Anda di halaman 1dari 13

Konsep Sains Sosial 1.

0 : Pengenalan Bidang sains sosial dan kaedah


penyelidikan sains sosial menawarkan langkah untuk mengkaji dan
seterusnya memahami tindakan dalam isu-isu berkaitan dengan sosial
manusia. Di samping memberikan pandangan dan prosedur secara
teknikal bagi meneliti perkara yang tidak terungkai yang terlepas dari
pandangan masyarakat berhubung dengan soal yang ada kaitan
dengan manusia itu sendiri. Kajian sains sosial meliputi kajian tentang
proses kehidupan sosial manusia seperti sosialisasi manusia, interaksi
sosial, perubahan budaya, perubahan sosial, stratifikasi sosial atau
kelas sosial, mobiliti dan konflik sosial dan sebagainya. Matlamat
kepada pengkajian sains sosial ini adalah untuk mencapai kemajuan
dan perkembangan. Selain mengecapi keseimbangan, kestabilan, dan
keharmonian dalam masyarakat. Jika diteliti, kebanyakan daripada
pengkajian sarjana sosial adalah merupakan sumber emosi yang teguh
dan menyakinkan bagi masyarakat secara amnya. Pengkajian
membolehkan persoalan yang berkesan menjadi suatu fakta. Nilai
yang diperolehi menerusi kaedah kajian sains sosial adalah ia
menawarkan suatu cara untuk mengenalpasti sesuatu isu menerusi
pemerhatian dan secara logik. Kaedah kajian sains sosial secara tidak
langsung turut membuka peluang untuk menangani permasalahan dan
menerokai pengalaman dalam membuat perubahan sosial dan
masyarakat. Dalam penyelidikan sains sosial, terdapat 2 bentuk data
yang dapat dikategorikan iaitu data kualitatif dan data bentuk
kuantitatif yang masing-masing menggunakan pendekatan yang
berbeza dalam mengkaji sesuatu kes. Pengumpulan data kuantitatif
merangkumi teknik seperti eksperimen, survei, analisa kandungan,
atau statistik sedia ada. Manakala data berbentuk kualitatif pula
melibatkan teknik seperti kerja lapangan, temubual, pemerhatian ikut
serta dan pemerhatian tidak ikut serta. Oleh yang demikian, kaedah
mengumpulkan data adalah penting dalam pengkajian sains sosial
kerana terdapat pelbagai teknik yang boleh diaplikasikan untuk
melakukan penyelidikan dan kepentingannya akan dibincangkan
dengan lebih jelas. 2.0 : Konsep Sains Sosial
Sains sosial
umumnya diertikan sebagai kajian mengenai manusia dan masyarakat.
Secara khususnya ia merujuk kepada penggunaan kaedah saintifik
untuk mengkaji cara manusia mengatur kehidupan berkelompok dan
membentuk jaringan hubungan untuk membolehkan mereka menjalani

kehidupan tersebut (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 10).
Ilmu sains sosial ialah ilmu mengenai manusia, terutamanya semua
aspek mengenai kehidupan manusia berkelompok (Hunt &
Colander.1993 : 4), dan penyelidikan sosial adalah lebih daripada
pengumpulan kaedah dan ia merupakan proses untuk membentuk
pengetahuan dan juga merupakan proses untuk menghasilkan
pengetahuan baru mengenai dunia sosial dengan menggunakan
kaedah saintifik (Newman.1997 : 5). Terdapat beberapa disiplin dalam
sains sosial di antaranya ialah Sejarah, Sains Politik, Ekonomi,
Psikologi, Antropologi, Sosiologi, Undang-undang dan Linguistik.
Sejarah merupakan salah satu disiplin dalam sains sosial yang
mengkaji tentang peristiwa-peristiwa yang telah berlaku seperti
perkembangan politik, ekonomi dan sosial dalam sesebuah
masyarakat, kawasan, negara dan tamadun manusia berdasarkan
maklumat yang di perolehi daripada dokumen lama seperti surat, diari,
catatan pengembara dan laporan serta penemuan arkeologi (Sharifah
Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 14). Menurut beliau lagi, disiplin
sains politik adalah kajian mengenai kuasa dan pengagihan kuasa
dalam sistem politik yang berbeza-beza. Ahli sains politik selalunya
meneliti sumber kuasa, bagaimana orang menggunakan kuasa, siapa
menggunakannya, perebutan kuasa, dan proses mengawal dan
menghadkan kuasa. Menurut beliau lagi, isu-isu yang lazimnya di
minati ahli sains politik termasuklah konflik dan kestabilan dalam
sesuatu sistem politik, political alignment dan organisasi, badan-badan
dalam sistem pentadbiran, parti politik, kelompok kepentingan dan
pertubuhan bukan kerajaan. Tambah beliau lagi, ekonomi merupakan
kajian tentang pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan
dan perkhidmatan dalam sistem ekonomi yang berbeza-beza. Menurut
beliau lagi, ahli ekonomi menumpukan perhatian kepada bagaimana
sebuah masyarakat menentukan bagaimana dan untuk apa sumber
produktifnya yang terhad digunakan.
Di antara perkara yang di
minati ahli ekonomi termasuk pola-pola gunatenaga manusia
sehubungan dengan perubahan demokrasi, pertukaran barangan,
penentuan harga barangan, sistem perbankan dan lain-lain lagi.
Psikologi adalah kajian mengenai tingkah-laku dan proses mental
manusia (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 15). Tambah
beliau lagi, ahli psikologi lazimnya meneliti individu, interaksi semuka

(face to face interaction) dan kelompok kecil untuk memahami antara


lain mekanisme yang terlibat dalam proses pengamatan dan
pembelajaran, pembentukan sahsiah, identiti kendiri dan stukturstruktur kognitif. Menurut beliau lagi, antropologi adalah sains
mengenai manusia di mana merangkumi beberapa sub-disiplin yang
meninjau perkembangan biologi manusia, hubungan biologi antara
kelompok-kelompok manusia dan prinsip-prinsip yang mendasari
tingkahlaku dan hubungan sosial dalam sesebuah masyarakat,
biasanya masyarakat bukan-Barat. Tambah beliau, antropologi
merangkumi sub-disiplin antropologi fizikal, arkeologi, genetik, dan
antropologi sosial. Menurut beliau lagi, ahli antropologi sosial
menumpu perhatian kepada budaya, tingkahlaku manusia, nilai,
peraturan dan adat resam yang di hasilkan oleh manusia dalam
masyarakat tertentu. Menurut beliau lagi, sosiologi merupakan kajian
mengenai struktur sosial, tindakan sosial,budaya dan gaya hidup
dalam sesebuah masyarakat. Ahli sosiologi biasanya mengkaji
masyarakat maju, industri, dan moden, dan meninjau aspek-aspek
tertentu kehidupan sosial dalam masyarakat berkenaan. Tambah beliau
lagi, aspek-aspek dalam kehidupan sosial adalah seperti bentuk-bentuk
famili, proses penuaan, pembangunan, perubahan sosial, pendidikan,
kesihatan, devians, jenayah, gender,riadah, hubungan etnik, dan lainlain lagi. Menurut beliau lagi usaha menguji dan menghasilkan kaedah
penyelidikan baik kaedah kualitatif mahupun kuantitatif termasuk
dalam sosiologi. Disiplin undang-undang merupakan bidang kajian
yang memfokus kepada peraturan yang mengawal tindakan manusia
dan statut atau rang undang-undang yang di gubal dan di laksanakan
oleh pihak berkuasa (Sharifah Zaleha Syed Hassan , et. al. 2001 : 15).
Menurut beliau lagi, ilmuan sosial yang meminati fenomena undangundang biasanya menanalisa jenis undang-undang, sistem undangundang, cara-cara menyelesai pertikaian dan konflik, hubungkait
institusi undang-undang dengan proses politik dalam sesebuah
masyarakat. Tambah beliau lagi, linguistik merupakan kajian saintifik
tentang bahasa dan pertuturan. Menurut beliau lagi, ahli linguistik
meneliti bermacam-macam aspek tentang bahasa. Antaranya ialah
bagaimana bahasa-bahasa manusia berbezaatau berkaitan antara satu
sama lain, bagaimana manusia menyusun perkataan dan bunyi untuk
berkomunikasi antara satu dengan lain, sejauhmana bahasa

mempengaruhi pengamatan dan pemikiran manusia, hubungkait


antara bahasa, sistem makna dan budaya. Geografi merupakan sains
yang memerihalkan berbagai-bagai aspek tentang bumi serta ciri-ciri
fizikalnya, iklim, pembahagian bumi berasaskan sifat semulajadinya
dan proses politik, dan kegiatan-kegiatan manusia (Sharifah Zaleha
Syed Hassan , et. al. 2001 : 15). Menurut beliau lagi, disiplin geografi
terbahagi kepada geografi fizikal dan geografi manusia. Tambah beliau
lagi, geografi fizikal merangkumi analisis tentang wilayah manakala
geografi manusia memfokus kepada interaksi antara manusia dan
wilayah. 3.0 : Lampiran A Data Kuantitatif Data Kualitatif Mengukur
fakta-fakta yang lebih bersifat objektif. Membina realiti sosial dan
makna kebudayaan. Fokus kepada pemboleh ubah. Fokus kepada
proses interaktif. Kepercayaan (reliability) adalah penting. Ketulenan
adalah penting. Nilai bebas. Nilai adalah terang dan jelas. Konteks
bersifat bebas. Konteks adalah terkawal. Kes dan subjek yang ramai.
Kes dan subjek yang kurang. Penyelidik tidak turut serta atau tidak
terlibat dalam kajian. Penyelidik turut sama terlibat dalam kajian. 4.0 :
Kepentingan Penyelidikan Saintifik Sememangnya penyelidikan
saintifik dalam sains sosial amat penting kerana ia memberikan
informasi atau maklumat yang ingin diketahui terutamanya dalam
mengkaji disiplin-disiplin sains sosial. Memahami teori, pengkajian dan
analisis perkaitan di antaranya yang mana setiap darinya memiliki
peranan masing-masing untuk menyelesaikan bahagian yang tertentu
dalam keseluruhan kajian yang dibuat. Selain itu, penggunaan alatan
dan kemahiran melalui pendekatan saintifik yang teliti dan tegas ketika
membincangkan isu dalam falsafah sains juga penting. Di samping
menggalakkan penyesuaian dalam menganalisis berbagai
pembolehubah berbanding dwi-pemboleh ubah yang kurang rumit
dalam pengkajian sains sosial (Sedlack & Stanley, 1992 : ix). Di
samping itu, penyelidikan sains sosial juga penting bagi menganalisis
fenomena alam tabii, ini kerana ianya merupakan analisis tentang
kehidupan seharian, atau pengalaman secara subjektif kehidupan
harian ( Wysocki. 2004 : 13). 4.1 : Langkah Penyelidikan Sains Sosial
Secara konseptualnya, pengetahuan saintifik ialah ilmu pengetahuan
yang telah secara sistematik dihimpunkan, diklasifikasikan,
berhubungan dan ditafsir (Hunt & Colander. 1993 : 4). Kaedah saintifik
juga merujuk kepada idea-idea, peraturan, teknik-teknik dan

pendekatan yang digunakan oleh komuniti saintifik (Newman.1997 : 9).


Terlebih dahulu, penyelidik hendaklah mendefinisikan masalah ia
merupakan langkah yang terpenting dalam penyelidikan. Sekiranya
masalah dapat di definisikan dengan betul, ia boleh menyelamatkan
satu jumlah tenaga besar. Contohnya sekiranya anda tidak tahu apa
yang anda lakukan, tidak kira berapa baik yang anda mampu lakukan
ia tidak akan berkesudahan. Tajuk yang pilih untuk pelbagai sebab,
mungkin kerana ia meningkatkan isu-isu sains sosial kepentingan asas,
mungkin kerana ia telah tiba-tiba menjadi satu tumpuan kontroversi,
atau mungkin kerana dana-dana penyelidikan telah didapati. Sebagai
contohnya, Mahmood Nazar dalam tesisnya ingin meneliti perubahan
dari segi psikologikal penagih dadah dalam masyarakat kerana beliau
melihat bahawa penagih dadah itu sendiri merupakan sebahagian
daripada masyarakat. Sebarang masalah yang dihadapi oleh golongan
sedemikian juga merupakan masalah yang harus direnungi bersama.
Langkah yang seterusnya ialah menyemak hasil tulisan, yang mana
pengetahuan tentang hasil tulisan yang berkaitan adalah penting
kerana ia menyediakan latar belakang, cadangan pendekatan,
menunjukkan apa telah telah dikaji dan belum dikaji, dan mengelakkan
daripada membuat pengulangan. Selepas hasil tulisan disemak, suatu
teori rangka kerja dibina dan hipotesis dirumuskan, penyelidik akan
membuat satu kenyataan untuk meramal kajian-kajian dan mengapa
setiap terma-terma dalam kenyataan di dalam rangka penyelidikan.
Kemudian barulah penyelidik boleh menentukan dan memilih satu
bentuk penyelidikan yang diingininya, iaitu sama ada dengan
menggunakan kaedah kajian (survey), satu ujian (experiment), satu
kajian pemerhatian (observation), menggunakan sumber-sumber yang
ada, atau satu kombinasi. Pilihan perlulah teliti kerana merancang
adalah perkara utama proses menyiapkan penyelidikan. Setelah itu,
penyelidik boleh memulakan kerja-kerja mengumpulkan data dan
membuat penelitian dengan merekodkan data yang diperolehi
sepanjang tempoh kajian atau penyelidikan. Hanya selepas data
selesai dikumpul, penyelidik akan mengambil langkah untuk
menganalisis keputusan atau hasil kajiannya. Apabila semua data telah
diperolehi, fakta-fakta diklasifikasikan bagi mengenalpasti tren-tren,
mengiktiraf hubungan-hubungan, dan menjadualkan maklumat supaya
ianya tepat untuk dianalisa dan ditafsir. Selepas ini, teori boleh

diterima, ditolak ataupun diubahsuai bagi memenuhi kehendak kajian.


Pada tahap membuat kesimpulan, laporan hendaklah disediakan dan
ringkasan langkah-langkah yang telah dibuat dan perbincangan
mengenai penemuan daripada penyelidikan tersebut dinyatakan dalam
laporan ini. Satu laporan yang baik akan menerangkan kesimpulankesimpulan kajian, mencadangkan andaian-andaian boleh diubahsuai
disebabkan keterangan yang baru, dan soalan yang mungkin tidak
berjawab dan seterusnya untuk kajian lanjut (Hunt & Colander.1993 :
18) 4.2 : Kaedah-kaedah dalam Penyelidikan Saintifik Dalam
penyelidikan saintifik, terdapat tiga kaedah utama yang digunakan
untuk melakukan penyelidikan dalam sains sosial. Kaedah pertama
ialah menggunakan kaedah tinjauan iaitu sama ada menggunakan
teknik temubual atau soal selidik. Teknik mengumpulkan data melalui
soal selidik merangkumi bahan pengukur di mana responden perlu
membaca dan memberi respon kepada persoalan yang dikemukakan
dan ianya amat sesuai bagi pengkaji yang memiliki idea teguh
terhadap objektif kajiannya. Soal selidik berasaskan teknik yang tidak
tersusun yang memerlukan responden untuk memberi jawapan sendiri
jarang digunakan dan ianya mempunyai sedikit masalah kerana
memerlukan responden untuk bermotivasi tinggi ketika menjawab soal
selidik tersebut. Dalam mereka bentuk jadual, arahan hendaklah
bercirikan soalan yang jelas dan jadual tersebut perlulah ringkas dan
mudah untuk difahami responden. Responden tidak boleh diiring oleh
penyoal selidik dan perangkaan yang rapi adalah amat penting kerana
keterjaminan data bergantung kepada tindak balas responden (Sedlack
& Stanley. 1992 :215-216 ). Kaedah ini merupakan kaedah yang paling
popular untuk mengumpul data dalam kajian sains sosial. Penyelidik
akan menyediakan soal selidik tertentu mengikut piawai yang di
tetapkan dan menyerahkannya kepada responden. Langkah awal yang
perlu di lakukan penyelidik adalah mengenalpasti masalah kajian dan
konsep yang digunakan serta bagaimana ia beroperasi. Ia melibatkan
proses abstration. Penyelidik perlu mendapatkan definisi-definisi yang
menerangkan konsep serta perkaitannya. Terdapat tiga cara dalam
kaedah tinjauan iaitu secara individu (self-administered
questionnaires), temubual dan tinjauan menggunakan telefon.
Penghantaran borang soal selidik melalui surat merupakan kaedah
yang selalu digunakan penyelidik dalam tinjauan individu. Penyelidik

juga boleh menghantar soal selidik dengan membuat temujanji dan


menghubungi responden dari rumah ke rumah (Sharifah Zaleha Syed
Hassan, et. al. 2001 : 76). Adakalanya penyelidik bersemuka secara
terus dengan responden setelah borang soalselidik dihantar kepada
responden. Melalui kaedah tinjauan secara individu ini responden boleh
menjawab soalan yang diajukan tanpa rasa takut dan sangsi. Selain
itu, melalui kaedah ini juga memudahkan penyelidik
menyelenggarakan penyelidikan mereka dengan lebih senang dalam
kumpulan yang kecil. Untuk mengatasi masalah borang soal selidik
tidak dikembalikan, penyelidik mengambil inisiatif dengan
menyediakan borang soal selidik yang lengkap dengan beralamat serta
setem untuk di kembalikan. Melalui pendekatan ini ia bergantung
kepada kecekapan penyelidik dalam menyatakan maksud kajian
dengan mudah, ringkas dan menetapkan tempoh masa yang
munasabah untuk responden memberi maklum balas. Apabila cara
menghantar jawapan secara pos tidak berkesan, penyelidik perlu
mendapatkannya sendiri ataupun menggunakan kaedah temubual
(Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 76). Terdapat juga
penemuan baru dalam kaedah tinjauan secara individu seperti
penggunaan komputer dan internet. Terdapat beberapa teknik baru
yang sedang dicuba (Nicholls, Baker, dan Martin 1996 dalam Sharifah
Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001: 77) iaitu seperti :
CATI
(Computer assisted telephone interviewing). Responden mendapat
soalan melalui telefon dan menjawab soalan-soalan secara dalam
talian.
CAPI (Computer assisted personal interviews). Sama
dengan CATI tetapi soalan di kemukakan secara temubual bersemuka.

CASI (Computer assisted self interviewing). Penyelidik membawa


computer ke rumah responden dan responden menjawab sendiri
soalan dan memberi jawapan di computer.
TDE ( Touchtone data
entry).
Responden menghubungi nombor telefon penyelidik dan
menjawab soalan dengan
menekan nombor-nombor telefon
tertentu. Pada masa kini penggunaan internet adalah secara meluas,
pelbagai teknik tinjauan secara on-line telah diwujudkan. Kita
berkemungkinan menyaksikan proses pengumpulan yang lebih mudah
dan berkesan di masa hadapan. Penggunaan telefon mungkin murah
dan cepat namun penyelidik tidak dapat bersemuka dengan responden
dan kesannya mungkin penyamaran dan ketidakabsahan jawapan

(Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al 2001 : 77) Kaedah kedua dalam
penyelidikan sains sosial ialah kaedah kerja lapangan (Field
Work/Study). Dalam kaedah ini, erdapat beberapa teknik yang selalu
digunakan oleh penyelidik sains sosial dalam kerja lapangan (Sharifah
Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Pertamanya ialah teknik
pemerhatian turut serta (Participant Observation) iaitu penyelidik
diperlukan untuk turut serta dalam dalam kehidupan atau proses sosial
yang berlaku (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78).
Sekiranya penyelidik ingin memahami bagaimana proses strategi
pilihanraya dan kempen di buat oleh parti tertentu, penyelidik itu akan
menganggotai parti tersebut dan cuba terlibat dalam mesyuaratmesyuarat parti politik yang berkaitan pilihanraya. Penyelidik bukan
sahaja membuat kajian tetapi turut serta dalam kerja-kerja pilihanraya.
Teknik kedua ialah melalui temubual intensif (In-Depth Interview) yang
mana ianya dilakukan secara lebih mendalam, tidak formal dan
berkaitan topik-topik yang ringan sebelum menjurus kepada topi yang
lebih serius (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78). Isu-isu
yang dibincangkan berkaitan dengan isu-isu biasa tentang kehidupan
dan kemudiannya menjurus kepada topik sebenar. Misalnya penyelidik
berkumpul dengan ahli-ahli mesyuarat parti di kedai kopi sambil
bercakap-cakap tentang isu-isu harian seperti Malaysia kalah dalam
perlawanan bola sepak sebelum secara mendalam bertanya tentang
penyertaan seseorang dalam parti politik tersebut. Teknik ketiga yang
termasuk dalam kadah kerja lapangan ialah kajian kes. Kajian kes
biasanya bersifat kajian yang idiografik tentang individu, kumpulan,
dan masyarakat (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78).
Sebagai contoh, seorang ahli sains politik mengkaji tentang
pergerakan politik tertentu ataupun seorang ahli sosiologi mengkaji
tentang umpulan pekerja dalam sesebuah Bandar. Tambah beliau lagi,
pengkaji biasanya akan mengfokus pada kumpulan tertentu di lokasilokasi tertentu dan pada masa yang tertentu. Teknik yang keempat
adalah menerusi teknik etnografi dan ini biasanya di kaitkan dengan
disiplin antropologi (Sharifah Zaleha Syed Hassan, et. al. 2001 : 78).
Teknik ini biasanya merujuk kepada kajian pemahaman dan
pemerhatian terhadap budaya dan sub budaya. Sebagai contoh, kajian
tentang amalan puja pantai dikalangan masyarakat Melanau di
kawasan pesisiran Pantai Mukah di Sarawak yang mana kajian ini

bertujuan memahami budaya masyarakat Melanau dan membezakan


ciri-ciri budaya atau melihat persamaannya dengan budaya lain, serta
pengaruh budaya dalam kehidupan sosial yang lain. Kaedah
penyelidikan saintifik yang terakhir ialah menerusi kaedah
unobstructive. Kaedah ini biasanya dilakukan apabila sukar untuk
mendapatkan reaksi dari responden kerana mereka tidak menunjukkan
reaksi terhadap penyelidikan ataupun tidak bertindakbalas terhadap
proses ukuran yang di jalankan oleh seorang penyelidik (Sharifah
Zaleha Syed Hassan, et. al 2001 : 78). Terdapat tiga bentuk ukuran
yang biasanya di gunakan dalam kaedah ini (Sharifah Zaleha Syed
Hassan, et. al. 2001 : 78). Ukuran yang pertama adalah melihat buktibukti fizikal yang boleh menunjukkan kesan tingkahlaku sosial
seseorang. Keduanya, iaitu dengan meneliti bahan peninggalan,
seperti dokumen, rekod, surat khabar ataupun buku. Dengan melihat
laporan dan statistik yang ditulis, maka penyelidik dapat gambaran
tentang realiti sosial yang ingin di kaji. Penyelidik juga boleh
melakukan teknik analisis kandungan (content analysis) seperti
melihat berapa kerap isu atau nama seseorang ahli politik muncul
dalam surat khabar ataupun televisyen. Ukuran ketiga, pemerhatian
yang dibuat secara tidak langsung dan tidak formal. Misalnya melihat
simbol parti politik yang disukai oleh seseorang ataupun respon
seseorang terhadap poster pilihanraya. 4.3 : Kepentingan
Mengumpulkan Data Kaedah mengumpulkan data merupakan satu
kaedah yang paling penting dalam pengkajian sains sosial berasaskan
kepada 10 sebab iaitu skop kajian, empirikal, keesahan, pengetahuan,
reliabiliti, gambaran umum, penyelesaian, keberkesanan, rasional dan
peristiwa. Kaedah mengumpulkan data dapat membantu menetapkan
skop kajian dalam penyelidikan sains sosial. Sebagai contoh, Humaizi
dalam tesis sarjananya yang mengkaji tentang pendedahan media
elektronik Malaysia dan Indonesia terhadap masyarakat di beberapa
daerah Acheh Timur telah menetapkan skop kajiannya berasaskan
kepada faktor-faktor seperti taraf pendidikan jenis pekerjaan, umur
lebih daripada 18 tahun dan menetapkan tempoh kajiannya dalam
masa 3 minggu bagi memudahkan kajiannya. Selain itu, kaedah
mengumpulkan data juga penting dari segi faktor empirikal. Seperti
mana yang dinyatakan oleh Humaizi dalam tesis beliau, beliau
menggunakan kaedah temubual dari rumah ke rumah yang

dilakukannya bagi mendapatkan data. Pada pendapat beliau, adalah


lebih baik kiranya ianya adalah melalui pengalaman menanyakan
responden itu sendiri. Dengan merujuk kepada tesis sarjana Humaizi
sekali lagi, melalui hasil daripada kajiannya masyarakat dapat
mengetahui kesan pendedahan media elektronik Malaysia terhadap
tahap kesedaran dan juga kesetiaan responden dari Acheh Timur. Oleh
itu, kaedah mengumpul data juga memberikan data daripada
pengkajian sebagai salah satu bentuk pengetahuan kepada
masyarakat. Sebagai mana yang dikemukakan oleh saudara
Mahmood dalam tesis doktor falsafahnya yang mengkaji tentang
perubahan aspek psikologikal penagih dadah yang mengikuti program
pemulihan di pusat serenti. Beliau menggunakan teknik Cronbach Alfa
untuk menilai dan menguji ketepatan tingkah laku secara konsisten.
Berdasarkan kepada koefisyen alfa yang diperolehinya iaitu nilai
sebanyak 0.689, Mahmood telah menyatakan bahawa ukuran kajian
tersebut bertepatan dan mempunyai reliabiliti kerana bersesuaian
dengan golongan responden iaitu golongan penagih dadah yang mana
tahap harga diri mereka adalah bercampur-campur. Mahmood
menganggap bahawa tahap harga diri di kalangan golongan penagih
dadah lama dan baru adalah berbeza iaitu lebih tinggi di kalangan
penagih lama berbanding yang baru. Menerusi pengumpulan data
juga, pengetahuan dapat diperolehi. Masyarakat juga memperolehi
serba sedikit gambaran umum melalui pengumpulan data dalam
penyelidikan sains sosial yang dijalankan oleh Mahmood. Melalui
pengumpulan datanya yang digunakan oleh Mahmood menerusi Skala
Harga Diri Rosenburgnya dapat memberikan masyarakat gambaran
tentang tahap harga diri seseorang penagih dadah dan pendapat
mereka tentang sejauh mana mereka berasa yakin berada dalam
lingkungan sosial sesebuah masyarakat. Di samping itu, kaedah
mengumpulkan data penting kerana keesahan maklumat. Mahmood
telah mengaplikasikan penggunaan teknik yang pelbagai seperti Skala
Harga Diri Rosenburg, Analisis Varians Satu Hala (ANOVA) dan
sebagainya yang mana penyelidik mengkolerasikan setiap item
dengan keseluruhan skor item (item total) bagi mendapatkan dan
memperolehi ketepatan dalam hasil kajian sebaik yang mungkin.
Dengan itu, keesahan dapat dicapai menerusi pengumpulan data.
Dengan mengambil contoh pula daripada hasil kajian Avnir dan Shor

dalam A Systematic Qualitative Evaluation of Levels of Differentiation


in Families with Children at Risk, mereka telah mengkaji tentang isu
hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak yang
mengalami masalah dan seterusnya menerusi kaedah temubual yang
digunakan mereka. Mereka secara tidak langsung dapat
mengemukakan cadangan bagi penyelesaian untuk masalah tersebut
iaitu dengan memberi fokus kepada nilai kekeluargaan itu sendiri
dengan keunikan yang terdapat pada anak itu sendiri, langkah
penyesuaian, memberi privasi dan sebagainya (Wysocki. 2004 : 111120). Keberkesanan juga diperolehi menerusi kaedah mengumpulkan
data. Sebagai contohnya melalui penggunaan kaedah tinjauan seperti
soal selidik yang digunakan dalam kajian mereka, Avnir dan Shor
menganalisis data yang diperolehi berdasarkan soal selidik atau
questionnaires untuk dijawab oleh ahli keluarga yakni dari kalangan ibu
bapa. Seterusnya, mereka mengadakan analisis kandungan
berdasarkan kepada gambaran yang diberikan oleh ibu bapa tentang
hubungan kekeluargaan mereka dengan anak-anak (Wysocki. 2004 :
111-120). Dengan itu, teknik-teknik pengumpulan data yang
bersesuaian akan memberikan keberkesanan dalam penyelidikan sains
sosial.
Selain daripada itu, rasionalnya sesebuah kajian itu juga
dapat diketahui menerusi kaedah pengumpulan data. Misalnya dalam
kajian Yogan dalam kajiannya berkaitan dengan tingkah laku ganas di
kalangan pelajar semenjak daripada kes tembakan yang berlaku di
Columbine High School pada April 1999. Kajian tersebut adalah
rasional kerana ianya membabitkan perkembangan moral di kalangan
pelajar yang terdiri dari golongan remaja dan kanak-kanak sekolah
dengan guru di sekolah. Ianya mengkaji kesan psikologi yang dialami
oleh para pelajar dan melihat kesan dan pengaruh rakan sebaya yang
membawa kepada perilaku ganas tersebut (Wycoski. 2004 : 33 - 41).
Peristiwa juga merupakan salah satu sebab mengapa kaedah
mengumpulkan data merupakan kaedah yang paling penting dalam
penyelidikan sains sosial. Melalui kaedah pengumpulan data ini, kita
dapat mengumpulkan data-data bagi sesuatu kes berasaskan kepada
peristiwa atau sejarah masa lampau yang kemudiannya dapat
dijadikan bahan penyelidikan dalam sains sosial. Seterusnya, dikaji
selidik akan punca dan akibatnya serta dijadikan iktibar bagi generasi
akan datang. Umpamanya, kes yang dikaji oleh Yogan berhubung

dengan tragedi tembakan yang berlaku pada April 1999 di Columbine


High School secara tidak langsung mempunyai signifikan kepada
masyarakat hari ini. Sebelum kes yang berlaku di Columbine High
School terdapat juga lagi beberapa kes yang hampir sama. Khuatir
akan terulangnya kejadian ini, maka dikaji situasi dan hubung kait
sosial antara pelajar dan guru untuk mengenal pasti sebab dan punca
peristiwa itu berlaku (Wycoski. 2004 : 33 - 41). 5.0 : Kesimpulan
Penyelidikan saintifik dalam sains sosial merupakan satu bentuk
pemerhatian bagi membentuk permasalahan kajian bagi mencari dan
mendapatkan penyelesaian bagi sesuatu perkara terutamanya yang
berhubung kait dengan sains sosial. Dalam penyelidikan sains sosial,
kaedah mengumpulkan data merangkumi teknik-teknik seperti
membuat tinjauan atau survei, membuat pemerhatian, temubual, dan
pemerhatian makmal. Kaedah mengumpulkan data dikatakan
merupakan kaedah yang paling penting kerana ianya memberikan
skop kajian, bersifat empirikal dari segi mendapatkan data kajian,
mempunyai keesahan, reliabiliti, rasional, dan keberkesanan data yang
diperolehi. Selain itu, kaedah mengumpulkan data turut memberikan
gambaran umum, peristiwa serta pengetahuan kepada masyarakat
tentang sesuatu isu dalam sains sosial yang meliputi individu dan
masyarakat. Justeru, kaedah mengumpulkan data sememangnya
merupakan kaedah yang paling penting dari segi peranannya dalam
mendapatkan data bagi penyelidikan dalam sains sosial. 6.0 :
Bibliografi
________________________________________________________________________
D. K. Wycoski. 2004. Readings in social research methods. Edisi ke-2.
Canada.
Wadsworth. Humaizi. 1993. Pelimpahan siaran media
elektronik Malaysia : satu pendekatan
perspektif kegunaan dan
kepuasan. Tesis Sarjana, Fakulti Sains Kemasyarakatan
dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahmood Nazar
Mohamed. 1995. Perubahan psikologikal dari segi harga diri, profail
personaliti dan penggunaan mekanisme bela diri di kalangan penagih
dadah yang mengikuti program pemulihan dadah serenti. Tesis Doktor
Falsafah, Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Stanley and Sedlack. 1992. Social research :
Theory and methods. Canada. Allyn and
Bacon. Syarifah Zaleha
Syed Hasan et. al. 2001. Pengantar sains sosial. Pusat Pengajian Jarak

Jauh. Universiti Kebangsaan Malaysia. W. L. Newman. 1997.


Qualitative and quantitative approaches. Edisi ke-3. Canada.
Allyn and Bacon
Copy the BEST Traders and Make Money : http://ow.ly/KNICZ

Anda mungkin juga menyukai