Anda di halaman 1dari 25

Pendekatan Inkuiri Penemuan Pendekatan inkuiri-penemuan merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman.

Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri.

TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


DEFINISI

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

Teknik-teknik Pengajaran Bahasa 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Teknik main peranan Teknik permainan bahasa Teknik latih tubi Teknik bercerita Teknik inkuiri Teknik perbahasan Teknik kuiz Teknik sumbangsaran Teknik soal jawab

10. Teknik simulasi 11. Teknik drama 12. Teknik perbincangan 13. Teknik forum 14. Teknik dialog

TUJUAN TEKNIK 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan ras ingin tahu

TEKNIK LATIH - TUBI


Teknik latih tubu adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disampimg menjamin kekekalannya. Ia sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksud perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu. Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu : Sebutan (accent) -menyebut patah-patah perkataan atau sukukata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam sesuatu situasi.

I.

II.

Tatabahasa (grammer) -penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum-hukum bahasa daripada semua aspek.

III.

Perbendaharaan kata (vocabulary)

-meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteksnya dalam situasi tertentu. IV. Kefasihan (fluency) -menggunakan perkataan dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya. V. Kefahaman (comprehension) -latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan tekni ini ialah ia menghadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.

TEKNIK SIMULASI

Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

TEKNIK MAIN PERANAN


Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa yang dianggap penting. Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi yang disediakan.

Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip, dimana pelakon-pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikan kepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui filem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.

TEKNIK SUMBANGSARAN

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea. Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebh serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kretif dan bukan pembelajaran secara analitis.

Tujuan Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea Suasana perbincangan yang tidak formal hemdaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi Digalakkan menggunakan prinsip 5W ( What? Why? Who? Where? How? ) Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan

TEKNIK PERMAINAN BAHASA

Permainan bahasa adalah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan.

Penglibatan dalam permainan telah memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju ini diinterapetasikan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu : merangsang interaksi verbal pelajar menambah kefasihan dan keyakinan menyediakan konteks pembelajaran bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan penggayaan

TEKNIK SOAL JAWAB


Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang berupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya. Soalan-soalan yang dikemukan memerlukan pelajar berfikir disamping dapat menguji dan menilai apa yang diajar. Tujuan utama teknik soal jawab ialah :

1. Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid 2. Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik dan kritis. 3. Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

TEKNIK BERCERITA

Merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dikalangan pelajar. Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak dan kesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dimana ia harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan. Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah : Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. Kemudian, sesuaikan pula dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa. Hafazkan frasa atau ayat-ayat penting. Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid-murid sekurangkurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa. Guru boleh menggunakan gambar, objek-objek sebenar atau lain-lain BBM. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat yang berkaitan dengan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan.

TEKNIK DRAMA

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya. Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

TEKNIK INKUIRI

Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.

Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yang berorientasikan masalah. Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar. Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan daya kreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu, ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan. Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Pengendalian teknik inkuiri ialah : 1. 2. 3. 4. 5. Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan Mengumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusa

TEKNIK PERBINCANGAN 1. Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). 2. Teknik perbincangan adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan ia dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. 3. Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masing-masing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat. 4. Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. 5. Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. 6. Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : 7. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. 8. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. 9. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan. 10. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain, menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul.

11. Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut manamana yang penting. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

TEKNIK FORUM 1. Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk, dimana ia dijalankan secara formal. 2. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional. 3. Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar. 4. Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti. TEKNIK PERBAHASAN 1. Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan alasan yang logik dan idea yang tersusun. 2. Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah. 3. Antara manfaat teknik ini ialah : 4. Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan 5. Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur 6. Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. 7. Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif. 8. Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas. 9. Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas di kalangan pelajar. 10. Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukan sifat-sifat kepimpinan. TEKNIK KUIZ

Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).

Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu. Tujuannya ialah : Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalansoalan secara teka-teki. Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat. Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan pengukuhan. Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

PELAJARAN 6 KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN SAINS

6.1 6.2 6.3 6.4 6.5

Objektif Pelajaran Adalah diharapkan selepas anda mengikuti keseluruhan pelajaran ini, anda akan dapat menggunakan kaedah eksperimen dalam pelajaran yang sesuai dalam pengajaran sains; menggunakan kaedah perbandingan dalam pelajaran yang sesuai dalam pengajaran sains; menggunakan kaedah permainan dalam pelajaran yang sesuai dalam pengajaran sains; menggunakan kaedah kajian lapangan dalam pelajaran yang sesuai dalam pengajaran sains; dan menggunakan kaedah main peranan dalam pelajaran yang sesuai dalam pengajaran sains.

PENGENALAN

Inkuiri dalam sains ialah satu proses menemui kebenaran melalui proses yang rasional, logik dan objektif. Pada hakikatnya, dalam menemui kebenaran fizikal dan alamiah, proses pengetahuan sains ialah proses yang empirikal yang tertumpu kepada pengalaman, pemerhatian dan pengukuran melalui panca indera fizikal. Dari sudut pandangan falsafah, pengetahuan sains boleh dibahagikan kepada pengetahuan tentang objek-objek fizikal, pengetahuan tentang ide, konsep dan andaian terhadap objek-objek fizikal, pengetahuan tentang sifat-sifat fizikal objek dan pengetahuan tentang hubungan di antara sifat-sifat fizikal objek. Terdapat dua kaedah inkuiri empirikal yang utama dalam sains, iaitu kaedah eksperimen yang medominasikan sains-sains fizikal dan kaedah perbandingan yang merupakan kaedah yang sama penting dengan kaedah eksperimen dalam sains biologi. Kaedah perbandingan tertumpu kepada memungut data-data pemerhatian tentang fenomena fizikal atau biologi, membandingkan dan membezakan data-data yang diperolehi demi mengelaskan dan membuat inferens terhadap data tersebut. Kaedah eksperimen tertumpu kepada mengkaji hubungan kuantitatif di antara sifatsifat fizikal. Dari segi ontologi (persoalan tentang kebenaran), sains kaji hayat agak realis. Dalam sejarah awal sains, semua bidang sains bersifat realis, iaitu usaha inkuiri sains berfokus kepada penemuan objek fizikal konkrit yang sebenar. Sebagai contoh, bidang fisiologi mengkaji struktur dan fungsi objek-objek biologi yang sebenar seperti jantung dan peparu. Sebaliknya, sains fizik moden bersifat agak positivis. Sebabnya sains fizik mengkaji jirim asas dan sifat-sifat jirim asas. Ini menimbulkan masalah kerana banyak objek ontologi yang wujud dalam fizik setakat teori atau matematik sahaja. Sebagai contoh, jirim seperti neutrino wujud sebagai suatu objek teori sahaja yang tidak mempunyai jisim atau mengisi ruang tetapi boleh bergerak dengan halaju yang tinggi. Namun demikian, tanpa konsep neutrino, banyak hukum sains dan persamaan matematik yang digunakan dalam sains fizik tidak boleh diimbangkan. Akibatnya ialah kaedah fizik semakin positivis, iaitu tertumpu kepada kajian hubungan antara objek-objek secara teori yang menghasilkan kesan-kesan yang boleh diukur. Contohnya, graviti suatu objek ontologi teori sahaja; tidak ada satu objek fizikal yang kita panggil graviti. Namun demikian, kesan graviti boleh dirasai melalui tarikan graviti dari jarak jauh dan oleh itu boleh diukur secara tidak langsung. Kaedah inkuiri yang menggunakan pendekatan positivis, iaitu eksperimen, mementingkan pengukuran. Dalam biologi, terdapat juga sub-bidang yang mengambil pendekatan positivis. Contohnya, konsep gen tidak ada kewujudan fizikal yang sebenar. Gen mewakili satu kawasan secara teori pada kromosom (objek fizikal yang boleh dilihat

melalui mikroskop cahaya). Sungguhpun gen adalah suatu objek teori yang tidak boleh dilihat dengan mata manusia, kita boleh memerhatikan kesan kuantitatif gengen tertentu ke atas sifat-sifat biologi yang tertentu. Sifat-sifat biologi tersebut dikawal dan diperturunkan dari generasi hidup ke generasi hidup yang lain oleh objek teori yang dipanggil gen. Kaedah inkuiri yang menggunakan pendekatan realis, iaitu kaedah perbandingan, mementingkan pemerhatian. Sejauh mana yang boleh, kaedah pengajaran sains seharusnya mengambil pendekatan yang empirikal. Di antara aktiviti-aktiviti pengajaran-pembelajaran sains yang bersifat empirikal ialah eksperimen, kajian perbandingan dan kajian lapangan. Bukan semua konten sains boleh diajar melalui pendekatan empirikal dengan erti kata yang sepenuhnya. Terdapat topik-topik tertentu di mana terpaksanya digunakan kaedah pengajaran alternatif seperti simulasi permainan, perbincangan dan tinjauan bacaan. Sebagai contoh, replikasi eksperimen-eksperimen yang dijalankan oleh Mendel untuk mengasaskan Hukum Mendel Pertama dan Hukum Mendel Kedua akan mengambil masa yang agak panjang. Unsur inkuiri dalam pengajaran Hukum-Hukum Mendel masih dapat dikekalkan sekiranya mekanisme pembakaan yang terlibat disimulasikan melalui permainan yang mengambil masa dua waktu pengajaran dalam makmal. Contoh yang lain ialah topik pengurusan alam sekitar yang melibatkan kemahiran pelajar dalam menilai isu-isu hebat berhubungkait dengan pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar. Kaedah perbincangan di mana pelajar-pelajar dikehendaki dibuat tinjauan bacaan yang meluas di perpustakaan ialah kaedah yang paling sesuai untuk mengajar topik tersebut. 6.1KAEDAH EKSPERIMEN

Eksperimen ialah proses terancang yang linear untuk menguji satu atau beberapa hipotesis yang dapat menerangkan masalah atau fenomena alamiah yang dikaji. Hipotesis ialah jangkaan awal tentang apakah yang menyebabkan sesuatu fenomena. Tujuan eksperimen ialah untuk menguji hipotesis bahawa pembolehubah tidak bersandar, X, menyebabkan perubahan dalam pembolehubah bersandar, Y, iaitu: Jika X, jadi Y. Jika kita dapat dapatan yang selaras dengan hipotesis, tidak bererti hipotesis terbukti. Proses pengesahan menggunakan kaedah penyangkalan, iaitu satu hipotesis berlawanan:

H1:Jika X, jadi Y. H0:Jika X, tidak Y. Jika H0 disangkal, kita menerima H1 sebagai munasabah, semakin kerap kita dapat menolak H0 semakin keyakinan/kepercayaan kita terhadap H1 meningkat. Dalam rekabentuk eksperimen yang mantap, hipotesis kuantitatif dibuat, iaitu tujuan eksperimen untuk menguji hipotesis yang boleh diuji tepat secara statistik. Contohnya, dalam eksperimen yang mereplikasikan Hukum Boyle, hipotesis-hipotesis yang berikut boleh dibentukkan: H1:PV = C, di mana C ialah satu konstan, sekiranya T tetap. H0:PV C, di mana C ialah satu konstan, sekiranya T tetap. Pengujian hipotesis dalam kaedah sains adalah berasaskan pertimbangan kuantitatif, iaitu daripada pemerhatian yang dibuat, pengukuran dilakukan untuk mendapat maklumat statistik yang kemudiannya digunakan untuk sama ada menerima atau menolak hipotesis. Namun demikian, untuk tujuan pengajaran sains di sekolah, adalah cukup membuat hipotesis dalam bentuk jangkaan awal. Jangkaan awal boleh diterima atau ditolak berdasarkan pemerhatian kualitatif, misalnya pertukaran warna. Contohnya, untuk eksperimen untuk menguji kehadiran gula penurun dengan menggunakan larutan Benedict, jangkaan awal yang berikut boleh dibuat: H1:Larutan Benedict bertukar warna dari biru kepada merah bata. H0:Larutan Benedict tidak bertukar warna dari biru kepada merah bata. Secara ringkas, proses eksperimen boleh dirumuskan dengan rajah berikut:

Dalam rajah di atas, perhatikan bahawa dapatan/keputusan yang diperolehi dalam eksperimen digunakan untuk sama ada menerima atau menolak hipotesis yang dibuat pada awal eksperimen. Seterusnya, seseorang pengkaji (termasuk pelajar di sekolah) mesti membuat kesimpulan sama ada hendak menerima atau menolak teori yang telah dicadangkan untuk menerangkan fenomena yang berkaitan.

PENILAIAN KENDIRI
Sejauh manakah amali berikut menepati rekabentuk eksperimen? Tujuan:Mengkaji hubungan antara jarak objek, jarak imej dan jarak fokus.

Bahan/Radas: Skrin, pembaris meter, kanta cembung dan paku. Prosedur: 1Letakkan satu kanta cembung berdekatan tingkap makmal. Kemudian laraskan skrin di belakang kanta sehingga imej tajam objek yang jauh terbentuk di atasnya. 2Ukur jarak dari pusat optik ke skrin. Jarak ini ialah jarak fokus (f). 3Susun radas yang ditunjukkan dalam rajah di bawah. 4Ubah kedudukan jarak objek (u) mengikut ukuran yang diberi dalam jadual di bawah. Laraskan skrin sehingga imej yang tajam diperoleh. Kemudian ukur jarak imej (v) dan lengkapkan jadual tersebut. 5Rumuskan persamaan matematik yang merumuskan hubungan kuantitatif di antara u, v dan f.

Jarak objek (u) 3.0 f 2.0 f 1.5 f 1.0 f 0.5 f

Jarak imej (v)

Bandingkan jawapan anda dengan jawapan di bahagian akhir pelajaran ini.

6.2KAEDAH PERBANDINGAN Bukan semua kerja amali sains menggunakan kaedah inkuiri eksperimen. Banyak bidang biologi seperti histologi, fisiologi dan sejarah alamiah menggunakan kaedah perbandingan. Kaedah perbandingan amat bergantung kepada kemahiran pemerhatian, melukis, pengelasan, membuat inferens tentang ciri-ciri kelas. Aspek pengukuran dan kuantifikasi yang penting dalam kaedah eksperimen kurang penting dalam kaedah perbandingan. Boleh dikatakan bahawa kaedah perbandingan bersifat agak kualitatif sedangkan kaedah eksperimen bersifat agak kuantitatif. Satu lagi sifat yang membezakan kaedah perbandingan daripada kaedah eksperimen ialah hipotesis tidak dibuat dalam kaedah perbandingan. Sebabnya, bukan tujuan kaedah perbandingan untuk menguji hubungan kuantitatif di antara beberapa pembolehubah. Secara keseluruhan pendekatan kaedah perbandingan adalah induktif; data empirikal yang diperolehi melalui pemerhatian dikelaskan dan perbandingan dibuat antara kelas dengan kelas. Secara bandingan, eksperimen menggunakan pendekatan hipotetiko-deduktif , iaitu jangkaan awal keputusan dibuat. Contoh penggunaan kaedah perbandingan ialah amali perbandingan sel haiwan dengan sel tumbuhan. Tujuan amali tersebut ialah untuk memerhatikan perbezaan di antara sel haiwan dan tumbuhan, melukis sel haiwan dan sel tumbuhan yang menunjukkan perbezaan tersebut serta membuat pengelasan yang mudah untuk tumbuhan dan haiwan dengan membina kekunci pengenalan. Dalam amali perbandingan sel haiwan dan sel tumbuhan, hipotesis tidak dibuat pada awal amali.

PENILAIAN KENDIRI
Gunakan kaedah perbandingan untuk amali berikut untuk membina kekunci sifat tindakan terkawal dan sifat tindakan luar kawal. Tujuan: Membuat perbandingan antara tindakan terkawal dengan tindakan luar kawal.

Prosedur Melompat ialah contoh tindakan terkawal. Contoh tindakan luar kawal ialah denyutan nadi. Bandingkan dua tindakan tersebut dengan menjalankan aktiviti fizikal yang sesuai. Binakan kekunci tindakan terkawal dan tindakan luar kawal.

Bandingkan jawapan anda dengan jawapan di bahagian akhir pelajaran ini.

6.3KAEDAH PERMAINAN Sebagai kaedah eksperimen, kaedah permainan merupakan satu cara yang kreatif dan inovatif untuk menarik minat murid. Kaedah permainan boleh digunakan untuk simulasi inkuiri dalam situasi sekolah menengah di mana kemudahan makmal adalah terhad jika dibandingkan dengan makmal yang digunakan oleh ahli-ahli sains. Sebagai contoh, amali genetik. Selain daripada itu, kaedah permainan sesuai juga untuk amali yang mengambil masa yang amat panjang, iaitu eksperimen yang tidak boleh disempurnakan dalam dua waktu dalam jadual waktu sekolah. Sebagai contoh, amali genetik memerlukan alat saintifik yang canggih yang tidak terdapat di sekolah. Selain daripada itu, proses-proses genetik mengambil masa yang amat panjang sebelum dapatan eksperimen dihasilkan. Kelebihan permainan berbanding eksperimen ialah kaedah inkuiri permainan bersifat induktif; iaitu jawapan tidak dijangkakan terlebih dahulu dan tidak boleh dibuat inferens sehingga disiasat.

LATIHAN OPSYENAL Cubakan permainan simulasi pengacukan genetik yang berikut.

Permainan Pengacukan Genetik

Permainan pencacukan genetik menyimulasikan penurunan baka mengikut Hukum Mendel I dan pemilihan alamiah. Menurut Hukum Mendel I, nisbah fenotip dominan dengan fenotip resesif dalam generasi kedua kacukan monohibrid ialah 3 : 1. Fenotip ialah ekspresi fizikal bagi bahan genetik yang ditentukan oleh kombinasi pasangan gen dominan dan resesif. Gen dominan diwakili dengan huruf besar dan gen resesif yang diwakili dengan hurufkecil. Contohnya gen dominan T mengawal ekspresi fizikal tinggi dan gen resesif t mengawal sifat kerdil. Fenotip dominan (tinggi) direalisasikan apabila ada pasangan TT, tT atau Tt. Fenotip resesif (kerdil) hanya direalisasikan apabila ada pasangan gen resesif tt. Menurut prinsip pemilihan alamiah, kedominan fenotip tertakhluk kepada stabiliti keadaan alam sekitar yang menguntungkan fenotip dominan.

Arahan Permainan
Satu populasi spesis kupu-kupu Monarch terdiri daripada 32 individu. Dalam populasi tersebut, ada 8 ekor yang berwarna cerah (genotip MM atau Mm) dan 24 ekor yang kelabu (genotip mm). Populasi ini dibentukkan pada ketika masa di mana udara dalam alam sekitar tercemar. Keadaan udara tercemar menguntungkan fenotip kelabu (fenomena melanisme perindustrian). Kebelakangan ini langkah-langkah telah diambil untuk memulihkan alam sekitar dan udara semakin bersih. Oleh itu pemilihan alamiah kini lebih menguntungkan fenotip cerah. Jadual populasi adalah seperti berikut: Jadual Populasi 1mm 2MM 3mm 4mm 5mm 6mm 7Mm 8mm 9mm 10mm 11mm 17mm 18mm 19Mm 20mm 21mm 22mm 23mm 24Mm 25mm 26mm 27mm

12Mm 13mm 14mm 15mm 16Mm

28mm 29Mm 30mm 31mm 32Mm

Setiap individu boleh dilambangkan dengan kod yang terdiri daripada 5 angka yang dihasilkan dengan melambung duit syiling sebanyak 5 kali. Angka 1 mewakili kepala; angka 0 mewakili bunga. Sebagai contoh, kupu-kupu pertama dalam Jadual Populasi mempunyai kod individu (genotip mm, jantan) mempunyai kod 00000 dalam Jadual Kod Individu berikut. Sebanyak 32 permutasi yang mungkin boleh didapati dengan cara ini seperti dalam jadual berikut. Jadual Kod Individu 100000 200001 300010 400011 500100 600101 700110 800111 901000 1001001 1101010 1201011 1301100 1401101 1501110 1601111 1710000 1810001 1910010 2010011 2110100 2210101 2310110 2410111 2511000 2611001 2711010 2811011 2911100 3011101 3111110 3211111

Proses pembiakan menambahkan populasi tetapi pemangsaan menyebabkan populasi menurun. Ada keseimbangan di antara pembiakan dan pemangsaan. Permainan berjalan berselang-seli di antara pemangsaan dan pembiakan.

6.4KAJIAN LAPANGAN Kajian lapangan ialah satu kaedah inkuiri sains yang sesuai dengan pengajaran topik-topik persekitaran dalam sains. Anggapan ramai guru ialah perancangan dan pelaksanaan kaedah ini memakan tenaga dan masa yang intensif serta perbelanjaan yang tinggi. Di samping itu, risiko adalah tinggi kerana kemalangan mungkin berlaku terutamanya dalam kajian lapangan di luar kawasan sekolah jika disiplin tidak dikawal dengan ketat. Oleh itu ramai guru enggan menggunakan kaedah mengajar ini. Namun demikian, ada kajian lapangan yang boleh dijalankan pada waktu persekolahan di kawasan sekolah. Padang sekolah ialah habitat yang digunakan oleh banyak jenis benda hidup dan banyak proses-proses ekologi boleh diperhatikan dalam kawasan lapang sekolah. Bagi sekolah-sekolah luar bandar, kajian lapangan separuh hari boleh dilakukan di ladang kelapa sawit, sawah padi atau kilang pemerosesan susu getah. Perancangan dan pelaksanaan kajian lapangan separuh hari boleh diringankan dengan melibatkan guru-guru lain dan ibu bapa pelajar. Untuk sekolah-sekolah bandar, kajian lapangan separuh hari yang sesuai ialah lawatan ke muzium atau ke kilang. Pengendalian kajian lapangan panjang yang dijalankan di kawasan yang jauh dari sekolah di mana pelajar dan guru mesti menginap dalam tapak perkhemahan lebih mencabar lagi. Namun demikian, kajian lapangan mempunyai banyak kebaikan yang mungkin boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran. Satu kebaikan kajian lapangan ialah pelajar berpeluang mengkaji penggunaan pengetahuan sains dalam keadaan yang sebenar, misalnya aplikasi hukum-hukum dan teori sains dalam proses perindustrian. Di samping itu, pelajar berpeluang mengkaji tumbuhan dan haiwan dalam keadaan semulajadi. Sebagai kaedah pengajaran, kajian lapangan adalah amat memberangsangkan dan menyeronokkan dan oleh itu akan meningkatkan minat pelajar terhadap sains. Akhirnya, kajian lapangan dapat menyedari pelajar tentang hubungan di antara sains dengan masyarakat serta menyemai sikap cinta alam. Perancangan dan Pelaksanaan Kajian Lapangan Memilih lokasi Seperti yang disebutkan lebih awal, guru-guru boleh mempertimbangkan kawasan sekolah sebagai tempat untuk menjalankan kajian lapangan. Guru-guru jarang membawa pelajar keluar dari bilik darjah atau makmal untuk mengkaji aplikasi sains dalam keadaan semulajadi sungguhpun langkah ini dapat mengurangkan perasaan bosan di kalangan pelajar. Sekiranya, tapak di luar sekolah dipilih, seseorang guru mesti memilih sama ada hendak memilih tempat awam atau swasta. Terdapat banyak bahan rujukan awam, misalnya risalah badan pelancongan

dan perpustakaan Untuk membantu guru membuat keputusan. Sumber maklumat yang lain ialah bahan rujukan yang diperolehi dari badan gerko, guru lain, ibu bapa, dan lain-lain. Di antara maklumat penting yang mesti dipertimbangkan sebelum keputusan dibuat ialah peraturan-peraturan yang mesti dipatuhi di kawasan kajian lapangan, waktu/masa pembukaan, bilangan dan julat umur pelawat yang dibenarkan serta bolehkah sampel diambil dan gambar ditangkap? Memohon Kebenaran Daripada Semua Pihak Yang Berkenaan Untuk kajian lapangan yang dijalankan di luar kawasan sekolah, seseorang guru mesti mengatur langkah mendapat kebenaran daripada semua pihak yang berkenaan selepas tapak kajian lapangan dipilih. Permohonan kepada pihak berkuasa lokasi kajian lapangan mesti dibuat secara bertulis. Sebaik sahaja mendapat jawapan positif daripada pihak tersebut, failkan pengesahan tempahan. Seterusnya, guru mesti mendapat kelulusan dari pihak JPN, guru besar dan ibu bapa. Failkan semua surat jawapan dari pihak-pihak tersebut.. Persediaan dan Perancangan Awal Di antara persediaan dan perancangan awal ialah: Menentukan bilangan pelajar. Melantik pembantu, pengawas dan pemandu kajian luar. Menetapkan masa/waktu/hari kajian lapangan. Menyediakan peta dan jalan/laluan perjalanan semasa kajian luar. Menyediakan arahan, peraturan dan tugas untuk semua pelajar. Mengorganisasikan pelajar ke dalam kumpulan besar dan pasukan kecil. Menyediakan peta, alat, bekalan, bahan bacaan/rujukan, belanjawan, penginapan, pengangkutan dan insuran. Perancangan Aktiviti Pengajaran/Pembelajaran Perlulah diingat bahawa sungguhpun kajian lapangan memberi peluang kepada semua orang yang berkenaan menikmati alam yang indah dan mengkagumkan, tujuan utama kajian lapangan ialah untuk pendidikan sains. Oleh yang demikian, seseorang guru mesti membuat perancangan pengajaran seperti biasa. Segala aktiviti pembelajaran boleh dirumuskan dalam Buku Panduan Kajian

Lapangan Untuk Pelajar. Buku Panduan menghuraikan masalah kajian, soalan penyelidikan dan pemerhatian yang perlu, pembahagian tugas semasa kajian. Di samping itu, guru yang berkenaan mesti membincangkan perancangan pengajaran bersama dengan guru-guru pembantu dan fasilitator yang lain. Tindakan Yang Perlu Diambil Dua Minggu Sebelum Kajian Luar Pungut yuran daripada murid. Pastikan bekalan, tempat penginapan dan pengangkutan sudah sedia. Beri makluman kepada pelajar tentang pakaian, peralatan, bekalan peribadi yang dibenarkkan dan bahan-bahan yang diharamkan semasa kajian lapangan. Pastikan semua persuratan tempahan/kelulusan adalah lengkap. Tindakan Yang Perlu Diambil Sehari/Dua Hari Sebelum Kajian Luar Edarkan dan bincangkan Buku Panduan Kajian Lapangan. Bahagikan pelajar kepada pasukan kecil kajian. Mengesahkan tarikh, masa dan tempat bertolak. Pastikan bekalan kecemasan dan bekalan lain adalah lengkap. Tindakan Yang Perlu Diambil Pada Hari Kajian Luar Buat head count apabila semua orang telah berhimpun di tempat bertolak. Setibanya, di tapak kajian lapangan tentukan semua orang ada bilik tidur, kemudahan asas, maklumat tempat dan waktu makan. Berikan masa untuk murid berehat dan sesuaikan diri kepada tempat baru. Tetapkan ruang untuk perbincangan pasukan kecil kajian. Beri taklimat kepada pemandu/pengawas/fasilitator tentang aktiviti pembelajaran dan langkah-langkah keselamatan dan disiplin. Tindakan Yang Perlu Diambil Sepanjang Kajian Lapangan Selaraskan kerja kumpulan kecil.

Atasi masalah yang timbul seperti selar matahari dan lepuh. Berikan nasihat dan panduan kepada pelajar bagaimana memerhati dan mencatat dapatan. Tindakan Yang Perlu Diambil Sebelum Perjalanan Balik Pastikan kawasan bersih dan semua alat/bahan diambil. Buat head count. Aktiviti Pengajaran-Pembelajaran Selepas Kajian Luar Minta murid melengkapan penulisan laporan awal kajian dan catatan pengalaman masing-masing. Bincangkan dapatan kajian dan inferens yang boleh dibuat.

Minta murid menyediakan laporan akhir dan penilaian kajian luar.

6.5 KAEDAH MAIN PERANAN Kaedah inkuiri yang sesuai untuk pelajaran yang tidak ada amali sesuai, contohnya topik Kesihatan Diri dan Masyarakat & Kesihatan Sedunia. Kaedah main peranan yang agak sesuai untuk pengajaran sains ialah forum. Mengendalikan Forum Sesi forum memberi peluang kepada pelajar memikirkan isu-isu berkaitan dengan sains dan masyarakat secara kritis. Biasanya pelajar diminta memain peranan sebagai tokoh-tokoh sains atau masyarakat dan diminta membuat kajian bacaan yang mendalam demi menyediakan diri memainkan peranan sebagai watak yang berkenaan. Garis-garis panduan yang berikut boleh digunakan untuk mengendalikan pengajaran-pembelajaran berdasarkan forum. Pilih pelajar-pelajar untuk memainkan peranan sebagai ahli panel forum. Bahagikan pelajar kepada kumpulan kecil; kumpulan yang akan mengkaji maklumat bagi wakil yang mainkan peranan sebagai ahli panel, pengerusi, panel pengulas dan para hadirin.

Sediakan rujukan tambahan untuk setiap kumpulan kecil. Selaraskan perbincangan kumpulan. Selepas forum, rumuskan hujah yang dibangkitkan, tanyakan soalan lanjutan dan jalankan penilaian.

Jawapan Soalan 1
Amali tersebut sesuai dijalankan mengikut rekabentuk eksperimen. Sebabnya ialah amali ini tertumpu kepada menguji satu hubungan kuantitatif atau statistik di antara jarak objek (u), jarak imej (v) dan jarak fokus (f). Namun demikian, amali tersebut tidak mengikut rekabentuk eksperimen dengan tepat. Sebabnya ialah kaedah eksperimen digunakan untuk mendekati fenomena sains secara hipotetiko-deduktif. Kaedah yang digunakan dalam amali tersebut menggunakan pendekatan induktif. Kemungkinan menjanakan hubungan matematik di antara u, v dan f melalui pendekatan induktif adalah amat tipis.

Dalam pendekatan hipotetiko-deduktif, hipotesis atau jangkaan awal terhadap hubungan kuantitatif antara semua pembolehubah (u dan f) mesti disebutkan terlebih dahulu. Dalam kes ini, pembolehubah u dan v boleh dikaitkan dengan pemalar f dengan hipotesis berikut.

Jawapan Soalan 2

Tindakan Terkawal Gerak balas yang bukan automatik. Gerak balas yang dihasilkan lambat. Kita sedar akan gerak balas yang dijalankan. Dikawal oleh serebrum dan serebelum. Impuls dihantar melalui sistem saraf somatik.

Tindakan Luar Kawal Gerak balas berlaku secara automatik. Gerak balas berlaku dengan pantas. Kita tidak sedar akan gerak balas yang dijalankan Dikawal oleh medula oblongata. Impuls dihantar melalui sistem saraf autonomi.

Mayr, E. 1982 (1982). The growth of biological thought: diversity, evolution and inheritance. Cambridge, Mass.: Belknap Press. Poh Swee Hiang (1997). Pedagogi Sains 3: Kemahiran Proses Sains.Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rujuka n

Anda mungkin juga menyukai