Anda di halaman 1dari 6

KPD 3026 – PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

TUGASAN INDIVIDU

PENULISAN ILMIAH KEMAHIRAN MENERANG

NAMA:

WAN AMAN BIN WAN ABDULLAH

NOMBOR MATRIK:

(D20202096212)

PENSYARAH:

DR. NORAINI BINTI ISMAIL


PENGENALAN

Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu,sebalikn
ya bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikannya danmengenal pasti sejauhmana
pencapaian murid atau pelajar. Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama
ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid.
Dalam kemahiran ini guru-guru disarankan supaya menggunakan dan memberi contoh,
ilustrasi dan sumber pengajaran. Lihat contoh dibawah ini;

 Guru menerangkan pengertian dengan memberikan beberapa contoh konsep


personaliti dan kerjaya.
 Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan jenis-jenis personaliti beserta ciri-ciri
personaliti, jenis persekitaran kerja dan jenis kerja.
 Guru menerangkan tentang hubungan personaliti diri dengan persekitaran kerjaya. 

Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk kepada carta dan
buku
teks,Guru hendaklah memilih cara dan bentuk penerangan serta alat bantumengajar yang sesu
ai. Guru juga boleh menggunakan kapur untuk menulis isi penting pada papan tulis supaya
murid boleh memahami dan mencatat dalam bukuatau nota masing-masing.

OBJEKTIF

Di akhir pengajaran, pelajar dapat mempelajari dan mamahami :

 Prinsip- prinsip panduan penggunaan kemahiran menerang.


 Objektif penggunaan kemahiran menerang.
 Kesan-kesan penggunaan kemahiran menerang ke atas pengajaran- pembelajaran.
 Komponen- komponen kemahiran menerang.
 Cara pengendalian pengajaran mikro.
PRINSIP- PRINSIP PANDUAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG

Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan
mematuhi beberapa prinsip berikut:

 Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk
penerangan yang sesuai.
 Masa untuk menggunakan kemahiran menerang hendaklah singkat.
 Pelajar- pelajar akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk diam untuk mendengar
peneragan guru dalam tempoh masa yang lama.
 Untuk mengekalkan minat pelajar terhadap peneragan guru, kemahiran variasi
rangsangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa
yang melebihi satu minit.
 Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan
kebolehan dan pengalaman pelajar.
 Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan pelajar yang lepas supaya mereka
dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna.
 Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi
pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik yang berkesan.
 Selepas aktiviti perancangan, guru hendaklah menggalakkan pelajar bertanya mana-
mana perkara yang mereka kurang faham.
 Contoh-contoh, ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan
kebolehan dan pengalaman pelajar.

OBJEKTIF- OBJEKTIF PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG

 Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dengan jelas.


 Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.
 Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah- langkah menjalankan
satu ujikaji atau menyelesaikan masalah matematik.
 Menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan.
KESAN- KESAN PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENERANG KE ATAS

PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

 Pelajar- pelajar dapat memahami konsep fakta dan bahan pengajaran guru akan
menjadi jelas iaitu isi pelajaran dapat difahami dengan lebih cepat, mudah, tepat dan
bermakna.
 Pelajar- pelajar juga dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci
dan teratur. Pelajar dapat menaakul sebab musabab berlakunya sesuatu kejadian
dengan lebih jelas.
 Pelajar- pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika
penerangannya menarik dan bermakna. Ini dapat meneguhkan lagi pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku dalam bilik darjah.
 Contoh- contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan
pelbagai deria pelajar, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta
mengukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka.
 Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan kerana pelajar dapat memahami
dengan cepat dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran
yang lain kepada pelajar.

KOMPONEN- KOMPONEN KEMAHIRAN MENERANG

Kemahiran menerang mengandungi empat komponen utama, iaitu :

 komponen aras permulaan ,


 komponen kemahiran ilustrasi,
 komponen penyusunan idea dan komponen penutup.

CARA PENGENDALIAN PENGAJARAN MIKRO

 Guru pelatih yang memilih kemahiran menerang sebagai latihan dalam sesi
pengajaran mikro haruslah merujuk kepada prinsip- prinsip panduan sebelum
merancang aktiviti pengajarannya. Contoh- contoh dan alat bantu mengajar haruslah
disediakan untuk digunakan dalam aktiviti penerangan. Semasa menjalankan aktiviti
pengajaran, guru pelatih yang terlibat harus mematuhi segala kriteria yang telah
dihuraikan dalam rajah.
 Untuk menjalankan aktiviti penilaian, pensyarah dan guru- guru pelatih yang terlibat
menggunakan borang bimbingan kemahiran menerang seperti berikut :

BORANG BIMBINGAN KEMAHIRAN MENERANG

KOMPONEN DAN KRITERIA KEMAHIRAN TIDAK


YA TIDAK
MENERANG KELIHATAN

ARAS PERMULAAN (PENERANGAN GURU)

1. Menarik dan mengekalkan perhatian pelajar

2. Sesuai denagn isi pelajaran

3. Membangkitkan kesediaan pelajar untuk belajar

4. Jelas, ringkas, dan tepat

KEMAHIRAN ILUSTRASI (PENGGUNAAN


CONTOH/ ILUSTRASI)

1. Contoh/ ilustrasi pelajaran adalah mencukupi

2. Contoh/ ilustrasi pelajaran adalah sesuai

3. Contoh/ ilustrasi pelajaran jelas dan menarik

4. Contoh ilustrasi pelajaran diuruskan dengan


cekap

PENYUSUNAN IDEA (PENGURUSAN


KEMAHIRAN MENERANG)

1. Idea dikembangkan secara teratur

2. Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas

Tandakan ( / ) pada ruang yang berkenaan apabila kriteria kemahiran menerang jelas
diperlihatkan atau tidak kelihatan

Anda mungkin juga menyukai