Anda di halaman 1dari 13

GMGM 2023

PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 SOALAN TUGASAN (a)

3.0 SOALAN TUGASAN (b)

4.0 KESIMPULAN

13

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

1.0 PENGENALAN
Setiap perubahan memerlukan orang/individu yang menjadi pemandu proses berjalannya
perubahan yang terjadi dalam suatu organisasi mahupun dalam masyarakat. Invidu ini digelar
sebagai agen perubahan. Apakah yang dimaksudkan dengan agen perubahan, (The Change
Agent) adalah individu atau seseorang yang bertugas mempengaruhi target/sasaran perubahan
agar mereka mengambil keputusan sesuai dengan arah yang dikehendakinya.
Agen perubahan kebiasannya terdiri daripada pihak dalaman organisasi sendiri iaitu
seperti pemimpin dan pengurus yang mempunyai fikiran kritis dan kreatif yang mampu untuk
mengetuai sesuatu perbincangan dan mengkomunikasikan masalah yang terjadi serta menjana
idea dalam menyelesaikan masalah tersebut kepada pihak pengurusan organisasi.
Agen perubahan bertanggungjawab dalam menghubungkan antara sumber perubahan
(Inovasi, Kebijakan Publik dll) dengan sistem masyarakat yang menjadi target perubahan.
Dengan demikian komunikasi adalah alat strategi bagi tercapainya suatu perubahan dalam
organisasi maupun sistem sosial dalam masyarakat.
Dimensi semula jadi manusia, iaitu dimensi fizikal, rohani, mental dan sosioemosi
perlu berada dalam keseimbangan dan terus dibangunkan pada setiap masa. Organisasi perlu
memastikan sumber tenaga manusia yang berada dalam organisasi tidak mengalami
kepincangan akibat daripada pembangunan yang tidak seimbang kesan daripada perubahan
yang dilakukan.
Perubahan merupakan suatu perkara yang penting ke atas setiap organisasi, ini untuk
membantu

organisasi. Perubahan bukan hanya dilaksanakan ketika organisasi di dalam

masalah tetapi perubahan perlu dilakukan berkala bagi mengadaptasi dengan perubahan di
sekeliling agar kita terus mantap.

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

Pengurusan Perubahan.
Pengurusan perubahan juga merujuk kepada perlaksanaan pendekatan atau kaedah tertentu
untuk mempastikan usaha perubahan organisasi adalah berjaya, termasuk mempastikan visi
dan matlamat projek adalah jelas, dan bagi mengubahsuai sistem-sistem yang terdapat dalam
organisasi untuk mencapai matlamat secara efektif. Aktiviti-aktiviti pengurusan perubahan
termasuklah pendekatan yang dirancang, berstruktur dan nyata sehinggalah kepada yang
tidak nyata dan tidak dirancang

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

SOALAN TUGASAN
a) Kenapa kebanyakan usaha-usaha mengurus perubahan gagal?
Terdapat pelbagai faktor mengapakah usaha mengurus perubahan selalunya gagal. Ianya
berpunca dari pelbagai peringkat, dari peringkat pengurusan, perancangan, pelaksanaan
mahupun penerimaan. Faktor mengapakah kegagalan ini akan dihuraikan dengan lebih
lanjut di dalam tugasan ini:
i.

Agen Pengurusan Perubahan

Agen perubahan ataupun dengan kata lain pengurus atau pun yang berkaitan merupakan
tunggak utama dalam menjayakan sesuatu perubahan. Agen yang tidak mempunyai sifat
positif selalu membawa kepada kegagalan dalam mengurus perubahan. Antara ciri-ciri
yang negatif untuk seorang agen perubahan adalah seperti berikut:

ii.

Tidak terbuka kepada idea dan cadangan baru dari orang lain.
Enggan menerima pendapat dan maklumbalas yang membina dari orang lain.
Bersikap sombong dan merasakan diri adalah yang paling terbaik.
Mudah berputus asa jika menemui masalah
Tidak kreatif, inovatif dan fleksibel.
Kurang tahu tentang selok belok organisasi dan lain-lain yang berkaitan.
Perancangan Perubahan

Perubahan yang dilaksanakan kemungkinan tidak dirancang dengan teliti. Antara elemen
yang baik di dalam sesuatu perancangan perubahan adalah seperti berikut, tanpa elemenelemen ini usaha mengurus perubahan akan menemui kegagalan.
a) Tiada matlamat dan objektif yang jelas.
Sebelum setiap perancangan perubahan dilakukan, matlamat dan objektif dari
perancangan itu harus ditetapkan. Matlamat dan objektif selalunya berkaitan dengan
apakah yang diinginkan dari perubahan tersebut. Ianya harus membawa kepada

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

penyelesaian kepada masalah sedia ada yang dihadapi organisasi, dan juga
memberikan peningkatan yang lebih baik pada keadaan sedia ada.
b) Kaedah perubahan yang tidak bersesuaian
Setiap perubahan yang akan dilakukan perlu dilakukan melalui kaedah yang
bersesuaian. Contohnya seorang agen perubahan perlu tahu apakah kaedah yang
sesuai perubahan tersebut. Sama ada melakukan perubahan dari segi pembangunan
pekerja ataupun mengubah kaedah bekerja dalam organisasi. Bantuan tambahan
seperti khidmat pakar juga boleh digunapakai jika itu merupakan kaedah terbaik
dalam mengurus perubahan.
Tetapi jika kaedah perubahan yang dilakukan tidak sesuai dengan masalah
yang ingin diselesaikan ia bukan sahaja tidak membawa kepada sebarang perubahan,
ia juga akan menyebabkan faktor pembaziran kos, masa dan juga sumber-sumber
yang lain.
iii.
Pelaksanaan Perubahan
Dalam mana-mana pelaksanaan sesuatu perkara samaada pelaksanaan perubahan atau
perkara lain seperti latihan, ianya akan melibatkan beberapa fasa yang di mana pada
setiap fasa ini mempunyai risiko bagi pengurusan perubahan yang dilakukan itu gagal.

Fasa Permulaan.
Pada fasa ini, agen perubahan perlu pelajari apakah cara dan gaya yang paling terbaik
untuk memperkenalkan cadangan perubahan yang telah dirancang. Agen perlu
memastikan cadangan tersebut boleh diterima umum, dan terdapat analisis dan hasil yang
jelas bagi organisasi. Umum tahu setiap individu kurang senang dengan melakukan

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

perubahan terhadap norma yang biasa mereka lakukan dari hari ke hari. Di sini agen
berperanan untuk mencadangkan pembaharuan yang menjanjikan perubahan demi
kebaikan semua pihak. Kebanyakan agen perubahan gagal menarik hati pengurusan
organisasi dan pekerjanya dalam menerima cadangan. Perkara ini menyebabkan
perubahan gagal berlaku.
Fasa Pelaksanaan
Ketika fasa ini, ianya merupakan fasa terpenting. Perubahan yang ingin dilakukan mesti
dilaksanakan mengikut kaedah yang telah ditetapkan. Kebanyakan kesilapan yang
dilakukan agen perubahan ialah, apabila perubahan dilaksanakan, dan mereka tidak
memperoleh sebarang hasil penambahbaikan, agen bertindak untuk berhenti di tengah
jalan.
Mereka

sepatutnya

meneruskan

perubahan

itu

dengan

membuat

sedikit

penambahbaikan kepada kaedah mereka, dengan cara menukar kepada idea yang lebih
kreatif, lebih fleksibel dan juga inovatif. Pelaksanaan yang baik daripada agen perubahan
mampu mempengaruhi organisasi, pekerja dan juga persekitaran untuk turut sama
membuat perubahan.

Fasa Penutupan
Bagi pengurusan perubahan yang baik, agen perlu mengambil setiap respons dan maklum
balas dari pengurusan organisasi, serta ahli organisasi yang lain. Bagi maklum balas yang
baik beerti pengurusan perubahan itu merupakan suatu kejayaan. Walaubagaimanapun
jika menerima maklum balas yang tidak baik, agen sepatutnya tidak berputus asa. Di sini

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

kesilapan yang sering dilakukan agen, mereka akan berasa tersinggung dan mengalah
seterusnya tidak ingin untuk melakukan sebarang pengurusan perubahan yang lain.
Sepatutnya mereka meneruskan dengan pembawaan yang baru untuk mencapai matlamat
organisasi.

SOALAN TUGASAN
b) Selaku pegawai perunding perubahan, anda diminta untuk menjalankan satu program
perubahan di tempat kerja anda. Bincangkan cara-cara anda hendak mewujudkan kesediaan
untuk berubah dan aktiviti-aktiviti yang akan anda libatkan dalam perlaksanaan perubahan
tersebut.

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

CARA-CARA MEWUJUDKAN KESEDIAAN UNTUK BERUBAH.


Bagi mana-mana agen perubahan, mereka perlu mewujudkan kesediaan kepada orang ramai
dan organisasi untuk melakukan perubahan. Terdapat kaedah atau langkah yang boleh
dilaksanakan agen perubahan untuk mewujudkan perkara ini. Antaranya adalah seperti
berikut:
i.

Menimbulkan keinginan untuk berubah.

Kebiasaannya seorang agen perubahan adalah invividu yang membuat organisasi atau
pengurusan dalam organisasi untuk menyedari untuk melakukan perubahan . berikut adalah
proses seorang agen dalam melakukan perubahan :

ii.

Menambahbaik hubungan komunikasi di antara pihak terlibat.

Dalam mewujudkan sesuatu perubahan untuk kebaikan organisasi, agen perubahan perlu
berkomunikasi dengan baik bersama organisasi. Ini bagi memastikan agen perubahan
memperoleh kepercayan dari pihak organisasi. Sikap yang perlu ada dalam agen perubahan
adalah seperti kredibiliti, kreatif, inovasi, boleh bersaing dan juga boleh dipercayai. Jika agen

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

boleh menguasai komunikasi dengan pihak organisasi (pengurusan ), mereka akan lebih
mudah dalam menerima inovasi serta perubahan yang dicadangkan.
iii.

Menganalisis masalah yang wujud.

Agen perubahan bertanggungjawab dalam menganalisis masalah yang berlaku dalam


organisasi bagi membantu dalam menjana alternatif sesuai dengan keperluan masalah itu.
Untuk mendapatkan penyelesaian yang paling terbaik, agen perubahan perlu melihat masalah
dari sudut organisasi tersebut.
iv.

Membangkitkan

keinginan

organisasi

untuk

berubah

dan

melakukan

perubahan.
Agen perubahan perlu menyampaikan alternatif perubahan yang ingin mereka cadangkan
kepada organisasi dengan kaedah yang menarik. Ini bagi menarik minat organisasi dan
mempercayai agen perubahan, justeru itu mereka akan bersetuju dalam melaksanakan
penyelesaian masalah yang dicadangkan. Bagi menjayakan perkara ini kemahiran dalam
jaringan interpersonal amat mempengaruhi. Agen perlu berkomunikasi dengan efektif dan
berkesan terhadap organisasi (pengurusan ) untuk mempengaruhi mereka.

v.

Memastikan penerimaan terhadap perubahan masih stabil dan perubahan yang


dilakukan adalah berterusan.

Perkara ini dilakukan agen perubahan ketika organisasi dalam proses mengimplementasi
perubahan. Ini bagi memastikan perubahan yang telah dilaksanakan berhenti separuh jalan.

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

Agen perlu memastikan juga organisasi selesa dengan apa yang dilakukan dan tidak
mempunyai fikiran untuk menghentikannya.
vi.

Mengakhiri hubungan kebergantungan antara satu sama lain.

Jika organisasi mula selesa dengan perubahan yang dilaksanakan, agen perubahan perlu
memberi ruang kepada organisasi untuk berdikari. Agen perlu menarik diri dari terlibat
dengan perubahan tatkala organisasi mulai stabil.

AKTIVITI-AKTIVITI YANG AKAN DILAKSANAKAN.


Di dalam melaksanakan perubahan di dalam organisasi, ianya perlu melibatkan kerjasama
antara semua pihak. Di sini akan diberikan beberapa contoh situasi yang mungkin boleh
dikatakan sebagai aktiviti-akiviti dalam melaksanakan perubahan dalam organisasi.

10

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

Menganalisis masalah dan cadangan perubahan yang akan dilaksanakan.


Setiap agen perlu mempersediakan diri dengan melatih kemahiran menganalisis
mereka dengan baik. Antara contoh kemahiran menganalisis adalah seperti analisa
kewangan dan analisa operasi aliran kerja. Tanpa kemahiran menganalisis yang baik
dikhuatiri boleh menyebabkan kesilapan jika keputusan yang dibuat hanya
berdasarkan jangkaan agen perubahan itu sahaja. Di sini agen boleh bekerjasama
dengan individu lain dalam organisasi untuk sama-sama membantu melakukan
analisis.
Analisis boleh dilakukan mengikut jabatan masing-masing, melalui kaedah ini, setiap
individu di setiap jabatan boleh menimbulkan isu yang mereka rasakan boleh diubah
demi memantapkan hasil dan kualiti kerja mereka. Dengan tidak secara langsung
hubungan agen dengan individu organisasi yang lain akan menjadi lebih rapat dan
saling mempercayai.
Mengadakan pertandingan untuk cadangan paling kreatif dan inovatif.
Di sini agen perubahan mampu merangsang diri sendiri dan juga individu lain untuk
turut sama-sama melibatkan diri dalam pengurusan perubahan. Di samping itu,
aktiviti seperti ini membawa kepada persaingan yang sihat, dan juga lambakan idea
perubahan yang boleh digunapakai agen. Wujud juga pekerja yang bermotivasi dan
berfikiran kritis dalam organisasi yang sekaligus boleh membawa kepada peningkatan
kepada organisasi.
Individu lain juga akan sentiasa teruja untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan
kerana mereka tahu bukan saja organisasi yang memperoleh manfaatnya dari segi

11

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

hasil, tetapi juga diri mereka sendiri dari segi ganjaran yang disediakan ataupun dari
peningkatan kebaikan terhadap diri sendiri.

4.0 KESIMPULAN
Dalam banyak keadaan perubahan yang diperkenalkan bukan setakat tidak berjaya mencapai
matlamat seperti yang diharapkan tetapi terus berhadapan dengan permasalahan baru

12

GMGM 2023
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SEKTOR AWAM

sedangkan permasalahan lama tidak berjaya dibendung. Keadaan ini berlaku dikatakan
kerana pemimpin mengambil tindakan tanpa mengambil kira jangkaan, keperluan dan
tuntutan yang berkaitan dan menerima kesan langsung perubahan yang dilakukan.
Secara kesimpulannya, agen perubahan merupakan satu penghubung di dalam
organisasi. Pihak yang bertanggungjawab dalam mengkomunikasikan cadangan perubahan
bagi organisasi dalam memajukan lagi organisasi tersebut.

Agen perubahan perlu

mempunyai kemahiran yang diperlukan dan juga memahami apakah peranan mereka dalam
sesuatu perubahan. Setiap agen perubahan dikatakan lebih berkesan dalam melaksanakan
perubahan jika mereka mempunyai kemahiran lain seperti dari segi kebudaan, bahasa, sosial
dan lain-lain bagi membolehkan mereka lagi kreatif dalam menjana idea untuk perubahan
yang terbaik.
Pemimpin yang juga bertindak sebagai agen perubahan perlu memahami bahawa
perubahan yang dilaksanakan tidak boleh dilakukan bersendirian. Agen perubahan
berperanan dalam menentukan visi dan misi bagi perubahan yang dicadangkan, tetapi mereka
juga memerlukan subordinat mereka yang lebih mengetahui keperluan bagi perubahan dan
bagaimana dalam menghadapi perubahan.

13

Anda mungkin juga menyukai