Anda di halaman 1dari 15

TEKNIK MENULIS

KARANGAN LAPORAN
MOHAMAD FARIS ASYRAF BIN MOHD REDZUAN
KARANGAN LAPORAN

• Laporan ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau


peristiwa. 
• Karangan jenis ini boleh merangkumi laporan aktiviti
seperti perbahasan, lawatan, bercerita, atau pameran
dan laporan persatuan. 
• Dalam peperiksaan, kebiasaannya murid diminta
menulis tentang pelbagai kegiatan persatuan di sekolah.
KARANGAN LAPORAN

• Murid perlu benar-benar terlibat atau mengetahui


secara mendalam akan peristiwa yang dilaporkan
dan mesti berdasarkan kenyataan. 
• Murid menggelakkan penggunaan bahasa yang
kreatif. 
FORMAT KARANGAN LAPORAN

• Tajuk laporan ditulis dengan huruf besar pada setiap awal kata
kecuali kata sendi, kata hubung, dan kata sandang atau huruf
besar keseluruhannya dan digarisi.
• Idea dimulakan dengan pendahuluan dan diakhiri dengan penutup
• Pengakuan pelapor ditulis di sebelah kiri laporan selepas
perenggan akhir dengan melangkau satu baris kosong dan diakhiri
dengan tanda koma (,). Huruf pertama pada kata pertama mestilah
huruf besar.
FORMAT KARANGAN LAPORAN

• Tarikh ditulis di sebelah kanan bertentangan dengan pengakuan


pelapor.
• Tandatangan pelapor ditulis di sudut kiri selepas pengakuan pelapor.
• Nama pelapor ditulis dalam kurungan dengan huruf besar
sepenuhnya.
• Jawatan pelapor dan nama persatuan yang diwakili ditulis di sudut
kiri bahagian bawah laporan dan diakhiri dengan tanda noktah.
CONTOH KARANGAN 1

Laporan Sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan  Sekolah Kebangsaan


Ulu Mengkuang 

Pada 24 April 2019 Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang telah


mengadakan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-40. Majlis
ini diadakan di Dewan Semarak Budi. Hari Anugerah Kecemerlangan ini
diadakan bagi meraikan kejayaan murid dalam kurikulum dan
kokurikulum.
          Sebelum majlis dijalankan, beberapa persiapan dilakukan. Para
guru bekerjasama menghias pentas dan menyediakan hadiah untuk
murid, cenderamata untuk tetamu kehormat, dan hadiah cabutan
bertuah. Murid-murid turut sama membantu guru. Malah, murid-murid
yang terlibat dalam persembahan gigih berlatih bagi memastikan
SAMBUNGAN KARANGAN 1

Majlis bermula pada pukul 9.00 pagi apabila tetamu kehormat dan ibu
bapa tiba dan mengambil tempat duduk masing-masing. Majlis itu telah
dirasmikan oleh Tuan Haji Aidil bin Kadir, Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang. Suasana sepanjang
majlis berlangsung sungguh meriah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan
sepanjang majlis termasuklah, ucapan, persembahan tarian murid Tahap
2 dan nyanyian murid Tahap 1.
          Majlis melabuhkan tirai pada pukul 12.30 tengah hari. Tetamu
kehormat dan ibu bapa menikmati makanan yang disediakan oleh pihak
kantin. Pihak sekolah berharap agar majlis seperti ini diadakan lagi pada
tahun hadapan.
SAMBUNGAN KARANGAN 1

Laporan disediakan oleh,                                                                            


28APRIL 2019
      Daniel
(DANIEL BIN RAHIM)
Setiausaha Hari Anugerah Kecemerlangan,
Sekolah Kebangsaan Ulu Mengkuang.
CONTOH KARANGAN 2

Laporan Perkhemahan Pengakap  Sekolah Kebangsaan Sri Delima

Pada 25 Februari 2019 hingga 28 April 2019, Persatuan Pengakap Sekolah


Kebangsaan Sri Delima telah mengadakan perkhemahan di Lata Kijang.
Perkhemahan ini telah disertai oleh 40 orang ahli pengakap dan empat orang guru
pengiring.
          Perkhemahan ini diadakan adalah untuk membina ketahanan fizikal dan
mental dan membentuk keyakinan diri para peserta. Di samping itu, bertujuan
memupuk nilai-nilai positif dalam diri peserta untuk melahirkan generasi muda
yang memiliki sahsiah terpuji.
CONTOH KARANGAN 2

Sepanjang perkhemahan, para peserta dibahagikan kepada empat kumpulan.


Setiap kumpulan mempunyai seorang ketua yang bertanggunjawab memimpin
ahli kumpulan dalam menjalankan sebarang aktiviti.
          Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dijalankan sepanjang perkhemahan
itu. Antaranya ialah merentas hutan, kawad kaki, lakonan, memasak, membina
gajet dan sebagainya. Aktiviti ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama
daripada semua ahli kumpulan.
Perkhemahan ini telah berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan. Para
peserta dapat menimba pengalaman berharga dan pengetahuan baru. Malah,
hubungan antara pengakap bertambah erat ibarat aur dengan tebing.
CONTOH KARANGAN 2

Laporan disediakan oleh,                                                                             


 5 MAC 2019
Hairul Azam
(HAIRUL AZAM)
Setiausaha Persatuan Pengakap,
Sekolah Kebangsaan Sri Delima.
UJIAN

Persatuan Bahasa Melayu sekolah kamu telah mengadakan satu lawatan


sambil belajar ke sebuah kilang membuat kain batik.
Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu dikehendaki
menulis sebuah laporan tentang lawatan tersebut.
Tulis laporan itu selengkapnya.
Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Kilang Batik
Pada 3 Jun 2015 yang lalu, Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang Batik Nusa Jaza yang terletak di
Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa.
Tujuan utama lawatan tersebut adalah untuk menambahkan pengetahuan ahli-ahli persatuan
cara-cara membuat kain batik. Selain itu, lawatan ini juga bertujuan untuk memberi
pendedahan kepada ahli-ahli persatuan tentang kepentingan perusahaan batik kepada ekonomi
penduduk setempat.
Lawatan yang disertai oleh tiga puluh orang ahli persatuan dengan diiringi oleh tiga orang
guru ini telah bertolak dari sekolah dengan sebuah bas. Kami bertolak pada pukul 10.00 pagi
dan tiba di kilang batik tersebut pada pukul 10.30 pagi.
Setibanya di sana, kami telah diberi taklimat oleh pengurus kilang tersebut. Dalam
taklimatnya, pengurus kilang iaitu En. Osman Ahmad mengucapkan terima kasih atas
kesudian kami melawat ke kilang batiknya. Setelah selesai taklimat kami diiringi oleh dua
orang penyelia kilang tersebut untuk melihat cara-cara memproses kain batik.
Kami sangat terpesona melihat kemahiran para pekerja mencanting dan melukis batik.
Corak-corak batik yang dihasilkan sangat menarik dan bermutu tinggi. Ahli-ahli persatuan
juga mendapat pengetahuan baru apabila diberi peluang mencanting dan mewarna batik.
Sebelum pulang, Pihak kilang batik telah memberikan cederamata berupa sehelai kain
batik yang dilukis khas untuk Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Pengkalan
Chepa. Kami amat gembira menerima cenderahati tersebut.
Laporan disediakan oleh, 10 JUN
2015
Amar Muhaimmin
(AMAR MUHAIMIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Pengkalan Chepa

Anda mungkin juga menyukai