Anda di halaman 1dari 4

Jamnah Ismail 2.

(a) Terangkan cara penerangan yang berkesan untuk menerangkan sesuatu konsep atau isi pelajaran Bahasa ?elayu (b) Dengan menggunakan prinsip-prinsip penerangan yang berkesan, buat satu simulasi mengaplikasikan kemahiran menerangkan kata kerja Bahasa Melayu.

Konsep Penerangan Kemahiran menerang biasanya digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi pelajaran kepada murid. Kemahiran ini biasanya berlaku pada peringkat perkembangan sesuatu pengajaran. Melalui konsep penerangan ini , guru akan memberi penerangan kepada murid tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran. Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, seorang guru seharusnya perlu memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut : Prinsi-prinsip Kemahiran Penerangan 1. 2. 3. 4. Guru hendaklah merancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Contoh-contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu. Masa yang digunakan hendaklah singkat bagi mengelakkan rasa bosan murid yang terpaksa duduk diam dan mendengar penerangan yang lama. Untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guru, kemahiran variasi ransangan hendaklah digunakan, terutama bagi penerangan yang memerlukan masa melebihi satu minit. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerang hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid. Penerangan haruslah berdasarkan pengetahuan murid yang lepas supaya mereka dapat mengikutinya dengan mudah dan bermakna. Bahan Bantu Mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu hendaklah sesuai dan diuruskan dengan teknik yang berkesan.

5. 6. 7.

8.

Selepas aktiviti penerangan, guru hendaklah menggalakkan murid bertanya pada mana-mana perkara yang kurang difahami. Objektif-objektif Pengunaan Kemahiran Penerangan 1. 2. 3. 4. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat. Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah-langkah menjalankan ujikaji atau menyelesaikan masalah. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

Komponen Penerangan a. Komponen arah permulaan Penerangan Guru : Menarik dan mengekalkan perhatian murid Sesuai dengan isi pelajaran Membangkitkan kesediaan murid untuk belajar Jelas, ringkas dan tepat b. Komponen kemahiran illustrasi Penggunaan contoh/sumber pelajaran : Mencukupi Sesuai Jelas dan menarik Mahir mengurus sumber c. Komponen penyusunan idea Pengurusan Kemahiran Penerangan : Idea dikembangkan secara teratur Variasi ransangan Berjaya digunakan Penerangan lisan jelas dan tepat d. Komponen penutup Rumusan atau kesimpulan : Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis

Isi-isi penting disusun secara teratur Penyataan penutup ringkas tepat dan jelas Impak Pengajaran dan Pembelajaran 1. 2. 3. 4. Murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan jelas. Murid-murid dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Murid-murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktivit pengajaran guru jika penerangannya menarik dan bermakna. Contoh-contoh ilustrasi dan bahan pelajaran bukan sahaja dapat merangsangkan pelbagai deria murid, tetapi juga memudahkan kefahaman konsep dengan tepat serta memperkukuhkan apa yang diterangkan dalam ingatan mereka. Masa aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini boleh digunakan untuk menambahkan aktiviti pembelajaran murid.

5.

Langkah-langkah Simulasi 1. Guru mengedarkan kertas kepada murid tentang contoh-contoh ayat yang mengandungi kata kerja. 2. Guru membacakan contoh-contoh ayat di edarkan sambil memberi penerangan kepada perkataan yang digelapkan sebagai kata kerja. 3.

Anda mungkin juga menyukai