Anda di halaman 1dari 20

1.

0 PENGENALAN
Organisasi sentiasa berhadapan dengan keadaan-keadaan tertentu yang memerlukan
perubahan dilakukan demi kemajuan organisasi dan sumber tenaga manusia yang
menggerakkan organisasi tersebut. Dalam usaha meningkatkan kemajuan organisasi, aspek
perubahan perlu dilakukan daripada pelbagai segi bagi memastikan sesebuah organisasi
dapat berdiri kukuh bersama organisasi maju yang lain di masa hadapan. Perubahan
sentiasa berlaku walau di mana sahaja, malah dapat dikatakan tiada organisasi yang
berbentuk statik dalam pasaran. Reaksi terhadap perubahan adalah berbeza-beza.
Perubahan dalam organisasi adalah sesuatu yang tidak dapat dihindari di mana setiap
organisasi sudah tentu ingin sentiasa mencuba melakukan yang terbaik bagi
mempertingkatkan lagi kualiti dan mutu yang sedia ada dalam organisasi. Perubahan
membawa maksud proses penukaran daripada apa yang sedia ada ke arah kebaikan ataupun
sebaliknya secara berterusan. Ini bemakna organisasi akan menukar apa saja yang dirasakan
perlu bagi mencipta sesuatu yang lebih baik untuk organisasi ataupun ianya mungkin boleh
terjadi sebaliknya.

Di Malaysia, terdapat beberapa syarikat media seperti Media Prima Sdn Bhd yang
menyediakan masyarakat Malaysia dengan berita-berita semasa. Walau bagaimanapun,
Media Prima mengalami kemerosotan prestasi ekoran daripada faktor makro ekonomi yang
tidak menentu seperti dorongan ekonomi yang lembap, keadaan politik semasa dan juga
kepercayaan masyarakat terhadap ketelusan berita yang disampaikan. Oleh itu, Media
Prima telah mengorak langkah dengan melakukan perubahan untuk memastikan
transformasi yang dilakukan dapat membantu meningkatkan prestasi dan pencapaian
organisasi.

Transformasi yang berlaku dalam Media Prima melibatkan beberapa aspek


pembuatan keputusan. Salah satu isu yang dibangkitkan adalah berkenaan dengan
pengecilan pekerja di mana akan berlaku proses pemberhentian pekerja. Keputusan ini
dilakukan untuk memastikan organisasi dapat terus bertahan menerusi pengurusan kos yang
lebih efektif. Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat ini akan memberikan kesan
kepada pekerja yang terlibat dengan proses pemberhentian pekerja yang mana akan

1
menjejaskan sumber pendapatan mereka. Namun begitu, pengurusan tertinggi Media Prima
telah berbincang dengan beberapa kesatuan sekerja dalam Media Prima untuk mengatasi
masalah ini. Antaranya ialah Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ) cawangan
The New Straits Times Press (NSTP), Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Akhbar
(NUNW) cawangan NSTP, Kesatuan Sekerja Kakitangan Sistem Televisyen Malaysia
Berhad (KSKSTMB) dan Kesatuan Eksekutif Sistem Televisyen Malaysia Berhad
(KESTMB) (Berita Harian, 6 November 2019). Hasil perbincangan yang telah dicapai
bersama turut membela pekerja Media Prima yang akan terlibat dengan keputusan yang
akan diambil. Antaranya ialah pemberian pampasan secara adil dan saksama. Keputusan
yang dicapai ini juga adalah berdasarkan kepada peruntungan perundangan yang mana
pemberhentian pekerja oleh majikan menuntut majikan untuk menyediakan pampasan yang
adil dan saksama kepada pekerja.

Berdasarkan kepada situasi yang berlaku dalam Media Prima, dapat dilihat bahawa
keputusan Media Prima untuk melaksanakan program pengurangkan pekerja adalah untuk
memastikan Media Prima tidak menanggung kos operasi yang tinggi. Ini adalah untuk
memastikan agar Media Prima dapat kekal bertahan dalam industri dan tidak menjejaskan
keseluruhan warga kerja dalam syarikat ini. Keadaan ekonomi yang tidak menentu,
perubahan tampuk pemerintahan negara dan juga persepsi masyarakat terhadap Media
Prima adalah tiga faktor utama yang dilihat menyumbang kepada perkara ini. John (2016)
menyatakan bahawa perubahan yang dilakukan dalam sesebuah organisasi adalah didorong
oleh pelbagai faktor dalaman dan luaran. Antaranya ialah untuk meningkatkan pengurusan
kos yang efektif, menyeimbangkan keperluan organisasi dengan keadaan ekonomi dan
politik semasa serta citarasa masyarakat. Sementara itu, Mohammad Nizam (2015)
menjelaskan bahawa transformasi atau perubahan dalam organisasi perlu dilakukan dengan
segera dalam keadaan organisasi mengalami penyusutan prestasi. Perubahan yang ingin
dilakukan perlu mencakupi perkara yang mendorong kepada penurunan atau penyusutan
prestasi organisasi. Oleh itu, tindakan Media Prima melaksanakan program pengecilan
pekerja adalah suatu tindakan yang tepat dalam usaha untuk mengekalkan peranan Media
Prima dalam industri.

2
Jika diteliti kepada situasi yang berlaku dalam Media Prima, dapat dilihat bahawa
keputusan dan tindakan yang dilakukan oleh pengurusan Media Prima bukanlah keputusan
persendirian. Sebaliknya, perbincangan dilakukan dengan beberapa kesatuan sekerja
tentang keputusan terbaik yang dapat memberikan kepuasan kepada semua pihak. Perkara
ini juga adalah untuk mengikuti kontrak pekerjaan yang telah dicapai antara pekerja Media
Prima dan syarikat. Nik Ahmad (2007) pula menjelaskan bahawa kontrak pekerjaan yang
dipersetujui oleh majikan dan pekerja merupakan kontrak yang membolehkan majikan dan
pekerja tidak melakukan suatu tindakan atau keputusan dengan sesuka hati. Contohnya,
majikan memecat pekerja tanpa sebab yang dibenarkan. Begitu juga dengan pekerja yang
mana perlu melaksanakan tanggung jawab mereka seperti mana yang dinyatakan dalam
kontrak. Sekiranya pekerja melanggar syarat dan terma yang dinyatakan dalam kontrak,
maka majikan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya. Contohnya, memecat pekerja
sekiranya tidak amanah atau melakukan kerosakan dalam syarikat, terlibat dengan jenayah
dan seumapamanya. Kesemua situasi ini dibenarkan dalam untuk membolehkan majikan
tindakan yang dibenarkan bagi menjaga kepentingan kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, penyertaan kesatuan keserja dalam proses pembuatan keputusan
Media Prima juga adalah suatu tindakan yang sangat betul dan tepat. Fungsi kesatuan
sekerja adalah untuk mengatasi konflik antara majikan dan pekerja. Parasuraman (2015)
menyatakan bahawa setiap organisasi akan berhadapan dengan situasi di mana wujud
keluhan mahupun ketidak puasan dalam kalangan pekerja. Ianya boleh mencakupi banyak
perkara seperti ketidak puasan terhadap pampasan yang diterima, bebanan kerja, polisi
syarikat dan sebagainya. Situasi ini juga boleh menimbulkan konflik antara pekerja dan
majikan. Justeru, peranan kesatuan sekerja adalah dengan memastikan konflik yang wujud
ini dapat diselesaikan dengan pendekatan perundingan yang berkesan. Ini juga adalah untuk
memastikan agar permasalahan yang dihadapi oleh pekerja ini tidak berpanjangan yang
akhirnya boleh memberikan kesan tidak baik kepada organisasi. Perkara yang sama juga
boleh berlaku menerusi tindakan Media Prima yang melakukan program pengecilan
pekerja. Sekiranya keputusan diambil tanpa mengadakan perbincangan dengan kesatuan
sekerja, maka konflik antara pekerja dan majikan boleh berlaku. Pekerja juga boleh
terdorong untuk melakukan piket yang mana akan memberikan imej buruk terhadap

3
syarikat Media Prima. Oleh itu, tindakan pengurusan Media Prima yang melibatkan
beberapa kesatuan sekerja dalam proses pembuatan keputusan adalah suatu yang sangat
positif agar proses transformasi dalam organisasi akan dapat dicapai dengan lebih
memuaskan.

2.0 KAJIAN LITERATUR


2.1 MODEL EMPAT FASA BULLOCK DAN BATTEN
Dalam membincangkan aspek perbahan dalam organisasi, terdapat beberapa teori
yang boleh digunakan agar perubahan yang dilakukan dapat mencapai matlamat dan
objektif yang digariskan. Antaranya ialah Model Empat Fasa Bullock dan Batten.
Bullock dan Batten (1985) telah mereka satu model perubahan dipanggil model
intergratif perubahan berencana (Integrative Model for Planned Change) yang
menerangkan aspek keadaan organisasi dan proses perubahan. Terdapat beberapa proses
yang perlu dilakukan dalam mengurus perubahan dalam organisasi. Antaranya ialah:-

a) Fasa Peninjauan (Exploration Phase)


Dalam fasa ini, organisasi akan membuat keputusan untuk untuk merancang satu
perubahan khas dan menyerahkan/mengagihkan sumber yang diperlukan. Usaha
juga harus mengwujudkan kesedaran untuk mendorong ahli organisasi untuk
berubah dan memulakan proses perubahan. Kesedaran ini akan mendorong usaha
untuk mencari pakar pembangunan organisasi dan bantuan boleh menghasilkan
pengikatan perjanjian perkhidmatan pakar pembangunan organisasi. Ahli
organisasi akan membuat pertimbangan mengenai kemahiran dan kebolehan
perunding dan pada masa yang sama juga, perunding atau pakar pembangunan
organisasi menilai sama ada pelanggan telah bersedia untuk melaksanakan
program perubahan dan mempunyai sumber dan komitmen.

b) Fasa Perancangan (Planning Phase)


Fasa ini akan bermula selepas masalah yang dihadapi oleh organisasi difahami dan
sumber-sumber untuk program pembangunan organisasi telah diagihkan. Proses

4
perubahan dilaksanakan selepas diagnosis di mana organisasi mengenal pasti
punca masalah dengan pengumpulan maklumat penting berkaitan operasi atau
fungsi organisasi dan seterusnya membuat analisis. Diagnosis dilakukan bersama
ahli organisasi dengan pakar pembangunan organisasi. Kemudian, matlamat
perubahan dibentuk dan tindakan yang sesuai dMedia Prima untuk memajukan
organisasi. Kebenaran pengurusan atasan diperolehi bagi memastikan perubahan
yang dicadangkan akan diterima.

c) Fasa Tindakan (Action Phase)


Perubahan yang telah dikenal pasti di peringkat perancangan dilaksanakan pada
fasa ini. Fasa ini melibatkan beberapa proses yang bertujuan untuk menentukan
peralihan organisasi dari keadaan semasa ke keadaan baru atau masa depan
berjalan dengan lancar seperti yang dikehendaki. Kemudian, aktiviti perubahan
dikesan (monitored) dan dinilai dari semasa ke masa untuk menentukan kemajuan
dan matlamat perubahan dicapai atau sama ada memerlukan modifikasi atau
penyempurnaan (refinement).

d) Fasa Integrasi (Intergration Phase)


Fasa ini melibatkan usaha untuk melakukan perubahan dijadikan sebahagian
daripada operasi/fungsi organisasi selepas berjaya melaksanakan dan menstabilkan
perubahan tersebut. Gelagat baru dikekalkan melalui maklum balas, insentif dan
ganjaran. Kemudian perjanjian atau kontrak dengan pakar pembangunan
organisasi ditamatkan secara beransur-ansur.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, Model Empat Fasa


Bullock dan Batten boleh digunakan oleh Media Prima dalam merancang secara teliti
tentang proses perubahan yang ingin dilakukan. Menerusi penekanan kepada empat
proses ini, maka pengurusan tertinggi Media Prima akan lebih mudah untuk membuat
perubahan agar perubahan yang dilakukan tidak memberikan impak negatif kepada
organisasi. Sebaliknya, setiap keputusan yang dibuat adalah untuk memastikan
perancangan yang dibuat dapat mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan.

5
2.2 MODEL UMUM PERUBAHAN TERANCANG CUMMINGS DAN
WORLEY
Model Umum Perubahan Terancang Cummings dan Worley (2001) juga boleh
digunakan dalam merancang perubahan dalam organisasi termasuklah perubahan yang
ingin dilakukan dalam Media Prima. Menerusi model ini, terdapat empat proses
perubahan terancang yang perlu dilaksanakan oleh pengurusan tertinggi seperti mana
yang berikut:-

a) Pengenalan dan Persefahaman


Proses pertama dalam melakukan perubahan mengikut model ini ialah peringkat
pengenalan dan persefahaman. Peringkat ini membantu pengurus memutuskan
sama ada mereka mahu mengubah (engage) sifat-sifat dalam program rancangan
perubahan dan memberi komitmen dari segi sumber dalam proses tersebut atau
sebaliknya. Memasuki (entering) melibatkan pengumpulan data untuk memahami
masalah-masalah organisasi ataupun peluang yang positif kepada penyelidikan.
Apabila maklumat dikumpulkan, perbincangan masalah ataupun peluang akan
dilakukan di antara pengurus dan ahli-ahli lain dalam organisasi untuk
mewujudkan kontrak atau perjanjian berhubung dengan rancangan perubahan.
Kontrak ini akan mewujudkan perubahan aktiviti pada masa hadapan, penyediaan
sumber-sumber yang akan digunakan dalam proses tersebut dan bagaimana
pengamal pembangunan organisasi dan ahli-ahli organisasi akan terlibat. Dalam
kebanyakkan kes, organisasi tidak akan terus membuat perubahan dengan segera
pada peringkat awal perancangan perubahan kerana wujud ketidaksetujuan tentang
keperluan kepada perubahan terhadap mana-mana bahagian, peruntukkan sumber-
sumber akan di ambilkira, atau wujud lain-lain kaedah kepada perubahan yang
boleh dilakukan. Begitu juga dengan Media Prima yang mana tidak mengambil
tindakan segera. Sebaliknya, berbincang dengan beberapa kesatuan sekerja dalam
proses mencapai kesepakatan keputusan yang akan diambil.

b) Diagnosis

6
Pada peringkat rancangan perubahan ini, sistem organsisasi adalah lebih bercorak
kepada kajian yang berwaspada. Diagnosis akan menumpukan kepada memahami
masalah organisasi, termasuk sebab dan akibatnya, atau mengenalpasti sifat-sifat
positif organisasi. Proses diagnosis adalah satu aktiviti yang penting dalam
perbahan organisasi. Ia termasuklah pemilihan model yang sesuai untuk
memahami organisasi dan pengumpulan data, penganalisaan dan memberi
maklumbalas maklumat kepada pengurus dan ahli organisasi dan masalah serta
peluang yang wujud. Dalam konteks Media Prima, diagnosis dilakukan secara
kolektif dalam kalangan pengurusan organisasi yang kemudiannya dibincangkan
bersama dengan kesatuan sekerja. Tindakan ini dilakukan sebagai satu usaha untuk
memastikan keputusan yang ambil dapat memberikan kepuasan kepada semua
pihak.

c) Perancangan dan Pelaksanaan Perubahan


Pada peringkat ini, ahli organisasi dan pengamal pembangunan organisasi akan
berkerjasama dalam proses merancang dan melaksanakan interversi-interversi.
Interversi-interversi ini dibentuk untuk mencapai visi dan matlamat organisasi dan
membentuk rancangan tindakan untuk melaksanakannya. Terdapat beberapa ciri-
ciri untuk membentuk interversi temasuklah kesediaan ahli-ahli organisasi untuk
diubah, kebolehan perubahan semasa, pengagihan kuasa dan budaya, dan
kemahiran dan kebolehan agen perubahan untuk membuat perubahan. Berdasarkan
kepada hasil diagnosis terdapat, empat pendekatan dalam melaksanakan interversi
OD, iaitu proses manusia, teknostruktural, pengurusan sumber manusia, dan
strategik.

d) Penilaian dan Pemantapan Perubahan


Ini adalah peringkat terakhir dalam perancangan perubahan iaitu seseorang
pengamal pembangunan organisasi akan membuat penilaian, menyatakan kesan
daripada pengaplikasian interversi dan menguruskan serta memantapkan
organisasi ke arah kejayaan program perubahan. Maklumbalas kepada ahli
organisasi tentang hasil interversi memberikan maklumat tentang sama ada

7
perubahan perlu diteruskan, diubahsuai atau menangguhkan perubahan tersebut.
Kejayaan perubahan pengorganisasian melibatkan pengukuhan dan pemantapan
melalui maklumbalas, ganjaran dan latihan.

Daripada penerangan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat empat proses yang
boleh dilaksanakan dalam proses perubahan organisasi.

2.3 MODEL TUJUH FASA PROSES PERUBAHAN PO WARNER BURKE


Model ini berasaskan prinsip bahawa organisasi dan agen perubahan mesti
berkongsi maklumat dengan bebas dan terbuka dan maklumat tersebut mesti boleh
diterjemahkan kepada tindakan. Menerusi teori ini, terdapat beberapa peringkat
perancangan yang perlu dilakukan dalam mengurus perubahan dalam organisasi.
Antaranya ialah:-

a) Peringkat Peninjauan (Scouting)


Ini merupakan fasa di mana agen perubahan dan ahli organisasi bersama-sama
meninjau (explore) keperluan-keperluan untuk perubahan dan bidang yang
memerlukan perubahan.

b) Peringkat Kemasukan (Entry)


Merujuk kepada pembentukan kontrak atau perjanjian dan harapan bersama. Ini
boleh dianggap sebagai akujanji untuk berubah di kalangan ahli organisasi.

c) Peringkat Diagnosis
Melibatkan penetapan bidang, fokus dan matlamat pemajuan dan penambahbaikan
(improvement goals) yang khusus dikenal pasti.

d) Peringkat Perancangan (Planning)

8
Ini adalah di mana perkara-perkara yang mungkin mendatangkan halangan kepada
perubahan dikenal pasti, di samping merancang matlamat pemajuan /
penambahbaikan yang khusus.
e) Peringkat Tindakan (Action)
Ini adalah pelaksanaan langkah-langkah yang telah dikenal pasti dalam peringkat
perancangan.

f) Peringkat Pemantapan dan Penilaian (Stabilization and Evaluation)


Proses ini merupakan fasa di mana penilaian dilakukan untuk menentukan:-
o Sejauh mana kejayaan perubahan tersebut.
o Keperluan untuk tindakan lanjutan atau penamatan rancangan.

g) Peringkat Penamatan (Termination)


Ini adaalah fasa di mana keputusan dibuat untuk menamatkan sistem dan
memulakan bidang perubahan yang lain.

Berdasarkan kepada perbincangan di atas, dapat dilihat bahawa terdapat 7


peringkat perubahan yang dinyatakan Burke dalam melaksanakan transformasi dalam
organisasi. Setiap peringkat ini mempunyai tindakan yang perlu dilakukan oleh majikan
atau pelaksana perubahan organisasi agar setiap proses perubahan yang dilakukan dapat
mencapai objektif yang ingin dicapai. Ini juga adalah untuk mengelakkan kesan negatif
kepada pekerja yang terlibat dengan proses perubahan. Dalam konteks perubahan yang
ingin dilakukan dalam Media Prima misalnya, pengurusan tertinggi Media Prima perlu
lebih awal menilai dan meneliti keputusan yang akan dilakukan sebelum mengadakan
perincangan dengan kesatuan sekerja. Ini penting agar keputusan yang akan dilakukan
tidak menjejaskan operasi syarikat dan tidak menimbulkan pelbagai konflik dan isu
dengan pekerja yang terlibat. Ianya juga adalah satu perkara penting yang perlu
ditekankan oleh pengurusan Media Prima agar proses mengurangkan pekerja tidak
menimbulkan dorongan kepada pekerja untuk melakukan piket. Sebaliknya, pekerja
mudah menerima keputusan yang dicapai dan sentiasa bersedia untuk menerima

9
keputusan untuk mereka dilibatkan dalam program pengecilan pekerja dalam organisasi
Media Prima.

3.0 ANALISIS KEJADIAN


C. D. Ino Yuwono dan M. G. Bagus Ani Putra (2005) menyatakan bahawa
perubahan organisasi selalu bersifat menyeluruh (organization-wide) sehingga perubahan
tersebut bukan merupakan suatu perubahan yang bersifat piece meal. Namun mengarah
kepada penggunaan cara mahupun sistem (termasuk struktur organisasi) yang lebih efisien
dalam menjalankan organisasi agar dapat bertahan dan berkembang sejalan dengan
perubahan dan perkembangan lingkungan. Dalam menangani masalah yang dihadapi dalam
Media Prima, Model Perubahan Terancang Cummings dan Worley boleh dijadikan rujukan
agar keputusan yang dicapai dapat mengelakkan konflik atau isu besar yang boleh
memberikan imej buruk kepada Media Prima. Oleh itu, berikut adalah analisis dan
perbincangan yang boleh dilakukan Media Prima dengan menggunakan model ini:-

a) Peringkat Pengenalan dan Persefahaman


Dalam Media Prima, proses pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mengenal
pasti isu atau permasalahan utama yang dihadapi. Daripada perbincangan kes, isu
pengurusan kos yang tinggi dan prestasi Media Prima yang semakin merosot adalah
antara isu utama yang dikenal pasti yang menuntut kepada perubahan. Perubahan
yang dilakukan adalah dengan melakukan proses pengecilan pekerja di mana
terdapat kumpulan pekerja yang akan diberhentikan dari Media Prima. Ini bermakna
bahawa program pengecilan pekerja Media Prima ini akan menyebabkan ramai
pekerja dalam Media Prima yang akan kehilangan pekerjaan. Oleh itu, pengenalan
perubahan perlu disampaikan kepada pekerja agar pekerja memahami proses
perubahan yang akan dilakukan dalam organisasi.

Namun begitu, cabaran yang akan timbul pada proses ini ialah sikap warga kerja
yang mungkin ‘melobi’ pengurus setiap bahagian agar mereka dikekalkan dalam
syarikat. Dalam pada itu, sikap memburukkan rakan sekerja juga boleh berlaku hany

10
akhirnya boleh meningkatkan konflik antara pekerja dalam organisasi. Justeru,
situasi seperti ini boleh ditangani dengan baik dengan memberikan penerangan yang
terperinci kepada pekerja serta manfaat dan pampasan yang akan diterima oleh
pekerja yang terlibat dalam program pengecilan pekerja. Dalam pada itu, pekerja
juga turut diberikan tempoh masa untuk mereka mendapatkan pekerjaan baru
khususnya bagi pekerja yang terlibat dengan program ini. Secara tidak langsung,
ianya akan mendorong pekerja untuk berusaha mencari pekerjaan baru atau
membuat perancangan pekerjaan mereka menerusi manfaat dan pampasan yang
akan diberikan oleh majikan. Dengan demikian, pekerja akan lebih bersedia untuk
dilibatkan dalam program pengecilan pekerja dan seterusnya mengelakkan konflik
dalam organisasi.

b) Peringkat Diagnosis
Peringkat kedua dalam Model Perubahan Terancang Cummings dan Worley ialah
peirngkat diagnosis. Ianya adalah proses di mana majikan mengenal pasti masalah
dalam organisasi yang mendorong kepada perubahan dan bentuk perubahan yang
boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut. Kesemua faktor dan sebab
kepada permasalahan juga akan turut dianalisis agar majikan dan pakar perubahan
organisasi dapat mengenal pasti secara tepat tentang faktor yang menyumbang
kepada masalah dalam organisasi. Begitu juga dengan isu dalam Media Prima iaitu
penurunan prestasi syarikat dan peningkatan kos operasi kesan daripada faktor-
faktor makroekonomi.

Pada peringkat ini, cabaran utama yang dihadapi oleh Media Prima ialah mengenal
pasti pekerja yang akan dilibatkan dalam proses pengecilan pekerja. Dalam erti kata
lain, pengurusan tertinggi Media Prima perlu mengenal pasti pekerja yang mana
akan diberhentikan daripada terus berkhidmat dalam syarikat. Ini adalah antara
cabaran besar yang perlu dilakukan oleh pengurusan Media Prima agar pengenal
pastian pekerja tersebut tidak akan mengundang isu dan konflik yang besar yang
boleh menjejaskan imej syarikat.

11
Justeru, penyelesaian terbaik yang boleh diambil oleh pengurusan Media Prima
adalah dengan mengenal pasti pekerja yang tidak menunjukkan prestasi kerja dan
yang memuaskan seperti mana yang diharapkan oleh majikan. Dalam erti kata lain,
pekerja yang kurang produktif boleh diserap ke dalam program pengecilan pekerja
dan hanya pekerja yang cemerlang dan produktif yang akan dikekalkan dalam
syarikat. Ini penting agar pekerja yang produktif dalam terus mengekalkan
produktiviti kerja mereka agar apat meningkatkan semula prestasi dan pencapaian
Media Prima.

c) Peringkat Perancangan dan Pelaksanaan Perubahan


Peringkat ketiga dalam Model Perubahan Terancang Cummings dan Worley ialah
peringkat perancangan dan pelaksanaan perubahan. Pada peringkat ini, kepimpinan
tertinggi Media Prima perlu menyatakan dengan jelas tentang perubahan yang akan
dilakukan iaitu mengurangkan warga kerja Media Prima. Ini bermakna bahawa
terdapat pekerja yang akan meninggalkan syarikat dan mencari pekerjaan baru.
Namun begitu, pengurusan Media Prima telah mengadakan perbincangan dengan
kesatuan sekerja tentang keputusan terbaik yang boleh dicapai secara bersama. Hasil
perbincangan yang dilakukan, Media Prima akan memberikan pampasan yang adil
dan saksama kepada pekerja yang terlibat dengan program pengecilan pekerja. Ini
bermakna bahawa Media Prima akan memberhentikan sekumpulan pekerjanya yang
memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti prestasi kerja yang kurang
memuaskan, keperluan bilangan pekerja untuk suatu jawatan yang perlu
dikurangkan dan seumpamanya.

Namun begitu, cabaran utama yang akan dihadapi Media Prima pada peringkat ini
ialah peruntukan perbelanjaan yang tinggi yang perlu disediakan untuk memberikan
pampasan kepada pekerja yang akan diberhentikan kerja. Dalam erti kata lain, setiap
pekerja yang terlibat dengan program pengecilan pekerja ini akan diberikan
pampasan dan peruntukan bayaran pampasan kepada pekerja akan meningkatkan
kos operasi kepada syarikat.

12
Justeru, pendekatan atau penyelesaian terbaik yang boleh dilakukan oleh Media
Prima adalah dengan melaksanakan bayaran pampasan secara berkala. Dalam erti
kata lain, pekerja yang telah diberhentikan kerja akan diberikan pampasan dalam
beberapa peringkat pembayaran. Contohnya, sekiranya bayaran pampasan sebanyak
RM10,000 kepada seorang pekerja, maka Media Prima boleh merancang untuk
membayar dua atau tiga kali bayaran kepada pekerja tersebut. Tindakan seperti ini
tidak akan membebankan kos operasi syarikat kesan daripada keputusan
melaksanakan program pengecilan pekerja.

d) Peringkat Penilaian dan Pemantapan Perubahan


Proses keempat dalam Model Perubahan Terancang Cummings dan Worley ialah
peringkat penilaian dan pemantapan perubahan. Pada peringkat ini, kepimpinan
tertinggi Media Prima perlu menilai proses pengecilan pekerja sama ada berjaya
mencapai matlamat yang ditetapkaan atau sebaliknya. Pengecilan pekerja dilakukan
untuk mengurangkan kos operasi syarikat. Keputusan ini diharapkan dapat
meningaktkan produktiviti kerja dalam kalangan pekerja semasa. Philip (2016)
menyatakan bahawa setiap perubahan yang dilakukan dalam organisasi adalah
untuk meningkatkan kecekapan dan produktiviti dalam organisasi. Perkara yang
sama juga turut dilakukan dalam Media Prima di mana pengecilan pekerja tidak
hanya untuk mengurangkan kos operasi syarikat. Sebaliknya, untuk memastikan
pekerja yang kekal dalam syarikat dapat meningkatkan produktiviti dan prestasi
kerja mereka. Ini adalah untuk memastikan agar prestasi syarikat dapat ditingkatkan
yang seterusnya dapat membantu kepada proses pembangunan semula organisasi.

Pada peringkat ini, Media Prima perlu melantik sekumpulan individu yang
berperanan sebagai penilai dan pemantau terhadap proses perubahan yang telah
dilakukan dalam organisasi. Penilaian dan pemantauan juga perlu berpaksikan
kepada matlamat dan objektif yang ingin dicapai. Dalam masa yang sama,
kumpulan penilai dan pemantau tersebut juga perlu lebih bersedia untuk merangka
strategi yang lebih berkesan agar prestasi kewangan syarikat dapat ditingkatkan.
Contohnya, merangka strategi pemasaran yang lebih berkesan, memastikan

13
peningkatan produktiviti kerja dalam kalangan pekerja, peka terhadap permasalahan
yang dihadapi oleh pekerja dan sebagainya. Kesemua perkara ini akan menjejaskan
proses perubahan yang dilakukan dalam organisasi.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa


terdapat empat peringkat yang boleh dilakukan Media Prima dalam keputusan untuk
membuat perubahan dalam syarikat seperti mana yang ditekankan dalam Model Perubahan
Terancang Cummings dan Worley.

4.0 CADANGAN
Dalam memastikan proses perbahan dalam Media Prima dapat dilaksanakan dengan
berkesan, maka terdapat beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan seperti mana yang
berikut:-

a) Perubahan Kemahiran Kepimpinan


Salah satu cadangan yang perlu dilakukan dalam organisasi Media Prima adalah
perubahan kepimpinan. Pada masa kini, hanya beberapa orang dalam organisasi
Media Prima yang memimpin organisasi. Perkara ini perlu diubah agar setiap
kakitangan Media Prima dapat ditingkatkan kemahiran kepimpinan mereka ke arah
yang lebih baik. Amalan budaya kualiti melalui usaha berterusan tanpa jemu untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memenuhi kehendak pelanggan adalah
merupakan asas utama atau terbaik memulakan perubahan. Ia juga penting bagi
mengelakkan sindrom zon selesa (complacency) agensi dan menjadikan perubahan
itu sesuatu yang perlu dilakukan, satu akauntabiliti dan sesuatu yang boleh memberi
kepuasan kerja. Justeru, adalah suatu perkara yang sangat penting sekiranya pihak
pengurusan Media Prima dapat meningkatkan kemahiran kepimpinan dalam
kalangan kakitangan Media Prima dengan melibatkan mereka dalam proses
pembuatan keputusan harian. Ini juga akan dapat meningkatkan kecekapan
pengurusan organisasi pada masa akan datang.

14
b) Perubahan Sistem Latihan Pekerja
Cadangan kedua yang perlu dilakukan dalam Media Prima adalah perubahan
terhadap sistem latihan yang dilaksanakan ke atas pekerja. Sistem latihan pekerja
pada masa kini dilihat kurang berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran kakitangan Media Prima. Justeru, sistem latihan yang dipraktikkan dalam
Media Prima pada masa kini perlu diteliti semula dan diubah agar sistem latihan
yang lebih produktif dan berkesan dapat dilaksanakan. Muhamad Ali (2001)
menyatakan bahawa pengurusan Latihan mestilah dirancang dan selari dengan
kehendak strategi korporat. Misi dan tujuan organisasi tersebut akan menentukan
objektif organisasi. Objektif tersebut seterusnya akan menentukan jumlah, tahap,
dan jenis pekerja yang diperlukan. Untuk kerja individu, sepatutnya terdapat garis
panduan yang menentukan kehendak sesuatu pekerjaan dan seterusnya ianya akan
menentukan samada pelajaran, pengetahuan, dan kemahiran yang perlu diketahui.
Apabila kehendak pekerjaan telah diketahui, langkah seterusnya ialah menganalisa
sebarang kekurangan terhadap individu itu bagi memungkinkan pekerja tersebut
dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna.

c) Perubahan Persekitaran Kerja Yang Kondusif


Persekitaran kerja dalam organisasi Media Prima juga perlu diubah ke arah yang
lebih kondusif. Ianya menuntut keprihatinan pihak pengurusan atasan agar
mengambil kira pelbagai aspek dalam memastikan persekitaran kerja yang kondusif
dapat dibentuk dalam Media Prima. Pengurusan atasan perlu memberikan komitmen
terhadap suasana kerja yang diperlukan dan kebajikan pekerja. Faktor ini
memerlukan pertimbangan ke atas hal-hal keselamatan, kesihatan, kualiti, dan alam
sekitar oleh organisasi berkenaan. Pembahagian tugas akan ditentukan mengikut
kemahiran masing-masing seperti bahagian sumber manusia, bahagian teknikal, dan
sebagainya. Perubahan ini adalah bertujuan mempertingkatkan mutu dan
produktiviti kerja dengan meneliti struktur sedia ada dan menyusun semula proses
dan aktiviti organisasi kearah yang lebih baik di samping membentuk struktur
organisasi dan budaya yang sesuai. Sewajarnya organisasi menetapkan satu budaya
kerja yang boleh membezakan identiti sesebuah organisasi dengan organisasi yang

15
lain. Semangat kerja berpasukan juga boleh dipupuk melalui budaya yang
diterapkan dalam organisasi berkenaan. Dalam situasi seperti penukaran pucuk
pimpinan dalam organisasi maka terpulang kepada pucuk pimpinan yang baru sama
ada ingin mengekalkan kuasa-kuasa yang berada di bawahnya atau
menggantikannya dengan yang baru.

d) Perubahan Strategi
Cadangan keempat yang perlu dilakukan dalam Media Prima adalah perubahan dari
aspek strategi operasi organisasi. Richard Mauer (1996) telah mencadangkan
strategi-strategi berikut sebagai panduan asas untuk ‘getting beyond the wall’:-
Kekalkan fokus yang jelas
‘Embrace resistence’ (cuba fahami suara yang menentang perubahan)
Hormati kepada mereka yang menentang perubahan
Relak(stay calm and stay engaged).Ketahui niat mereka yang sebenar.
Libatkan bersama dengan penentang. Mulakan bersama, ubah cara atau
pendekatan dan cari tema-temadan kemungkinan-kemungkinan baru.

Berdasarkan kepada penerangan dan penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa


terdapat beberapa cadangan yang perlu dilakukan dalam Media Prima agar organisasi
menjadi lebih produktif dan berkesan dalam menjalankan perniagaan. Dalam masa yang
sama, perubahan yang dilakukan juga adalah sesuai dan selari dengan keperluan semasa
organisasi. Ini penting agar setiap kakitangan Media Prima dapat memainkan peranan dan
tanggung jawab dengan lebih cemerlang yang seterusnya membawa kejayaan dan
kecemerlangan kepada organisasi pada masa akan datang.

Cummings dan Worley (2001) telah menyenaraikan beberapa kepentingan


perubahan kepada organisasi dalam konteks pengembangan organisasi termasuklah kepada
Media Prima. Antaranya ialah:-
a) Pembangunan Organisasi berperanan membantu organisasi untuk berubah. Keadaan
ini secara tidak langsung akan turut membantu organisasi untuk menilai

16
kemampuan organisasi sendiri dan persekitaran serta kepentingan untuk menilai
semula strategi, struktur dan proses organisasi.
b) Pembangunan Organisasi penting kerana ia juga membantu ahli-ahli dalam
organisasi untuk berganjak lebih jauh dalam perubahan yang dilakukan yang mana
bertujuan untuk mengubah cara berfikir atau mengubah paradigma serta nilai-nilai
yang mengawal tingkahlaku mereka selama ini.
c) Pembangunan Organisasi turut penting kepada mereka yang membuat perancangan
kerjaya iaitu sebagai ahli professional dalam bidang ini, baik sebagai pakar runding
dalaman organisasi atau sebagai pakar runding luaran yang boleh menawarkan
khidmat kepada banyak organisasi lain. Memilih kerjaya dalam bidang
pembangunan organisasi, membolehkan seseorang individu mendapatkan
pengiktirafan yang tinggi, di samping adanya kerja yang mencabar dan mempunyai
kertas kerja (assignment) yang menarik. Ianya bertujuan untuk meningkatkan
organisasi dan juga work life.
d) Pembangunan organisasi juga dianggap penting kepada mereka yang tidak
mempunyai aspirasi untuk menjadi pengamal pembangunan organisasi yang
profesional. Semua pengurus dan pentadbir adalah bertanggungjawab untuk menjadi
supervising dan membangunkan subordinat dan juga meningkatkan prestasi
bahagian atau jabatan mereka. Keadaan ini samalah dengan semua kakitangan yang
pakar seperti akauntan, penganalisa kewangan, jurutera, pakar personel ataupun
penyelidik-penyelidik yang mana mereka ini bertanggungjawab untuk menawarkan
nasihat dan kaunseling kepada para pengurus dan juga memperkenalkan kaedah-
kaedah serta amalan-amalan baru dalam menghasilkan sesuatu kerja.
e) Pembangunan organisasi penting kerana wujudnya perubahan terhadap globalisasi.
Ini kerana perubahan globalisasi akan membentuk perubahan terhadap pasaran dan
persekitaran di mana organisasi beroperasi secara baik seperti mana fungsi mereka.
Kerajaan yang baru, pemimpin yang baru, pasaran yang baru, dan negara yang baru,
akan merekacipta satu bentuk ekonomi yang global dan sering berubah.
f) Pembangunan Organisasi penting bagi inovasi pengurusan kerana wujud
tindakbalas terhadap globalisasi dan teknologi maklumat yang mempercepatkan
kesan ke atas perubahan organisasi. Muncul bentuk-bentuk organisasi yang baru

17
seperti jaringan, organisasi maya, bekerjasama strategik dan sebagainya. Inovasi
juga turut memperkanalkan kaedah serta tatacara baru dalam menghasilkan sesuatu
produk atau perkhidmatan.

Oleh itu, perubahan yang dilakukan oleh Media Prima adalah suatu proses
pembangunan semula organisasi agar permasalahan yang wujud dalam organisasi dapat
ditangani dengan lebih berkesan. Dalam pada itu, keputusan yang diambil adalah untuk
meningkatkan semula nilai kompetitif syarikat dalam industri.

5.0 KESIMPULAN
Perubahan amat perlu dilakukan bagi merangsang pertumbuhan dalam organisasi
disamping memotivasikan kumpulan yang memainkan peranan penting dalam
menggerakkan organisasi. Namun begitu, dalam usaha menjana sebuah perubahan yang
berkesan, faktor dalaman dan luaran perlu dikaji dengan lebih teliti agar pembaharuan yang
cuba dilakukan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan. Perubahan pada dasarya
ditujukan untuk memberikan impak yang positif bagi pertumbuhan dan pekembangan
organisasi. Kemunculan faktor dalaman dan luaran akan mendorong organisasi untuk
melakukan perubahan bagi memperbaiki serta mengubahsuai struktur organisasi kearah
yang lebih baik dan terkawal. Komitmen yang tinggi dari kumpulan dalam organisasi juga
amat perlu bagi memastikan keberkesanan dan kemantapan perubahan. Budaya kerja
berpasukan dan penglibatan semua ahli dalam organisasi akan menentukan tahap
pencapaian dan maklum balas yang diperolehi daripada perubahan yang dilaksanakan.
Dalam hal ini, sesetengah pihak perlu akur akan keputusan organisasi sekiranya ianya
membawa banyak impak positif kepada individu atau kumpulan dalam organisasi
berbanding impak negatif. Kebiasaanya, organisasi akan mengutamakan impak positif yang
akan diperolehi oleh golongan majoriti berbanding minoriti.

Terdapat lima langkah dalam menjana perubahan organisasi. Organisasi perlu


terlebih dahulu mengiktiraf keperluan untuk perubahan. Terpulang kepada organisasi sama
ada mahu menjalankannya secara formal atau tidak formal. Maklumat formal boleh

18
diperolehi melalui kaji selidik, manakala maklumat tidak formal pula bergantung kepada
situasi-situasi tertentu seperti produktiviti, ketidakhadiran dan sebagainya. Apabila terdapat
penentangan terhadap perubahan, ianya mungkin ditonjolkan melalui perlakuan seperti
produktiviti menurun, malas bekerja, dan sebagainya. Persetujuan daripada kumpulan-
kumpulan dalam organisasi perlu diambil agar tidak akan ada pihak yang tidak berpuas hati
terhadap pembaharuan yang cuba dilakukan. Kumpulan juga perlu diberi kebebasan untuk
menyatakan ketidakpuasan hati sekiranya perubahan dijalankan agar ianya boleh diperbaiki
terlebih dahulu sebelum dilaksanakan. Apabila maklumat tersebut diperolehi, organisasi
perlu diagnosis masalah iaitu menganalisis simpton-simpton yang diperolehi dengan cara
mencari jawapan kepada setiap persoalan yang dikaji. Organisasi perlu mencari punca
masalah, sebab-sebab perubahan diperlukan, dan matlamat yang dijangkakan terhadap
perubahan. Proses ini boleh dilakukan melalui beberapa kaedah seperti soal selidik,
temubual, pemerhatian langsung, dan buku rekod pekerja. Seterusnya, organisasi perlu
membina alternatif perubahan. Pembentukan alternatif perlu berdasarkan kepada masalah
yang dihadapi dan keadaan semasa seperti mengikut budaya, kepimpinan, dan struktur
organisasi. Pada tahap ini, adalah penting bagi organisasi untuk menyelidik dan mengkaji
sedalam-dalamnya sesuatu masalah sebelum pembentukan alternatif dibuat. Seterusnya,
organisasi perlu membuat pilihan strategi perubahan.

JUMLAH PERKATAAN : 4,767 PATAH

19
RUJUKAN
Cameron. S. Kim & Quinn. E. Robert, (2015), Diagnosis And Changing Organizational
Culture : Based And The Competiting Values Framework. USA. Addison- Wesley
Pubblissing Company.

Che Mat, Mohd. Mazlan, (2012). Value Management Principles And Applications. Prentice
Hall Pearson, Malaysia

Cummings, G. Thomas and Worley, G. Cristhopher (2015), Organizational Development And


Change. Thompson South Western. Internastional Student edition. Uhio USA

Harold Koontz Dan Heinz Weihrich, Perterjemah : Mohd Salmi Mohd Sohod Dan Siti
Nadzrah Sheikh Omar, (2017). Pengurusan, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur

Haigh, Nardia., Kennedy, Elena Dowin., & Walker, John. (2015). Hybrid Organizations As
Shape-Shifters: Altering Legal Structure For Strategic Gain. California Management
Review

Hofstede, G. (1983), The Culture Relativity of Organizational Practice and Theories.Journal


of international Bussiness Studies. Fall

John P. Kotter. (2015). Leading Change. Boston, Massachussetts: Harvard Business School
Press.

Mohammad Nizam Hanafiah, (2015). Pengurusan Strategik : Kes dan Konsep, Pearson
Prentice Hall, Kuala Lumpur

Philip Sadler. (2016). Managing Change. London: Saxon Graphics Ltd. Derby

Schein, E.H., (2015). Organizational Culture and Leadership, Jossey-Bass, San Francisco

Walters, Malcolm, (2014). Modern Sociological Theory, Sage Publications, London,


Thousand Oaks, New Delhi

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/625689/transformasi-perniagaan-media-
prima-bincang-dengan-kesatuan-pekerja

20

Anda mungkin juga menyukai