Anda di halaman 1dari 28

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

Tajuk 1 : Pendekatan dan Strategi Pengajaran & Pembelajaran : Pendekatan Cara sesuatu pelajaran disampaikan untuk mencapai hasil pembelajaran dalam jangka masa panjang. Dalam memilih pendekatan kita akan memilih satu atau lebih teori model, prinsip pembelajaran agar kefahaman, penghayatan dan perubahan tingkah laku berlaku. Melibatkan pelbagai strategi yang mengandungi kaedah, teknik dan aktiviti. Strategi Perancangan tindakan yang akan menjurus kepada pencapaian objektif. Merangkumi kaedah dan teknik mengajar. Pengagihan masa disusun, penyediaan bahan mengikut kesesuaian dan kawalan kelas. Harus berdasarkan 3 unsur utama iaitu guru, murid dan bahan. Kaedah Menekankan penyusunan langkah untuk mengajar secara sistematik berdasarkan prinsip dan teori pembelajaran. Langkah pengajaran disusun rapi dan kesinambungan dikuti dengan teliti supaya ada urutan terarah. Teknik Aktiviti-aktiviti yang diatur dalam kaedah dan strategi P&P. Dirancang dalam bentuk perlakuan dan kemahiran yang hendak dicapai oleh murid. Kejayaan bergantung kepada kebolehan guru.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


Pendekatan - cara mengajar capai objektif pengajaran-pilih teori/prinsip/model. Strategi - kebijaksanaan pilih pendekatan, kaedah dan teknik,pemusatan guru, pemusatan pelajar, berasaskan bahan, berasaskan tugas (perancangan tindakan). Harus berasaskan guru, murid dan bahan P&P. - Siri tindakan guru cara sistematik capai objektif aktiviti pengajaran, prinsip pelaksanaan sumbangsaran, bercerita, demonstrasi, penyelesaian masalah, projek. - Aktiviti-aktiviti yang diatur. Dalam bentuk perlakuan murid.-perlu ambil kira latar belakang pelajar-menyoal, perbincangan.

Kaedah

Teknik

Hubungan antara pendekatan, kaedah, teknik dengan teori pembelajaran dan strategi pembelajaran.

Pendekatan Strategi Pembelajaran

Teori Pembelajaran

Kaedah

Teknik

Pendekatan Induktif (khusus umum) Deduktif (umum khusus) Elektif (umum + khusus) Tematik (tema)

Strategi Pemusatan guru Pemusatan murid Pemusatan bahan Pemusatan tugas

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


Teknik Sumbangsaran Bercerita Demonstratsi Penyelesaian masalah Pendekatan 1. Induktif- contoh baru buat rumusan / prinsip 2. Deduktif- rumus/prinsip-dengan contoh-setiap murid berbeza 3. Elektif- gabungan induktif & deduktif, ajar ikut kemampuan pelajar, banyak dalam matematik dan sains. 4. Tematik tema-kumpulan kecil menganalisis, generalisasi dan aplikasi, menyetakan fakta, 3 cara i) sub topic dalam kumpulan lemah-sederhana dan cerdas, ii) tema sama dalam pelbagai kumpulan, iii) tema berbeza saling melengkapi kumpulan pelbagai kebolehan.

1.2 Strategi P&P 1. Berpusatkan Guru Bercerita Penerangan Demonstrasi Tunjuk cara Syarahan Kuliah 2. Berpusatkan Murid Bersoal jawab Berlakon Temu bual Membuat projek Bercerita Amali Perbincangan

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


3. Berpusatkan bahan Rangsangan / penggunaan pelbagai deria Kefahaman dan interpretasi maklumat Pengekalan minat dan tumpuan melalui pelbagai media Peningkatan daya ingatan Kemahiran berfikir Peningkatan motivasi Peningkatan kreativiti Keseronokan dalam pembelajaran Kemahiran intrapersonal dan interpersonal Kemahiran psikomotor

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


Tajuk 3 : TEKNIK DAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN

DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


TEKNIK DALAM PSK 1) Perbincangan 2) Perbahasan 3) Sumbang saran 4) Simulasi 5) Lakonan 6) Bercerita 7) Kajian kes 8) Nyanyian 9) Pemerhatian 10) Temubual

TUJUAN TEKNIK
1. Menarik

Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan rasa ingin tahu

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


TEKNIK SIMULASI

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN


Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan. Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


TEKNIK SUMBANG SARAN

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


TEKNIK DRAMA / LAKONAN

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK PERBINCANGAN
1.

2.

3.

4.

5. 6. 7.

Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. 9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. 11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut mana-mana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.
8.

TEKNIK PERBAHASAN Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. 2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. 3. Antara manfaat teknik ini ialah : 4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur 6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. 8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. 9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. 10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan.
1.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN STRUKTUR 1. Nyatakan prinsip asas pembelajaran Masteri -murid normal -masa mencukupi -unit pembelajaran -arahan jelas

2. Nyatakan langkah dalam pembelajaran masteri -menentukan hasil pembelajaran -menentukan proses p&p -penilaian -tindakan susulan

3. Senaraikan contoh aktiviti pemulihan dalam pembelajaran masteri -ajar semula dengan kaedah berbeza -betulkan pelakuan yang salah -gunakan bahan visual -mempermudah dan mempelbagaikan latihan -bimbing murid susun maklumat dalam bentuk lebih ringkas

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


4. ciri-ciri pembelajaran inkuiri penemuan -guru bimbing pelajar temui pengetahuan secara sendiri -galakkan pelajar berfikir secara mendalam -pelajar terima cabaran untuk cari pengetahuan sendiri -penglibatan dan interaksi pelajar yang tinggi

5. langkah-langkah main peranan -menarik minat pelajar -memilih pelakon -menerangkan situasi main peranan -memberi tugasan kepada penonton -melakonkan -membincangkan lakonan dan menilai -melakonkan semula -membuat rumusan -membuat kerja susulan

6. langkah-langkah dalam teknik perbincangan -guru menarik perhatian murid terhadap topik perbncangan -guru bahagi murid kepada beberapa kumpulan -melantik seorang ketua daripada setiap kumpulan -guru bagi tugasan kepada murid untuk dibincangkan dalam kumpulan -sewaktu perbincangan guru pantau aktiviti sepenuhnya -setelah tamat perbincangan, guru minta laporan setiap kumpulan

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

7. Kelebihan penggunaan teknik perbahasan dalam p&p -meningkatkan kemahiran komunikasi murid -melatih untuk berfikir dengan lebih pantas -melahirkan buah fikiran dan idea yang bernas -meningkatkan kemahiran berbahasa -mengemukakan hujah yang rasional, kreatif dan kritis -melatih kemahiran mendengar dan menaakul

8. Tujuan penggunaan variasi rangsangan -meningkatkan perhatian pelajar semasa p&p -menunjukkan kreativiti guru dalam pelaksanaan p&p -menarik minat dan tumpuan murid -kecekapan penggunaan ABM -meningkatkan komunikasi verbal dan non-verbal guru-murid -mewujudkan persekitaran bilik darjah yg kondusif

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


9.Nyatakan komponen kemahiran variasi -perubahan pergerakan langkah guru -pergerakan anggota badan guru -perubahan nada suara -perubahan fokus deria pelajar -perubahan bentuk lisan pelajar -bentuk fizikal pelajar

10.Apakah sumber p&p dalam variasi rangsangan -bahan bercetak -bahan teknologi pendidikan -bahan teknologi maklumat -bahan maujud

11. Apakah tujuan sumber pengajaran -merangsang murid untuk belajar -meningkatkan kefahaman murid dan intrepetasi maklumat -mengekalkan minat dan tumpuan murid melalui pelbagai media -meningkatkan daya ingatan murid -meningkatkan kemahiran berfikir -meningkatkan motivasi murid -meningkatkan daya kreatviti guru -keseronokan dalam proses p&p

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


12. Nyatakan konsep pengajaran makro -dipraktik oleh pelajar dan diperhatikan oleh pelajar lain -berdasarkan masa pengajaran sebenar -biasakan pelajar laksanakan pelbagai kemahiran dalam sesi p&p -bantu kenal pasti kelemahan sewaktu proses p&p

13. Nyatakan 3 unsur penilaian dalam pengajaran makro -pencapaian -penganalisian maklumat -pengubahsuaian

14. Nyatakan proses/langkah pengajaran makro -persediaan mengajar -pelaksanaan mengajar *pengenalan *set induksi *perkembangan p&p *pengukuhan *penilaian *penutup -refleksi sesi makro

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


15. Nyatakan kepentingan refleksi kendiri -mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam p&p -membuat penambahbaikan dan tindakan susulan -membolehkan guru mbuat analisis,menilai dan ubah amalan p&p mereka -memastikan objektif p&p tercapai

16. Nyatakan 4 jenis penulisan refleksi -refleksi diskriptif -refleksi diologikal -refleksi pedagogi -refleksi kritikal

ESEI (TAJUK 2) 1. Nyatakan konsep pembelajaran koperatif -belajar bersama dalam kumpulan pelagai kebolehan -berinteraksi dan saling membantu dalam proses pembelajaran -bertujuan mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang -murid terlibat aktif dalam proses perbincangan -murid bertanggungjawab terhadap diri dank ump.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


2. Nyatakan konsep pembelajaran kolaboratif -usaha bersama utk capai 1 matlamat -pembelajaran dalam kump. Kecil pelbagai kebolehan -matlamat intelek,sosial dan penyelesaian masalah di blk darjah -pupuk kerjasama dalam kump.

3.Nyatakan kaedah koperatif/kolaboratif

dan

teknik

p&p

berasaskan

pembelajaran

-perbahasan -sumbangsaran -pemudah cara -demonstrasi -perbincangan -simulasi -seminar -penyelesaian masalah -forum -bercerita

4. Tujuan pembelajaran kajian masa depan -membina generasi masa depan -menghasilkan tenaga manusia yang mampu berfikir dgn kritis dan kreatif -menjangka masalah dan membuat pilihan bijak -membawa anjakan paradigm

5. Senaraikan objektif kajian masa depan -berfikir secara kreatif dan kritis -berkomunikasi secara berkesan tentang masa depan -membina sikap dan nilai tentang masa depan -ada pengetahuan dan kefahaman tentang masa depan -membuat kajian tentang masa depan

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

6. Nyatakan aspek-aspek pembelajaran kajian masa depan -perancangan yang strategic -isu dan tema yang relevan -berpusatkan murid -aplikasi sebagai projek ataupun kerja kokurikulum -guru sebagai fasilitator

7.Nyatakan kelebihan p&p berasaskan projek -dapat menarik perhatian murid -bagi peluang murid menjana idea sendiri -mengajar murid menerima dan menghormati perbezaan individu -galakkan murid sedia menanggung risiko -menunjukkan sumbangan idea murid dihargai

8.Nyatakan Kelebihan TOC - mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. menyelesaikan masalah dengan berkesan. membuat keputusan secara bertanggungjawab dan bersama. berkomunikasi dengan baik dan memperoleh pembelajaran sepanjang hayat.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN

9.Senaraikan teknik yang digunakan dalam TOC Teknik Awan ( The Cloud ) Teknik Sebab dan Akibat ( Logic Branch ) Teknik Penyelesaian Masalah ( Problem Solving )

(TAJUK 6)

10. Nyatakan konsep pengajaran mikro -memperkenalkan guru pelatih secara ansur maju akan aktvt yg kompleks -fokus kpd kemahiran pngajaran khusus -maklum balas dimantapkan dengan penggunaan video dan borang penyeliaan

11. Senaraikan kemahiran p&p dalam pengajaran mikro -set induksi -penggunaan papan tulis -variasi rangsangan -penyoalan -peneguhan -penerangan -penggunaan bahan resos -penutup

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


12.Kelebihan pengajaran mikro -berlaku perubahan tingkah laku murid -hasil pembelajaran tercapai -murid seronok dan minat semasa p&p -kefahaman murid dlm sesuatu tajuk

13. Nyatakan pengukuhan yang boleh dilaksanakan semasa pengajaran mikro -pujian diberikan utk galak murid belajar dengan seronok -bina sikap positif murid -bina keyakinan murid -memperbaiki disiplin murid -rajin dan berani mencuba

14. Nyatakan tujuan pengukuhan -menggalak pelajar menjawab soalan -mengemukakan cadangan -melibatkan pelajar libatkan diri dalam perbincangan bilik darjah

15. Jelaskan berkenaan dengan peneguhan positif -menggunakan ganjaran utk memotivasikan -memberi pujian dan penghargaan -galakkan murid agar bertindak positif -beri kesan p&p yg berpanjangan dan kekal dlm ingatan

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


16. Jelaskan berkenaan dengan peneguhan negative -bagi rangsangan yg pelajar x suka spt tahan dalam kelas -pljr diberi pilihan dikenakan pengukuhan negative atau bertingkah laku sewajarnya -x sama dgn dendaan

17. sediakan satu rancangan pengajaran harian dengan tempoh masa 1 jam pengajaran.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


SOALAN TAHUN 2009. STRUKTUR 1. a.) Senaraikan lima prinsip dalam teknik perbincangan di bilik darjah - Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan -Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan -memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan -bagi tugasan kepada setiap kumpulan untuk dibincangkan -guru sebagai fasilitator kepada setiap kumpulan.

b.) Kemukakan perkara yang perlu dilakukan oleh seorang pengerusi perbahasan sebelum memulakan satu sesi perbahasan. -

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


2. a.) Mengapakah penilaian penting dalam pembelajaran masteri -mengesan pencapaian murid -mengenal pasti jenis pembelajaran murid -kenalpasti sesuatu kelemahan murid dalam unit pembelajaran -tentukan aktiviti pengayaan dan pemulihan -tentukan keberkesanan kaedah p&p

b.) Terangkan langkah-langkah yang terlibat dalam model inkuiri penemuan. -proses mengenalpasti masalah -mengkaji ramalan -mengumpul maklumat -membuat analisis -membuat rumusan

3.

a.) Kemukakan objektif variasi rangsangan oleh guru kepada pelajar.

-memusatkan kepada murid dan kekalkan minat murid terhadap pnp -libatkan murid secara aktif dalam proses pnp -beri peluang kepada murid guna pelbagai deria sewaktu proses pengajaran -memotivasikan dan meningkatkan naluri ingin tahu murid terhadap pelbagai aktiviti -bagi peluang murid menikmati pelbagai aktiviti pengajaran -wujudkan suasana pengajaran yg positif dan seronok.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


b.) Jelaskan apakah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran melalui kerja projek. -beri tugas mengikut kurikulum -pastikan bilangan ahli kumpulan kecil -penilaian dilaksanakan sepanjang projek -tugasan perlu mengambil kira keupayaan dan kemampuan pelajar -pelaksanaan dan perancangan projek mestilah secara berperingkat

4. a.) Terangkan tujuan guru membuat pengukuhan kepada pelajar. -menggalakkan murid menjawab soalan -mengemukakan cadangan -membolehkan pelajar melibatkan diri dalam perbincangan bilik darjah

b.) Nyatakan komponen dalam kemahiran pengukuhan. -lisan (baik,bagus, betul) -bukan lisan(senyuman,anggukan,kontaks mata) -penggunaan jawapan murid -komponen penyoalan

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


ESEI 1. a.) Terangkan objektif set induksi. -menarik perhatian murid dengan aktiviti pengajaran yg akan dijalankan -membina aliran pemikiran murid supaya mereka bersedia mempelajari sesuatu yg berkaitan -memotivasikan murid untuk belajar -kaitkan pengalaman murid dgn isi pembelajaran baru yg hendak disampaikan -mencadangkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti,tugas dan projek -menyatakan had tugasan yg akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid -bantu murid ikuti p&p dengan lebih mudah

b) Dalam peringkat perkembangan, isi-isi pelajaran baharu akan diperkenalkan. Jelaskan peranan guru dalam peringkat perkembangan pengajaran dan pembelajaran. -memastikan proses p&p bermakna dan menyeronokkan -menyusun dan mempertingkatkan isi pengajaran agar memudahkan murid -penggunaan alat bantu mengajar dapat menarik minat murid -menyediakan pembelajaran daripada mudah kepada yang lebih susah -memotivasikan murid dengan pembelajaran yang menarik dan bermakna. -melaksankan penyerapan penggabungjalinan yg sejajar dengan pelbagai aspek perkembngn murid.

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


2. a.) Anda merancang mengadakan lawatan sambil belajar untuk muridmurid kelas anda. Bincangkan tujuan anda mengadakan lawatan sambil belajar. -

b.) Anda memilih untuk melaksanakan pembelajaran koperatif. Terangkan ciriciri pembelajaran koperatif. -mempunyai ganjaran dalam kumpulan -peluang yang sama untuk berjaya -tanggungjawab individu kumpulan -matlamat kumpulan -interaksi antara ahli kumpulan -kemahiran berkumpulan -penilaian

PSK 3103 KAEDAH PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN


3. a.) Jelaskan cara-cara seorang guru berkomunikasi dengan berkesan semasa melaksanakan pengajaran di dalam bilik darjah. -dapat menyampaikan mesej dengan jelas -menyampaikan maklumat dan idea yang baru -lebih kreatif membentuk hubungan dinamik guru murid -menghasilkan kreativiti dalam proses penyampaian ilmu -meningkatkan kecekapan dan meluaskan skop pembelajaran

b.) Bincangkan fungsi penilaian kendiri selepas satu sesi pengajaran kepada seorang guru. - membolehkan pelajar, secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu - memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya. - memberi keyakinan kepada pelajar perkembangan diri dan pencapaiannya. tentang peranannya dalam menilai

- mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran. - membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Anda mungkin juga menyukai