Anda di halaman 1dari 60

1.

PENGENALAN

Komponen Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan dalam subjek Bahasa Melayu bagi PISMP Semester 2 Tahun 2 bertujuan kepada pelajar untuk mengaitkan teori yang dipelajari dengan situasi sebenar di sekolah. Pembinaan pengetahuan dan pemahaman diharap dapat menyumbang ke arah pembentukan pelajar lebih reflektif dan berkesan dalam menjalani praktikum nanti. Tujuan komponen tersebut adalah pendedahan dan pengalamaan awal dalam konteks sekolah, mengaitkan teori-teori dengan situasi sebenar di sekolah, membina pengetahuan dan pengalaman baru agar pembelajaran lebih berkesan, dan juga melahairkan guru bahasa Melayu yang bersedia ketika menjalani praktikum. Objektif komponen adalah melahirkan guru bahasa Melayu yang boleh berbahasa Melayu dengan betul, mendedahkan guru pelatih kepada keadaan sebenar di bilik darjah, melahirkan guru bahasa Melayu yang boleh menguasai beberapa bidang ilmu bahasa Melayu dan pedagogi bahasa Melayu, ,melahirkan guru bahasa Melayu yang boleh menjadi rujukan dari segi kebahasaan, dan juga melahirkan guru bahsa Melayu yang boleh menghayati nilai-nilai murni keguruan.

2.0 2.1

FOKUS PERTAMA Komponen Pengajaran

Terdapat 8 komponen kemahiran pengajaran mikro iaitu, kemahiran induksi, penerangan, penyoalan, peneguhan, variasi ransangan, penggunaan alat bantu mengajar, penggunaan papan tulis, serta penutupan dan membuat kesimpulan.

2.1.1 Kemahiran Induksi Kemahiran set induksi merupakan sesi permulaan sesuatu proses pengajaran. Ia bertujuan supaya murid bersedia belajar dan berfikir sesuatu. Terdapat pelbagai cara bagi memulakan set induksi. Antaranya ialah menggunakan alat-alat bantu mengajar, sesi soal jawab, mengulangkaji topik yang lepas, dan membuat ingatan kembali. Namun begitu, set induksi ini tidak boleh terlalu padat. Ia haruslah ringkas dan berkaitan dengan topik yang diajar. Kemahiran induksi ini juga mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri. Pertama, mengaitkan dengan isi pelajaran yang hendak

disampaikan. Ini sangat penting kerana ia merupakan permulaan bagi sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut. Sekiranya set induksi tidak berkaitan dengan topik yang ingin dipelajarari, murid akan menjadi hilang minat dan keliru tentang pelajaran itu. Kedua, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada. Guru harus mengaitkan pelajaran dengan pengalaman murid agar murid mudah faham apa yang guru ingin sampaikan. Ketiga, haruslah boleh menarik minat dan perhatian murid. Ia perlu diambil kira kerana, sesi pengajaran dan pembelajaran tidak akan berjalan lancar jika murid tidak dapat menumpukan perhatian. Keempat, ia perlu sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid. Sekiranya persekitaran murid adalah kawasan pedalaman, adalah tidak wajar jika guru menyediakan set induksi di luar pengetahuan murid. Ia menjadikan murid sukar memahami pelajaran

tersebut.

Kelima

pula,

guru

perlu

memastikan

aktiviti-aktiviti

yang

disampaikan mencapai tujuannya dalam tempoh yang singkat. Komponen-komponen kemahiran set induksi terbahagi kepada lima. Pertama, aktiviti yang menarik perhatian. Bagi menjadikan ianya menarik, guru harus menggunakan nada suara yang pelbagai dan kuat. Selain itu, guru juga boleh menggunakan alat bantu mengajar yang menarik dan pelbagai. Aktiviti yang luar biasa juga dapat menarik perhatian murid. Murid akan lebih tertanya-tanya. Penggunaan komunikasi tanpa lisan juga sangat menarik. Guru boleh menggunakan gerakan dan isyarat badan serta kontak mata. Kedua, aktiviti yang mewujudkan motivasi. Ia bertujuan untuk membangkitkan rasa ingin tahu murid terutama apabila guru menggunakan teknik bercerita. Guru juga boleh menggunakan dan menunjukkan suatu aktiviti yang berguna. Selain itu, murid juga akan berfikir apabila guru mengajukan soalan yang mencabar. Ketiga pula ialah aktiviti yang membuat perkaitan seperti mengaitkan dengan pelajaran lepas atau mengaitkan peristiwa semasa dengan isi pelajaran yang baru. Atau juga, isi pelajaran lepas, peristiwa semasa dan isi pelajaran baru dikaitkan dengan minat serta pengalaman murid. Ia akan membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan sesuatu yang dapat membina minda murid. Keempat ialah aktiviti yang menstruktur pengajaran. Apa yang dikatakan dengan pengstrukturan ini ialah dengan menyatakan tentang aktiviti, tugas atau projek yang akan dijalankan. Selain itu, perlu juga dinyatakan had tugas yang akan dijalankan itu. Begitu juga dengan cara-cara melaksanakan tugas tersebut. Kemudian, guru juga boleh menggunakan satu siri soalan yang berkaitan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya tidak akan terganggu. Manakala yang kelima pula ialah masa. Seperti yang diketahui, set induksi tidak menggunakan terlalu banyak masa. Lazimnya, set induksi dijalankan dalam 5 ke 7 minit. Oleh itu, masa yang digunakan perlulah tepat, cukup dan sesuai.

2.1.2 Penerangan Penerangan merupakan suatu kemahiran yang digunakan untuk menjelaskan atau menghuraikan sesuatu benda dengan menggunakan contoh atau ilustrasi. Ia juga berkaitan dengan set peralihan iaitu pengaplikasian. Dengan teknik atau kemahiran penerangan yang baik, guru pasti dapat mengajar murid mengaplikasikan pembelajaran tersebut dengan baik. Melalui penerangan yang betul dan baik, murid pasti dapat mengenal bidang, tajuk dan aktiviti pembelajaran. Murid juga dapat mengenal konsep dan definisi selain mengenal bahan dan alat. Selain itu, murid akan dapat menunjukkan hasil kerja siap. Objektif penggunaan kemahiran penerangan pula ialah guru dapat menyampaikan maklumat dan menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. Ia juga memudahkan murid memahami konsep dan isi pelajaran dengan jelas. Selain itu, guru juga dapat menerangkan dan menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah. Guru juga dapat menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa dan meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu. Terdapat beberapa prinsip sebagai panduan kemahiran penerangan. Antaranya ialah guru perlu merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Penerangan juga tidak boleh terlalu lama kerana ia akan memberi kesan pada objektif pengajaran yang perlu dicapai pada proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, guru boleh menggunakan kemahiran variasi rangsangan. Perkataan dan istilah yang digunakan juga hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid. Ia akan memudahkan pemahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran tersebut. Guru yang baik perlu sentiasa menggalakkan murid bertanya perkara-perkara yang tidak difahami. Penerangan boleh disampaikan secara verbal iaitu menerangkan dengan jelas, ringkas dan tepat. Perlu uga disampaikan dengan fasih dan menggunakan bahasa Melayu yang betul supaya murid faham. Penggunaan intonasi suara perlu diambil kira. Suara perlulah lantang dan dipelbagaikan mengikut situasi. Posisi dan gestur badan juga tidak boleh dipandang mudah.

Adalah lebih baik jika seorang guru dapat menerangkan pembelajaran sambil menarik minat dan mengekalkan perhatian murid. Dari aspek kognitif pula guru perlu membimbing murid mendapatkan idea dan mengembangkannya dengan teratur selain memberi beberapa contoh dan ilustrasi yang mencukupi. Contohan diberikan juga haruslah menarik dan sesuai dengan isi pelajaran. Teknik penerangan juga perlu diambil kira. Guru perlu memberi penjelasan tentang isi penting yang ditekankan dalam pembelajaran itu. Selain itu, guru mesti mengulas kembali serba sedikit mengenai aspek yang telah diterangkan agar murid lebih memahami perkara yang dipelajari. Guru juga boleh menulis semula isi penting di papan hitam atau meminta murid menulis di papan hitam untuk menguji sejauh mana kefahaman mereka. Segala penerangan perlulah sesuai dengan kaedah pengajaran. Penggunaan kemahiran penerangan ini memberi kesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kesan-kesannya ialah murid-murid dapat memahami konsep dan isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat. Contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar pula dapat merangsang pelbagai deria murid selain memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan mereka. Murid juga akan dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru memberi penerangan dengan menarik dan bermakna. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga dapat dimanfaatkan dan ia membolehkan guru menambah aktiviti dalam proses pembelajaran. Selain itu, murid juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci.

2.1.3 Penyoalan Kemahiran menyoal merupakan suatu kemahiran yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap prestasi pelajar akan meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan bertambah aktif dan lebih merangsangkan. Pada permulaan pengajaran dan pembelajaran kemahiran penyoalan digunakan untuk menolong murid mengingat kembali pengetahuan lepas berkaitan dengan pelajaran yang akan dipelajari. Pada peringkat

perkembangan pengajaran dan pembelajaran pula penyoalan diperlukan bagi mencungkil fikiran murid untuk membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Bagi penutup pula, ia digunakan untuk menilai pencapaian objektif pelajaran. Objektif kemahiran penyoalan pula ialah untuk menguji pengetahuan dan kefahaman murid serta merangsang dan mencungkil fikiran murid. Ia juga adalah untuk membimbing murid menggunakan kaedah bagi membuat kesimpulan atau menyelesaikan masalah selain menarik perhatian murid terhadap aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penekanan. Selain itu, ini penting bagi menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. Ia juga bagi membantu murid mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi ujian dan peperiksaan. Seterusnya, ia adalah bagi menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dengan murid serta membantu murid memperkukuh konsep dan kefahaman. Konsep kemahiran penyoalanpula ialah soalan-soalan yang hendak dikemukakan perlulah dirancang. Ia juga perlulah sesuai dengan peringkat kebolehan pelajar. Aras soalan pula tidak boleh terlalu senang dan tidak pula terlalu sukar. Manakala, perkataan atau istilah yang digunakan dalam soalan seharusnya dapat difahami oleh pelajar. Guru juga perlu memberi peluang kepada pelajar untuk memikirkan kepada jawapan. kelas Selain dan itu, boleh juga

dikemukakan

soalan

seluruh

elakkan

daripada

mengemukakan soalan kepada pelajar tertentu sahaja. Guru juga perlu mengemukakan soalan terlebih dahulu sebelum menentukan nama murid. Bentuk soalan pula hendaklah sentiasa berubah-ubah. Ia bertujuan untuk

menarik minat pelajar. Tentukan bahawa soalan yang dikemukakan secara lisan dapat didengari oleh pelajar seluruh kelas. Elakkan juga daripada mengemukakan soalan mengikut urutan atau susunan tempat duduk pelajar. Soalan yang dibentuk pula harus boleh mendorong pelajar berfikir. Elakkan memberi soalan yang mengandungi jawapan didalamnya. Soalan yang diberikan hendaklah ringkas dan tepat. Terdapat beberapa prinsip penyoalan. Ia perlulah sesuai dengan umur dan kebolehan murid yang berbeza di dalam kelas. Guru juga perlu merancang jenis-jenis soalan yang akan dikemukakan. Berikan masa kepada murid untuk memikirkan jawapan kepada soalan tersebut. Guru tidak boleh memaksa murid menjawab soalan. Selain itu, pastikan juga soalan yang diberikan dapat mencapai objektif yang dikehendaki. Aras-aras penyoalan pula ialah pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan juga penilaian. Manakala komponen-komponen kemahiran penyoalan ialah pembentuan soalan. Ia perlulah jelas, ringkas dan tepat. Fokus tunggal pula ialah soalan yang ditumpukan kepada satu idea. Fokus pelbagai merupakan soalan yang ditumpukan lebih daripada satu idea. Seterusnya ialah sebaran. Soalan disebarkan kepada seluruh kelas secara setara. Hentian pula ialah masa yang diberian kepada murid untuk memikirkan jawapan. Selain itu, melayani jawapan iaitu memberi pujian, melengkapkan jawapan dan memperbaikinya. Memberi petunjuk jawapan pula ialah dengan memberi petua ataupetunjuk bagi membantu murid. Manakala mencungkil fikiran pula ialah dengan mengemukakan satu siri soalan untuk mencungkil fikiran murid.

2.1.4 Penggunaan Papan Tulis Papan tulis digunakan untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Ia juga adalah bagi memberikan peluang kepada muridmurid mencatat nota dari papan tulis. Selain itu, ia digunakan untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ia juga diperlukan bagi mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah yang sistematik. Prinsip-prinsip penggunaan papan tulis pula ialah memberi muridmurid peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis. Perancangan bagi penggunaan papan tulis juga perlu dilakukan lebih awal. Masa yang digunakan perlulah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas. Kapur warna pula perlu digunakan untuk menggambarkan penekanan. Terdapat beberapa kesan apabila kemahiran penggunaan papan tulis digunakan dengan baik iaitu murid-murid dapat menumpukan perhatian selain dapat menarik minat murid dengan tulisan yang berwarna-warni. Murid-murid juga dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat. Selain itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih baik. Manakala konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan di dalam ingatan. Perlu diketahui bahawa kejelasan tulisan sangat penting dalam menggunakan papan tulis. Begitu juga dengan susunan perkara yang ditulis dan dipelajari. Termasuk juga perkara yang perlu ditekankan harus ditulis dengan menarik supaya murid mengetahui perkara yang ingin guru tekankan.

2.1.5 Variasi Rangsangan Kemahiran ini meliputi aktiviti yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian. Latihan dalam kemahiran ini dapat menolong pelajar mengajar dengan berkesan dan menarik minat murid kepada pelajaran yang diajarnya. Pergerakan guru dalam kelas seperti beberapa langkah di sepenjang bahagian hadapan atau di antara barisanbarisan murid boleh menolong murid sentiasa bersedia dan menumpukan perhatian kepada pelajaran. Elakkan pergerakan ke hadapan dan ke belakang yang resah akan mengganggu tumpuan murid kepada pelajaran. Gerakgeri semulajadi guru (gesture) adalah penggunaan pergerakan badan, tangan dan muka yang semulajadi untuk menguatkan perkataan yang dituturkan dapat menarik perhatian murid. Sebaliknya pergerakan tubuh badan semulajadi yang tidak bermakna seperti mengejepkan mata atau mengelengkan kepala atau melambungkan sesuatu akan menghalang tumpuan kepada pelajaran. Mengubah nada pertuturan adalah mengubah intonasi, nada suara dan kelajuan perkataan dapat mengekal minat murid terhadap pelajaran. Suara yang mendadak, sentiasa tinggi dan kuat menimbulkan rasa kebimbangan, sebaliknya suara yang mendatar, kurang kuat dan kurang bertenaga menimbulkan rasa bosan terhadap pelajaran. Penglibatan murid secara lisan adalah soalan, perbincangan murid dan peluang diberi kepada murid untuk melahirkan pendapat menggalakkan murid melibatkan diri secara lisan dalam pelajaran. Ini akan memberikan rasa seronok kepada murid. Penggunaan pancaindera adalah guru yang mengubah-ubah aktivitinya dan melibatkan pancaindera seperti penggunaan gambar atau model, dapat menambah tarikan dan minat murid kepada pelajaran, juga menambah kesan penyampaian maklumat kepada muridnya. Aktiviti Fizikal adalah guru yang memberi peluang kepada murid membuat aktivi yang pelbagai akan menyeronokkan murid semasa mereka belajar. Variasi rangsangan yang berkesan adalah matlamat guru hendaklah jelas tentang tujuan perubahan-perubahan dalam aktiviti yang digunakan dan ada perkaitan dengan isi pelajaran, guru hendaklah menjalankan variasi rangsangan dengan licin agar tidak mengganggu perjalanan pelajaran, guru

hendaklah merancang dengan teliti, jika hendak menggunakan bahan bantu mengajar dan alat bantu mengajar dan yang akhir sekali guru perlu mengubah variasi rangsangan untuk memberi rangsangan kepada tindak balas murid. 2.1.6 Pengelolaan Bilik Darjah Pengelolaan bilik darjah merupakan satu proses yang melibatkan pengurusan fizikal sesebuah bilik darjah. Bilik darjah pula merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dan melibatkan guru dan murid. Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada set tingkah laku guru yang meliputi pelbagai aspek di mana guru akan membentuk dan mengekalkan kondisi pembelajaran seperti diharapkan.

Jenis Bilik Darjah Bilik Darjah Tradisi o Bilik darjah tradisi di negara kita telah lama digunakan untuk mendidik kanak-kanak di bawah program Kurikulum Lama Sekolah Rendah dan Kurikulum Lama Sekolah Menengah diperkenalkan. o Kaedah ini sesuai apabila seorang guru menyampaikan pengajaran dengan penggunaan Kaedah Keseluruhan Kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. o Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan meyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu.

Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung dihadapan kelas. o Ciri-ciri bilik darjah tradisi: Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris. Pelajar yang rendah, bertubuh kecil dan kurang

penglihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan.

Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusat pada guru. Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah. Jarang mempraktikkan aktiviti berkumpulan. Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru

Bilik Darjah KBSR o Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di Negara kita pada tahun 1982. Program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran murid secara kumpulan. Interaksi antara guru dengan murid serta interaksi murid dengan murid diperkenalkan. o Ciri-ciri bilik darjah KBSR: Kerusi-meja disusun mengikut kumpulan. Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut kebolehan masing-masing. Penglibatan murid-murid dalam aktiviti P&P digalakkan. Suasana pembelajaran yang kondusif dapat diperhatikan melalui pameran hasil kerja murid serta ABM mengajar yang berkaitan. Ruang-ruang memudahkan pembelajaran. Aktiviti murid berada dalam keadaan aktif. pembelajaran murid-murid disediakan menjalankan untuk aktiviti

Bilik Darjah KBSM o Bilik Darjah KBSM mula diperkenalkan pada tahun 1988. Dari segi bentuk dan kemudahan,di dalam bilik darjah KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran. o Ciri-ciri bilik darjah:

Kerusi dan meja pelajar disusun mengikut kumpulan. Pelajar dibahagikan mengikut kumpulan tertentu

berdasarkan kobolehan tersendiri. Menggalakkan pengelibatan pelajar secara aktif. Menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.

Bilik Darjah Terbuka o Bilik Darjah Terbuka. o R.S. Barth (1976) dalam buku berjudul Open Education and The American School menghuraikan konsep Pendidikan Terbuka sebagai suatu pendekatan pendidikan yang sedia terbuka kepada: Bidang Kurikulum Pendekatan Pengajaran & Pembelajaran Ruang-Ruang Pembelajaran Bahan-Bahan Pelajaran Terbuka lahir daripada konsep Pendidikan

o Murid-murid akan memilih bahan pelajaran yang mereka hendak belajar. Murid-murid akan menentukan dan merancang aktiviti P&P sendiri. o Pengajaran guru dikurangkan pada peringkat yang minimum. Guru cuma akan menjadi penasihat dengan membimbing dan melaksanakan aktiviti pembelajaran secara kumpulan atau secara individu. o Biasanya pendekatan Pengajaran Berpasukan yang

melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pelajaran untuk membimbing murid-murid dalam Bilik Darjah Terbuka. Situasi P&P adalah berbentuk Informal. o Ruang dan rekabentuk bilik darjah diubahsuai untuk

membolehkan murid-murid bergerak dengan bebas dari satu tempat ke tempat lain, memilih bahan-bahan pelajaran yang

diminati serta menjalankan aktiviti P&P selepas berbincang dengan guru. o Ciri-ciri bilik darjah terbuka: Aktiviti P&P biasanya dijalankan secara kumpulan atau individu. Berbagai-bagai aktiviti P&P dilakukan dalam bilik darjah secara serentak. Murid-murid dapat mengikuti berbagai-bagai aktiviti P&P mengikut jadual waktu pelajaran sendiri. Persekitaran bilik darjah terbuka dilengkapkan dengan alat-alat dan bahan pelajaran untuk memudahkan murid menggunakannya.

Bilik Darjah Prasekolah o Pendidikan Prasekolah merupakan asas pendidikan bagi kanakkanak berumur 4-6 tahun sebelum mereka memulakan alam persekolahan secara formal di Sekolah Rendah. o Pendidikan Prasekolah penting untuk menyuburkan

perkembangan kanak-kanak dari segi JERIS melalui aktiviti Pembelajaran dan Permainan dengan menggunakan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan sentuh mereka. o Dalam bilik darjah Prasekolah, kerusi-meja disusun mengikut bilik dajah KBSR. Aktiviti berbentuk permainan menjadi aktiviti pembelajaran utama untuk kanak-kanak Prasekolah. o Sebuah bilik darjah Prasekolah yang lengkap mempunyai: Sudut Bacaan (Bahasa) Sudut permainan Matematik dan Teka-Teki Sudut Manipulatif Sudut Sains Sudut Muzik Sudut Lukisan Sudut Agama (Kanak-kanak Islam)

Ciri-ciri bilik darjah: Bilik darjah dikhaskan untuk kanak-kanak dalam lingkungan umur 4-6 tahun. Ia merupakan tempat melatih kanak-kanak secara informal dan melalui aktiviti permainan. Meja-kerusi disusun mengikut kumpulan seperti bilik darjah KBSR Tahap Satu. Dinding sekeliling bilik darjah Prasekolah dihiasi pelbagai carta dan kad gambar yang berwarna-warni. Sesebuah bilik darjah Prasekolah moden pula dilengkapi dengan ruang membaca, peralatan permainan bercorak pendidikan asas, komputer, televisyen, dan lain-lain. Pendidikan Jasmani melalui aktiviti permainan di padang permainan kanak-kanak berdekatan bilik darjah prasekolah adalah diutamakan. Bilangan murid Prasekolah biasanya tidak melebihi 25 orang.

Faktor-faktor Mempengaruhi Pengelolaan Bilik Darjah 1) Faktor Fizikal a. Faktor-faktor fizikal merangkumi segala bentuk kemudahan dan peralatan yang terdapat di sekolah. b. Kemudahan dan peralatan sekolah merujuk kepada bangunan sekolah, kemudahan-kemudahan di kawasannya, meja dan kerusi, alatan serta perabot di dalam bilik darjah. c. Mengikut kajian pakar-pakar penyelidikan, suasana fizikal sekolah yang kondusif menjadi faktor yang penting untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam sekolah. d. Faktor fizikal sekolah merangkumi suasana fizikal di dalam bilik darjah dan kawasan sekolah.

e. Selain itu susunan meja dan kerusi bilik darjah juga memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan. f. Murid-murid mudah berinteraksi sesama mereka dan mudah berinteraksi dengan guru.

2) Faktor Kemanusiaan a. Suasana sosial i. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi antara murid dengan murid, khasnya di dalam bilik darjah. ii. Murid-murid di dalam sesebuah bilik darjah mempunyai mempunyai latar belakang dan sifat-sifat yang berbeza-beza. iii. Murid yang mempunyai sifat yang pendiam dan pemalu tidak suka bergaul dengan murid yang lain. Mereka biasanya berkawan dengan murid yang mempunyai status sosial yang setaraf. iv. Dari segi pendidikan, perhubungan dan corak interaksi murid dalam sesebuah kelas memang mempengaruhi

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa aktiviti kumpulan dijalankan. v. Justeru itu, guru seharusnya memainkan peranan yang penting dalam memahami tingkah laku dan budaya murid agar keberkesanan pengajaran dan ditingkatkan. pembelajaran dapat

b. Suasana emosi i. Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Guru banyak mempengaruhi

tingkahlaku dan corak pembelajaran muridnya. ii. Guru perlu menunjukkan teladan sebagai seorang

professional, membentuk program-program yang bertujuan

membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas, bagi mengurang segala tingkahlaku negatif. iii. Budaya bilik darjah yang dinamis, mementingkan aspek nilainilai murni, hubungan yang mesra diantara murid, dan murid dengan guru, budaya belajar yang ceria, menyeronokkan yang menyentuh emosi serta sifat guru yang peramah dan demokratik akan menimbulkan suasana emosi kegembiraan dalam bilik darjah.

3) Faktor Teknikal a. Merujuk kepada teknik-teknik yang digunakan untuk merangsang semangat dan kesediaan untuk belajar. b. Faktor ini merangkumi aspek kemahiran guru, kecekapan

penggunaan alat bantu mengajar serta aktiviti-aktiviti yang boleh yang boleh merangsangkan aktiviti pembelajaran seperti

pertandingan nyanyian, mewarna, bercerita dan sebagainya. c. Guru yang mempunyai kemahiran mengajar, serta kebolehan menggunakan pelbagai alat bantu mengajar penting bagi

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. d. Aktiviti-aktiviti seperti projek dan pertandingan berunsur akademik pula dapat merangsang semangat belajar murid kerana dengan adanya aktiviti-aktiviti ini murid-murid akan berusaha dengan lebih giat lagi.

2.1.7 Penutup dan Membuat Kesimpulan Kemahiran penutupan dan membuat kesimpulan ini diperlukan untuk merumus perkara yang telah dipelari. Ia juga untuk menilai semula isi-isi pelajaran yang telah dikuasai. Selain itu, ia penting untuk menekankan isi-isi penting. Objektif bagi kemahiran penutupan dan membuat kesimpulan ini ialah untuk mengukuhkan konsep yang baru dipelajari dengan merumus fakta-fakta penting. Ia juga membolehkan guru membuat pengubahsuaian terhadap pengajarannya. Melalui aktiviti susulan, ia dapat memberi peluang kepada mengaplikasikan konsep dan kemahiran. Selain itu, ia membolehkan murid memperbaiki dan meningkatkan prestasi pembelajarannya. Ia juga menekankan prinsip yang menyatakan bahawa aktiviti penutup hendaklah sesuai dengan objektif, isi pelajaran dan kemahiran yang telah dipelajari murid di peringkat perkembangan. Terdapat dua jenis penutup iaitu penutup kognitif dan juga penutup sosial. Bagi penutup kognitif, guru mengukuhkan apa yang dipelajari dan ia dilakukan pada akhir pembelajaran. Guru juga akan membuat kesimpulan dan rumusan selain memberi aktiviti pengayaan. Selain itu, guru akan menyoal isi-isi penting yang telah dipelajari. Bagi penutup sosial pula, ia lebih kepada memberi pujian dan galakan kepada pencapaian murid. Ia penting untuk membangkitkan semangat murid supaya ingin terus belajar. Selain itu, guru boleh menyanyi bersama murid. Nyanyian tersebut haruslah berkaitan dengan tema atau menyimpulkan tema pelajaran yang telah dipelajari. Kaedah kemahiran penutupan dan membuat kesimpulan ini terbahagi kepada dua iaitu perkaitan minda dan perkaitan motivasi. Perkaitan minda merupakan satu kaedah untuk meringkaskan isi-isi penting yang telah dipelajari selain membuat aktiviti penilaian. Selain itu, terdapat juga aktiviti merumus pada kaedah ini. Perkaitan motivasi pula akan mewujudkan rasa ingin tahu murid. Guru juga perlu mengaitkan pelajaran akan datang selain memberi aktiviti susulan. Memotivasikan murid juga termasuk juga dalam kaedah perkaita motivasi ini. Teknik penutupan pula akan membuatkan guru meniliti masa yang digunakab adalah mencukupi atau tidak. Selain itu, guru juga boleh mengaitkan penutup atau kesimpulan dengan isi pelajaran yang akan datang. Murid juga boleh diminta membuat rumusan berdasarkan perkara yang telah dipelari pada sesi pengajaran dan pembelajaran itu.

Di akhirnya, guru boleh membuat rumusan yang merangkum segala isi pelajaran yang dipelajari.

2.1.8 Refleksi Fokus Pertama Berdasarkan pemerhatian yang telah dijalankan ketika sesi pengajaran dan pembelajaran di tahun 4 Bestari, beberapa perbandingan dapat diulas melalui sesi pengajaran dan pembelajaran. Yang pertama adalah komponen pengajaran Kemahiran Induksi. Melalui kajian, Kemahiran Induksi adalah permulaan bagi memperkenalkan tajuk yang akan dipelajari murid, menarik minat murid dalam isi pembelajaran hari itu dan juga lebih kepada penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik dalam menarik fokus murid dalam pengajaran dan pembelajaran hari itu. Ulasan yang dapat dibuat adalah Kemahiran Induksi guru tersebut tidak memberangsangkan. Ini kerana guru tersebut menggunakan Buku Teks sebagai bahan bantu mengajar beliau. Ini menyebabkan sesi pembelajaran ketika itu menjadi bosan dan murid kurang beri perhatian. Tetapi hanya suara guru yang lantang menyebabkan murid beri perhatian terhadap pembelajaran tersebut. Yang kedua adalah komponen pengajaran Penerangan. Melalui kajian, Penerangan lebih kepada cara atau kemahiran guru tersebut dalam menyampaikan maklumat tersebut kepada murid. Ulasan yang dapat dibuat adalah kemahiran Penerangan guru tersebut sangat baik. Ini kerana penyampaian maklumat tentang isi pembelajaran tersebut sangat jelas. Walaupun maklumat yang disampaikan agak pendek akan tetapi isinya padat. Dengan suara guru yang lantang, murid yang berada di belakang dapat beri perhatian kepada guru tersebut. Yang ketiga adalah kopmponen pengajaran Penyoalan. Melalui kajian, kemahiran Penyoalan adalah satu kemahiran yang agak kompleks dimana soalan yang ingin ditujukan berpandukan tahap atau aras seseorang murid atau kelas tersebut. Jadi, soalan yang ingin ditujukan mestilah bersesuaian supaya murid itu faham dengan kehendak soalan dan murid tersebut dapat menjawab. Sekiranya jawapan murid tersebut kurang tepat, guru tersebut perlu membetulkan supaya murid tahu jawapan yang tepat. Ulasan yang dapat dibuat adalah kemahiran

Penyoalan yang digunakan oleh guru ketika itu amat bersesuaian dengan aras murid-murid tersebut dan berhubungkait dengan isi pembelajaran ketika itu. Yang keempat adalah komponen pengajaran Variasi Rangsangan. Menurut kajian, kemahiran Variasi Rangsangan adalah lebih kepada gerk geri guru tersebut dalam penyampain makluamat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Ulasan yang dapat dibuat mengenai kemahiran Variasi Rangsangan adalah guru tersebut mempunyai gerak geri bahasa badan yang semulajadi. Ini dimana setiap pergerakan beliau dalam menyampaikan isi pembelajaran, murid-murid dapat memberi perhatian terhadap guru tersebut dan dapat mengikut rentak pengajaran guru tersebut. Jadi, setiap masa murid tidak hilang fokus terhadap apa-apa yang diajarkan oleh beliau. Yang kelima adalah komponen pengajaran Penggunaan Papan Tulis. Menurut kajian yang telah dibuat, kemahiran Penggunaan Papan Tulis dapat dirungkai sebagai penguasaan penggunaan papan tulis sama ada secara sepenuhnya ataupun tidak. Ulasan yang telah dibuat mengaenai kemahiran ini adalah guru kurang penguasaan penggunaan papan tulis. Ini kerana kebanyakkan penyampaian maklumat adalah secara verbal. Guru hanya menggunakan papan tulis sebagai penerangan perkataan-perkataan baru yang dipelajari ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Yang keenam adalah komponen pengajaran Pengelolaan Bilik Darjah. Hasil kajian yang dibuat adalah kemahiran ini adalah cara susun atur bilik darjah tersebut supaya murid-murid dapat memberi perhatian yang sepenuhnya kepada guru. Ulasan yang telah dibuat mengenai kemahiran ini adalah susun atur bilik darjah tersebut mengikut susun atur yang sedia kala. Ini kerana susun atur bilik darjah tersebut adalah umum dan tak perlu diubah lagi. Jadi, setiap kali sesi pembelajaran guru tidak perlu menyusun atur bilik darjah tersebut. Yang terakhir sekali adalah komponen pengajaran Penutup dan Membuat Kesimpulan. Menurut kajian yang telah dilakukan, kemahiran ini adalah sebagai refleksi yang dibuat oleh guru dan murid pada akhir sesi pembelajaran yang telah dijalankan. Ulasan yang dapat dibuat adalah guru tersebut membuat rumusan mengenai hasil pembelajaran yang telah dipelajari oleh murid-murid.

3.0 3.1

FOKUS KEDUA Kemahiran Bernilai Tambah(KBT) dalam P&P Bahasa Melayu

Terdapat 5 Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu iaitu Kemahiran Belajar, Kemahiran Kajian Masa Depan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran TMK dan juga Kemahiran Kecerdasan Pelbagai.

3.1.1 Kemahiran Belajar Kemahiran ini perlu diajar kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini

membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, bertindak untuk menghadapi dunia yang semangkin mencabar dan sering berubah serta mengamalkan pembelajaran seumur hidup. Kemahiran belajar cara belajar juga diajarkan supaya murid peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan

pembelajaran seumur hidup. Penguasaan kemahiran belajar cara belajar amat penting bagi muridmurid lantaran masa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh muridmurid juga terhad. Oleh itu, mereka harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan penguasaan mereka dalam

mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, belajar cara belajar akan membantu murid-murid supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiri tanpa guru.Dengan menguasai kemahiran belajar cara belajar, murid-murid juga mampu menilai tahap pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.

Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya cuba diterapkan oleh guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah) dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu) iaitu meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis dan mencatat nota dan kemahiran menghafal. MENDENGAR SECARA AKTIF DAN INTENSIF.

KEMAHIRAN MERUJUK

KEMAHIRAN MEMBACA

KEMAHIRAN MENCATAT DAN MENULIS PANTAS

KEMAHIRAN MENGHASILKAN LAPORAN

PENGURUSAN MASA DAN GAYA PEMBELAJARAN PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

STRATEGI BELAJAR

STRATEGI BELAJAR DALAM KUMPULAN

3.1.2 Kemahiran Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum. Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk mendidik generasi baru bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan kajian masa depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan, berupaya dan bertanggungjawab. Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang masa depan mereka. Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul. Murid-murid juga dapat mencari alternatif dan pilihan kearah masa depan yang lebih baik melalui kajian masa depan seterusnya akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata kepada budaya berfikir.

3.1.3 Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea menyelesaikan masalah atau membuat

keputusan, adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Kemahiran berfikir juga diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan. Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan jenis bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran . Teori Robert Sperry pula menghuraikan otak manusia yang

menggunakan bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan dan kiri hendaklah dikembangkan.

ALAT-ALAT BERFIKIR

PENYUSUNAN GRAFIK

JENIS SOALAN

PETA MINDA

BERTUMPU

BERCAPAH

LINGKARAN

3.1.4 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan mengakses maklumat melalui internet. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran dan memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Murid-murid juga boleh mengaplikasikan pembelajaran kendiri dengan mencari maklumat sendiri di Internet.

TEKNOLOGI MAKLUMAT UNTUK TUJUAN KOMUNIKASI

APLIKASI PERISIAN DALAM MENYEMPURNAKAN TUGASAN HARIAN

E-MEL

MENGAKSES MAKLUMAT DI INTERNET

MENGHANTAR

MENERIMA

3.1.5 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan 8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa. Antara teori Kecerdasan pelbagai ialah merangkumi logik matematik, visual- ruang, muzik, naturalis, intrapersonal, kinestetik, verbal-linguistik dan interpersonal. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Kepentingan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah untuk membolehkan guru untuk menjalankan pengajaran

mengikut lapan kecerdasan. Selain itu, melalui kecerdasan pelbagai ini, guru dapat menilai bakat dan kebolehan pelajar seterusnya membangunkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar. Suasana kolaboratif juga dapat diwujudkan. Hal ini seterusnya menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran. KECERGASAN PELBAGAI

LOGIK MATEMATIK

VISUAL RUANG

MUZIK

NATURALIS

INTRAPERSONAL

KINESTETIK

VERBALLINGUISTIK

INTERPERSONAL

3.1.6 Refleksi Fokus Kedua Berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dijalankan di kelas Tahun 4 Bijak, guru tersebut tidak melaksanakan Kemahiran Bernilai Tambah yang dikonsepkan oleh Pihak Pusat Pembangunan Kurikulum (PPK). Kemahiran Bernilai Tambah yang telah dikonsepkan oleh Pihak Pusat Pembangunan Kurikulum ada tujuh iaitu Kemahiran Belajar, Kemahiran Kajian Masa Depan, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pembelajaran Konstruktivisme, Pembelajaran Kontekstual dan Kemahiran Kecerdasan Pelbagai. Kemahiran Bernilai Tambah yang telah digunakan oleh guru tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu Menjana Idea. Jadi ia tidak termasuk dalam konsep yang telah ditetapkan ole PPK. Cabaran yang timbul dalam melaksanakan Kemahiran Bernilai Tambah adalah bagaimana hendak melaksanakan kemahiran tersebut. Ini kerana guru selalu terlepas pandang terhadap kemahiran tersebut.

4.0 4.1

FOKUS KETIGA Strategi, Pendekatan, Kaedah, dan Teknik P&P Bahasa

4.1.1 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Strategi merupakan konsep yang melibatkan proses merancang untuk menentukan tindakan ke arah mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (khususnya pengajaran dan pembelajaran bahasa), strategi bermaksud cara atau langkah atau tindakan yang mesti dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, strategi lebih menjurus dan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.

Strategi Generatif o Membantu murid belajar cara bertingkah laku yang sesuai mengikut situasi dan menggunakan pelbagai kecerdasan. o Guru menggunakan teknik sumbangsaran, pemikiran lateral dan kreativiti. o Contoh : Peta minda.

Strategi Kolaboratif o Satu kumpulan murid-murid melakukan tugasan bersama untuk mencapai hasil pembelajaran yang cemerlang. o Contoh : Murid-murid membuat kertas projek secara bersamasama dalam aktiviti kumpulan.

Strategi Koperatif o Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk menyempurnakan tugasan kumpulan, bertukar pendapat,membuat perancangan dan menyelesaikan masalah.

o Ciri-ciri pembelajaran koperatif : Saling bergantungan positif antara ahli kumpulan Interaksi semuka Akauntabiliti individu Aplikasi kemahiran kolaboratif Penilaian bersama

Strategi Kontekstual o Guru mengait bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dengan dunia sebenar. o Memotivasikan murid untuk membuat hubungan antara apa yang dipelajari dalam bilik darjah dan aplikasi dalam kehidupan mereka. o Contoh : Mengajar berkaitan mata wang dan bagaimana menggunakan wang dalam perbelanjaan harian.

Strategi Mediatif o Guru adalah sebagai perantara dengan mengemukakan soalan dan masalah bagi merangsang murid untuk meneroka

pengetahuan. o Murid-murid diajar untuk : Mengaplikasikan pengetahuan Membuat keputusan Menilai andaian Menilai kebenaran, keputusan dan hipotesis

o Strategi mediatif termasuk: Rasionalisasi dialektikal Pemerolehan konsep Pembentukan konsep Latihan inkuiri Perbincangan terbuka

Strategi Direktif o Pengajaran secara langsung dalam bilik darjah melalui langkah demi langkah. o Murid hanya mendengar dan menyerap apa yang diajar. o Melibatkan latih tubi, amali dan pengajaran langsung.

4.1.2 Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Terdapat pelbagai jenis pendekatan yang boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pendekatan adalah Cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah ( Kamus Dewan (1998) dan pendekatan juga adalah Satu set andaian yang saling berkait dengan proses P&P serta mempunyai unsur aksiomatik ( Edward M. Anthony (1963). Parera (1986) menyatakan bahawa pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian) dan Kamarudin Hj. Husin (1988) pula memberi penekanan bahawa pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis pendekatan yang digunakan oleh guru-guru untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh-contoh

pendekatan ialah : i. ii. iii. iv. Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif Pendekatan Eklektik Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Deduktif Pendekatan deduktif merujuk kepada cara pengajaran yang bermula dengan guru memberi rumus-rumus yang telah diketahui umum oleh murid. Selepas itu proses pengajaran dan pembelajaran diteruskan di mana murid murid akan menganalisis rumus-rumus yang didedahkan terlebih dahulu melalui contoh yang sudah di bentangkan. Dalam pendekatan ini guru perlu menerangkan kepada murid objektif pengajaranb terlebih dahulu pada awal pengajaran. Pendekatan ini memerlukan guru untuk membimbing murid-murid menjalankan aktiviti tersebut melalui soalan yang dirancang. Contoh pendekatan deduktif yang di gunakan dalam proses guru

pengajaran dan pembelajaran ialah Contohnya ,apabila seseorang

mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya . Berikut ialah proses pengajaran berdasarkan pendekatan deduktif :
Contoh mudah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat. Ayat mudah = 1s + 1p

Pilih perkara yang sudah diketahui mengenai subjek dan predikat

guna contoh yang berkaitan

Murid-murid mengukuhkan pemahaman tentang ayat mudah

Pendekatan Induktif Konsepkonsep perbendaharaan pengetahuan & kata pendekatan untuk induktif ialah hukum, mempelbagaikan memperkenalkan maklumat untuk

mendapatkan

pengalaman,

mengakumulasikan

membentuk hukum dan yang diberikan.

Membentuk kesimpulan daripada contoh-contoh

Pendekatan Induktif dapat dijelaskan bahawa ia dipelopori oleh aliran pemikiran behaviorisme. Pada kebiasaannya pendekatan ini dimulai dengan

contoh-contoh khusus kepada kesimpulan umum dan memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri. Pendekatan ini juga

bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan & menekankan kepada pengulangan dan lebih kepada untuk mendapat sesuatu hukum. Contoh yang dapat menerangkan proses pengajaran yang

menggunakan pendekatan induktif ialah di dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contohcontoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , supaya sampai kepada takrif ayat

guru akan memandu murid-murid tunggal.

Contoh khusus

Mencari sifat sepunya/memerhati/ mentafsir

Membuat generalisasi

Siput kerang udang ketam

Bercengkerang

Krustasia

Pendekatan Eklektik Pendekatan elektik merupakan pendekatan yang menggabungkan kedua-dua jenis pendekatan iaitu pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. Gabungan ini mengambil kelebihan kedua-dua pendekatan dalam menghasilkan strategi yang seimbang, sesuai dan berkesan. Guru tidak terikat dengan mana-mana pendekatan secara rigid tetapi pengajarannya lebih luas dan mudah diubahsuai mengikut kesediaan murid waktu itu. Guru boleh memulakan pengajaran sama ada memberi contoh-contoh terlebih dahulu dan menyuruh murid menanalisis ataupun guru boleh menerangkan hipotesis terlebih dahulu dan diikuti dengn contoh-contoh khusus yang sudah diketahui.

Contoh-contoh khusus

Dapatkan generalisasi

Berikan contoh lain untuk pengukuhan

induktif Deduktif

Mulakan dengan generalisasi

Berikan contoh-contoh

Kukuhkan dengan generalisasi berkaitan

Deduktif Induktif

Kesimpulannya pendekatan elektik sebenarnya dapat mengatasi kelemahan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua pendekatan induktif dan deduktif. Dengan menggunakan pendekatan ini, guru akan menjai lebih fleksibel dan mampu mengendalikan kelas mengikut keprluan pelajar.

Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini berasaskan teori interaksi .Pengasas pendekatan ini berpegang kepada beberapa prinsip pengajaran bahasa pertama,

pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanakkanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan

komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan ) Dalam kaedah ini, Struktur bahasa dapat dikuasai oleh murid-murid dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian barulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu. Oleh itu pengajaran bahasa murid mestilah menglibatkan

aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran,

wawancara dan lain-lain supaya mereka struktur bahasa yang diajar.

dapat berlatih menggunakan

Pengajaran bahasa melalui kaedah komunikatif ini mementingkan huraian unsure -unsur bahasa dalam teks dan wacana. Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada murid murid untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya pendekatan ini bukan sahaja bertujuan untuk

membolehkan murid menguasai kecekapan berbahasa tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan menggunakan unsur - unsur yang dipelajari dalam pelbagai konteks.

4.1.3 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Tiada seorang yang dapat mengatakan wujudnya satu kaedah atau teknik yang terbaik bagi semua keadaan dan situasi pembelajaran. Tambahan pula secara praktikalnya guru mungkin sukar mengelaskan pengajarannya hanya menggunakan satu kaedah atau teknik sahaja, melainkan menggabungkan dua atau tiga serentak. Hal ini keran tiada dua individu yang mempunyai cirri-ciri yang sama. Mangantar Simanjuntak (1982) menyatakan bahawa satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Parera (1986) pula berpendapat satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagianbahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan dan Ishak Ramly (2006) mengatakan satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.

Jenis-jenis kaedah : i. ii. iii. iv. v. Kaedah Kod-Kognitif Kaedah Terus Kaedah Oral-Aural Kaedah Natural Kaedah Ajuk Hafaz

Kaedah Kod-Kognitif J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan

pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan manakala Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumusrumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic. Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat. Seorang kanakkanak telah dianugerahkan kecekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibu andanya dalam jangka masa yang singkat. Pada umumnya Diller (1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap

bahasa iaitu Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturanperaturan. a) Boleh digunakan untuk berfikir. b) Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi. c) Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa. Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa kedua iaitu : Merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar. Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan . Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna.

Setelah murid dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatik. Aktiviti yang boleh di lakukan oleh guru untuk proses pengajaran dan

pembelajaran berdasarkan kaedah ini ialah Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran kan dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif

lokatif. Setelah murid-murid memahami huraian unsur -unsur tatabahasa yang diajar tersebut. barulah mereka diberi latihan pengayaan bagi

memastikan mereka betul-betul menguasai topik tersebut.

Kaedah Terus Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. Menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini

mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini juga disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya, pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-

pengalaman sedia ada, timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan, mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks. Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan kaedah iniadalah untuk memastikan murid menguasai kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan menulis dan Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan.

Teknik mengajar untuk kaedah ini dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem bunyi bahasa itu. a) Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh murid murid. Dalam proses ini terjemahan tidak digunakan langsung. b) Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan secara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perkataan berlawanan dan lain-lain. c) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat . d) Bahan - bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat. Sifat sifat pengajaran untuk kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana pengasas kepada kaedah ini menganggap bahawa dalam

pembelajaran bahasa pertama kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur, murid-murid dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar dan terjemahan tidak digunakan langsung dalam kaedah ini.

Kaedah Oral-Aural Kaedah ini menggunakan seluruhnya. kemahiran mendengar dan bertutur

Kaedah oral-aural atau kaedah mendengar bertutur ini ajukan oleh murid-

menggunakan dialog untuk dihafal dan diikuti secara

murid. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan ia dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya ,lebih lebih lagi jika guru yang mengajar mata pelajaran tersebut bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.

Alat pandang dengar digunakan dengan seluas - luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi.Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi kegunaanya. juga kepada

Kaedah Natural Kaedah ini berasaskan penggunaan bahasa dalam situasi komunikatif seperti yang berlaku dalam pedekatan-pendekatan tradisional. Kaedah ini kurang menekankan rujukan kepada analisis gramatikal, latih tubi gramatikal atau kepada teori tatabahasa tertentu Menurut Krashen dan Terrell (1983:9), kaedah ini juga dikenali sebagai psikologikal, fonetik, baharu, diperbaharui (reform), terus, analitik dan tiruan (imitative). Kaedah ini melihat bahasa sebagai satu alat untuk

menghubungkan makna dan mesej. Ini bermakna, penguasaan hanya akan berlaku apabila orang memahami mesej dalam bahasa sasaran. Penguasaan bahasa mirip kepada prinsip audiolingualis, iaitu sebagai penguasaan struktur secara berperingkat-peringkat. Teori pembelajaran bahasa menurut kaedah ini melibatkan dua cara yang ketara untuk memperkembangkan keupayaan berbahasa iaitu

penguasaan (acquisition) dan pembelajaran (learning). Pertama ialah Penguasaan, yakni cara yang semula jadi, yang terlaksana sama seperti cara kanak-kanak menguasai bahasa pertama mereka, iaitu merujuk kepada cara-cara yang tidak disedarai yang melibatkan perkembangan melalui pemahaman dan melalui pengguanaan bahasa untuk komunikasi yang bermakna.

Kedua ialah Pembelajaran, yakni proses yang melibatkan peraturanperaturan secarasedar tentang bahasa diperkembangkan. Berkesudahan dengan pengetahuan yang jelas tentang bentuk bahasa dan keupayaan merealisasikan pengetahuan dalam bentuklisan. Pengajaran yang formal diperlukan untuk membolehkan pembelajaran berlakudan pemetulan

kesalahan dapat membantu dengan perkembangan peraturan yang telah dipelajari. Aspek-aspek dalam pendekatan natural bermula daripada kelas rendah, penekanan adalah kepada persembahan input pemahaman dalam bahasa sasaran. Guru berfokus kepada barang-barang yang ada di dalam kelas, dan kandungan gambar seperti yang dilakukan dalam kaedah terus. Untuk mengurangkan rasa tertekan, pelajar tidak diperlukan untuk

mengucapkan sesuatu sehingga mereka sudah cukup bersedia untuk berbuat demikian Guru merupakan sumber utama bagi membolehkan input pemahaman berlaku dalam bahasa sasaran. Masa kelas secara total diperuntukkan kepada aktiviti memberi input untuk penguasaan. Guru diminta menerbitkan arus input bahasa yang konstan (tekal),sambil memberi pembayang non linguistik untuk membimbing pelajar mentafsir inputtersebut. Bahan-bahan lain yang diperakukan untuk pendekatan natural ialah skedul, brochures, iklan, peta, buku-buku yang sesuai dengan tahap keupayaan pelajar. Permainan secara umumnya adalah berguna sebagai bahan-bahan bilik darjah

Kaedah Ajuk Hafaz Kaedah ini kadang kala akan disebut sebagai kaedah informal-drill atau latihan tidak formal. Pengajaran adalah secara demonstrasi dan latih tubi. Tatabahasa diajar secara induktif atau melalui ayat-ayat contoh. Tatabahasa diajar secara menghafaz.

Rakaman dialog boleh diadakan sebagai alternatif latih tubi yang berulang kali. Guru harus menyediakan aktiviti yang bersesuaian seperti latihan pertuturan, karangan-karangan lisan dan sebagainya. Kaedah ini juga disebut sebagai kaedah audio-lingual.

4.1.4 Teknik Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Menurut kamus Dewan (edisi ketiga) teknik adalah satu kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan

sebagainya. Mengikut pendapat Edward M. Antony pula, teknik ini adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu dan Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz berpendapat bahawa pengendalian suatu organisasi yang benar -benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pembelajaran. Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah dan ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan. Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahami peranan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Berikut adalah contoh teknik-teknik yang sering digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran : i. ii. iii. iv. v. vi. Teknik Sumbangsaran Teknik Soal Jawab Teknik Main Peranan Teknik Simulasi Teknik Latih Tubi Teknik Drama

vii. viii. ix.

Teknik Bercerita Teknik Penyelesaian Bahasa Teknik Permainan Bahasa

Teknik Sumbangsaran Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran atau

brainstorming yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap individu atau ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Teknik ini boleh di kelaskan sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, university, latihan professional dan peringkat peringkat tertinggi. Teknik ini memastikan murid murid dapat menekankan pengeluaran idea secara bernas daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis. Tujuan teknik sumbangsaran diperkenal supaya setiap topik

perbincangan perlulah sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Apa yang dilakukan oleh guru ketika menjalankan teknik ini haruslah ringkas dan jelas dan semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Jika aktiviti di jalankan secara berkumpulan maka setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan pandangan dan cadangan. Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan jika guru menggunakan teknik ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan guru harus menggalakkan murid murid menggunakan prinsip 5W iaitu What, Why, Who, Where dan How.

Teknik Soal Jawab Teknik soal jawab merupakan salah satu teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Pemilihan teknik ini bukan sahaja ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini pada kebiasaannya dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan

soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran kepada murid dan murid dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya dengan memberi jawapan yang wajar. Justeru itu, Soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru memerlukan murid - murid berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ini dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah :

i. ii.

Guru dapat mengesan pengetahuan berbahasa murid. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis.

iii.

Mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan

Teknik Main Peranan Teknik Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Dalam teknik ini murid murid diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba

menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada murid dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen,

mendengar rakaman dan bahan bantu mengajar yang lain.

Teknik Simulasi Teknik Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat

keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid murid dapat menggunakan kemahiran belajar seperti

mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting dan pelbagai lagi. Semasa di dalam proses ini murid-murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang

dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Dengan menggunakan teknik ini guru dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Teknik Latih Tubi Teknik latih tubi adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau

kecekapan menguasai apa yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin kekekalannya di dalam ingatan. Teknik ini amat sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu. Teknik ini boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini murid murid akan mengalami proses mendengar, melihat,

memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi penggunaan perkataan-perkataan itu. Teknik ini selalunya berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut kepada teknik ini, guru akan member perhatian kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu :

i.

Sebutan Menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

ii.

Tatabahasa Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

iii.

Perbendaharaan kata Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu.

iv.

Kefasihan Menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.

v.

Kefahaman Latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik latih tubi

ini dikenali juga dengan teknik menghafal. Antara

kelemahan teknik ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan. Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan untuk teknik latih tubi ini ialah selepas proses pengajaran dan pembelajaran guru akan menjalankan aktiviti kuiz bersama murid-murid. Aktiviti ini akan mengukuhkan lagi apa yang telah dipelajari oleh murid-murid dan guru akan membahagikan kumpulan kepada murid murid dan permainan kuiz ini akan di jalankan secara dua pusingan. Aktiviti berikutnya ialah guru boleh member kepada murid-murid helaian silang kata dan murid akan menyelesaikan silang kata berdasarkan tajuk yang telah dipelajari sebentar tadi.

Aktivit ini dapat mengukuhkan ingatan murid-murid mengenai topik yang dipelajari.

Teknik Drama Teknik seterusnya ialah teknik drama, teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama teknik drama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur

paralinguistik iaitu yang mengandungi jeda, nada dan intonasi dan bukan linguistik iaitu mimik muka, gerak tangan, kepala dan sebagainya dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaan teknik ini dapat mendorong dan merangsang murid untuk menghubungkan perasaan dengan mata pelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

Teknik Bercerita Teknik bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan salah satu pendekatan yang dapat menarik minat dan perhatian murid. Dengan menggunakan teknik ini atihan pemahaman, perluasan

perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan sekaligus dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar. Segala perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada urutan cerita tersebut, ia dimulai dengan peringkat

permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Teknik bercerita juga memerlukan suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Berikut ialah langkah langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat muridmurid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita tersebut dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafal frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain bahan bantu mengajar (BBM). Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

Teknik Permainan Bahasa Teknik permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Dalam teknik ini penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada murid murid memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan berdasarkan teknik ini akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa murid dan antaranya ialah kemahiran mendengar,

bertutur, membaca dan menulis. Teknik permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya.

Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam teknik permainan bahasa tersebut iaitu : Merangsang interaksi verbal pelajar. Menambah kefasihan dan keyakinan. Menyediakan konteks pembelajaran. Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan. Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan untuk sesuatu pembelajaran.

4.1.5 Refleksi Fokus Ketiga Berdasarkan hasil pemerhatian yang dijalankan ketika di kelas 4 Bestari, penggunaan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik yang telah digunakan oleh guru tersebut menepati ciri-ciri yang sebenar. Guru tersebut menggunakan strategi Kontekstual dalam sesi pengajaran dan pembelajaran beliau. Pendekatan yang digunakan oleh beliau adalah pendekatan

Komunikatif kerana ia lebih senang diadaptasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang digunakan oleh guru tersebut adalah kaedah Kod-Kognitif dan kaedah Terus. Ini kerana kaedah lebih sesuai digunakan bagi aras murid yang diajar beliau. Yang terakhir sekali, teknik yang telah digunakan teknik Soal Jawab dan teknik Permainan Bahasa. Teknik ini paling mudah dilakukan kerana sesuai dengan tahap murid di kelas tersebut. Dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hari itu, guru dapat melaksanakan fokus utama dengan berkesan. Ini kerana murid memberi sepenuh perhatian ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid dapat mengikut aktiviti yang dilakukan oleh guru tersebut dengan adanya panduan guru itu sendiri.

5.0 5.1

FOKUS KEEMPAT Pendekatan Pembelajaran Bahasa

Terdapat pelbagai jenis pendekatan yang boleh digunakan oleh guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pendekatan adalah Cara atau langkah-langkah bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti menyelesaikan masalah ( Kamus Dewan (1998) dan pendekatan juga adalah Satu set andaian yang saling berkait dengan proses P&P serta mempunyai unsur aksiomatik ( Edward M. Anthony (1963). Parera (1986) menyatakan bahawa pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian) dan Kamarudin Hj. Husin (1988) pula memberi

penekanan bahawa pendekatan adalah satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa. Terdapat beberapa pendekatan dalam pembelajaran bahasa iaitu : i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Berpusatkan Murid Berpusatkan Bahan Pembelajaran Berasaskan Projek Pembelajaran Berasaskan Masalah Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Pembelajaran Berasaskan Situasional Pembelajaran Berasaskan Permainan

5.1.1 Pendekatan Berpusatkan Murid Pembelajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dipelajari. Ada sedikit kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan

membuat penemuan untuk mereka. Pembelajaran secara aktif berpusatkan pelajar dan meningkatkan penglibatan pelajar (Orlich et al, 2007). Pengajaran di mana tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran. Pelajar memiliki kebebasan untuk

melakukan aktiviti bersama guru dan proses pembelajaran berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru. Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Kaedah ini boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah yang dapat memperkembangkan kreativiti pelajar. Pelajar menyertai aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara aktif. Komunikasi berbentuk dua hala serta berlakunya soal jawab antara guru dengan pelajar. Pendekatan ini sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan berbanding dengan strategi berpusatkan guru dan matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif secara kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang ekspilisit. Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang ekspilisit, guru tidak membiarkan pelajar untuk melakukan aktiviti tanpa pemantauan. Guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar. Guru juga bertindak secara autoritatif dengan mengagihkan sedikit kuasanya kepada pelajar. Kajian menunjukkan bahawa strategi berpusatkan pelajar mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dan mengaplikasikan konsep sikap yang positif, mewujudkan motivasi serta memperkembangkan kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial

perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi dalam kalangan pelajar. Pembelajaran menekankan kepada pembelajaran kendiri, arahan kendiri dan inkuiri-penemuan. Contoh strategi pemusatan pelajar ialah induktif, lakonan, permainan, main peranan, simulasi, perbincangan, koperatif, sumbang saran dan sebagainya.

5.1.2 Pendekatan Berpusatkan Bahan Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan banyak bahan seperti buku, blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu dapat belajar. Penekanan diberikan kepada penggunaan bahan-bahan untuk

meningkatkan P&P. Penggunaan bahan-bahan harus berasaskan kepada beberapa faktor seperti objektif pengajaran, keperluan pelajar, strategi pengajaran dan kebolehan pelajar. Kepelbagaian media akan meningkatkan proses P&P serta meningkatkan pemikiran kritikal dan kemahiran mental. Bentuk penyampaian juga akan dipelbagaikan. Komputer di dalam bilik darjah boleh digunakan untuk latihan,latih tubi dan permainan pendidikan. Contohnya dalam pengajaran Matematik, Bahasa dan pengajaran interaktif melalui CD-ROM (compact disk). Penggunaan internet juga membolehkan pelajar memfokus kepada isu-isu global. Penggunaan slaid dan transparensi turut membantu pelajar memahami sesuatu dengan lebih mudah, cepat serta tepat penanggapan. Hal ini membolehkan pembelajaran lebih bermakna dan

menyeronokkan. Gambar, peta dan carta dapat membantu pelajar memahami dengan lebih jelas. Gambar yang besar dan berwarna-warni dapat menarik minat serta meningkatkan penumpuan pelajar dalam pelajaran. Carta pula memudahkan pemahaman pelajar dari segi mudah diingati seperti carta pai, histogram dan graf. Pembelajaran berpusatkan bahan penting bagi membantu guru memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai. Pembelajaran ini dapat menunjukkan cara untuk belajar mengikut kadar sendiri pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia juga dapat membantu pelajar yang tidak hadir.

5.1.3 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Projek Guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau projek yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasi apa-apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi mempermudah tugasan atau bantuan / scaffolding yang membolehkan mereka

menyempurnakan aktiviti dengan jayanya). Kriteria-kriteria dalam pemilihan atau membentuk aktiviti adalah : Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar. Guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian matlamat tersebut. Matlamat utama harus berfokus kepada pemahaman kandungan pelajar dan kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain. Berdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti. Contoh aktiviti boleh merupakan aktiviti yang amat diperlukan; aktiviti relevan yang berguna; aktiviti yang relevan tetapi tidak begitu berguna. Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi bukannya aktiviti ,elibatkan penulisan, mengarang prosa atau melengkapkan tempat kosong. Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta disusuli jika menginginkan impak yang sepenuhnya. Hal ini bermakna pelajar perlu bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti. Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan pembelajaran agar pelajar akan melibatkan diri dalam aktiviti. Mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. Guru boleh membimbing pelajara dengan menyempurnakan kehendak

tugasan. Apabila pelajar mula melaksanakan aktiviti dan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua tugasan perlu disusuli dengan refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan. Guru akan membuat semakan dengan pelajar, memberikan maklum balas umum tentang prestasi

dan mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat kesuluruhan.

5.1.4 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah Lynda Wee (2004) menyatakan bahawa PBL adalah satu pendekatan pemusatan pelajar yang merupakan pendekatan yang efektif dalam meningkatkan kualiti pembelajaran, menggalakan penglibatan aktif,

bekerjasama, maklum balas yang cepat terhadap proses pembelajaran, pemahaman yang mendalam terhadap subjek dan merujuk kesesuaian pembelajaran pelajar melalui pembelajaran kendiri. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) merupakan salah satu contoh yang baik untuk proses pembelajaran secara pengalaman dan pendekatan berpusatkan pelajar. Dalam kaedah PBL, pelajar akan berusaha untuk mencari maklumat dan menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri. Proses tersebut akan menggalakan pelajar berfikir secara kritis dan kreatif (KUiTTHO, 2005).

5.1.5 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Aktiviti Aktiviti bermaksud gerak kerja atau tindakan. Dibawah konteks pendidikan, ia melibatkan segala gerak kerja yang dilakukan oleh guru dan murid untuk mencapai objektif pelajaran. Dengan kata lain, aktiviti mengandungi segala tindakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti juga suatu pendekatan utama dalam pendidikan moden. M.J. Dewey (1910)- pelajaran haruslah berasaskan aktiviti murid. Melalui aktiviti murid, JERIS mereka dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang. Murid-murid akan belajar dengan lebih berkesan melalui cara praktik. Di dalam konteks pendidikan moden, terdapat pelbagai aktiviti dan tugasan yang boleh digunakan di sekolah. Contoh aktiviti-aktiviti yang dilakukan dalam pendekatan ini :

i.

Dalam

sesuatu

pengajaran

bahasa,

murid-murid

akan

dilengkapi dengan satu senarai kata yang perlu dikuasai. ii. Bagi memahami perbendaharaan kata tersebut, murid-murid diberi terjemahan dalam bahasa ibunda. iii. Disamping itu, murid-murid juga dilatih untuk membentuk ayat berdasarkan peraturan-peraturan nahu yang telah diajar. iv. Aktiviti membaca merupakan asas untuk mecerakinkan nahu serta menterjemahkan bahasa daripada bahasa sasaran kepada bahasa ibunda ataupun sebaliknya. v. Aktiviti menulis merupakan latihan nahu yang telah diajar serta latihan menulis tentang bahan-bahan yang telah dibaca dan diterjemahkan oleh murid-murid.

5.1.6 Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Situasional Mackey(1965), salah seorang penganjur pendekatan situasi,

berpendapat bahawa pernyataan lisan bukan sahaja merangkumi semua unsur kefahaman mendengar serta penggunaan unsur-unsur bunyi bahasa yang betul dalam pola-pola nada dan intonasi yang betul tetapi juga merangkumi pemilohan kata-kata dan unsur-unsur infleksi serta penyusunan unsur-unsur tersebut dengan betul supaya tergambar makna yang betul. Pendekatan situasi yang berlandaskan teori bahasa struktural dan

teori pembelajaran behaviouris beranggapan bahawa penguasaan kemahiran lisan memerlukan seseorang penutur menguasai beberapa kemahiran kecil bagi menangkap, mengingat serta menyebut sistem bunyi dan struktur dalam sesuatu bahasa yang betul. Pendekatan in berpendapat bahawa pengajaran kemahiran mestilah berlandaskan prinsip pengajaran berikut: a) Pengajaran kemahiran lisan memerlukan usaha guru yang banyak. Tiap2 gerak balas yang betul perlu diteguhkan supaya gerak balas itu diulangi lagi.

b) Murid-murid tidak boleh bertutur dengan lancar kalau mereka hanya mendengar pertuturan orang lain sahaja. Jadi, beri mereka peluang mereka untuk bertutur

Aktiviti-aktiviti yang melibatkan pendekatan pembelajaran berasaskan situasional i. :

LATIH TUBI o Latih tubi dijalankan bagi melatih murid menguasai bahasa, sebutan dan pola yang digunakan oleh guru. o Mulakan dengan penyebutan guru, kemudian murid meniru dan mengulangi sebutan tersebut. o Sekiranya murid masih bermasalah dengan sebutan tersebut, murid harus ulanginya lagi. o Latih tubi meliputi penyebutan ayat, frasa, perkataan, suku kata dan bunyibunyi fonem yang diambil dibahagian dialog kemudian dibaca oleh murid. o Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang paling kecil tetapi dapat menghasilkan makna digunakan. o Contoh: daki dengan laki, tari dengan lari, malu dengan balu.

ii.

DIALOG DAN NYANYIAN

o Dialog atau perbualan merupakan bahan yang sering digunakan dalam latihan lisan. o Bahagian-bahagian dialog akan dilatih tubi oleh guru sebelum guru dapat menyuruh murid meniru dan menghafal dialog. o Aktiviti nyanyian dapat membantu murid-murid menguasai kemahiran lisan kerana menyanyi memerlukan penyebutan bunyi-bunyi dengan betul, mengikut rentak, nada yang betul.

iii.

LATIHAN PANDANG DAN SEBUT

o Gambar-gambar boleh digunakan bagi menghasilkan pertuturan. o Latihan pandang dan sebut merupakan latih tubi bertutur dengan menggunakan gambar-gambar yang dimasukkan dalam teks latihan. o Carta bergambar, bahagian filem dan slaid juga digunakan. o Semua alat digunakan supaya murid-murid dapat menghasilkan

pertuturan yang baik.

5.1.7 Kaedah Pembelajaran Berasaskan Permainan Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan dapat menimbulkan situasi pembelajaran yang menggembirakan murid. Guru dapat memupuk semangat bersaing di antara murid-murid. Dapat menanamkan semangat kerjasama antara ahli kumpulan. Guru dapat melatih murid-murid untuk mengaktifkan kecekpaan bahasa mereka serta

mengembangkan penguasaan keempat-empat kemahiran bahasa. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : a) Merangsang interaksi verbal pelajar b) Menambah kefasihan dan keyakinan c) Menyediakan konteks pembelajaran d) Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan e) Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

A. Tujuan-tujuan adanya teknik permainan adalah : a) Mewujudkan satu suasana pembelajaran bahasa yang selesa dan menggembirakan b) Membolehkan murid-murid menggunakan bahasa sebagai alat

perantaraan semasa bermain c) Meneguhkan penggunaan unsur-unsur bahasa tertentu tanpa disedari oleh murid-murid d) Mewujudkan situsi sosial yang sihat bagi membolehkan murid berinteraksi dengan rakan sebaya mereka. e) Mendorong minat murid untuk berkerjasama bagi menjayakan sesuatu tugas yang diberi.

B. Contoh-contoh permainan yang bersesuaian : a) Permainan yang berasaskan pemerhatian atau ingatan. b) Permainan yang berasaskan huraian atau meneka. c) Permainan yang berasaskan interaksi kumpulan atau antara individu d) Permainan kad e) Permainan dam

5.1.8 Refleksi Fokus Keempat Melalui pemerhatian yang di buat, beberapa maklumat dapat diambil melalui pemerhatian tersebut. Guru yang mengajar tersebut menggunakan pendekatan berpusatkan bahan. Ini dimana bahan yang digunakan adalah berpandukan buku teks dan tiada bahan bantu mengajar yang digunakan. Ini kerana buku teks lebih senang digunakan dan mudah dibawa berbanding bahan bantu mengajar. Terdapat beberapa kekuatan dan kelemahan bagi pelaksanaan pendekatan berpusatkan bahan. Kekuatannya ialah penggunaan bahan sepenuhnya untuk mengajar dengan bimbingan guru. Selain itu, murid-murid menggunakan proses inkuiri untuk memperoleh ilmu dari bahan tersebut sebagai contoh penggunaan bahan bantu mengajar dapat membolehkan

murid dalam menghasilkan idea baru daripada idea sedai ada. Akan tetapi ada juga beberapa kelemahan yang boleh diambil kira dari pendekatan tersebut. Salah satunya ialah guru hanya jadi pembimbing dan membimbing murid dalam perilaku kerja mereka. Guru juga memain peranan sebagai pemangkin supaya murid dapat menjana idea yang lebih kreatif. Selain itu, pendekatan ini boleh juga membawa kepada penggunaan buku teks sebagai bahan. Ini kerana ilmu di dalam buku teks sememangnya cukup tapi terhad bidang kuasa ilmu tersebut. Hanya ada dalam buku terks tersebut dan tidak ada dari sumber luar. Beberapa cadangan telah dikemukan bagi menambahbaik

pelaksanaan pendekatan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Yang pertama adalah guru perlu menyediakan bahan yang lebih banyak dan tidak berpandukan pada satu bahan sahaja termasuklah bahan ilmiah yang maujud mahupun tidak. Supaya murid dapat menjanakan lagi idea-idea yang luar dari bilik darjah. Seterusnya adalah bahan yang digunakan adalah menarik dan serbaguna. Ini kerana dapat menarik minat murid dan sesi pengajaran tidaklah membosankan bagi murid supaya murid dapat fokus kepada pembelajaran pada hari itu. Selain itu, bahan yang digunakan hendaklah selamat digunakan dan teguh. Ini kerana bahan yang digunakan tersebut dapat digunakan dalam jangka masa yang panjang. Yang terakhir sekali adalah guru mestilah mahir dalam penggunaan bahan yang digunakan beliau. Tidaklah guru tersebut hanya mahir pada satu kebolehan sahaja pada bahan tersebut. Malahan perlu mempelbagaikan cara

menggunakan bahan tersebut.

6.0 6.1

FOKUS KELIMA Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

6.1.1 Tentang Pendidikan Keselamatan Jalan Raya Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2006-2010 telah dilancarkan dengan tujuan untuk menangani isu peningkatan kematian dan kecederaan akibat dari kecelakaan jalan raya di negara kita yang membimbangkan. Salah satu perkara yang menonjol di dalam pelan tersebut adalah pendidikan. PKJR menyediakan asas dan proses untuk menguatkan dan menyemai perubahan sikap pengguna jalan raya yang sesuai dari segi pengetahuan, kemahiran dan kelakuan. PKJR di sekolah adalah untuk membantu melindungi kanak-kanak dan remaja dari bahaya jalan raya yang mungkin timbul serta mengajar mereka untuk menangani situasi kompleks dengan selamat. Pada tahap yang bersesuaian, kanak-kanak dan remaja akan diajar : Tentang bahaya, perkara yang mendatangkan bahaya, risiko dan pengurusan risiko. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan mereka selamat. Bagaimana untuk membina dan mengekalkan sikap yang positif terhadap keselamatan jalan raya. Tujuan keseluruhan PKJR di sekolah adalah untuk membantu kanakkanak dan ibu bapa/penjaga untuk : Memahami bahaya dan risiko di dalam persekitaran lalu lintas. Belajar dan menggunakan kemahiran keselamatan jalan raya bagi memastikan diri mereka dan orang lain selamat. Menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang, sabar dan bertimbang rasa.

PKJR diperkenalkan ke dalam sekolah rendah dan menengah secara berperingkat-peringkat, bermula dengan Tahun Satu pada tahun 2008. Ia akan dilaksanakan di semua sekolah menjelang tahun 2011, pada semua tahap kecuali pelajar Tingkatan Tiga dan Lima. PKJR diajar dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia untuk memperkukuhkan kemahiran keselamatan jalan raya dan mempertingkatkan kemahiran bahasa tanpa beban mata pelajaran tambahan kepada pelajar.

6.1.2 Pengenalan PKJR Pendidikan Keselamatan Jalan Raya (PKJR) melibatkan pembelajaran tentang persekitaran jalan raya (papan tanda, isyarat dan penanda jalan raya), kemahiran untuk menggunakan persekitaran jalan raya dengan selamat dan undang-undang jalan raya. Ia juga melibatkan pemahaman akibat dari pengambilan risiko di atau berdekatan jalan raya, bagaimana untuk menghormati pengguna jalan raya yang lain, dan bagaimana untuk berkongsi persekitaran jalan raya supaya semua orang selamat semasa melakukan perjalanan. Semua pengguna jalan raya perlu menjadikan keselamatan jalan raya sebagai keutamaan. PKJR ialah kunci untuk memastikan semua pengguna jalan raya memiliki sikap yang betul, pengetahuan dan kemahiran untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain serta untuk mengelakkan risiko. Program PKJR di sekolah bertujuan untuk mengajar kanak-kanak dan remaja pengetahuan dan kemahiran keselamatan serta membantu untuk membentuk sikap pengguna jalan raya yang baik.

6.1.3 Tujuan PKJR Tujuan PKJR di sekolah secara keseluruhannya ialah untuk membantu kanak-kanak dan ibu bapa / penjaga untuk :

Memahami bahaya dan risiko yang terdapat di dalam persekitaran jalan raya. Mempelajari dan menggunakan kemahiran keselamatan jalan raya untuk memastikan keselamatan diri sendiri dan orang lain, Menjadi pengguna jalan raya yang mematuhi undang-undang, sabar dan bertimbang rasa.

Di tahap yang bersesuaian, kanak-kanak dan remaja akan diajar: Tentang bahaya, perkara yang mendatangkan bahaya, risiko dan pengurusan risiko. Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk memastikan mereka selamat. Bagaimana untuk membina dan mengekalkan sikap yang positif terhadap keselamatan jalan raya.

Pendidikan Keselamatan Jalan Raya diadakan untuk membantu melindungi kanak-kanak dan remaja dari bahaya yang wujud di jalan raya dan juga mengajar mereka untuk menangani situasi jalan raya yang kompleks dengan selamat sebelum dan semasa melakukan perjalanan secara berdikari.

6.1.4 Refleksi Fokus Kelima Berdasarkan pemerhatian dan sesi temuramah bersama guru, beberapa cabaran, kekangan dan faktor telah dibangkitkan memastikan PKJR dapat dilaksanakan dengan berkesan. Salah satunya adalah waktu yang digunakan untuk mengajar PKJR. Waktu yang diperuntukkan untuk mengajar PKJR adalah satu waktu dalam seminggu. Ada juga yang tundakan PKJR dan diajar selepas silibus Bahasa Melayu habis diajar. Ada juga segelintir guru memang tidak mengendahkan langsung tentang PKJR kerana subjek tersebut tidak penting dan tidak termasuk dalam peperiksaan besar seperti

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Jadi guru-guru menganggap satu perkara yang remeh untuk diajar. Satu waktu untuk PKJR tidak mencukupi untuk diajar kerana ia bergabung dengan subjek Bahasa Melayu dan akan makan masa subjek Bahasa Melayu seterusnya. Selain itu, PKJR ini ada berhubungkait dengan subjek Kajian Tempatan dan tidak perlu diajar lagi dalam subjek PKJR. Beberapa cadangan telah telah dikemukakan untuk menjayakan PKJR di sekolah. Cadangan pertama adalah PKJR diajar satu waktu dimana waktu itu tidak bergabung dengan subjek Bahasa Melayu. Ini kerana guru akan mengambil masa PKJR tersebut untuk meneruskan pengajaran Bahasa Melayu. Seterusnya, PKJR perlu mempunyai garis panduan supaya guruguru tidak terkapai-kapai dalam mencari isi-isi untuk mengajar PKJR. Selain itu, PKJR perlu diterapkan sebagai salah satu nilai murni yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai