Anda di halaman 1dari 13

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI / TAHUN 2017

HBEC2203

KURIKULUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 950120106424001


NO. KAD PENGNEALAN : 950120106424
NO. TELEFON : 012-9277107
E-MEL : hanisalia20@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : BANGI LEARNING CENTRE

1
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN. 3
2.0 LAPORAN PEMERHATIAN.. 4
3.0 KEPUTUSAN PEMERHATIAN 5
4.0 HASIL PEMERHATIAN 8
5.0 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAJAR GURU DAN
KUALITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.. 9
6.0 KESIMPULAN. 13

2
1.0 PENGENALAN

Pendidikan awal kanak-kanak melalui kurikulum yang formal telah bermula seawal usia 6 tahun.
Kanak-kanak pada usia ini telah mula memasuki taman-taman didikan atau lebih dikenali dengan
prasekolah. Bagaimanapun pertumbuhan pesat pusat-pusat jagaan atau asuhan awal kanak di
Malaysia yang juga dikenali sebagai TASKA menunjukkan bahawa definisi Pendidikan awal
kanak-kanak di Negara kita juga telah berubah. Anak-anak seawal usia 0 hingga 6 tahun bukan
sahaja perlu di asuh dan dijaga tetapi juga telah mula boleh dididik. Mastura Badzis, 2008
mengatakan pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigm dalam
setiap individu dan ia juga memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang
dinamik dalam semua aspek kehidupan dan dikaitkan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu dan juga penerapan nilai. Dalam konteks kanak-kanak,
pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan
perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di
persekitaran.

Seterusnya, dengan adanya ilmu atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam
konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan seharian nyanya ataupun sebagai
persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang. (Department of Education and
Science,1990). Oleh hal yang demikian, kurikulum yang seimbang dan menyeluruh dapat
membantu menjayakan matlamat yang ingin dicapai. Kurikulum itu ialah suatu rancangan
pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan serta kemahiran. Nilai-nilai dan norma,
unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk
diperturunkan kepada ahli-ahlinya. (para114, Laporan JK Kabinet,1979). Kurikulum juga
merangkumi aktiviti akademik seperti kursus atau mata pelajaran dan aktiviti luar bilik darjah
seperti persatuan-persatuan di sekolah, sukan dan permainan. Selain daripada iu, guru-guru, murid-

3
murid, sekolah, disiplin, kelengkapan pengajaran, komuniti dan pendapat masyarakat merupakan
unsur penting dalam kurikulum. Sekirannya hal tersebut berubah, kurikulum juga akan berubah.

2.0 LAPORAN PEMERHATIAN

Pada 17 Julai 2017 (Isnin) telah membuat pemerhatian di Pra Sekolah Annur Selangor. Saya telah
diberi kebenaran untuk membuat pemerhatian oleh guru besar sekolah tersebut. Ini merupakan
laporan pemerhatian semasa saya berada di pra sekolah tersebut. Rancangan Pembelajaran dan
Pengajaran pada hari tersebut ialah mengenal bunga. Di sini saya nyatakan kaedah, strategi, teknik
dan pendekatan yang digunakan oleh guru pra sekolah tersebut.

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai
urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk
menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran
itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan, bermain, latih tubi, main
peranan, menyelesaikan masalah brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan atau
socratik dan lain-lain. Manakala teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus
yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik
yang ada pada sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Sepanjang kelas dijalankan, guru telah menggunakan kaedah secara terus iaitu guru
memberi arahan secara terus kepada murid-muridnya semasa aktiviti ini berlangsung. Ketika
menyampaikan ilmu, beliau telah memberikan arahan yang jelas (agak kuat) dan murid-murid
dilihat mampu memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru mereka. Selain itu, guru turut
menggunakan perkataan-perkataan dan ayat-ayat mudah yang difahami oleh murid dalam keadaan
santai. Kaedah seterusnya ialah kaedah semula jadi. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan
yang berhubung dengan objek dan gambar iaitu guru melekatkan contoh gambar-gambar bunga.
Beliau telah memberitahu nama-nama bunga serta warna yang terdapat pada setiap gambar.

4
Akhir sekali, semasa pemerhatian saya mendapati guru tersebut menggunakan dua teknik iaitu
teknik soal jawab dan teknik tunjuk cara. Semasa kelas pengajaran berlangsung guru menanyakan
kepada muridnya tentang jenis-jenis bunga, warna dan sebagainya. Murid memberi respon kepada
soalan guru. Teknik kedua pula teknik tunjuk cara iaitu guru menunjukkan cara-cara untuk
membuat aktiviti yang telah diberikan. Sebelum memulakan aktiviti tersebut guru terlebih dahulu
menunjukkan cara-cara untuk membuat lembaran kerja yang telah diedarkan.

STRATEGI

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan


gabungan beberapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan
dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

3.0 KEPUTUSAN PEMERHATIAN DAN HASIL PEMERHATIAN


3.1 REFLEKSI PENGAJARAN

Refleksi saya berdasarkan pengajaran dan pembelajaran murid pra sekolah berumur 6
tahun. Masa yang ditetapkan 30 minit. Tajuk pengajaran ialah tajuk bunga. Setelah melihat
guru mengajar dapatlah saya simpulkan kelemahan dan kekuatan pengajaran. Namun
begitu ada juga lain-lain kelemahan.

Kekuatan

Kelebihan pertama yang saya kenalpasti dalam penyampaian pelajaran adalah perancangan
pengajaran dan pembelajaran dapat menimbukalkan minat murid untuk belajar. Semasa
guru menayangkan slaid Microsoft Powerpoint tentang jenis bunga, murid tertarik dengan
gambar-gamar tersebut kerana mempunyai warna-warna yang cantik serta bentuknya.
Mereka dapat menamakan jenis bunga dengan betul. Semasa aktiviti soal jawab, mereka
sangat bersungguh-sungguh. Guru telah memberi pujian kerana murid-murid dapat
menekanya dengan betul dan tepat.

Kelebihan kedua adalah kejelasan guru dalam memberikan arahan dan pengajaran.
Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran. Arahan yang
jelas dan ringkas memudahkan murid memahami kehendak guru dan bagaimana sesuatu
aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas dan lancar.

5
Seterusnya, murid dapat melakukan aktiviti bertulis dengan betul tanpa melakukan
sebarang kesalahan dan dapat mempelajari ilmu yang baru diajar pada hari tersebut.

Kelebihan yang seterusnya apa yang saya perhatikan ialah kelantangan suaru guru. Suara
yang lantang, murid dapat mendengar apa yang disampaikan dengan jelas dan seterusnya
membantu pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan
ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara dapat menarik tumpuan murid
supaya fokus kepada isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. Apabila
guru menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta menjawab dengan
betul menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian guru. Ketegasan adalah
terkandung dalam kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran. Ini membuatkan
murid-murid lebih hormat kepada guru.

Kelemahan

Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan tugasan


pelajaran ialah penggunaan bahasa baku yang salah. Guru ada ketikanya menggunakan
bahasa lain walaupun hanya menyebut beberapa perkataan malahan untuk bertujuan
berjenaka. Walau bagaimanapun, guru masih mengajar dengan sebutan dan ayat yang
betul. Guru adalah pengajar murid yang pertama. Jika guru sendiri menyebut salah, anak
murid akan keliru. Dihujung pengajaran juga saya dapati guru menggunakan bahasa pasar
atau rojak. Sepatutnya hal ini guru akan ambil serius dan akan lebih berhati-hati dalam
pengajaran.

Kelemahan kedua ialah ketepatan mengikut masa. Ketetapan mengikut masa penting bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan baik. Didapati
masa yang digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini
disebabkan terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain menyebabkan masa yang
lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah tidak seiring. Walau bagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik. Guru perlu
fleksibel tentang masa.

Masalah yang terakhir ialah, guru seharusnya berjalan dengan memantau setiap aktiviti
murid. Guru hanya duduk ditempat meja guru dan hanya memberi arahan dari jauh. Guru

6
seharusnya membantu murid secara dekat semasa mereka menjalankan aktiviti dan lebih
mudah mengenalpasti kelemahan murid-murid melalui pemerhaytian. Guru boleh memberi
tunjuk ajar kepada murid yang lemah dan murid juga boleh berinteraksi dengan guru
dengan mudah.

Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara fleksibel.
Hal ini penting kerana murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif
pengajaran tajuk ketika mengajar. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang pengajaran
dan pembelajaran supaya murid dapat menguasai kemahiran.

7
4.0 HASIL PEMERHATIAN

Sepanjang tempoh kajian saya pada 4 Julai 2017 banyak perkara yang saya telah perhatikan
mengenai pengjaran dan pembelajaran. Dari segi pengajaran dan pembelajaran, sepanjang tempoh
saya membuat kajian apa yang saya lihat murid di prasekolah ini mempunyai tahap pengetahuan
yang sederhana walaupun rata-ratanya semua bersekolah pada usia 4 atau 5 tahun. Majoriti sudah
tahu membaca, namun dari segi kemahiran berfikirnya adalah kurang. Hal ini dapat dibuktikan
apabila mereka diberi masa untuk membuat penilaian mereka hanya mampu untuk menilai secara
luaran dan bukan berfikir secara aras tinggi atau pemikiran yang tersirat. Seterusnya, guru
memenuhi keperluan murid semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan merangkumi aspek-aspek yang diperlukan dalam perkembangan kanak-kanak yang
universal iaitu perkembangan bahasa dan komunikasi, perkembangan kognitif, kerohanian dan
moral, sosioemosi, fizikal dan kreativiti dan estetika.

5.0 CADANGAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGAJAR GURU DAN


KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Peranan guru adalah penting dalam mendidik anak didiknya. Di dalam kelas guru berperanan
sebgai pendidik, pemudahcara atau fasilitator. Guru yang pandai mendidik akan memudahkan
murid memahami sesuatu konsep atau sesuatu kemahiran, manakala guru yang tidak pandai
mendidik atau mengajar akan menyebabkan murid sukar untuk memahami sesuatu konsep atau

8
sesuatu kemahiran, malah ianya akan menyebabkan pengajran guru akan membosankan, murid-
murid tidak memberi tumpuan dalam pelajarannya atau murid-murid tidak mahu masuk ke kelas.
Oleh itu cadangan untuk meningkatkan kemahiran guru dan kualiti pengajaran dan pembelajaran
di anggap baik jika guru tersebut berupaya mempelbagaikan kaedah pengajaran, menyediakan alat
bantu mengajar (ABM), mendalami isi kandungan yang hendak diajar. Selain itu, guru juga perlu
mengetahui akan kebolehan murid menerima pelajaran, memberi motivasi kepada pelajar supaya
belajar bersungguh-sungguh.

Salah satu cadangan untuk melahirkan guru yang berkualiti ialah dengan meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan
teknik-teknik pengajaran dan terkini yang berkesan serta menarik minat belajar. Dengan ini, murid
berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran
dan aspek kognitif serta manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan
proses pengajaran yang telah dijalani. Ini bermakna, guru perlu memilih kompetensi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan murid yang memiliki pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan Negara. Kajian diperlukan bagi
meninjau kompentesi guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha
meningkatkan prestasi murid serta meningkatkan keupayaan mereke menangani cabaran serta
perubahan yang pesat dalam dunia pendidikan Negara. Seterusnya, guru mestilah diberikan
peluang seluas-luasnya untuk meningkatkan pelajaran dalam bidang yang menjadi kepakaran
mereka. Sikap positif terhadap kualiti kerja ini perlu dibentuk semoga usaha meningkatkan kualitti
akan menjadi budaya kerja. Dewasa ini, kejutan dan ancaman perubahan bukan lagi merupakan
satu kemungkinan yang masih jauh. Sebaliknya, ia adalah satu realiti yang nyata. Semakin hari,
kejutan perubahan mencabar kejituan masyarakat dan Negara. Oleh itu, keperluan kepada guru
berkualiti adalah merupakan pembentukan penting bagi melahirkan murid yang cemerlang yang
menjadi aspirasi Negara kita.

Selain dari itu, pengurusan bilik darjah juga memainkan peranan yang penting untuk
pengajaran yang berkesan. Bilik darjah adalah medan perjuangan utama kepada kerjaya guru. Di
sini, warga pendidikan menunjukkan kebolehan dan keupayaan melaksanakan tugas pengajaran
dan pembelajaran. Oleh itu, bilik darjah yang terurus dengan baik, selesa, ceria dan menarik
menjadi idaman guru kerana ia membolehkan murid mengikuti pengajaran dengan mudah dan

9
berkesan. Guru biasanya, berhadapan dengan tiga cabaran ketika berada di bilik darjah iaitu
menangani karenah sejumlah murid yang ramai bilangannya, memastikan matlamat pengajrannya
tercapai selain hambatan masa yang terhad. Selain itu, guru juga perlu sentiasa menyesuaikan
bentuk pengajarannya dengan pelajar yang berbeza minat dan tahap kebolehan mereka. Mereka
tidak boleh terlalu banyak memberi tumpuan kepadamurid yang lemah dan sederhana sahaja
sehingga mengabaikan murid yang cerdas. Begitu juga sebaliknya, tidak seharusnya hanya
menumpukan kepada murid yang cerdas sehingga murid lain terabai. Guru perlu bersedia untuk
berhadapan dengan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku di luar dugaan seperti kerosakan alat
bantu mengajar, gangguan bekalan elektrik atau cuaca yang tdiak menentu.

Selain itu, gabungan ICT dan pengajaran dan pembelajaran giat minat murid juga boleh
meningkatkan kualiti pengajaran untuk guru. Sekolah tidak ada pilihan melainkan menerima
perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan keterampilan ICT
untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maka, pembabitan pemimpin
sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program
pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat
sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Penggabungan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kemahiran
dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Peranan guru dalam mengintegrasikan ICT terbabit
dalam semua peringkat proses pembelajaran bermula dari persediaan sebelum pengajaran, semasa
dan penilaian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran. Kegagalan guru dalam membuat
perancangan yang teliti akan merugikan murid dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran kurang berkesan. Menurut Pispa (1994), integrasi ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh
dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabung jalin bersama kaedah
pengajaran. Guru perlu mengintegrasikan ICT untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari
perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian
untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Seorang guru perlu mahir melaksanakan pelbagai strategi pengajaran semasa


melaksanakan pengakaran dan pembelajaran di bilik darjah. Profesionalisme seseorang guru boleh

10
diukur daripada kemahiran beliau menggunakan pelbagai strategi pengajaran semasa melakukan
pengajaran. Penggunaan strategi dan kaedah mengajar yang sesuai dengan tahap kecerdasan dan
pengetahuan murid merupakan ciri kompetensi kemahiran mengajar yang perlu ada pada
seseorang guru. Malah keupayaan guru dalam mempratikkan kaedah dan teknik pengajaran yang
baik boleh menyumbang kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Allen,1992).
Kemahiran mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada tiga istilah
penting iaitu pendekatan,kaedah dan teknik. Seseorang guru yang ingin menguasai kemahiran
mengajar perlulah menguasai ketiga-tiga elemen tersebut untuk diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Ahmad(1997) menjelaskan pemilihan sesuatu
teknik mestilah berasaskan sesuatu kaedah yang berlandaskan sesuatu pendekatan. Menurutnya,
lagi keberkesanan sesuatu teknik yang digunakan bergantung kepada asas-asas pengkaedahan dan
pendekatan yang kukuh, mantap dan boleh dipercayai.

Kreatif dan inovatif bukannya sesuatu yang senang untuk diajar. Ia memerlukan seseorang
yang mempunyai minat yang besar untuk melakar dan mencuba mengadaptasikannya menjadikan
sesuatu yang hambar menjadi menarik. Justeru, untuk memudahkan pembelajaran dan pengajaran
maka guru-guru perlu menyediakan suasana atau Mencipta Suasana yang menarik dan
berkesan.menarik minat murid sudah tentu guru-guru perlu memikirkan pembelajaran dan
pengajaran yang kreatif dan inovatif selain tidak mengabaikan kebajikan dan keperluan sahsiah
murid. Potensi murid yang berbeza, guru perlu mencari teknik-teknik yang sesuai untuk meransang
minat murid dan mereka boleh belajar secara aktif serta menerima ilmu dalam suasana yang
gembira. Apabila seorang guru sudah dapat mengambil hati murid mereka akan disayangi.
Kedatangan guru-guru ini akan sentiasa dinanti oleh murid. Guru ini akan menjadi idola dan
sentiasa di sebut-sebut dan guru ini sebenarnya sudah berjaya mempengaruhi intelek, emosi dan
minat murid. Guru ini juga telah berjaya menterjemahkan isi pengajarannya berbanding dengan
guru-guru yang hanya sekadar guru.

11
6.0 KESIMPULAN

Jelaslah disini bahawa kuikulum standard prasekolah amat penting dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri
daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Pendidikan
prasekolah adalah tahun-tahun kritis dan asas kepada peringkat pendidikan selanjutnya serta
menentukan kejayaan hidup seseorang individu. Kajian mengenai kesan prasekolah membuktikan
bahawa pendidikan prasekolah dapat meningkatkan perkembangan kognitif, sosial dan personaliti
kanak-kanak dan mempunyai dua kesan positif, iaitu jangka panjang pendek. Oleh itu, pendidikan
prasekolah penting bagi kanak-kanak untuk mengikutinya kerana banyak kelebihan yang akan
mereka perolehi. Selain itu juga, pendidikan prasekolah adalah satu pendidikan yang bertujuan
untuk mempersiapkan diri kanak-kanak sebelum masuk ke alam persekolahan.

12
Rekod pengajaran guru

murid menunjukkan jenis-jenis bunga

lembaran kerja murid

murid membuat lembaran kerja yang diberikan

13

Anda mungkin juga menyukai