Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Menerangkan

Kemahiran menerangkan merupakan suatu kemahiran memberi kefahaman kepada pelajar.Keupayaan menyampaikan secara logik dan jelas penting bagi seseorang guru. Kebimbangan guru ialah cara yang terbaik memberi kefahaman kepada pelajar.

Kemahiran menerangkan selalunya digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerangkan, guru memberi penerangan tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran, misalnya:

i. Guru menerangkan pengertian najis serta memberikan beberapa contoh tentang najis.

ii. Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan; contoh cara cara berwudhu dengan betul.

iii. Guru menerangkan riwayat hidup dengan menggunakan gambar gambar.

iv. Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujukkan buku teks.

Dalam peringkat penerangan ini, guru juga boleh menggunakan papan tulis untuk menulis isi penting atau menggunakan slaid sebagai bahan bantu mengajar supaya pelajar boleh memahami dan merekodkannya dalam buku nota mereka.

Prinsip prinsip kemahiran menerangkan

Untuk menggunakan kemahiran menerang dengan berkesan, guru hendaklah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut:

a) Perancangan untuk penerangan yang sesuai.

b) Penyediaan contoh, ilustrasi dan bahan bantu.

c) Jangka masa menerang yang sesuai.

d) Pemeringkatan atau penyusunan idea.

e) Penggunaan bahasa (istilah, perkataan dan ayat) yang sesuai.

f) Daripada senang kepada mudah, daripada yang diketahui kepada yang belum diketahui.

g) Berkait rapat dengan objektif.

h) Respons para pelajar.

Perancangan bentuk penerangan yang sesuai

Dalam menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan, guru perlu membuat perancangan berkenaan bentuk penerangan yang sesuai dengan kebolehan pelajar iaitu sama ada berbentuk deskriptif (memberikan proses, struktur dan prosedur), interpretatif (memperincikan maksud istilah atau kenyataan), atau memberi sebab (memberi sebab berlakunya sesuatu fenomena, atau menyediakan langkah langkah untuk mencapai satu kesimpulan).

Perancangan bentuk penerangan yang bijaksana akan menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran. Strategi penerangan yang sesuai bukan saja dapat meningkatkan mutu penerangan guru malahan ia akan menjadikan satu satu pelajaran itu bermakna serta menyeronokkan murid.

Penyediaan contoh, ilustrasi dan bahan bantu

Contoh, ilustrasi dan bahan bantu yang hendak digunakan mestilah disediakan terlebih dahulu agar ia berfungsi memudahkan pelajar memahami isi yang hendak disampaikan. Contoh contoh haruslah mudah dan dekat dengan pelajar, daripada yang diketahui kepada yang belum diketahui. Ini akan menambahkan minat pelajar. Ilustrasi dan bahan bantu juga perlu bersifat membantu mudah menerangkan, bukannya menyukarkan pelajar.

Alat bantu mengajar yang digunakan untuk membantu guru menerangkan sesuatu isi pelajaran hendaklah sesuai serta diuruskan dengan teknik mengajar yang berkesan untuk mengekalkan konsentrasi dan minat pelajar dalam penerangan guru. Misalnya, guru menerangkan isi pelajaran dengan menggunakan kaedah demonstrasi yang melibatkan alat bantu mengajar seperti transparensi atau projektor.

Anda mungkin juga menyukai