan bahasa dalam yang betul;
bahasa sastera. (i) pantun dua kerat
(ii) pantun empat kerat

Objektif: Murid dapat melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.

(Sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 1, KPM, 2017)

Teknik nyanyian diaplikasikan dalam suatu standard pembelajaran yang


menggunakan kaedah berpantun. Hal ini dapat dibuktikan dengan merujuk DSKP Tahun 1
(SP 4.2.1) iaitu melafazkan pantun empat kerat dengan intonasi yang betul. Guru
mengedarkan teks pantun empat kerat seperti di bawah yang mudah difahami, dibaca serta
dilagukan oleh murid-murid.

6|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa


Melayu
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

Murid kemudian mengikut rentak irama pantun tersebut yang dilagukan mengikut
rentak irama lagu “Ikan Kekek” dengan bimbingan guru. Murid dibahagikan kepada empat
kumpulan. Dalam kumpulan murid akan berbincang mengenai gaya badan serta pergerakan
yang akan dilafazkan dengan pantun. Pada akhir pembelajaran, setiap kumpulan akan ke
hadapan kelas dan melafazkan pantun empat kerat dengan menggunakan gaya badan dan
pergerakan yang sesuai.

Melalui teknik nyanyian ini murid secara tidak langsung dapat memperoleh
pengetahuan mengenai kepentingan meminta bantuan orang yang pakar dalam menuntut
ilmu. Jelas, penggunaan teknik nyanyian dapat membantu murid mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran iaitu dapat melafazkan pantun empat kerat dengan sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul. Jelas, aktiviti ini menekankan elemen pengajaran abad
ke-21 iaitu kolaboratif dan kreatif. Elemen kolaboratif diterapkan apabila adanya
perbincangan dalam kumpulan manakala elemen kreatif diterapakan apabila murid perlu
melakukan pergerakan dan gaya badan seiring dengan pantun yang dilafazkan.

Keberkesanan teknik nyanyian ini dapat dibuktikan dengan penggunaan muzik dan
nyanyian dalam proses pengajaran. Hal ini demikian kerana penggunaan muzik dan
nyanyian meransang pancaindera komunikasi murid seperti pancaindera pendengaran.
Rangsangan terhadap pancaindera murid mempengaruhi keberkesanan pembelajaran
murid. Perkara ini disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Gould-Marks di dalam
buku Zarul Akhmar (2002) yang membuktikan bahawa apabila pancaindera digunakan
dengan bijak peratus pemahaman adalah sebanyak 30 peratus dan peratus ingatan ialah 40
peratus. Aktiviti nyanyian boleh disertai dengan pergerakan, mimik muka serta gaya yang
sesuai atau menggunakan teknik didik hibur agar murid berasa seronok dan terhibur.
Kesimpulannya penggunaan teknik nyanyian meransang pancaindera murid dan dapat
melibatkan murid secara aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

4.0 Teknik Pengajaran Aspek Tatabahasa

Modul Tatabahasa merujuk kepada aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang
perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini diajarkan dan dilaksanakan melalui
pengajaran terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan agar murid dapat
memahami serta menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks

7|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa


Melayu
secara lisan dan bertulis. Teknik pengajaran tatabahasa boleh diajarkan dengan
menggunakan enam teknik iaitu teknik latih tubi, teknik cantuman ayat, teknik jadual tukar
ganti, teknik permainan bahasa, teknik main peranan dan teknik simulasi. Namun, dalam
penulisan ini, saya akan menghuraikan teknik latih tubi dan teknik main peranan yang akan
digunakan dalam pengajaran tatabahasa murid-murid.

4.1 Teknik Latih Tubi

Teknik latih tubi merupakan satu teknik pengajaran yang menitikberatkan aktiviti
pengulangan fakta. Teknik latih tubi biasanya digunakan dalam pengajaran adalah untuk
mencapai taraf penguasaan murid terhadap kemahiran serta menjamin ketekalannya.
Teknik latih tubi boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta yang penting (Faridah Nazir &
Faiziah Shamsudin, 2016). Melalui teknik ini, murid-murid akan mengalami proses
mendengar, melihat, memikirkan maksud-maksud perkataan serta tugasnya dalam situasi
yang menggunakan perkataan tersebut. Pada dasar yang sama, teknik latih tubi adalah
berasaskan kaedah pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang kebiasaannya
digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Dalam erti kata lain, kemahiran mendengar
dan bertutur amat dititikberatkan dalam teknik ini.

4.1.1 Kelebihan Teknik Latih Tubi

Kaedah latih tubi ini bertujuan untuk menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya
kepada murid-murid mengenai sesuatu pembelajaran spesifik. Hal ini demikian kerana,
murid secara langsung boleh menyebut mahupun mengingati semula sesuatu maklumat
apabila disuruh berbuat demikian. Teknik latih tubi ini mungkin akan membosankan jika
dilakukan secara berterusan (Faridah Nazir & Faiziah Shamsudin, 2016). Teknik latih tubi
boleh menjejaskan tumpuan murid-murid berkeperluan khas, lebih-lebih lagi murid khas
yang bermasalah pembelajaran. Oleh hal yang demikian, untuk mengelakkan kebosanan
dan kurangnya konsentrasi murid, guru haruslah kreatif menjalankan proses pembelajaran
dan pengajaran bersesuaian dengan tahap kemampuan murid. Hal ini secara tidak
langsung, akan menimbulkan rasa minat untuk belajar dalam diri murid-murid.

Pembelajaran secara latih tubi adalah satu usaha merangsang memori murid untuk
mengingat kembali isi pelajaran yang dipelajari. Setiap yang dibaca, didengar, dilihat,
disebut dan dibuat serentak secara berulang kali akan membolehkan murid mengingat

8|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa


Melayu
kembali isi pembelajaran yang telah dipelajari (Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad, 2011).
Tamsilnya, bagi murid pemulihan mereka adan dapat mencapai objektif yang ditetapkan
guru dengan adanya latih tubi manakala bagi murid pengayaan pula mereka akan dapat
meningkatkan penguasan dalam subjek tersebut. Teknik latih tubi juga boleh digunakan
untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau
mengingat fakta-fakta penting.

4.1.2 Pengaplikasian Dan Keberkesanan Teknik Latih Tubi

Guru boleh mengaplikasikan teknik latih tubi ini di dalam kumpulan. Murid akan dibahagikan
kepada empat kumpulan. Kemudian, guru akan bersoal jawab dengan murid mengenai
pengalaman pergi ke pasar malam. Wakil kumpulan akan bercerita di hadapan kelas
mengenai pengalaman pergi ke pasar malam. Murid lain akan mencatat perkataan imbuhan
yang diceritakan oleh rakannya tadi. Dengan bimbingan guru, murid akan mengkategorikan
perkataan imbuhan dengan betul. Tamsilnya imbuhan akhiran ..-an seperti makanan dan
imbuhan awalan mem-… seperti membeli. Pada akhir pembelajaran, murid akan membina
ayat berdasarkan perkataan imbuhan yang telah dicatatnya. Aktiviti ini sesuai dijalankan
berpandukan pernyataan standard berikut:

Jadual 3: Pernyataan Standard Modul Tatabahasa Tahun 6

Standard Kandungan (SK Standard pembelajaran (SP

5.2 Memahami dan menggunakan 5.2.1 Memahami dan menggunakan


pembentukan kata yang sesuai dalam pelbagai imbuhan dalam pelbagai
pelbagai situasi dengan betul. situasi dengan betul.

Objektif: Murid dapat membina tiga ayat berimbuhan berdasarkan situasi yang diberikan
mengikut konteks dengan betul.

(Sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 6, KPM, 2014)

Oleh hal yang demikian, keberkesanan teknik latih tubi tidak dapat disangkal lagi.
Murid secara tidak langsung akan dapat menyatakan serta menggunakan pelbagai imbuhan
dalam pelbagai situasi dengan betul mengikut konteks. Teknik ini dapat menggalakkan
penglibatan murid secara aktif seiring dengan pengajaran abad ke 21 yang menekankan
elemen 4K iaitu elemen kritis. Murid akan berfikir secara kreatif dan kritis dalam mengaitkan
pengetahuan sedia ada mereka dan mengaitkannya dengan isi pelajaran. Jelas teknik ini
mampu melibatkan murid secara aktif dalam PdP seiring dengan pendidikan abad ke 21.

9|Pengajaran Aspek Seni Bahasa dan Tatabahasa Bahasa


Melayu
4.2 Teknik Main Peranan

Teknik main peranan merupakan kaedah yang dilakukan secara berkumpulan yang
berorientasikan proses, iaitu murid berlakon atau mengsimulasikan situasi dalam kehidupan
sebenar. Secara umumnya main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah
atau peristiwa yang dianggap penting. Murid akan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan merupakan dramatisasi yang
tiada kaitan atau penghafalan skrip, iaitu pelakon cuba menjelaskan situasi kepada murid
lain. Teknik main peranan berupaya membantu mempertingkatkan pembelajaran murid
kerana teknik tersebut berlandaskan kepada konsep pendidikan berpusatkan murid serta
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan (Wan Zahid, 1996).
Teknik main peranan biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah
ini dikemukakan keada murid dengan cara membacakannya atau menayangkannya melalui
filem, televisyen serta mendengar rakaman.

4.2.1 Kelebihan Teknik Main Peranan

Main peranan secara tidak langsung akan memberi peluang kepada murid untuk melahirkan
pelbagai perasaan dengan rasa bebas mengikut situasi dan watak yang dipegang. Di
samping itu, murid secara tidak langsung memberi peluang kepada murid untuk memikirkan
dan memahami perasaan orang lain. Pada dasar yang sama, teknik main peranan
membolehkan murid menguasai kemahiran dan mengalami pelbagai bentuk masalah sosial.
Hal ini sekali gus akan mengeratkan hubungan serta membolehkan mereka mempelajari
laras bahasa dan sebutan yang betul. Secara tidak langsung mata pelajaran dan topik dapat
disampaikan dalam bentuk yang menarik serta menjadi lebih berkesan (Ladousse, 1987).

Teknik main peranan dapat meningkatkan kemahiran bertutur. Hal ini demikian
kerana, murid-murid dapat melontarkan dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul. Secara tidak langsung dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang
menyeronokkan dan menarik di samping membawa suasana pembelajaran yang berkesan
(Ong Sze Chong, Zamri & Mohd Izham 2017). Tambahan pula, teknik ini juga membantu
murid yang bersifat pendiam mengambil bahagian dalam aktiviti yang mana dapat mengikis
sifat malu dan meningkatkan keyakinan mereka.i

4.2.2 Pengaplikasian Dan Keberkesanan Teknik Main Peranan

10 | P e n g a j a r a n A s p e k S e n i B a h a s a d a n T a t a b a h a s a B a h a s a
Melayu
Teknik main peranan boleh diaplikasikan dalam kumpulan ataupun secara berpasangan.
Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. Guru kemudian akan menerangkan kepada murid
mengenai ayat penyata dan ayat tanya dengan kata tanya. Murid akan membina ayat
penyata dan ayat tanya dengan kata tanya menggambarkan watak anak yang kehilangan
ibu. Seterusnya, murid akan membina dialog seorang anak yang kehilangan ibu
menggunakan ayat penyata dan ayat tanya dengan kata tanya dengan betul mengikut
konteks. Pada akhir pembelajaran, wakil murid akan menuturkan dialog mengenai situasi
anak yang kehilangan ibu menggunakan ayat penyata dan ayat tanya dengan kata tanya
dengan betul. Aktiviti ini sesuai dilaksanakan berpaksikan pernyataan standard berikut:

Jadual 4: Pernyataan Standard Modul Tatabahasa Tahun 2

Standard Kandungan (SK Standard pembelajaran (SP

5.3 Memahami dan membina ayat tunggal 5.3.1 Memahami, mengenal pasti dan
mengikut konteks menggunakan ayat mengikut konteks;
(i) pola ayat
(ii) ayat penyata
(iii) ayat tanya dengan kata tanya
(iv) ayat perintah

Objektif: Murid dapat menuturkan dialog yang mengandungi ayat penyata dan ayat tanya
dengan kata tanya berdasarkan situasi anak yang kehilangan ibu.

(Sumber: Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 2, KPM, 2017)

Keberkesanan teknik main peranan membantu murid untuk menyatakan dan


menggunakan ayat mengikut konteks sama ada ayat penyata ataupun ayat tanya dengan
kata tanya. Jelas, objektif yang ditetapkan guru akan tercapai dengan adanya
pengaplikasian teknik main peranan. Elemen komunikasi yang menjadi dasar 4K dalam
pembelajaran abad ke−21 dapat diaplikasikan dengan adanya teknik main peranan ini.
Murid haruslah berkomunikasi dengan murid lain untuk melakonkan babak babak yang telah
ditetapkan guru. Objektif yang ditetapkan guru iaitu murid dapat menyatakan dan
menggunakan ayat penyata dan ayat tanya dengan kata tanya berdasarkan situasi yang
diberikan guru akan tercapai. Jelas, penggunaan teknik ini akan melibatkan murid secara
aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan pembelajaran abad ke−21.

5.0 Kesimpulan

11 | P e n g a j a r a n A s p e k S e n i B a h a s a d a n T a t a b a h a s a B a h a s a
Melayu
Pelbagai kaedah, teknik dan pendekatan yang ada di dalam pengajaran itu tetapi tidak
semua kaedah sesuai untuk murid dan semua mata pelajaran yang ada. Setiap kaedah
yang dipilih guru perlulah melihat kepada situasi dan latar belakang murid, serta
kemampuan dan tahap penguasaan murid. Teknik bercerita dan teknik nyanyian ini amat
sesuai dan relevan untuk diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ianya
merupakan satu cara belajar sambil bermain. Teknik latih tubi dan teknik main peranan pula
akan membantu murid mempelajari aspek tatabahasa bahasa Melayu dengan cara yang
berkesan. Murid-murid tidak akan berasa tertekan, malah pembelajaran akan berlaku dalam
keadaan yang lebih santai namun segala input pengajaran dan objektif pengajaran akan
dapat dicapai.

Sudah terang lagi bersuluh, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran bahasa


Melayu telah mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran bahasa Melayu. Hal ini
demikian kerana, kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran memberi implikasi
terhadap bidang pendidikan bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana, sesi PdP tidak akan
membosankan dengan adanya teknik-teknik yang dinyatakan di dalam penulisan ini. Demi
menambah baik kualiti pendidikan di negara ini, guru bahasa Melayu haruslah melakukan
anjakan paradigma dan bersedia membuat perubahan serta pembaharuan dalam
menyampaikan pengajaran mereka. Hal ini sekali gus akan membantu melahirkan murid
yang mempunyai daya pemikiran yang tinggi, berfikiran kritis, kreatif dan rasional.

Sebagai bakal guru bahasa Melayu, kita mestilah mempelbagaikan teknik


pengajaran agar murid tidak merasa bosan semasa di dalam kelas. Guru haruslah kreatif
mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap
kecerdasan murid. Hal ini akan membuatkan murid-murid tidak sabar untuk belajar serta
menyemai motivasi untuk terus belajar. Situasi ini secara tidak langsung akan membantu
murid menanamkan rasa ingin belajar dalam diri mereka tanpa mereka sedar. Berdasarkan
cambahan minda di atas, konklusi yang dapat dibuat ialah teknik bercerita, teknik nyanyian,
teknik latih tubi dan teknik main peranan perlu diterapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran berpaksikan hujah-hujah yang telah dinyatakan dalam penulisan ini.
Penggunaan teknik tersebut dapat menggalakkan penglibatan murid secara aktif seiring
dengan pengajaran abad ke−21.

6.0 Rujukan
12 | P e n g a j a r a n A s p e k S e n i B a h a s a d a n T a t a b a h a s a B a h a s a
Melayu
Buku:
Abdul Fatah Abdul Malik & Mohd Majid Konting. (1993). Memahami penyelidikan
pendidikan:Satu pengenalan (Edisi ke-4). Fakulti Pengajian Pendidikan: Universiti
Putra Malaysia.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2011). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Ahmad Ramli Zakaria & Osni Anuar Othman (1992), ‘Projek’ Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran: Siri Panduan Guru KBSR. Jilid 4. Kementerian Pendidikan. DPB: KL.
Azizan, Rashidi & Abdul Razak. (1995). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan
Strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Bahagian Pendidikan Guru (2014). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 6. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 1. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 2. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Bahagian Pendidikan Guru (2017). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
Bahasa Melayu Sekolah Rendah Tahun 3. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran
Malaysia.
David Fryland. (1995). Introducing Reading. London: Penguin.
Faridah Nazir & Faiziah Hj. Shamsudin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Herman & Golan. (1991). Effects of Standardized Testing on Teachers and Learning—
Another Look. Los Angeles: UCLA.
Ladousse, G.P. (1987). Role play. Oxford: Oxford University Press.
Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu III: Komunikasi
Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marzuki Nyak Abdullah. (1994). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
S. Nathesan. (2010). Pendekatan dan Teknik Pendidikan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahabuddin Hashim & Rohizani Yaakub (2003). Psikologi pembelajaran dan personaliti.
Bentong: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.
Sufean Hussin, Abd Rahim Rashid & Sulaiman Ngah Razali. (1988). Pengajaran Alam dan
Manusia. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir. (2011). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

13 | P e n g a j a r a n A s p e k S e n i B a h a s a d a n T a t a b a h a s a B a h a s a
Melayu
Jurnal:
Freeman, L.A. (2003). Simulation and Role Playing with LEGO (R) Blocks. Journal of
Information Systems Education. 14(2): 137-142.
Ong Sze Chong, Zamri Mahamod & Mohd Izham Mohd Hamzah. 2017. Ciri kemahiran guru
cemerlang Bahasa Melayu sekolah menengah di negeri Sarawak. Prosiding
Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu Sabah dan Sarawak (Eksekutif)
Kali Ke-6, 715-726. Bangi: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Siti Muhid & Ramlah Jantan. (2014). Pengajaran Membaca Bahasa Melayu Berbantukan
Komputer dan Nyanyian dalam Kalangan Murid-Murid Orang Asli. Asian Education
Action Research Journal. 3: 26-41.
Rust, J., & Smith, A. How should the effectiveness of Social Stories to modify the behaviour
of children on the Autistic spectrum be tested?. SAGE Pebulications and The
National Autistic Society, 10(2):125-138.
Siti Muhid & Ramlah Jantan. (2014). Pengajaran Membaca Bahasa Melayu Berbantukan
Komputer dan Nyanyian dalam Kalangan Murid-Murid Orang Asli. Asian Education
Action Research Journal. 3: 26-41.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (1996). Perjuangan yang perlu diteruskan: azam dan
iltizam. Ucap Utama Persidangan Pendidikan Nasional Ketiga Institut Aminuddin
Baki, 5-9 Ogos 1996.
Zarul Akmar bin Abu Bakar. (2002). Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran
berbantukan komputer (PPBK): Mengenal papan induk. Latihan ilmiah.Universiti
Kebangsaan Malaysia.

7.0 Lampiran

14 | P e n g a j a r a n A s p e k S e n i B a h a s a d a n T a t a b a h a s a B a h a s a
Melayu
Lampiran 1:

Perkara Kad emosi Markah

Menuturkan dialog yang


10 markah
mengandungi simpulan
bahasa dengan tepat.

Kad emosi senyum

Menuturkan dialog yang


5 markah
mengandungi simpulan
bahasa dengan kurang tepat.

Kad emosi sedih

15 | P e n g a j a r a n A s p e k S e n i B a h a s a d a n T a t a b a h a s a B a h a s a
Melayu

Anda mungkin juga menyukai