Anda di halaman 1dari 13

KPD 3026

PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2


KAJIAN TINDAKAN
TAJUK:

NAMA PELAJAR

NO MATRIK

SEMESTER

NO TEL

NAMA PENSYARAH

KEMAHIRAN MENERANG

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN LALU


Semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pengajian Malaysia,
berkaitan dengan Proses Pilihanraya. Saya dapati bahawa objektif pembelajaran saya tidak
tercapai kerana kelemahan saya untuk memberikan penerangan yang jelas kepada mereka.
Mereka tidak dapat memahami dengan jelas proses-proses yang terlibat semasa pilihanraya
diadakan. Hanya segelintir sahaja yang dapat menyatakan kembali Proses Pilihanraya di
Malaysia. Semasa membuat aktiviti kumpulan, mereka sering menyoal maklumat yang saya
kehendaki. Masih ada juga yang bertanya berkaitan dengan proses pilihanraya walaupun telah
dinyatakan sebelum ini.
Selain itu, seingat saya selepas set induksi saya ada berbincang dengan murid tentang
pilihanraya. Saya mencuba menerangkan kepada murid maksud pilihanraya dan bagaimana
pilihan raya dilaksanakan di Malaysia. Selepas penerangan tersebut saya berulangkali
bertanya kepada murid tahap kefahaman mereka. Dengan nada yang penuh yakin mereka
mejawab serentak Faham!. Saya menjadi yakin dengan jawapan murid itu. Rupa-rupanya
sebahagian sahaja murid yang tahu. Selebihnya berdiam diri.
Kelemahan saya dalam sesi menerangkan pilihanraya kepada murid ini dikesan oleh
rakan penilai saya, Siti Murhimmah. Beliau berpendapat bahawa saya kurang mahir dalam
fasa menerang. Oleh itu, saya memilih fasa ini untuk dibaiki. Untuk itu, saya perlu
mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah ini agar kefahaman murid bertambah dan
sekali gus dapat memperbaiki kelemahan saya sendiri.
2.0 ISU KEPERIHATINAN
Setelah saya dan rakan saya membuat penilaian, kami mendapati bahawa permasalahan
murid sukar memahami tajuk yang diajarkan adalah disebabkan oleh kelemahan guru dalam
fasa penerangan. Jadi untuk memperbaiki guru dalam teknik penerangan yang betul agar
objektif pelajaran tercapai, saya mencari maklumat secara terperinci berkaitan dengan
kemahiran menerang yang betul.
2.1 Kemahiran Menerang
Kemahiran menerang merupakan salah satu daripada komponen dalam kemahiran
makropengajaran.

Kemahiran

menerang

ialah satu

kemahiran

untuk

menceritakan,

menjelaskan, menggambarkan, memindahkan sesuatu perkara yang diketahui kepada orang


2

lain. Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu,
sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikannya dan mengenal pasti
sejauhmana pencapaian murid. Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama
ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid.
Oleh itu, kemahiran menerang bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada murid
dengan cara yang berkesan, membina pengetahuan dan kefahaman murid serta dapat
mengikut arahan dengan jelas.
Objektif penggunaan kemahiran menerang ialah guru dapat menyampaikan maklumat
atau menjelaskan isi pelajaran kepada murid dalam masa yang singkat. Kesannya, murid
dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat. Ia dapat
memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas serta ia mampu
menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau
masalah. Malah, kemahiran menerang mampu menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu
peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.
2.2 Jenis-jenis Kemahiran Menerang
Kemahiran menerang terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1. Penaakulan
2. Interpretatif dan
3. Deskriptif
Menerang secara penaakulan ialah menggunakan proses logik untuk menjawab
soalan dan menstruktur semula konsep atau idea. Sebagai contoh, guru menunjukkan gambar
salji. Murid memberitahu guru bahawa gambar tersebut ialah air salji. Guru bertanya di mana
murid nampak air salji. Murid menjawab mereka nampak di televisyen. Guru bertanya lagi,
adakah kamu pernah pegang air salji. Murid menjawab tidak pernah. Kemudian, guru
menerangkan bahawa kita tidak pernah memegang air salji kerana salji tidak terdapat di
negara kita. Oleh itu, contoh sumber mesti mencukupi supaya guru akan memberikan input
dengan menyeluruh dan disertakan bahan bukti kepada murid.
Manakala, menerang secara interpretatif ialah menghuraikan maksud sesuatu istilah
atau penyataan, idea, konsep, prinsip, atau teori. Contohnya, guru menerangkan alat yang
tidak boleh digunakan untuk bersuci. Guru menunjukkan plastik dan menerangkan kepada
murid sebab plastik tidak boleh digunakan untuk bersuci kerana permukaannya licin.
Penerangan yang disampaikan oleh guru haruslah berdasarkan pengetahuan sedia ada murid
yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.
3

Akhir sekali menerang secara deskriptif pula ialah menghuraikan proses, struktur,
dan prosedur. Sebagai contoh, guru menerangkan kepada murid bahawa kita boleh bersuci
tanpa menggunakan air. Oleh itu, guru tersebut menerangkan kepada murid mengenai alatalat yang boleh digunakan untuk bersuci iaitu daun-daun kering, tisu, batu dan air mutlak.
Batu yang boleh digunakan untuk bersuci mempunyai struktur atau bentuk bersegi dan tidak
berbentuk bulat. Penerangan ini membantu murid faham dengan jelas sesuatu maksud,
konsep, fakta, isi pelajaran dan sebagainya dengan ringkas dan padat.
2.3 Prinsip- Prinsip Kemahiran Menerang
Terdapat empat prinsip utama yang perlu ditonjolkan dalam kemahiran menerang iaitu:
a) Gunakan kejelasan
Guru harus menumpukan kepada aspek yang spesifik seperti gunakan contoh, ilustrasi
dan media yang relevan dan menarik, fokus semula dengan membuat ringkasan,
gunakan bahasa mudah serta sesuai dengan murid, elak kekaburan dan penggunaan
ayat tidak relevan. Sebagai contoh, guru menggunakan ilustrasi dengan menunjukkan
kad bergambar pelbagai jenis air iaitu air laut, air embun, air sungai, air hujan dan air
salji. Penggunaan ilustrasi kad bergambar dapat memberi penerangan yang sangat
jelas kepada murid dalam memahami isi pembelajaran tersebut. Melalui contohcontoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar ia akan dapat membantu merangsang
pelbagai jenis deria murid serta memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya
dalam ingatan mereka. Oleh itu, contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran
hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu oleh guru sebelum sesi
pembelajaran dilaksanakan.
b) Gunakan Penegasan
Penggunaan variasi intonasi guru semasa di bilik darjah amat penting. Hal ini dapat
membezakan guru sedang marah, tegas dan bersikap lembut. Oleh itu, guru harus
menunjukkan beza penunjuk atau penyerlah pergerakan dan gerak isyarat. Dalam
video tersebut, variasi intonasi yang digunakan oleh guru berjaya menunjukkan murid
tekun dan dapat memberikan seratus peratus perhatian terhadap sesi pembelajaran
yang sedang dilaksanakan. Penegasan intonasi amat penting dalam satu proses
pembelajaran kerana guru dapat memastikan proses pembelajaran berjalan dalam
keadaan yang lancar dan kondusif.

c) Urutan dan kesinambungan


Urutan atau kesinambungan ialah menggunakan pendekatan induktif atau deduktif.
Kaedah induktif merupakan salah satu kaedah mengajar yang sesuai digunakan dalam
pengajaran pelbagai mata pelajaran, khususnya Matematik, Sains dan Bahasa (Mok
Soon Sang, 2001). Pengajaran berasaskan gaya induktif adalah satu pendekatan
mengajar yang melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi di mana melibatkan
aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat
generalisasi atau kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz, 2004)
Pengajaran berasaskan gaya pemikiran deduktif adalah satu pendekatan
mengajar yang mengasaskan pengajaran berdasarkan keseluruhan konsep. Konsep
deduktif boleh ditakrifkan sebagai sesuatu pendekatan mengajar yang bermula
daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan yang
diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus (Mok Soon Sang,
2003)
Melalui prinsip ini, guru juga boleh membantu murid untuk mengingati
sesuatu perkara (prompts). Oleh itu, guru harus menggunakan variasi atau kata
penghubung dalam penyampaian di samping pelbagaikan kelajuan penyampaian.
Keadaan ini dapat mengalakkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi
kaku dan bosan. Kesannya, murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti
pengajaran guru semasa di dalam bilik darjah jika penerangan yang diberikan menarik
dan bermakna.
d) Dapatkan maklum balas pelajar
Dalam proses mendapatkan maklum balas, berlakunya interaksi dua hala antara guru
dan murid. Guru mesti melibatkan murid dengan melihat reaksi dan tingkah laku
murid. Sekiranya murid sterkawal dan menunjukkan perhatian kepada guru, ini
menunjukkan murid seronok dan berminat untuk mengikuti sesi pembelajaran. Malah,
guru perlu mewujudkan peluang kepada murid untuk menunjukkan kefahaman, minat
dan sikap mereka terhadap proses pembelajaran tersebut.
2.4 Komponen Kemahiran Menerang dengan cara yang betul

Rajah 1: Komponen penting yang terdapat dalam kemahiran menerang

2.5 Penggunaan dan Impak Kemahiran Menerang


Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan
mematuhi beberapa prinsip iaitu guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan
memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Masa untuk menggunakan kemahiran
menerang hendaklah singkat. Murid mudah bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk
mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama tanpa sebarang aktiviti lain.
Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap penerangan guru, kemahiran variasi rangsangan
hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa yang melebihi satu
minit. Oleh itu, dalam video ini guru tersebut menerangkan sambil menggalakkan murid
6

menulis isi penting di papan putih di hadapan kelas. Selepas aktiviti perancangan, guru
hendaklah menggalakkan murid untuk bertanya kepada guru mengenai perkara yang kurang
difahami oleh mereka sepanjang proses pembelajaran dilaksanakan.
Antara impak penggunaan kemahiran menerang dalam proses pengajaran dan
pembelajaran ialah:
1. murid dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan menjadi jelas
iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan bermakna.
2. Murid juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan
teratur.
3. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian dengan lebih
jelas jika penerangannya menarik dan bermakna.
4. Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran yang digunakan bukan sahaja dapat
merangsangkan pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep
dengan tepat serta mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka.
5. Penggunaan masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana murid dapat
memahami dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti
pembelajaran yang lain kepada murid.
3.0 OBJEKTIF
Objektif utama kajian tindakan ini dilakukan adalah untuk memperbaiki kelemahan saya
dalam fasa penerangan pada sesi pengajaran yang akan datang bagi memastikan murid akan
lebih memahami tajuk yang diajarkan dan untuk mewujudkan pengajaran yang lebih teratur.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada para pelajar kursus
KPD3026 yang bertindak sebagai pelajar tingkatan 6. Seramai tujuh belas orang pelajar
terlibat dalam kajian ini.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 Gelungan 1
5.1.1

Merancang

Berdasarkan masalah yang telah dikenal pasti, saya dan kawan saya iaitu Siti Murhimah telah
berbincang dan mendapati punca masalah timbul adalah disebabkan oleh faktor guru
yang gagal memberikan penerangan yang jelas kepada pelajarnya. Kami mendapati
bahawa penerangan penting dalam memperkukuh tahap pemahaman pelajar terhadap isi
pelajaran mereka. Melalui pembacaan dan analisis yang dibuat juga, fasa penerangan
sebenarnya mempunyai langkah dan cara yang betul untuk mempraktikkannya agar proses
penerangan berjaya dilakukan guru.
Antara aspek yang dirancang:
I.
Masa kajian
Menetapkan masa untuk melakukan proses pengajaran semula iaitu selama empat
puluh minit, dengan melakukan penambahbaikan dari permasalahan yang dikenal
pasti, iaitu masalah dalam fasa penerangan.
II.
Murid yang terlibat
Masih menggunakan pelajar dari pengajaran pertama untuk proses pengajaran
penambahbaikan ini. Jumlah pelajar iaitu seramai tujuh belas orang juga, tidak
berubah.
III.
Kemahiran fokus
Guru mengfokuskan kepada cara untuk memperbaiki kemahiran penerangan kerana
fasa penerangan penting untuk mencapai objektif pengajaran. Sebagai contoh, guru
mengaplikasikan komponen-komponen yang terdapat dalam kemahiran menerang,
iaitu dari komponen permulaan, ilustrasi, penyusunan data dan penutup. Setiap kali
untuk melakukan fasa seterusnya dalam pembelajaran atau akan melakukan akiviti,
guru akan menerangkan secara jelas dahulu berkaitan tajuk untuk menambah
pemahaman pelajar.
Dalam pembelajaran juga, guru akan lebih mengfokuskan kepada penerangan
dengan memberikan contoh-contoh yang menarik dan bersesuaian dengan aras
pemikiran pelajar. Contohnya, guru memberikan contoh Pilihanraya 2013 sebagai isu
semasa yang berkaitan tajuk.
IV. Kaedah pengajaran
Menggunakan kaedah pengajaran kaedah koperatif dan hanya menfokus kepada tajuk
yang diajarkan. Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu
strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di
dalam kumpulan kecil. Justeru, kaedah pengajaran koperatif memerlukan penerangan
8

yang jelas daripada guru agar aktiviti pelajar yang dilakukan terhasil. Contohnya
untuk pembentangan kumpulan, sebelum melakukan aktiviti kumpulan lagi, guru
perlu memberi penerangan yang jelas berkaitan aktiviti. Selain itu, guru juga akan
mendapatkan maklum balas pelajar terlebih dahulu, agar tidak akan wujud
permasalahan apabila kerja kumpulan dijalankan. Melalui reaksi pelajar yang
dipamerkan adalah jelas baharulah kerja dalam kumpulan dapat dilakukan.
V. Alat bantu
Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti video, kertas A4, nota, marker dan
buku rujukan. Kesemua bahan bantu mengajar juga adalah jelas dan menarik. Sebagai
contoh, untuk video yang ditayangkan pada pengajaran pertama ditukar kepada video
yang tidak membosankan di samping memudahkan pelajar memahami. Melalui video
yang jelas, guru akan mudah menerangkan kepada pelajar untuk proses pemahaman.
VI.
Alat yang digunakan untuk memungut data
Alat yang digunakan untuk memungut data ialah melalui Borang Penilaian Kajian
Tindakan (Kemahiran Menerang). Untuk kajian kali ini, saya dan rakan saya bersetuju
menilai 3 subkemahiran menerang sahaja, iaitu
Menggunakan alat bantu semasa membuat penerangan;
Membuat demonstrasi; dan
Menggunakan tekanan suara dan petunjuk keutamaan semasa membuat
penerangan seperti perhatikan maklumat ini, dengar baik-baik, catatkan
maklumat penting dan sebagainya.
Berdasarkan keputusan tersebut kami telah sama-sama membina borang penilaian
yang akan digunakan oleh rakan saya semasa sesi pencerapan nanti. Borang tersebut
dilampirkan di Lampiran 1.

VII.
Perancangan pengajaran
Saya dan rakan merancang Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan
digunakan dalam pengajaran nanti. Model yang dipilih ialah model pembelajaran
koperatif. Saya akan mengajar dalam tempoh masa empat puluh minit dan terdapat
lima fasa utama dalam perancangan pengajaran yang bermula dengan set induksi, fasa
penerangan, aktiviti kumpulan dan kesimpulan. Dalam perancangan pengajaran
tersebut juga, saya

memastikan tiga subkemahiran menerang yang akan dinilai

semasa pengajaran nanti disediakan dengan selengkapnya, terutama alat bantu.


5.1.2

Melaksanakan Pengajaran dan Mencerap


9

Saya mengajar seperti yang dirancang. Rakan saya duduk di bahagian belakang kelas untuk
menilai subkemahiran yang saya gunakan. Beliau menggunakan boring penilaian yang telah
sama-sama kami bina. Selain itu, rakan saya mencatatkan tingkahlaku pelajar semasa sesi
pengajaran bagi mengukuhkan dapatan.
5.1.3

Menganalisis data dan mereflek

Selepas sesi pengajaran, saya dan rakan saya berbincang tentang maklumat yang diperoleh
semasa sesi mencerap berlangsung. Rakan saya membentangkan dapatannya berdasarkan
borang penilaian yang telah dibina.
Jadual 1: Dapatan Pencerapan
Bil

Subkemahiran
1

1
2
3

Menggunakan alat bantu


Membuat demonstrasi
Menggunakan tekanan suara dan petunjuk keutamaan

Tahap
2

Daripada aktiviti yang dijalankan, iaitu bermula dari tayangan video atau montaj,
menunjukkan pelajar berminat dan tidak bosan kerana video hanya digunakan untuk
membantu penerangan saya dalam pengajaran. Guru juga tidak banyak bergantung kepada
tayangan montaj sebaliknya cuba mencari idea sendiri untuk memberikan penerangan terbaik
kepada pelajar dengan ransangan-ransangan lain seperti intonasi suara dan bahasa tubuh.
Secara keseluruhannya, saya telah berjaya menggunakan alat bantu semasa memberi
penerangan kepada pelajar.
Selain itu, melalui penukaran aktiviti menggunakan kad manila kepada penggunaan
papan hitam juga turut memberikan impak yang positif.. Walaupun guru kelihatan jarang
memanfaatkan papan hitam, hanya menggunakan beberapa kali sahaja, teknik ini telah
mendatangkan impak kepada pelajar. Penerangan menggunakan papan hitam oleh guru
dilihat lebih memberikan fokus kepada pelajar, kerana penerangan guru menjadi tidak terikat
dengan masa dan boleh memberikan contoh-contoh yang jelas. Namun begitu, rakan saya
memaklumkan bahawa saya kurang berjaya memanfaatkan masa yang ada. Oleh sebab
respons yang sangat baik daripada pelajar, saya gagal mematuhi masa yang telah ditetapkan.

10

Dari segi membuat demonstrasi semasa memberi penerangan pula penilaian yang
diberikan oleh rakan saya agak sederhana. Saya didapati masih kekok dan malu-malu untuk
membuat demonstrasi di hadapan kelas. Saya mengaku bahawa saya memang kurang berjaya
membuat demonstrasi semasa memberi penerangan kerana kekurangan pada diri saya. Saya
berjanji akan memperbaiki subkemahiran ini pada masa akan datang dengan berlatih
sendirian sebelum masuk ke kelas.
Saya diberi tahniah oleh rakan saya kerana berjaya mengaplikasi subkemahiran
menggunakan tekanan suara dan petunjuk keutamaan dalam penerangan saya. Mengikut
laporan yang diberikan oleh rakan saya, pelajar menunjukkan tingkahlaku yang mereka
faham apa yang sampaikan setelah petunjuk keutamaan digunakan. Ini merupakan kekuatan
saya dan saya akan amalkan semasa pengajaran saya pada tempat-tempat yang sesuai.
5.2

Gelungan 2 dan selanjutnya

Sekiranya diberikan peluang sekali lagi, saya akan cuba memperbaiki lagi kaedah penerangan
saya yang masih lemah. Berdasarkan analisis yang saya lakukan bersama-sama dengan rakan,
saya masih lemah dalam membuat demonstrasi. Saya akan berlatih sehingga saya berjaya.
Di samping itu, saya akan terus mengekalkan kecemerlangan yang telah saya peroleh
dari kajian saya, terutama dalam pengguanaan alat bantu mengajar. Hal ini kerana, alat bantu
mengajar yang berkesan tidak akan menyebabkan pelajar merasa bosan. Justeru, untuk kajian
selanjutnya, saya akan menambah dan mempelbagaikan alat bantu mengajar untuk
meningkatkan motivasi pelajar.

6.

RUMUSAN

Kajian ini juga telah menunjukkan bahawa, kemahiran menerang seharusnya perlu dimiliki
dan dipraktikkan oleh guru kerana proses menerang merupakan salah satu proses yang
penting dalam mendapatkan hasil pembelajaran yang baik. Hal ini kerana, kemahiran
menerang yang betul sebenarnya dapat membantu pelajar memahami dan mengingat dengan
mudah fakta-fakta yang sukar difahami mereka.
Atas kesedaran ini, saya amat yakin bahawa kajian-kajian seperti ini perlu diteruskan oleh
guru kerana melalui kajian sebegini, guru dapat menilai keupayaan mereka sendiri dalam
memastikan hasil pengajaran mereka tercapai. Guru merupakan tunggak utama dalam
menghasilkan kejayaan pelajar dan atas sebab itulah, orang yang pertama yang perlu
disalahkan atas kegagalan pelajar adalah guru. Maka, untuk memperbaiki kelemahan ini,
11

kajian-kajian seperti ini perlu diteruskan dan semoga kajian seperti ini akan mendapat
sokongan dari semua pihak yang terlibat dalam memastikan mutu pendidikan negara sentiasa
dipertingkat selaras dengan hasrat kerajaan.

12

LAMPIRAN 1
BORANG PENILAIAN KEMAHIRAN MENERANG

BIL

SUBKEMAHIRAN

Menggunakan alat bantu

Membuat demonstrasi

Menggunakan
keutamaan

tekanan

suara

dan

TAHAP
2

ULASAN

petunjuk

Petunjuk Tahap Pencapaian


1 = Lemah
2 = Sederhana
3 = Baik

13

Anda mungkin juga menyukai