Anda di halaman 1dari 4

PENULISAN JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Program : PISMP Ambilan Jun 2020/2024

Pengkhususan : Bahasa Melayu / Pendidikan Kesihatan

Sekolah : Sekolah Kebangsaan Sungai Rual

Minggu Praktikum : Satu (1)

Tarikh : 4 Januari 2024

Tajuk : Kurang Penguasaan Kemahiran 3M

Kategori : Bimbingan

Pensyarah Penyelia : Dr Ruhaiza binti Padzil / Encik Ros’haimi bin Mohd Yusoff

Guru Pembimbing : Pn Noranizah binti Zainudin / Pn Azliza binti Che Hashim

1. Isu yang Difokuskan :

Saya dimaklumkan bahawa majoriti murid-murid orang Asli di Sekolah Kebangsaan Sungai
Rual (SKSR) sama ada tahap satu mahupun tahap dua lemah dalam menguasai kemahiran
membaca, menulis, dan mengira (3M).

2. Analisis Isu yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Antara punca yang menjadikan murid-murid SKSR lemah dalam penguasaan kemahiran 3M
adalah disebabkan kurang mengaplikasikan kemahiran-kemahiran berkenaan dalam
kehidupan seharian. Perkara ini berlaku disebabkan bahasa Melayu merupakan bahasa
kedua dan bukan bahasa ibunda mereka. Selanjutnya, murid tidak membuat sebarang
latihan serta tidak mempraktikkan perkara yang telah dipelajari setelah tamat waktu
persekolahan iaitu apabila berada di rumah serta pada waktu cuti sama ada cuti hujung
minggu, cuti umum, cuti penggal persekolahan, mahupun cuti akhir tahun. Implikasinya,
murid tidak berjaya mengujarkan bunyi bagi suku kata atau perkataan bahasa Melayu
dengan sebutan yang betul dan jelas, menulis dengan betul dan kemas, serta membuat
pengiraan dengan betul dan tepat sekali gus menyebabkan murid kurang keyakinan diri
disamping mudah berasa mengalah dalam belajar dan menuntut ilmu.
3. Kajian Lampau Terhadap Isu :

Penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis dan mengira (3M) perlu dikuasai oleh
murid-murid pada peringkat awal supaya berupaya untuk berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan. Merujuk Dewi Mohd Salleh (2011), kegagalan murid menguasai kemahiran
membaca akan melahirkan masalah terhadap murid untuk menguasai kemahiran dan mata
pelajaran lain yang lebih kompleks. Walau bagaimanapun, murid perlu menguasai
kemahiran asas membaca terlebih dahulu sebelum menguasai kemahiran membaca untuk
mampu menulis dengan betul. Oleh itu, Kama Shaffeei (2023) menyatakan bahawa
peranan guru dan ibu bapa perlu lebih menyeluruh bagi mewujudkan minat murid untuk
terus belajar walaupun mempunyai kelemahan.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Berdasarkan analisis yang dibuat terhadap isu dan masalah yang dinyatakan, saya
mencadangkan beberapa alternatif yang boleh dilakukan. Antaranya adalah;
i. mengadakan latihan membaca
ii. memberi motivasi, galakan, dan sokongan
iii. melaksanakan strategi Visual, Auditori, dan Kinestetik (VAK)
iv. mengaplikasikan teknik pengulangan

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

Enam (6) minggu.

6. Tindakan Susulan :

Melaksanakan latihan membaca terhadap murid-murid dengan bimbingan daripada guru


menggunakan buku cerita bergambar sebagai bahan bantu. Disamping itu, guru juga
memberikan kata-kata motivasi, galakan, dan sokongan kepada setiap murid sepanjang
tempoh latihan membaca supaya kurang perasaan malu dengan kekurangan yang dimiliki
sekali gus memastikan murid yang terlibat lebih berkeyakinan dan bersungguh-sungguh
dalam menuntut ilmu demi menguasai kemahiran 3M terutama membaca. Perkara ini
menunjukkan bahawa terdapat pengaplikasian strategi VAK dimana buku cerita bergambar
adalah visual, mendengar dan mengikut sebutan perkataan daripada guru adalah auditori,
manakala kinestetik adalah murid menunjukkan perkataan yang disebut menggunakan jari
telunjuk masing-masing.
7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

16 Januari 2024

8. Keberkesanan Langkah yang Dicadangkan :

Tindakan susulan telah dilaksanakan mengikut cadangan dan idea penyelesaian masalah
telah mendatangkan hasil kepada murid yang tinggal di asrama. Pelaksanaan dijalankan
secara individu pada waktu malam di bilik belajar. Galakan turut diberikan kepada murid-
murid untuk memastikan perasaan malu dan tidak mahu membaca disebabkan tidak
mengetahui cara menyebut sesuatu perkataan dapat diketepikan. Lantaran itu, murid-murid
asrama yang mengikuti latihan membaca telah berjaya mengujarkan beberapa perkataan
yang tidak dapat dikuasai dengan tepat dan betul melalui bimbingan guru menggunakan
teknik pengulangan.

9. Kesimpulan/Refleksi (Kesan Cadangan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara ringkasnya, murid mestilah menguasai kemahiran 3M pada peringkat sekolah


rendah terutama sebelum berada di tahap dua bagi mengelakkan keciciran dalam
pembelajaran. Lantaran itu, guru hendaklah berusaha menarik minat untuk membaca
dalam diri murid disamping sentiasa kreatif dalam mempelbagaikan inisiatif supaya murid
dapat menguasai kemahiran 3M. Perkara ini dikatakan kerana murid memerlukan
bimbingan dan motivasi daripada guru bagi meningkatkan semangat mereka untuk
memastikan sebuah hasil yang terbaik dapat dicapai.

Rujukan

Aznan Che Ahmad


Mohd Zuri Ghani
Salizawati Omar
Zainuddin Md Isa
Dewi Mohd Salleh. (2011). Penguasaan 3M dalam Kalangan Murid-Murid Pemulihan Khas:
Kajian Kes di Salah Sebuah Sekolah Rendah di Kawasan Kapit, Sarawak. Universiti
Utara Malaysia. https://etd.uum.edu.my/4814/1/s802716.pdf
Kama Shaffeei. (19 Jun 2023). Perkukuh Teknik 3M Tangani Isu Keciciran Akademik
Pelajar. BH Online.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1116219/perkukuh-teknik-3m-
tangani-isu-keciciran-akademik-pelajar

Anda mungkin juga menyukai