Anda di halaman 1dari 23

GMGM 3053 1

PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKASURAT

1.0 PENGENALAN

2.0 ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN

3.0 PERANCANGAN LATIHAN

14

4.0 PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB

19

5.0 PELAKSANAAN LATIHAN

21

6.0 KESIMPULAN

23

218860

GMGM 3053 2
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

1.0 PENGENALAN
Latihan membawa kepada definisi usaha-usaha yang boleh dilaksanakan oleh sesebuah
organisasi bagi meningkatkan ilmu pengetahuan para pelatih supaya mereka boleh melakukan
sesuatu tugas dengan baik. Bagi sesebuah organisasi, latihan merupakan satu proses yang
sistematik khusus untuk memberikan pengetahuan (knowledge), kemahiran (skills) dan
kebolehan (abilities), (KSA) yang bersesuaian bagi sesuatu tugas atau pekerjaan.
Ini menunjukkan bahawa latihan menjurus kepada sesuatu yang spesifik dan menumpu
kepada prestasi masa yang terdekat. Latihan berbeza daripada pembangunan yang memfokuskan
kepada jangka masa yang lebih panjang. Dalam pembangunan pekerja, usaha-usaha adalah lebih
bertumpu untuk meluaskan KSA pekerja bagi menyediakan mereka untuk kerja-kerja dan
jawatan yang bakal mereka pegang di masa akan datang dan pada masa yang sama akan
meningkatkan kapasiti ereka dalam melaksanakan tugas mereka sekarang ini.
Setelah sesuatu program latihan dibentuk, program latihan mengharapkan dapat melatih
pekerja untuk menjadi lebih baik dan akhir sekali dapat meningkatkan hasil kepada organisasi.
Oleh itu, program latihan yang baik memerlukan perancangan dan pembentukan yang teliti dan
ini boleh dilakukan dengan pendekatan sistem.
Bagi memastikan aspek perancangan dan pelaksanaan latihan dilaksanakan berasaskan kepada
keperluan sebenar kakitangan dan juga organisasi, proses Analisis Keperluan Latihan (TNA)
perlu dilakukan.
TNA merupakan langkah pertama dalam pusingan latihan dan perlu dilaksanakan terlebih dahulu
sebelum sesuatu perancangan mengenai latihan dibuat. Objektif utama TNA ini dilaksanakan
ialah untuk mengumpul dan menganalisis keperluan sebenar latihan bagi setiap warga kerja agar
218860

GMGM 3053 3
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

ianya sesuai dengan tugas dan tanggungjawab jawatan yang disandang. Antara objektif lain juga
mengapa TNA dilaksanakan ialah :
i.

Untuk mengetahui apakah pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang diperlukan


pekerja.

ii.

Adakah pekerja mempunyai pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang mencukupi


dalam melaksanakan tugas.

iii.

Adakah latihan yang dilaksanakan mampu menyelesaikan permasalahan yang berkaitan


dengan pengetahuan, kemahiran dan kemampuan.

Ketiga faktor di atas, pengetahuan, kemahiran dan kemampuan juga dikenali dengan
ringkasnya sebagai KASs (knowledge, skill, abilities.) Setelah analisis keperluan latihan ianya
diteruskan dengan perancangan latihan dan seterusnya kepada pelaksanaan latihan. Ketiga
langkah ini akan dijelaskan dengan lebih lanjut di dalam tugasan ini.

218860

GMGM 3053 4
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

2.0 ANALISIS KEPERLUAN TUGAS


TNA yang menyeluruh memainkan peranan yang penting sekiranya sesebuah organisasi ingin
menyelaraskan kemahiran yang ada di kalangan warga kerja yang bertanggungjawab untuk
membantu organisasi memcapai matlamat yang telah ditetapkan. Jika dijalankan dengan betul,
ia akan membantu organisasi untuk mengenal pasti bila masanya latihan akan mampu untuk
menyelesaikan masalah dan isu-isu tertentu dan bila masanya campur tangan alternatif mungkin
diperlukan.
Analisa Keperluan Latihan ini akan membantu organisasi menyediakan warga kerja yang
terlibat dalam membuat analisis latihan agar mereka dapat memainkan peranan mereka dengan
berkesan. Pekerja yang berkebolehan, berkemahiran dan terlatih adalah tonggak kejayaan bagi
sesebuah organisasi moden disebabkan mereka mampu melaksanakan tugas mereka dengan lebih
baik dan berkesan.

218860

GMGM 3053 5
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

AKTIVITI DI DALAM ANALISIS KEPERLUAN LATIHAN


Bagi tugasan ini, saya memilih untuk melakukan analisis keperluan latihan berkaitan dengan
organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Analisis Organisasi
Di dalam analisis organisasi ini, menurut Berger (1993), terdapat beberapa perkara yang perlu
diambil kira dalam menjalankan analisis organisasi. Untuk mengenalpasti dengan lebih lanjut
dan mendalam tentang apakah matlamat sesebuah organisasi boleh dilihat menerusi visi dan misi
serta apakah objektif yang ingin dicapai dalam memastikan operasi organisasi itu berjalan
dengan lancar seperti yang diingini.
VISI
Peneraju bagi mengekalkan Malaysia selamat, aman dan sejahtera.
MISI
Memberi perkhidmatan profesional dan berkualiti dalam melindungi Negara bagi menjamin
masyarakat selamat,aman dan sejahtera.
OBJEKTIF

Mengurangkan kadar jenayah ke tahap yang minimum ;

Meningkatkan kecekapan serta keberkesanan perkhidmatan pembangunan sumber


manusia ;

Meningkatkan kadar penyelesaian kes dan pembanterasan jenayah terancang ;

Mengurangkan bekalan dan permintaan dadah ;

218860

GMGM 3053 6
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan serta keperluan logistik yang optima


bagi menentukan kejayaan PDRM;

Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan, ketenteraman awam dan keselamatan


negara dan

Mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan perolehan dan analisis risikan


keselamatan bagi membanteras kegiatan yang mengancam keselamatan negara dan/atau
ketenteraman awam.

Organisasi PDRM dapat dianalisis melalui ketiga perkara ini, visi misi dan objektifnya. Dapat
dilihat keseluruhan organisasi PDRM ditubuhkan adalah untuk memberi perkhidmatan kepada
rakyat dan Negara dalam memastikan keselamatan dan ketenteraman.
Kita juga semua tahu, PDRM merupakan organisasi yang bersifat luaran. Setiap tugas
dan setiap urusan PDRM adalah bersifat dinamik dan berubah mengikut keadaan persekitaran.
PDRM perlu menyesuaikan objektif mereka dengan keadaan keselamatan Negara pada masa
kini. Ini bagi membolehkan mereka sentiasa bergerak seiring dengan kemajuan, dan juga
ancaman yang melanda masa kini.
Melalui perubahan persekitaran yang sentiasa berlaku ini juga, ianya memberi kesan ke
atas pekerjaan di dalam organisasi yakni kepada anggota polis yang bertugas di bidang masingmasing. Dalam menyesuaikan KSA anggota polis dalam menghadapi tugas seharian mereka,
perlu ada penyesuaian dan perubahan serta pembaharuan dalam KSA setiap anggota polis itu.

218860

GMGM 3053 7
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Analisis Tugas
Berikut merupakan senarai umum tugas seorang anggota polis.

Seksyen 20 Akta Polis menyenaraikan tugas-tugas pegawai polis seperti berikut:-

menangkap semua orang yang dia diberi kuasa oleh undang-undang untuk ditangkap;

memproses risikan keselamatan;

menjalankan pendakwaan;

memberi bantuan dalam melaksanakan mana-mana undang-undang berhubungan dengan


hasil, eksesais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran;

memberi bantuan dalam mengekalkan ketenteraman di pelabuhan dan lapangan terbang


Malaysia, dan dalam menguatkuasakan peraturan-peraturan kelautan dan pelabuhan;

melaksanakan saman, sapina, waran, perintah memenjara dan proses-proses lain yang
dikeluarkan dengan sah oleh mana-mana pihak berkuasa yang kompeten;

mempamerkan maklumat;

melindungi harta yang tidak dituntut/hilang dan mencari pemunyanya;

menyita binatang-binatang yang berkeliaran dan menempatkannya dalam kandang awam;

memberi bantuan dalam melindungi nyawa dan harta;

melindungi harta awam daripada hilang atau rosak;

menghadiri mahkamah jenayah dan jika diperintah dengan khas, mahkamah sivil, dan

menjaga ketenteraman didalamnya dan

mengiring dan menjaga banduan-banduan dan orang-orang lain yang ada dalam jagaan
polis.

218860

Seksyen 21 pula ialah tugas mengatur, mengawal dan menjaga lalulintas di jalan awam.

GMGM 3053 8
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Menerusi senarai tugas-tugas seorang anggota polis, dapat diringkaskan tugas seorang anggota
adalah ke arah melindungi orang awam, harta dan mencegah sesuatu jenayah dari berlaku. Setiap
anggota perlu ada pengetahuan dalam menjalankan tugas mereka seperti apakah undang-undang
yang bersesuaian dengan jenayah yang sedang disiasat. Anggota perlu mahir dalam bidang tugas
mereka seperti cara mengendalikan senjata dan seterusnya anggota polis mempunyai
kemampuan dalam menjalankan tugas-tugas seperti yang disenaraikan.
Analisis tugas yang disenaraikan juga membantu dalam pengurusan sumber manusia dalam
menguruskan hal pengambilan anggota baru, pembangunan kerjaya bagi anggota polis,
rekabentuk tugas, penetapan gai dan lain-lain. Dalam melaksanakan analisis tugas, ianya boleh
dilakukan melalui tiga kaedah. Oleh kerana setiap anggota polis telah mempunyai satu fungsi
tugas yang menyeluruh dan spesifik, tugas mereka mudah dianalisis. Antara kaedahnya adalah
seperti berikut :
i.

Pemerhatian
Analisis tugas seorang anggota polis paling mudah dilakukan melalui pemerhatian. Dapat
dilihat tugasan harian mereka yang melibatkan aktiviti fizikal seperti berjaga, meronda
keselamatan dan cegah jenayah dan lain-lain. Ini dapat memberi hasil analisis yang
banyak dan membantu dalam menentukan apakah bentuk latihan yang boleh diterima
seorang anggota polis dalam memantapkan lagi perkhidmatan mereka.

ii.

Temubual
Walaupun melalui pemerhatian sahaja, analisis ke atas tugas seorang anggota polis dapat
dilakukan dengan menyeluruh, kita juga boleh menjalankan sedikit temubual bersama
anggota polis. Ini untuk mendengar dengan lebih lanjut tentang apakah pendapat mereka
tentang latihan yang mereka perlukan, kekurangan dalam latihan dalam tugas mereka dan

218860

GMGM 3053 9
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

juga lain-lain. Melalui jawapan dari temubual ini, latihan dapat direka bersesuaian
dengan tugas serta anggota yang menjalankan tugas itu juga.
iii.

Analisis rekabentuk tugas


Bagi memahami dengan lebih lanjut tentang bidang tugas awam dalam Polis Diraja
Malaysia, kita akan melihat carta aliran tugas bagi seorang anggota polis yang bertugas
untuk menjaga lokap. Antara salah satu contoh dalam carta aliran tugas seorang anggota
polis mengikut tugas adalah seperti berikut :

218860

GMGM 3053 10
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Menghadiri taklimat tugasan 15 minit sebelum menjalankan tugas rasmi.

Masuk ke lokap untuk menerima serahan tugas dari anggota yang


bertugas sebelumnya.

Mengira jumlah Orang Kena Tuduh (OKT) dan memastikan jumlah adalah
sama seperti di dalam rekod.

Memastikan tiada barangan larangan di dalam setiap bilik lokap seperti


gunting, pemetik api , tembakau dan lain-lain.

Memastikan keadaan lokap adalah bersih dan kebajikan OKT terjaga


(makan dan minum)

Memasitikan setiap kesalahan OKT tepat dengan seksyen kesalahan yang


dituduh.

Menerima lawatan dari pegawai dan penyelia. Membuat kerta kerja berkaitan
urusan reman dan pelepasan OKT ke makhamah.

Menjalankan tugas lain yang berkaitan pada masa bertugas. Menyerah tugas
kepada anggota seterusnya yang bertugas.

218860

GMGM 3053 11
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Melalui analisis tugas sebentar tadi antara KSAs yang diperlukan dalam melaksanakan tugas
seorang anggota polis menjaga lokap seperti contoh yang telah diberikan di atas :
Pengetahuan (Knowledges)

Pengetahuan tentang undang-undang berkaitan dengan setiap jenayah yang ada.

Pengetahuan tentang bagaimana menjalankan tugas secara protokol.

Pengetahuan tentang bagaimana menguruskan kertas kerja yang berkaitan penyerahan


OKT kepada pendakwaraya atau pegawai penyiasat yang bertugas.

Pengetahuan tentang cara menguruskan OKT, pengetahuan tentang keselamatan dalam


lokap.

Kemahiran ( Skills )

Kemahiran dalam mengendalikan OKT.

Kemahiran dalam menjalankan pemeriksaan ke atas OKT tanpa menyebabkan sebarang


bahaya timbul.

Kemahiran dalam menjaga lokap untuk sentiasa berkunci dan tiada OKT terlepas.

Keupayaan

Keupayaan dalam memastikan OKT terkawal.

Keupayaan dalam melaksanakan kerja secara serentak dan berkesan (berkawal dan
menguruskan kertas kerja )

Keupayaan dalam melaksanakan tugas dalam waktu bertugas secara efisien.

Keupayaan dalam menepati masa bekerja, untuk menghadiri taklimat dan untuk sentiasa
bersedia.

218860

GMGM 3053 12
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Analisis Individu
Aktiviti seterusnya dalam menganalisis apakah keperluan latihan yang diperlukan, ialah dengan
melakukan analisis ke atas seorang individu itu sendiri. Di mana dalam kajian ini ianya
dilakukan ke atas seorang individu yang bertugas sebagai anggota polis. Setiap anggota perlu
dianalisis apakah pengetahuan dan kemahiran mereka yang berkaitan dengan tugas serta apakah
latihan atau perubahan yang boleh dilaksanakan bagi memastikan mereka lebih baik dalam tugas
mereka.
Untuk menganalisis seorang anggota polis yakni individu, terdapat beberapa cara. Antaranya
adalah seperti berikut:
i.

Penilaian Prestasi
Di mana-mana organisasi pun, penilaian prestasi merupakan aktiviti wajib setiap
tahun. Ini bagi mengukur sejauhmana seorang individu itu memberi sepenuhnya
dalam tugas mereka. Jika seorang anggota itu tidak menjalankan tugas sebaik
mungkin dan tidak mencapai seperti prestasi yang dikehendaki, melalui analisis
individu ini kita akan dapat mengetahuinya. Sebarang perancangan latihan dan
pembangunan boleh ditetapkan untuk mengubah perkara ini

ii.

Penilaian Kendiri
Penilaian ini akan dilakukan oleh seorang anggota itu sendiri. Ini kerana, tidak semua
penilaian dari orang luar seperti pihak pengurusan adalah sama dengan penilaian diri
sendiri anggota itu sendiri. Kerana anggota itu lebih mengetahui apakah yang
diperlukan dan membantu dalam membuat penambahbaikan dalam tugas harian
mereka.

218860

GMGM 3053 13
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

iii.

Ujian Kemahiran
Di dalam unit beruniform seperti PDRM, ujian kemahiran ini sering dilaksanakan. Ini
bagi menguji kemahiran seorang anggota itu dan samaada terdapat peningkatan dalam
kemahiran sedia ada mereka atau pun terdapat latihan tambahan yang diperlukan.
Contoh ujian kemahiran adalah seperti ujian menembak, ujian kecergasan dan lainlain. Ujian kemahiran ini bukan sahaja hanya pada ujian fizikal. Terdapat juga ujian
kemahiran dalam pengetahuan, seperti peperiksaan undang-undang yang wajib lulus
bagi setiap anggota polis.

Selepas ketiga analisis ini dilakukan, analisis ke atas organisasi, tugas dan individu itu, kita akan
dapat mengenalpasti apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan organisasi
PDRM, tugas yang dijalankan anggota dan diri anggota polis itu sendiri dalam melaksanakan
pekerjaan. Melalui analisis ini dapat dilihat apakah yang kurang terhadap KSAs, dan latihan bagi
menambah baik perkara ini dapat dijana dan dirancang.

218860

GMGM 3053 14
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

3.0 PERANCANGAN LATIHAN


Perancangan latihan merupakan peringkat kedua setelah analisis keperluan latihan dilakukan.
Segala analisis yang dilaksanakan, dan maklumat yang diperolehi digunakan untuk merancang
jenis latihan yang sesuai pada setiap peringkat, dari organisasi, tugas sehingga ke individu.
Segala maklumat yang diperoleh dari analisis itu perlu dibentangkan kepada organisasi,
ini untuk memperlihatkan kepada mereka tentang pengetahuan, kemahiran dan keupayaan
organisasi dan pekerjanya. Juga bagi mengetahui apakah maklum balas dari pengurusan tentang
keadaan organisasi dan apakah yang mereka inginkan dari perancangan latihan yang akan
dilaksanakan.
i.

Persediaan Latihan

Dalam menentukan sesuatu latihan, persediaaan yang bersesuaian harus dilakukan berkaitan
dengan latihan tersebut. Latihan yang membawa kepada perubahan adalah latihan yang
mempunyai matlamat, objektif dan menggunakan kaedah latihan serta bahan latihan yang betul.
ii.

Menetapkan matlamat latihan.

Dalam menetapkan matlamat latihan, kita lihat kepada organisasi itu sendiri. Di dalam kes ini
organisasi PDRM. Moral anggota mungkin dikatakan jatuh merundum kerana tugas rutin yang
sama setiap hari dan kes jenayah yang meningkat tanpa sebarang penyelesaian yang sahih.
Walaupun perkara ini tidak berlaku pada setiap individu dan juga pada setiap kes jenayah yang
berlaku, latihan boleh dirancang berkaitan dengan penambahbaikan kepada dua perkara yang
disebut ini.

218860

GMGM 3053 15
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

iii.

Penetapan Objektif Latihan.

Objektif yang ingin diperolehi oleh anggota polis selepas latihan yang dilaksanakan adalah
seperti:
i.

Setiap anggota memahami dan mengenalpasti secara mendalam tentang undang-undang


berkaitan dengan tugas mereka.

ii.

Setiap anggota polis mempunyai kemahiran dalam menguruskan senjata, OKT dan semua
yang berkaitan.

iii.

Setiap anggota polis mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap tugas yang
dilakukan.

Selepas matlamat dan objektif ditetapkan, kaedah latihan perlu ditetapkan. Kaedah bagaimana
latihan ingin dijalankan dan disampaikan kepada semua yang terlibat. Setiap kaedah latihan yang
ingin dijalankan mesti dirancang mengikut kesesuaian apakah jenis maklumat yang ingin
disampaikan, jumlah peserta yang terlibat dalam latihan dan sumber-sumber yang ingin
digunakan seperti masa, ruang dan lain-lain.

218860

GMGM 3053 16
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

KAEDAH LATIHAN
Antara kaedah latihan yang boleh dilakukan dalam memastikan analisis yang telah dilaksanakan
dapat ditambahbaik dan tercapai objektifnya adalah seperti berikut :
i.

Ceramah atau Seminar

Kaedah ini sering digunakan dalam mana-mana organisasi. Dalam PDRM seminar atau pun
kursus boleh dilakukan dalam mengajar anggota tentang protocol yang mereka perlu cekapi serta
undang-undang serta seksyen yang berkaitan dengan tugas harian mereka. Melalui seminar dan
kursus ini, anggota polis boleh memberi perhatian dan focus terhadap apa yang diceramahkan
oleh pengajar ketika itu.
Pengajar yang ingin memberi latihan itu juga perlulah seorang yang mempunyai pengetahuan
yang luas dan mendalam terhadap bidang yang diberi latihan. Contohnya bagi mengajar anggota
polis tentang protokol tugas adalah seorang pegawai polis yang lagi tinggi pangkatnya dan
berkhidmat di dalam jabatan tatatertib.
ii.

Kaedah Amali/ Simulasi

Kaedah jenis ini sinonim dengan setiap anggota polis. Antara contoh latihan yang sentiasa
diadakan adalah seperti latihan menembak yang dilakukan sebulan sekali atau pun dua minggu
sekali mengikut keadaan yang bersesuaian. Ini membolehkan setiap anggota melatih kemahiran
mereka menembak, dan memastikan kaedah yang digunakan adalah tepat dalam pengurusan
senjata.

218860

GMGM 3053 17
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Contoh amali yang lain seperti ujian kecergasan. Ini bagi memastikan setiap anggota polis
mampu bertugas secara efisien dalam aktiviti fizikal. Setiap anggota polis juga perlu cergas dan
efektif. Ini sejajar dengan tugas mereka dan matlamat PDRM yang umumnya ingin menjaga
keamanan. Anggota polis merupakan mereka yang menggambarkan organisasi PDRM, jadi
setiap anggota perlu membawa imej dan kecergasan yang mantap kepada orang ramai.
Melalui kaedah amali ini juga, anggota dapat mempelajari kaedah mengawal OKT, menangkap
OKT dan lain-lain yang berkaitan dengannya. Simulasi dalam melatih anggota polis dalam
melakukan serbuan juga sering dilakukan, bagi memastikan setiap anggota tahu asas yang betul
dalam membuat penangkapan/serbuan.
iii.

Kaedah tunjuk ajar secara bersemuka

Setiap anggota polis yang mempunyai pangkat atau pengalaman yang lebih, bertanggungjawab
dalam memberi tunjuk ajar kepada

anggota polis

yang baru.

Contohnya, sarjan

bertanggungjawab dalam memberi tunjuk ajar dan panduan kepada koperal, manakala koperal
bertanggungjawab membimbing konstabel di bawahnya. Kerjasama di setiap peringkat adalah
diperlukan dalam melatih seorang anggota polis yang efektif dan efisien yang mampu menjaga
keamananan Negara dan rakyat.
Kaedah latihan ini boleh dilakukan sesama anggota ketika mereka bertugas di tempat kerja.
Anggota boleh belajar dari atasan mereka tentang bagaimana menguruskan sesuatu situasi ketika
sedang bertugas dan seterusnya mengaplikasinya sendiri.

218860

GMGM 3053 18
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

iv.

Pusingan Kerja dan Penempatan

Bagi tugas umum di dalam organisasi PDRM, setiap anggota mempunyai satu pusingan kerja
dan penempatan yang sering berubah. Anggota polis tidak termaktub ke atas satu tugas sahaja.
Contohnya, mungkin harini anggota tersebut bertanggungjawab dalam menjaga lokap, tetapi
keesokan harinya anggota polis itu akan ditetapkan untuk membuat ronda cegah jenayah.
Melalui kaedah pusingan kerja ini, setiap anggota polis mempunyai pengetahuan yang luas
dalam bidang tugas mereka. Mereka mempelajari dan mengalami setiap peringkat secara
mendalam. Dari peringkat pencegahan jenayah seperti ronda, pengawalan keselamatan umum,
penangkapan penjenayah sehingga ke peringkat pengawalan penjenayah semuanya akan dilalui
seorang anggota polis. Kaedah ini merupakan antara salah satu kaedah paling efektif dalam
memastikan pengetahuan seorang anggota mencukupi dalam tugas mereka.

218860

GMGM 3053 19
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

4.0 TANGGUNGJAWAB PIHAK YANG TERLIBAT.


Di dalam melaksanakan sesuatu latihan bagi pembangunan diri, tugas mahupun organisasi, ianya
akan melibatkan jurulatih ( penceramah, guru dan lain-lain ) bersama dengan peserta latihan. Di
sini dapat disenaraikan beberapa tanggungjawab yang perlu jurulatih dan peserta mengambilkira
dalam menjayakan sesuatu program latihan.
Jurulatih
Bagi tugasan ini, jurulatih yang dimaksudkan mestilah berkaitan dengan badan unit beruniform
PDRM. Kebiasaannya memang terdapat polis yang akan bertugas sebagai jurulatih. Mereka ini
merupakan anggota polis yang mempunyai pengalaman dan telah didedahkan dengan pelbagai
pengetahuan sewaktu mereka bertugas. Jurulatih juga mempunyai kelayakan yang diperlukan
dalam melatih anggota lain, mereka mempunyai dan telah menjalani latihan untuk menjadi
seorang jurulatih dari pengurusan PDRM sendiri.
Jurulatih perlu mempunyai ciri-ciri berikut dalam melibatkan diri dalam program latihan:
i.

Mempunyai tahap persediaan yang tinggi serta mampu menyampaikan latihan dengan
gaya paling mudah difahami dan tidak membosankan.

ii.

Mempunyai teknik serta kemahiran yang baik dalam perkara yang diberi latihan.

iii.

Persediaan bahan latihan yang lengkap dan berkait dengan latihan.

iv.

Mempunyai komunikasi dua hala dengan peserta latihan

v.

Mempunyai ilmu pengetahuan serta kepakaran yang meluas dalam bidang tugas.

vi.

Mampu mengekalkan displin yang tinggi ketika latihan ke atas diri peserta
terutamanya dalam bidang beruniform.

218860

GMGM 3053 20
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

Manakala antara ciri yang perlu ada di dalam diri seorang peserta latihan yakni di dalam
tugasan ini adalah seorang anggota polis, ciri-cirinya adalah seperti berikut:
i.

Berdisplin ketika latihan, dalam segi ketepatan masa dan juga fokus ketika latihan.

ii.

Berfikiran terbuka dalam menerima gaya dan latihan yang baru diajar.

iii.

Buat perbandingan dengan gaya mereka menjalankan tugas dengan latihan yang
diberikan, lakukan penambahbaikan jika diperlukan.

iv.

Mengambil setiap ajaran dari latihan dan mengaplikasikannya dalam tugas seharian.

v.

Menikmati latihan yang diberikan kerana tidak semua individu berpeluang, anggap
latihan yang diberikan bukan paksaan tetapi lebih kepada ganjaran untuk diri.

218860

GMGM 3053 21
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

5.0 PELAKSANAAN LATIHAN


Setelah analisis latihan kemudiannya perancangan latihan dilakukan. Tiba masanya untuk
mengaplikasikan latihan tersebut ke atas anggota. Di peringkat ini, setiap peserta latihan dan juga
jurulatih dalam membuat latihan ini perlu memberikan komitmen serta kerjasama yang tinggi
bagi memastikan objektif latihan tercapai.
Antara fasa dalam perlaksanaan latihan adalah seperti berikut:
a) Fasa Permulaan
Pada peringkat ini, ianya merupakan peringkat pengenalan di antara anggota polis dengan
pihak yang melatih mereka seperti anggota polis yang lebih berpengalaman atau pakar
berkaitan yang bertanggungjawab dalam melatih mereka.
Di dalam badan beruniform seperti PDRM, tiada ruang untuk bermain permainan
mahupun gurauan senda ketika bertugas. Setiap anggota perlu tahu akan tugas masingmasing dan serius dalam melaksanakanya. Ini bagi memastikan tugas mereka adalah
berkualiti dan tidak menjejaskan pihak lain. Setiap anggota boleh berkenalan dengan
jurulatih mereka tetapi kemudian mereka perlu berada dalam keadaan sedia untuk
berkerja dan focus.
b) Fasa Perlaksanaann
Pada fasa ini latihan yang dirancang akan dilaksanakan. Contoh bagi seorang anggota
polis ialah ketika latihan dalam kerja. Sejurus waktu bekerja mereka bermula, jika
anggota tersebut belum mempunyai KSAs yang mencukupi untuk mengawal situasi yang
berlaku, mereka perlu mengikut rapat anggota polis yang lebih berpengalaman dan

218860

GMGM 3053 22
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

mengkaji setiap tindak tanduk mereka di samping memastikan keselamatan masingmasing. Tiada ruang untuk cuba jaya pada peringkat ini, ia lebih kepada lihat dan belajar.
Jika terdapat sebarang persoalan ataupun keraguan boleh ditanya pada jurulatih ketika itu
pada waktu yang bersesuaian.
Jurulatih juga berperanan besar ketika ini, dengan memberi tunjuk ajar secara cekap dan
efisien serta memberi maklum balas yang relevan kepada individu yang dilatih mereka.
c) Fasa Penutupan
Pada fasa ini ianya bukanlah pengakhiran bagi sesebuah latihan di dalam organisasi
PDRM. Ianya lebih kepada proses perbincangan terhadap latihan yang diberi dan latihan
yang diterima. Samaada latihan bagi setiap anggota itu mempunyai manfaat dalam bidang
tugas mereka. Dan juga samaada KSAs mereka ditambah baik sepanjang pelbagai jenis
latihan yang diterima seorang anggota polis itu.
Jika objektif latihan tidak tercapai dengan sempurnanya latihan akan sentiasa diadakan
secara berterusan hingga seorang anggota itu tamat khidmatnya di dalam perkhidmatan
tugas mereka. Kerana usaha untuk meningkatkan diri bukan hanya untuk anggota yang
baru, ianya juga termaktub kepada diri setiap individu yang bekerja.

218860

GMGM 3053 23
PENGURUSAN LATIHAN DALAM ORGANISASI

6.0 KESIMPULAN
Setiap organisasi memerlukan satu program latihan yang mempunyai asas yang mantap. Ini
kerana melalui program latihan yang mantap dan membina ia boleh meningkatkan kemahiran,
pengetahuan

dan

sikap

seseorang

pekerja

dalam

menjalankan

tugas

mereka.

Walaubagaimanapun untuk merangka satu rancangan pelatihan setiap langkah asas perlu
dilaksanakan terlebih dahulu, seperti analisis keperluan latihan bagi mengenalpasti KSAs di
peringkat organisasi, pekerjaan serta individu
Kemudian diteruskan pula dengan langkah kedua iaitu bagi pengurusan dan jurulatih
untuk merancang latihan yang boleh dikatakan akan membawa impak. Di sini setiap objektif
latihan, bahan latihan dan kaedah akan disediakan. Perancangan yang teratur akan menjadikan
proses latihan itu berjalan lancar dan membawa hasil kepada peserta dari latihan tersebut. Beralih
kepada pelaksanaan latihan di mana ia tertumpu kepada interaksi jurulatih dan peserta latihan.
Kedua-dua pihak mempunyai peranan yang besar dalam menjayakan latihan yang diberi ketika
itu.
Latihan ini merupakan suatu proses untuk meningkatkan potensi warga kerja sesebuah
organisasi melalui penguasaan ilmu pengetahuan, pembinaan kemahiran dan sikap yang
diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas secara efektif bagi memacu pencapaian misi dan
visi organisasi. Untuk mencapai perkara ini memerlukan setiap langkah dalam latihan itu
dilaksanakan dengan baik. Bermula dari analisis sehingga ke langkah terakhir iaitu penilaian
program latihan. Program latihan yang baik adalah program yang mampu mencapai matlamat
serta objektif yang ditetapkan dan perkara paling penting adalah dapat meningkatkan KSAs
pekerja dalam organisasi.

218860

Anda mungkin juga menyukai