Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KELAS INTERVENSI 3M SMK SERI ISKANDAR

1. PENGENALAN Pada 20 September 2011 kelas intervensi 3M telah disambung kembali setelah tertangguh seketika. Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang masih ketinggalan dalam menguasai kemahiran asas membaca dan menulis Bahasa Melayu. Program intervensi ini mengikut konsep KBSM di mana program dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P).

2. HARI DAN MASA Setiap hari Selasa ; 12.00 pm- 1.20 pm

3. TEMPAT Anjung Ilmu Pusat Sumber

4. KUMPULAN SASARAN Pelajar-pelajar Tingkatan 1 Bestari 5 seramai 10 orang.

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

NAMA Nurul Julia bt Jamaluddin Nur Syaratul Akma bt Nayan Nur Aznira Arisya bt Abd Malek Zamir b Mohd Rashid Nur Izzatie bt Zamri Mohd Fahmi b Jaafar Nur Haslinda bt Abu Nazri Nur Izzatul Shahira bt Baharin Muhammad Nur Syafiq b Ismail Nur Balqis Izzati bt Mohd Yusof

5. AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) 5.1Guru membuat pengagihan pelajar kepada beberapa kumpulan kecil mengikut tahap penguasaan. 5.2Pelajar diberikan bahan bacaan mengikut kumpulan. 5.3Pelajar dikehendaki melakukan pelbagai aktiviti pengukuhan seperti mengenal, menyebut dan membunyikan huruf dan suku kata. Selain itu, pelajar juga diajar membina, mengeja dan membaca perkataan dan ayat.

5.4Di akhir pembelajaran, guru membuat beberapa penilaian terhadap pelajar melalui pemerhatian, soal jawab dan latihan bertulis.

6. KEBERKESANAN 6.1Kelas Intervensi 3M ini telah berjaya dijalankan dan pelajar memberikan kerjasama yang baik. Beberapa orang pelajar telah mencapai tahap yang memuaskan dan boleh menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu dengan baik. 6.2Berikut adalah senarai pelajar yang telah mencapai tahap yang memuaskan dan mereka ini akan dikecualikan daripada mengikuti kelas Intervensi 3M pada tahun 2012.

BIL 1. 2. 3. 4.

NAMA Nur Syaratul Akma bt Nayan Nur Aznira Arisya bt Abd Malek Mohd Fahmi b Jaafar Muhammad Nur Syafiq b Ismail

7. CABARAN / MASALAH 7.1Pelajar tidak boleh membaca perkataan yang tidak dikenali. Pelajar lebih gemar menghafal. Ini mengakibatkan pelajar seperti boleh membaca tetapi sebenarnya hanya boleh menyebut perkataan mudah yang dihafal sahaja.

7.2Pelajar tidak boleh membaca perkataan yang sukar seperti eksklusif , infrastruktur , dan penyelesaian. Pelajar membaca secara mengeja dan memecahkan perkataan kepada suku kata mudah, maka perkataan yang panjang dan sukar dieja menjadi kesukaran untuk dibaca.

7.3Pelajar membaca laju tetapi salah. Beberapa orang pelajar seolah-olah boleh membaca dengan lancar.Tetapi apabila diteliti mereka ini selalu melakukan kesalahan seperti menyebut : SELEKOH SEKOLAH Menjadi BELALANG BELANG

8. CADANGAN PENYELESAIAN 8.1 8.2 Menyediakan bahan bacaan yang lebih menarik dan interaktif. Pelajar perlu memberi lebih komitmen untuk menguasai kemahiran membaca dan menulis Bahasa Melayu. Mewujudkan aktiviti permainan yang berteraskan pengetahuan dan penguasaan kemahiran dalam membaca dan menulis Bahasa Melayu.

8.3

9. PENUTUP Secara keseluruhannya Program Intervensi 3M ini telah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Diharapkan program ini terus dilaksanakan kerana ia memberi manfaat dan membantu pelajar-pelajar yang lemah dalam penguasaan menulis dan membaca. Program ini dapat meningkatkan keyakinan pelajar terutama apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling kelak.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(SITI NURFAEZAH BT AHMAD WAZIR) (PN NOOR ASIAH BT ISMAIL) Guru Pembimbing Intervensi 3M Guru Kanan Bahasa SMKSI

Anda mungkin juga menyukai