Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN
Pengurusan perakaunan adalah satu bentuk maklumat yang menyediakan pelbagai
maklumat berkenaan dengan kewangan sesebuah syarikat. Kesemua maklumat ini adalah
penting kepada pengurus perakaunan dan juga beberapa individu lain dalam sesebuah
syarikat atau organisasi yang mengawal operasi syarikat. Begitu juga dengan Secara
asasnya, terdapat beberapa jenis kos yang terlibat dalam proses pengeluaran seperti mana
yang berikut:-
a) Kos Bahan Mentah : Kos bahan mentah adalah satu bentuk kos utama yang
digunakan dalam proses pengeluaran produk.
b) Kos Buruh Langsung : Merujuk kepada kos buruh yang digunakan dalam proses
penghasilkan dan pengeluaran produk. Contohnya seperti mereka yang
mengendalikan mesin memproses produk dan sebagainya.
c) Kos Overhead Pengeluaran : Merupakan kos pengurusan yang wujud semasa proses
pengeluaran dijalankan. Contohnya seperti sewa mesin pemprosesan,
penyelenggaraan mesin dan sebagainya yang mana kesemua jenis kos ini adalah kos
yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran produk.

Oleh itu, penulisan akademik ini akan membincangkan beberapa perkara yang
berkaitan dengan konsep kos, ciri-ciri maklumat perakaunan, kepentingan konsep kos dan
ciri-cirinya terhadap akauntan pengurusan serta implikasinya. Perbincangan juga akan
menjurus kepada proses pengeluaran produk keluaran Life Water Industries Sdn Bhd
(LWI) iaitu salah satu pengeluar minuman ringan yang beroperasi di Sandakan, Sabah.
LWI ditubuhkan pada April 2002 dan telah mengubah operasi semua tujuh jabatannya
untuk mencapai kecekapan yang tinggi. Pada masa kini, LWI menghasilkan pelbagai jenis
minuman bermutu tinggi dengan produknya yang paling popular iaitu K2 17 Tahap Air
Minum Bersih, setiap titik sumber air melepasi 17 Tahap Sistem Pembersihan Air dan
diikuti oleh Tritonic Kurang Minuman Isotonik Sweet, 2More Soda Sparkling Percuma
Kafein, Stick Ais, Buah Ais dan QQ Ais.

1
2.0 KONSEP KOS DAN KOS YANG TERLIBAT DALAM ORGANISASI
Secara asasnya, kos mengikut pelaku (Behaviour Cost) dan kos mengikut masa
(Period Cost) adalah dua bentuk yang selalunya wujud dalam suatu proses pengeluaran
termasuklah semasa LWI menjalankan proses pengeluaran produk mereka.

2.1 Kos Mengikut Pelaku


Kos Pelaku (Behaviour Cost) merujuk kepada kos yang wujud akibat daripada
perubahan tahap/jumlah aktiviti pengeluaran. Apabila aktiviti pengeluaran meningkat
atau menurun, kos juga mungkin meningkat atau menurun dan berkemungkinan tidak
berubah. Untuk tujuan perancangan, pengurus perlu mengetahui apa yang akan berlaku.
Sekiranya pengurus menjangkakan kos akan berubah, maka pengurus tersebut perlu
menganggar nilai kos yg akan berubah. Oleh yang demikian, berikut dinyatakan
beberapa bentuk kos mengikut kepada konsep kos pelaku:-

a) Kos Tetap

Kos (RM’000)

100

Kos Tetap
50

5 10 15 20 Kuantiti
(‘000Unit)

Rajah 1 : Kos Tetap LWI Sebulan

Kos yang tidak akan berubah walaupun tahap pengeluaran berubah. Contohnya
seperti susut nilai kilang, gaji penyelia, sewa kilang dan sebagainya. Kesemua kos
ini adalah tetap walaupun tahap pengeluaran diubah sama ada ditingkatkan atau
dikurangkan. Rajah 1 menunjukkan kos tetap yang malar pada pelbagai tingkat

2
pengeluaran dalam LWI menghasilkan produk syarikat yang mana tetap pada nilai
RM50,000 sebulan.

b) Kos Berubah

Kos (RM’000)

150

100

50

5 10 15 Kuantiti
(‘000Unit)

Rajah 2 : Kos Berubah LWI

Kos berubah pula adalah satu bentuk kos yang sentiasa berubah apabila aktiviti
pengeluaran berubah. Perubahan kos aktiviti ini boleh disebabkan oleh beberapa
perkara seperti jumlah keluaran, julah jualan, jumlah jam bekerja, jarak perjalanan
kenderaan yang terlibat dan sebagainya. Rajah 2 di atas menunjukkan perubahan
kos LWI dalam proses pengeluaran produk pada pelbagai tingkat keluaran.

c) Kos Campuran
Kos campuran adalah gabungan kos berubah dan juga kos tetap dalam sesuatu
proses pengeluaran produk. Proses pengeluaran selalunya melibatkan kedua-dua
jenis kos tetap dan juga kos berubah. Rajah 3 menunjukkan kos tetap dan kos
berubah pada pelbagai tingkat keluaran bagi LWI.

3
Kos (RM’000)

200

150
Jumlah
100 Kos
Kos Berubah
50
Kos Tetap

5 10 15 Kuantiti
(‘000Unit)

Rajah 3 : Kos Campuran LWI

Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa kos mengikut pelaku yang wujud
dalam proses pengeluaran produk LWI adalah merangkumi tiga jenis kos yang
dinyatakan dalam rajah di atas.

2.2 Kos Mengikut Masa


Kos mengikut masa pula adalah satu kaedah pengekosan yang mana segala
bentuk perbelanjaan dan kos yang tidak terlibat dalam proses pengeluaran produk akan
dimasukkan ke dalam penyata pendapatan. Contohnya seperti gaji pegawai, komisyen
jualan, perbelanjaan pentadbiran dan jualan, pengiklanan dan sebagainya yang
direkodkan sebagai perbelanjaan dalam penyata pendapatan. Ini bermakna bahawa kos
masa adalah satu bentuk kos pengurusan, pentadbiran, pemasaran dan jualan yang wujud
di dalam kos LWI tetapi tidak berlaku dalam proses pengeluaran produk. Sebaliknya,
segala kos ini berlaku di luar aktiviti pengeluaran produk dan selalunya hanya akan
wujud selepas proses pengeluaran berakhir.

4
Kos Pengeluaran
(Kos Produk)

Bahan Mentah Buruh Overhead


Langsung Langsung

Bahan mentah Buruh yang terlibat Semua kos


yang nampak atau secara langsung pengeluaran selain
dapat disentuh + dalam + daripada kos bahan
yang digunakan menghasilkan mentah dan kos
dalam proses barang siap spt buruh langsung spt
membuat barang penjaga mesin, air, elektrik, susut
siap spt tepung, pembancuh tepung nilai mesin dan
gula dan lain-lain dan lain-lain lain-lain

Kos Utama Kos Berubah


Rajah 4 : Ringkasan Klasifikasi Kos Berdasarkan Masa dan Contoh Kos Pengeluaran

Kos Bukan Pengeluaran


(Kos Produk)

Kos Jualan Kos


dan Pemasaran Pengurusan

Kos yang terlibat Segala kos yang


untuk memastikan berkaitan dengan
barang atau produk pengurusan operasi
sampai kepada syarikat spt gaji
pengguna apt kerani, gaji
komisen jurujual, pengurus dan lain-
belanja promosi lain.
dan lain-lain.

Rajah 5 : Ringkasan Klasifikasi Kos Berdasarkan Masa Dan Contoh Kos Bukan
Pengeluaran

5
Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa kedua-dua jenis kos yang digunakan
dalam menentukan kos produk berdasarkan kepada kaedah pengekosan masa adalah
antara jenis kos yang turut berlaku dalam proses pengeluaran LWI.

3.0 CIRI-CIRI MAKLUMAT PERAKAUNAN PENGURUSAN


Secara asasnya, terdapat beberapa ciri maklumat perakaunan pengurusan yang mana
penting kepada sesebuah syarikat seperti LWI. Antaranya adalah seperti mana yang
berikut:-

a) Kepentingan Ciri Relevan (Relevance)


Salah satu ciri maklumat perakaunan ialah relevan. Relevan ialah suatu ciri
maklumat perakaunan yang mana dapat digunakan untuk membuat keputusan.
Contohnya seperti maklumat yang disediakan oleh pengurus operasi pengeluaran
produk LWI berkenaan dengan anggaran kos dan perbelanjaan yang diperlukan
dalam mengeluarkan produk LWI pada masa akan datang. Maklumat perakaunan
pengurusan yang diperlukan seperti anggaran kos bahan mentah, anggaran kos
upah buruh dan anggaran kos overhead pengeluaran adalah berdasarkan kepada kos
pengeluaran lepas yang digunakan untuk merancang anggaran kos pengeluaran
seterusnya. Namun begitu, maklumat perakaunan yang digunakan dalam
menyediakan anggaran kos pengeluaran perlulah relevan yang mana akan dapat
membantu menganggar kos pengeluaran suatu produk. Faudziah et. al. (2011)
menjelaskan ciri relevan pada maklumat perakaunan pengurusan adalah penting
untuk membolehkan syarikat membuat perancangan tentang belanjawan. Begitu
juga dengan maklumat perakaunan pengurusan LWI yang mana pelru mempunyai
ciri relevan agar dapat membantu proses menentukan anggaran kos pengeluaran
produk.

b) Kepentingan Ciri Kebolehpercayaan (Reliability)


Dalam pada itu, ciri kualitatif yang lain ialah kebolehpercayaan. Kebolehpercayaan
adalah ciri di mana pengguna dapat menggunakan maklumat perakaunan untuk

6
membuat keputusan yang lebih baik (Charles, 2008). Contohnya, seorang pengurus
kewangan atau akauntan boleh menggunakan maklumat kewangan syarikat yang
lepas untuk membuat perancangan terhadap aktiviti pada masa akan datang.
Contohnya, kos seunit produk minuman 2More Soda dapat dianggaran berdasarkan
kepada rekod kos pengeluaran lepas seperti jenis bahan mentah yang diperlukan
berserta dengan anggaran kos bahan mentah, kos upah sejam dan jumlah kos
overhead pengeluaran untuk mengeluarkan produk tersebut. Ini bermakna bahawa
segala maklumat perakaunan pengurusan yang dimiliki oleh syarikat adalah
maklumat lepas dan tepat yang boleh digunakan dalam proses membuat keputusan.

c) Kepentingan Ciri Kebolehbandingan (Comparability)


Huson Juhor (2005) menyatakan bahawa ciri kebolehbandingan adalah ciri
kualitatif yang mana membolehkan syarikat membuat perbandingan terhadap
pencapaian syarikat untuk suatu tempoh. Contohnya, syarikat LWI mempunyai
data harga bagi beberapa pembekal bahan mentah yang diperlukan LWI untuk
mengeluarkan produk. Oleh itu, maklumat perakaunan yang dimiliki ini
mempunyai ciri kebolehbandingan yang mana akan membantu pihak pengurusan
syarikat untuk membuat penilaian terbaik dalam menentukan kos pengeluaran
produk. Begitu juga dengan perbandingan tentang kos pengeluaran lepas dan kos
pengeluaran semasa yang dilakukan untuk mengukur kecekapan kos dalam proses
pengeluaran. Ini bermakna bahawa maklumat perakaunan pengurusan mempunyai
ciri kebolehbandingan agar dapat membantu syarikat menilai kecekapan
pengurusan kos.

d) Kepentingan Ciri Konsistensi (Consistency)


Konsistensi bermaksud entiti atau syarikat perlu menggunakan prosedur
perakaunan yang sama dalam setiap tempoh (Charles¸2008). Ia bertujuan untuk
membolehkan perbandingan dibuat dengan lebih berkesan. Dengan kata lain,
syarikat tidak boleh mengubah prosedur perakaunan mereka setiap tahun. Ini tidak
bermakna bahawa syarikat tidak boleh mengubah prosedur perakaunan sama
sekali. Perubahan masih boleh dibuat. Namun begitu, syarikat perlu membuat

7
pendedahan lengkap dalam penyata kewangan untuk menjelaskan kepada
pengguna mengapa mereka membuat perubahan dan kesan perubahan ke arah
penyata kewangan. Dalam masa yang sama, ciri konsistensi ini juga akan lebih
memudahkan pelabur membuat pertafsiran terhadap penyata kewangan syarikat.

Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa ciri maklumat perakaunan
pengurusan dalam sesebuah syarikat seperti LWI seperti mana yang telah dijelaskan di atas.

4.0 KEPENTINGAN KONSEP KOS DA CIRI-CIRINYA KEPADA AKAUNTAN


PENGURUSAN
Dalam sesebuah syarikat seperti LWI, maklumat perkaunan pengurusan yang
diperolehi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti mengenal pasti kos pengeluaran
dan sebagainya. Justeru, maklumat perakaunan pengurusan yang dimiliki oleh LWI
mempunyai beberapa tujuan dan kepentingan seperti mana yang dijelaskan di bawah:-

a) Penentuan Kos Produk


LWI boleh menggunakan maklumat perakaunan pengurusan untuk menentukan kos
seunit produk. Dalam proses pengeluaran produk, terdapat tiga jenis kos yang
terlibat iaitu kos bahan mentah langsung, kos buruh langsung dan juga kos overhed
pengeluaran. Kesemua jenis kos ini akan terlibat dalam proses pengeluaran produk.
Oleh itu, setiap jenis kos hanya boleh diperolehi menerusi perakaunan pengurusan
yang digunakan untuk menentukan kos yang terlibat dalam proses pengeluaran
produk. Dengan demikian, maka syarikat seperti LWI akan lebih mudah untuk
menentukan kos seunit produk.

Contohnya, dalam menentukan kos sebotol minuman 2More Soda yang merupakan
produk keluaran LWI. Maklumat perakaunan pengurusan yang dimiliki oleh
digunakan oleh LWI untuk menentukan kos produk tersebut yang merupakan
produk syarkat ini. Secara tidak langsung, ianya akan memudahkan syarikat untuk
menggangar harga jualan bagi produk yang dihasilkan.

8
b) Untuk Tujuan Perancangan, Kawalan Operasi dan Penilaian Pencapaian
Maklumat perakaunan pengurusan juga boleh digunakan untuk tujuan perancangan
dan kawalan operasi. Maklumat perakaunan pengurusan sesebuah syarikat seperti
LWI adalah maklumat berkaitan dengan aktiviti yang akan dilaksanakan. Ianya
menyediakan maklumat tentang perancangan pengeluaran produk dengan anggaran
kos yang telah ditetapkan sama ada kos bahan mentah, kos buruh dan juga kos
overhed. Oleh itu, maklumat tersebut akan dijadikan sebagai panduan dalam
memastikan proses pengeluaran produk LWI adalah berpandukan kepada
perancangan yang telah disediakan. Ini juga akan membantu LWI untuk beroperasi
pada landasan perancangan yang telah dibuat. Dalam erti kata lain, maklumat
perakaunan yang dimiliki dapat digunakan untuk mengawal operasi pengeluaran
produk LWI agar tidak berlaku lebihan kos dalam proses pengeluaran sebenar.

Dalam pada itu, maklumat perakaunan pengurusan yang dimiliki juga boleh
digunakan untuk tujuan penilaian. Contohnya, pihak pengurusan LWI menilai kos
sebenar bagi seunit produk sama ada sama dengan perancangan yang telah dibuat
atau lebih tinggi. Ini penting untuk mengukur kecekapan pengaluaran produk-
produk ini khususnya dari aspek pengurusan kos. Dengan demikian, maka
maklumat perakaunan kewangan yang dimiliki akan dapat membantu syarikat untuk
membuat penilaian terhadap pencapaian semasa syarikat khususnya dari aspek
pengurusan kos pengeluaran suatu produk LWI.

c) Menilai Inventori
Maklumat perakaunan pengurusan juga penting kepada LWI untuk menilai tahap
atau kadar inventori yang diperlukan oleh syarikat. Dalam sesebuah syarikat seperti
LWI, syarikat akan menyimpan inventori untuk memenuhi segala tuntutan
permintaan yang tidak dijangka pada satu-satu masa. Oleh yang demikian, piawaian
pengekosan akan digunakan untuk menilai jumlah inventori yang diperlukan dan
seterusnya akan membantu syarikat untuk mengenal pasti jumlah bahan mentah
yang diperlukan, keperluan buruh langsung yang perlu dalam proses pengeluaran
tersebut dan juga bentuk kos overhed yang akan terlibat di sepanjang proses

9
pengeluaran. Ini bermakna bahawa piawaian pengekosan juga boleh digunakan oleh
syarikat untuk mengenal pasti tahap atau kadar inventori yang diperlukan dalam
sesuatu proses pengeluaran.

d) Penyediaan Belanjawan
Maklumat perakaunan pengurusan juga penting kepada syarikat untuk penyediaan
belanjawan yang akan digunakan untuk proses pengeluaran produk. Huson (2005)
menyatakan bahawa maklumat perakaunan pengurusan syarikat akan digunakan
untuk mengenal pasti beberapa bentuk kos yang terlibat di sepanjang proses
pengeluaran. Menerusi pengenal pastian kos yang terlibat ini akan dapat membantu
pengurus kewangan dan perakaunan menyediakan belanjawan dengan jumlah dan
jenis pebelanjaan yang lebih tepat. Penyediaan belanjawan yang disediakan setiap
bulan akan mengandungi anggaran hasil yang akan diterima dalam tempoh sebulan,
bentuk dan jumlah perbelanjaan yang wujud pada bulan tersebut dan juga anggaran
keuntungan syarikat yang akan diterima di sepanjang bulan. Walau bagaimanapun,
syarikat tidak akan dapat menilai jumlah keuntungan yang diperolehi sekiranya
syarikat tidak dapat mengenal pasti bentuk dan jumlah perbelankaan yang wujud di
sepanjang bulan tersebut.

Oleh yang demikian, piawaian pengekosan yang diguna pakai oleh syarikat dalam
menentukan kos pengeluaran produk dan pelbagai bentuk perbelanjaan lain akan
dapat membantu syarikat untuk mengukur tahap dan jumlah perbelanjaan syarikat
untuk sesuatu tempoh tertentu. Dalam masa yang sama juga, syarikat akan dapat
menganggar jumlah keuntungan yang akan diperolehi dalam sesuatu tempoh.
Sekiranya analisis yang dijalankan tidak mendatangkan keuntungan kepada syarkat,
maka syarikat akan dapat membuat keputusan pelbagai perkara seperti bentuk dan
jumlah perbelanjaan yang perlu dikurangkan, meningkatkan jumlah pengeluaran
dan pelbagai keputusan kewangan yang lain.

10
Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa kepentingan
utama yang akan diperolehi oleh sesebuah syarikat seperti Huson sekiranya syarikat
tersebut mempunyai maklumat perakaunan pengurusan.

5.0 KEPENTINGAN KONSEP KOS DAN CIRI-CIRINYA DALAM MEMBUAT


KEPUTUSAN
Dalam proses pembuatan keputusan, terdapat beberapa peranan dan kepentingan
konsep kos dan ciri-ciri kepada sesebuah syarikat termasuk LWI. Antara kepentingan
tersebut adalah seperti mana yang berikut:-

a) Dapat Menganggar Kos Dengan Lebih Tepat


Kepentingan konsep kos dalam membuat keputusan dapat dilihat dari aspek
membuat anggara kos dengan lebih tepat. Secara tidak langsung, ianya akan dapat
membantu syarikat untuk menentukan kos bulanan mahupu kos tahunan syarikat.
Esculier (1997) menyatakan bahawa sesebuah syarikat perlu menganggar kos
operasi syarikat yang mana akan dapat digunakan sebagai penanda aras untuk
menentukan operasi dan prestasi semasa syarikat. Syarikat yang berjaya mengawal
kos operasi dengan baik akan dapat membantu syarikat meningkatkan keuntunga
syarikat yang seterusnya akan membawa kejayaan kepada syarikat. Perkara ini juga
turut disokong oleh Johnson dan Kaplan (1987) yang menyatakan bahawa
mengenal pasti kos pada peringkat awal akan dapat membantu syarikat untuk
meneliti aliran tunai syarikat sama ada mencukupi atau sebaliknya. Sekiranya
aliran tunai tidak mencukupi untuk menampung kos operasi atau kos pengeluaran
produk, maka syariakt boleh mencari sumber pembiayaan lain yang boleh
digunakan untuk memastikan kelancaran perancangan yang telah dibuat oleh
syarikat. Sebaliknya, sekiranya syarikat gagal untuk mengenal pasti kos dengan
tepat khususnya yang melibat kos untuk mengeluarkan produk syarikat, maka
syarikat tidak akan dapat menganggar kos atau perbelanjaan yang diperlukan dalam
proses pengeluaran produk, maka perkara ini akan menyebabkan operasi harian
syarikat tidak akan berjalan lancar.

11
b) Memudahkan Penentuan Harga Jualan Produk
Kepentingan konsep kos dalam membuat keputusan juga dapat dilihat menerusi
penentuan harga jualan bagi seunit produk. Cage (1967) menyatakan bahawa
penentuan harga jualan adalah sangat penting agar dapat membantu syarikat
menganggar jumlah keuntungan yang boleh dinikmati untuk satu tempoh
kewangan. Namun begitu, penentuan harja jualan produk hanya akan dapat
dilakukan sekiranya syarikat dapat mengenal pasti kos seunit produk dengan tepat.
Dalam erti kata lain, keupayaan syarikat untuk menentukan kos seunit produk
menerusi penggunaan pengekosan marginal dan pengekosan serapan akan dapat
membantu syarikat untuk menentukan harga jualan produk dengan lebih mudah.
Secara tidak langsung, perkara ini akan dapat membantu syarikat untuk
menganggar keuntungan kasar bagi setiap unit produk yag dihasilkan.

Contohnya, syarikat telah berjaya mengeluarkan 10,000 unit Produk A dan telah
menetapkan bahawa kos bagi seunit produk ini ialah RM0.80. Setelah mengenal
pasti kos seunit produk ini, maka syarikat akan dapat menentukan harga jualan
yang akan dipasarkan kepada orang awam atau pengguna. Katakan syarikat
menetapkan harga jualan sebanyak RM1.80. Ini bermakna bahawa syarikat
memperolehi untung kasar sebanyak RM1.00 bagi setiap unit produk atau
RM10,000 bagi kesemua 10,000 unit Produk A yang dikeluarkan. Dalam erti kata
lain, syarikat akan dapat menentukan harga jualan dengan lebih murah sekiranya
syarikat dalam mengenal pasti kos seunit produk dengan lebih tepat. Dalam masa
yang sama, syarikat juga akan lebih mudah untuk menganggar keuntungan kasar
daripada produk yang dihasilkan. Dengan demikian, maka syarikat juga akan dapat
menentukan jumlah aliran yang akan diperolehi untuk satu tempoh tertentu pada
masa akan datang.

c) Memudahkan Penentuan Pencapaian dan Prestasi Syarikat


Kepentingan konsep kos dalam membuat keputusan juga dapat dilihat dalam aspek
menilai pencapaian dan prestasi syarikat khususnya dari aspek pengurusan kos.
Sekiranya syarikat berjaya menentukan kos operasi syarikat untuk satu tempoh

12
kewangan, maka adalah suatu yang lebih mudah untuk syarikat merancangkan
pelbagai aktiviti pembangunan produk pada masa akan datang. Contohnya seperti
menambah baik produk sedia ada, mempelbagaikan jenis produk, menambah ciri
unik pada produk dan sebagainya. Secara tidak langsung, perkara seperti ini akan
dapat membantu syarikat untuk menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan
mampu menarik perhatian pengguna untuk mendapatkan produk berkenaan. Secara
tidak langsung, prestasi dan pencapaian syarikat pada masa akan datang akan dapat
ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Dalam pada itu, perkara seperti ini akan membolehkan syarikat untuk
meningaktkan aliran tunai mereka. Peningkatan jumlah produk syarikat dan
peningkatan permintaan pasaran akan meningkatkan aliran tunai syarikat.
Peningkatan aliran tunai yang baik dan berterusan akan dapat memberikan
gambaran positif kepada pelabur akan kemampuan syarikat untuk menjana
keuntungan bagi syarikat dan bagi pemegang saham. Secara tidak langsung,
perkara seperti ini akan mendorong pelabur untuk menyuntik modal ke dalam
syarikat menerusi pemilikan saham biasa. Secara tidak langsung, situasi seperti ini
akan meningkatkan modal syarikat yang juga boleh digunakan untuk pelbagai
tujuan. Antaranya ialah membangunkan produk baru, menambah kapasiti
pengeluaran, menambah pasaran produk dan sebagainya. Secara tidak langsung,
kuasa pasaran syarikat akan terus meningkat dan seterusnya akan meningkakan
keupayaan dan keboleh saingan syarikat dalam pasaran. Perkara seperti ini juga
akan turut memberikan satu gambaran yang sabgat baik kepada syarikat untuk
memberikan pulangan kepada pemegang saham menerusi pulangan dividen yang
tinggi. Dengan demikian, maka persepsi positif dalam kalangan pelabur terhadap
keupayaan dan pencapaian semasa syarikat akan terus meningkat dan positif.

Oleh yang demikian, dapat dilihat bahawa terdapat beberapa kepentingan konsep
kos dalam proses membuat keputusan seperti mana yang telah dijelaskan di atas. Ianya juga
akan membantu syarikat seperti LWI dalam mengurus kos pengeluaran dengan lebih
efektif.

13
6.0 KESIMPULAN
Dalam proses pengeluaran, syarikat perlu mempunyai perancangan dalam
menentukan kos pengeluaran produk. Ini adalah untuk memastikan agar syarikat dapat
menganggar kos pengeluaran produk yang mana penting dalam proses pengurusan kos
syarikat. Namun begitu, syarikat seperti LWI perlu memahami konsep kos agar dapat
mengurus kos dengan lebih efektif.

Secara keseluruhannya konsep pengiraan kos secara tradisional memberi penekanan


kos pasti berdasarkan kuantiti pengeluaran. Perbezaan yang besar boleh berlaku antara
anggaran kos pasti yang diserapkan kepada sesuatu produk berbanding kos pasti sebenar
yang digunakan oleh produk tersebut. Pengiraan kos berdasarkan model ABC memberi
fokus kepada penentuan kos pasti yang lebih tepat. Model ABC dapat menjadikan kos pasti
yang dianggap tetap oleh kaedah pengekosan tradisional kepada bentuk kos berubah.
Aktiviti yang dilakukan akan menggunakan sumber pasti dan paras aktiviti akan
menentukan paras penggunaan sumber. Dengan menggunakan perkaitan ini, pengurus
syarikat akan mempunyai maklumat yang lebih tepat untuk membuat keputusan strategik
berkaitan kos sesuatu aktiviti dan produk. Prestasi sesuatu aktiviti akan mempengaruhi
faktor kritikal kejayaan sesebuah organisasi perniagaan seperti tahap kualiti, kos, masa
penghantaran, dan servis. Dengan mengurus aktiviti utama dengan cekap, faktor kritikal
kejayaan ini dapat dipelihara dan ditingkatkan.

JUMLAH : 2,974 PATAH PERKATAAN

14
RUJUKAN
Charles H. Gibson, (2016) Financial Statement Analysis (Using Financial Accounting
Information ), South Western Colledge Publishing, United State of Amerika

Faudziah Zainal Abidin, Nasruddin Zainudin, Faizah Ismail dan Nurwati Ashikkin Ahmad
Zaluki, (2011). Prinsip Pengurusan Kewangan, Edisi Kedua, Prentice Hall, Selangor

Huson Juhor Akiahmed, (2005). Financial Management II, Universiti Terbuka Malaysia,
Kuala Lumpur

Scoot Besley dan Eugene F. Brigham, (2016). Principles Of Finance, Second Edition, South-
Western Thomson Learning, United State of Amerika

Siti Rahayu Hussin, Zakiah Abd. Malik, Muhd. Afrizal Abd. Rahim, Haslinda Hashim, Rosli
Saleh dan Abdullah Sanusi Othman, (2017). Asas Pemasaran, McGraw Hill (Malaysia),
Kuala Lumpur

15

Anda mungkin juga menyukai