Anda di halaman 1dari 18

1.

0 Pengenalan
Anatomi adalah bidang sains yang mengkaji struktur tubuh badan manusia dan perkaitan
antara setiap struktur tersebut. Anatomi berasal dari perkataan Yunani, iaitu, ‘ana’ yang
bermaksud asingkan dan ‘tome’ yang bermaksud potong. Ini bermaksud struktur dan
kedudukan organ berkaitan badan manusia serta fungsinya untuk aktiviti dan kehidupan
manusia. Ia merupakan pengetahuan asas bagi pakar-pakar dalam bidang perubatan seperti
doktor perubatan dan pakar bioperubatan. Anatomi yang sentiasa dikaji tergolong dalam
beberapa kumpulan seperti:-
a) Sel dan histologi: struktur sel soma dan kandungannya
b) Sistem pernafasan: hidung, trakea, bronkus, bronkiol, peparu, alveolus
c) Sistem kardiovaskular: sistem peredaran darah seperti jantung dan salur darah
d) Sistem pencernaan: mulut, esofagus, perut, usus, pankreas
e) Sistem lokomotif: otot motor, otot simpati, anggota badan
f) Sistem saraf: saraf motor, saraf tunjang, otak

Untuk melihat kepada aspek analisis yang berkaitan dalam melakukan suatu aktiviti
olahraga, maka acara sukan lari 100 meter akan dianalisis terhadap aspek anatomi yang
terlibat semasa seseorang melakukan sukan ini. Lari pecut adalah aktiviti yang
memerlukan para pelajar membuat larian untuk satu jarak dengan sepantas yang terdaya.
Kepantasan larian bergantung kepada dua faktor utama, iaitu panjang langkah dan
kekerapan langkah.

Pada amnya, seseorang yang melakukan aktiviti sukan memerlukan kordinasi dan
kerjasama daripada semua organ badan. Lebih terperinci, setiap sel dalam badan manusia
melakukan sesuatu semasa seseorang bersukan. Yang penting, pengawalaturan adalah
salah satu proses dalam badan yang sentiasa menimbangi ketidaknornmalan manusia.
Pengawalaturan ini dinamakan sebagai suap balik positif dan suap balik negatif. Dalam
menjalankan aktiviti fizikal yang cergas seperti bermain hoki dan bola keranjang,
seseorang mungkin kehilangan air yang berlebihan.

1
Oleh itu, badan manusia melalui sistem saraf dan sistem endoktina (hormon dan enzim)
akan mengembalikan badan ke keadaan normal melalui proses suap balik positif.
Kehilangan air dapat dicegah melalui mekanisme tersebut dengan mengurangkan
pembuangan air ke dalam ginjal dan menaikkan kadar penyerapan air dari ginjal. Selain
itu, ia juga menimbulkan rasa dahaga supaya seseorang itu meminum untuk membekalkan
air ke dalam badan. Sebaliknya, suap balik negatif akan berlaku apabila pengambilan air
yang berlebihan. Pengawalaturan ini direka supaya seseorang dapat hidup dalam keadaan
yang tak normal. Biasanya, suap balik ini melibatkan denyutan jantung, pengecutan dan
pengembagan salur darah, dan penyingkiran dan penambahan air dalam konteks sukan.

2.0 Latar Belakang Sukan Olahraga


Larian 100 meter memerlukan seseorang atau atlit menamatkan lariah sejauh 100 meter
dalam tempoh masa yang paling pantas. Dalam acara pecut 100 meter ini, terdapat lima
fasa utama yang terlibat iaitu fasa permulaan, fasa penambahan kelajuan (Pick-Up), fasa
pelajuan, fasa kelajuan maksimum dan juga fasa penamat seperti mana yang dijelaskan di
bawah:-
a) Fasa Permulaan
Atlet akan menukar dengan cepat dari posisi pegun ke aksi larian. Tujuannya
adalah untuk mencapai langkah pemecutan penuh seberapa cepat yang boleh.

b) Fasa Penambahan Kelajuan


Tujuh hingga lapan langkah yang pertama dipanggil penambahan kelajuan kerana
posisi yang diambil oleh atlet dalam fasa ini adalah berbeza daripada permulaan
larian. Fasa ini dipanggil pick-up kerana terdapat variasi berlebihan dalam kelajuan
pada langkah-langkahnya dalam jarak pendek lebih kurang 10 meter iaitu atlet
maju daripada kelajuan kosong kepada lebih kurang 9 meter sesaat.

c) Fasa Kelajuan
Kelajuan atlet bertambah sebanyak lebih kurang 30-35 meter selepas fasa
penambahan kelajuan.

2
d) Fasa Kelajuan Maksimum
Kelajuan maksimum adalah kelajuan atlet masih terkawal iaitu dia tidak terlebih
berlari dan aksi lariannya adalah mudah dan licin. Selepas mencapai kelajuan
maksimum, atlet harus meneruskan larian dengan tenang untuk mengekalkan
kelajuan yang telah dicapai sehingga tamat larian..

e) Fasa Penamat
Untuk langkah terakhir atlet haruslah menonjolkan dada ke hadapan sementara
lengan tegak ke belakang untuk menyentuh satah tegak tepi garisan penamat.

Oleh yang demikian, kesemua lima fasa yang dinyatakan di atas adalah antara fasa larian
yang dilakukan oleh seseorang atlit dalam melakukan larian 100 meter. Dalam penulisan
tugasan ini, analisis terhadap pergerakan otot yang terlibat hanya akan difokuskan kepada
Fasa Penambahan Kelajuan. Dalam acara larian 100 meter ini juga, blok adalah antara
bahan yang perlu disediakan dalam acara ini. Apabila acara 100 meter dijalankan,
penggunaan blok adalah amat penting untuk membantu pelari pecut. Oleh yang demikian,
kedudukan blok haruslah betul, iaitu untuk acara 100 meter blok perlu diletakkan di
tengah-tengah lorong.

3.0 Objektif Penulisan


Dalam menjalankan analisis dan kajian ini, terdapat bebrapa objektif yang ingin dicapai.
Antaranya adalah seperti berikut:-
a) Mengenal pasti jenis dan fungsi otot yang terlibat semasa larian 100 meter
dilakukan khususnya pada fasa penambahan kelajuan.
b) Mengenal pasti jenis dan fungsi sendi yang terlibat semasa larian 100 meter
dilakukan khususnya pada fasa penambahan kelajuan.
c) Mengenal pasti jenis dan fungsi tulang yang terlibat semasa larian 100 meter
dilakukan khususnya pada fasa penambahan kelajuan.

3
4.0 Rajah Sendi, Otot dan Tulang
Acara larian 100 meter pada fasa penambahan kelajuan memerlukan seseorang atlit
melakukan beberapa pergerakan yang mana pergerakan yang ditunjukkan dalam larian 100
meter melibatkan beberapa bentuk pergerakan tangan, kaki dan badan seperti mana contoh
yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah:-

Rajah 1 : Contoh Pergerakan Larian 100 Meter

Dalam melakukan larian ini, terdapat beberapa sendi, otot dan tulang yang akan terlibat.
Antaranya adalah seperti mana yang dinyatakan di bawah:-

a) Sendi Yang Terlibat Dalam Larian 100 Meter Pada Fasa Penambahan
Kelajuan
Sendi adalah tempat pertemuan di antara dua atau lebih tulang pada tubuh badan
manusia. Kedudukan tulang pada sendi manusia ini akan berubah sekiranya satu-
satu pergerakan dilakukan. Sendi atau artikulasi berada diperantaraan tulang. Sendi
wujud apabila dua atau lebih tulang bersatu. Sendi sangat penting dalam
menghubungkan tulang-tulang dan sebagainya. Sendi juga dikenali sebagai tapak
pertemuan di antara tulang dengan tulang. Pergerakan sendi di dalam tubuh
manusia ditentukan oleh kelenturan sendi ligament dan tendon.

4
Dalam pada itu, fungsi sendi pada keseluruhannya adalah untuk memberi
pergerakan dengan membengkok dan melurus. Secara umumnya, sendi dapat
dikelaskan kepada beberapa jenis yang utama iaitu senti tidak bergerak
(synarthroses), sendi gerakan terhad (amphiathroses) dan sendi gerakan bebas
(diathroses). Secara spesifiknya, sendi juga boleh dikelaskan kepada beberapa jenis
seperti sendi gelungsur, sendi engsel, sendi paksi, sendi ellipsoid, sendi pelana dan
sendi lesung. Secara umumnya, sendi berfungsi sebagai pelincir untuk proses
pergerakan.

Oleh itu, sendi membenarkan pergi dan balik pergerakan dalam satu satah dan juga
turut berfungsi untuk membenarkan sebarang bentuk pergerakan. Dalam larian 100
meter, terdapat beberapa sendi yang terlibat. Antaranya adalah seperti mana yang
berikut:-

Rajah 1 : Sendi Diartrosis

5
Rajah 2 : Sendi Engsel

6
Rajah 3 : Sendi Ellipsoid

Kedua-dua jenis sendi yang dinyatakan di atas merupakan dua jenis sendi yang
utama yang akan terlibat secara langsung semasa proses penambahan pergerakan
dilakukan khususnya semasaa larian 100 meter dijalankan.

b) Otot Yang Terlibat Dalam Larian 100 Meter Pada Fasa Penambahan
Kelajuan
Otot ialah alat yang menyokong tulang dalam proses menghasilkan pergerakan.
Otot terbahagi kepada tiga jenis yang utama iaitu ‘cardiac muscle’, ‘skeletal
muscle’ dan juga ‘smooth muscle’. Otot memainkan peranan yang penting dalam
proses ‘top spon’. Ini adalah kerana kerjasama antara otot, tulang dan sendi akan
menghasilkan satu daya tujahan atau pukulan ke hadapan. Begitu juga dalam
membuat larian 100 meter khususnya pada fasa penambahan kelajuan di mana otot,
tulang dan sendi manusia akan bekerjasama untuk menghasilkan satu kekuatan
daya yang lebih tinggi dan kuat berbanding dengan kekuatan sebelum penambahan
kelajuan dilakukan. Proses ini dilakukan apabila otot dan tulang saling bertindak
balas di antara satu dengan yang lain.

7
Otot di dalam tubuh badan manusia adalah sangat penting dalam aktiviti
pergerakan dan sebagainya. Tanpa otot, sistem badan manusia tidak akan berfungsi
dengan sempurna. Antara fungsi otot utama dalam tubuh badan manusia ialah
menghasilkan pergerakan, mengekalkan postur, mengstabilkan sendi dan
menghasilkan haba.

Dalam larian 100 meter khususnya pada fasa penambahan kelajuan, terdapat
beberapa jenis otot yang akan terlibat. Antaranya adalah seperti mana yang
berikut:-

Rajah 4 : Otot Rangka

8
Rajah 5 : Sel dan Struktur Otot Rangka

Rajah 6 : Otot Jantung / Kardiak

9
Rajah 7 : Sel Otot Kardiak

Oleh yang demikian, otot rangka adalah otot utama yang terlibat semasa larian 100
meter dilakukan. Namun begitu, otot rangka yang terlibat melibatkan hampir
semua otot rangka manusia yang bermula dari kepala hinggalah ke hujung kaki.

c) Tulang Yang Terlibat Dalam Larian 100 Meter Pada Fasa Penambahan
Kelajuan
Tulang terbentuk hasil dari kalsium dan fosforus. Ia adalah bahan-bahan mineral
yang membentuk struktur badan manusia. Gabungan kedua-dua bahan ini akan
menjadi tulang yang keras dan kuah. Setiap tulang merupakan organ kepada sistem
rangla. Pembentukan tulang adalah dari tisu-tisu yang kuat dan aktif. Selain itu,
tulang juga terbentuk dan bertindak balas mengikut fungsi-fungsi tertentu.

Dalam pada itu, tulan juga merupakan penyokong kepada tubuh badan manusia.
Tulang turut memainkan peranan penting kepada manusia dalam memberi bentuk
dan melindungi struktur di dalam tubuh badan. Tanpa tulang, tubuh manusia tidak
dapat menyokong segala aktiviti yang melibatkan keseimbangan badan, pergerakan
dan sebagainya. Pertumbuhan tulang yang berlaku sejak bayi akan terbentuk
menjadi teratur dan tersusun sehingga manusia mempunyai 206 tulang.

10
Tulang terbahagi kepada dua iaitu tulang axial dan tulang appendicular. Axial ialah
tulang yang memberi sokongan kepada tubuh badan dan strukturnya. Tulang axial
ini juga merangkumi tengkorak, bertebra, sternum dan tulang rusuk. Sementara itu,
tulang appendicular pula ialah tulang ranga untuk pergerakan. Tulang ini
merangkumi tangan, kaki dan pelvis girdles. Selain itu, tulang juga turut dikelaskan
kepada beberapa jenis seperti tulang panjang (seperti tulang tangan, peha dan
betis), tulang pendek (seperti tulang pergelangan tangan dan pergelangan kaki),
tulang tidak sekata (seperti sacrum, vertebra dan koksil) dan tulan pipit (seperti
scapula dan stenum). Dalam acara larian 100 meter khususnya pada fasa
penambahan kelajuan, tulang appendicular adalah satu-satunya tulang yang terlibat
semasa larian 100 meter ini dilakukan. Bentuk dan rangka tulang appendicular ini
adalah seperti mana yang ditunjukkan dalam rajah 8 di bawah:-

Rajah 8 : Rangka Tulang Panjang

11
Oleh yang demikian, kesemua penerangan yang dinyatakan di atas adalah antara sendi,
otot dan tulang yang terlibat semasa larian 100 meter dilakukan.

5.0 Fungsi Utama Otot, Tulang dan Sendi


Berdasarkan kepada rangka sendi, otot dan tulang yang ditunjukkan di atas, maka berikut
dijelaskan secara terperinci peranan dan fungsi setiap otot utama, tulang dan sendi semasa
larian 100 meter dilakukan:-

a) Fungi Otot Utama


Otot utama yang terlibat dalam larian 100 meter adalah otot rangka khususnya pada
bahagian kaki dan juga tangan. Otot rangka mempunyai banyak gentian otot yang
terletak selari sesama sendiri dan diberkas oleh tisu penghubung. Otot rangka
melekat pada tulang dan berfungsi untuk menggerakkan tulang (rangka). Apabila
dilihat dengan mikroskop, otot ini kelihatan berjalur-jalur. Otot ini bersifat voluntari
kerana ia boleh digerakkan mengikut kehendak kita. Otot rangka mengandungi
banyak serat otot yang memanjang dan selari antara satu sama lain. Setiap serat otot
dikelilingi oleh membran yang disebut sarkolema. Di serat otot, terdapat struktur
yang dikenali sebagai miofibril. Miofibril terdiri daripada dua struktur yang lebih
kecil, disebut miofilamen. Miofilamen yang nipis dinamai aktin dan yang tebal
miosin. Interaksi aktin dan miosin dan beberapa komponen lain di otot inilah yang
menyebabkan terjadinya kontraksi dan pengenduran otot.

Otot rangka bertindak secara kelompok untuk melaksanakan gerakan dari pelbagai
bahagian rangka. Setiap kelompok berlawanan dinamakan otot antoagonis. Dalam
pada itu, beberapa kelompok bertindak untuk menstabilkan bahagian anggota
sewaktu bahagian lain bergerak yang disebut sebagai otot penetapan.

Dalam larian 100 meter juga, otot yang tidak hanya melibatkan otot rangka.
Memandangkan larian yang dilakukan melibatkan pergerakan hampir keseluruhan
anggota badan termasuk jantung manusia, maka jantung juga turut terlibat semasa

12
pergerakan larian dilakukan. Otot kardium atau otot jantung ialah otot yang berkaitan
dengan jantung. Sebahagian otot kardium terdiri daripada otot yang bercirikan otot
jalur dan sebahagian lagi bercirikan otot licin. Walaubagaimanapun ia bersifat tak
voluntari. Gentian-gentian otot kardium adalah berjalur dan mengandungi satu
nukleus. Otot ini berdenyut secara automatik dan tidak dapat dikawal.

Sel otot kardium digandingkan secara elektrik melalui pertemuan rengggang yang
terbentuk pada kawasan di maan lamela luar membran plasma yang bersebelahan
berlaku bersama. Oleh sebab itu, sekiranya suatu pengecutan dimulakan pada suatu
tempat pada otot, maka keupayaan tindakan boleh merebak sel yang bersebelahan.
Oleh kerana jantung bekerja secara berterusan, sel otot mengandungi banyak
mitokondria dan mempunyai bekalan darah yang berkembang dengan sangat baik.
SR hanya berkembang secara sederhana sahaja dan tidak terdapat triad seperti yang
wujud di dalam otot skletel. Walau bagaimanapun, sistem T membuka kepada ruang
ekstrasel dan berkaitan dengan SR melalui suatu siri kantung membran yang leper.

Otot skeletal dan otot kardium berbeza dari dua aspek utama. Pertama, keupayaan
tindakan dalam otot kardium bertahan lebih lama dan mempunyai jangka masa yang
setanding dengan gerenyetan mekanik.Ini bermakna tempoh refektori otot kardium
berlanjutan sehingga tempoh pengenduran dan oleh sebab itu ransangan yang
berulang- ulang tidak akan mengakibatkan tetanus. Kedua, darjah pengaktifan otot
kardium oleh kalsium lebih banyak bergantung kepada panjang sarkomer.

Berdasarkan kepada penerangan di atas, maka berikut dinyatakan secara ringkas


fungsi otot semasa larian 100 meter dilakukan:-
Menghasilkan Pergerakan : Penguncupan otot rangka menghasilkan pergerakan
seperti berjalan dan menulis.
Mengekalkan Postur : Otot memberi bentuk pada manusia menyokong tubuh
badan dan mengekalkan postur.
Menstabilkan Sendi : Selain menarik tulang-tulang untuk menghasilkan
pergerakan, otot-otot juga membantu menstabilkan sendi-sendi rangka.

13
Menghasilkan Haba : Sel-sel badan menghasilkan haba sebagai aktiviti
sampingan otot. Haba penting bagi mengekalkan suhu normal badan. Otot
rangka menghasilkan kebanyakan haba pada badan memandangkan 40% jisim
badan terdiri daripada otot rangka.

b) Fungsi Tulang
Tulang adalah tisu yang paling keras diantara tisu perantara lain pada tubuh. Tulang
juga terdiri daripada rawan, tisu pengantara berserat dan tisu saraf (25%), bahan
mineral seperti kalsium dan fosforus (50%) dan air 25% yang membentuk tulang
lebih kuat, tahan lama, tahan lasak, ringan dan mudah lentur. Dalam melakukan
larian, tulang panjang khususnya pada bahagian ini adalah tulang utama yang akan
terlibat semasa larian dilakukan. Tulang panjang pada bahagian kaki dan paha ini
mempunyai beberapa fungsi dan peranan seperti mana yang berikut:-
Menyokong badan (membenarkan pergerakan normal hanya pada kawasan
tertentu sahaja contohnya sendi, terutamanya sendi sinovium)
Melindungi struktur-struktur dalaman badan, contohnya otak dilindungi oleh
tengkorak, jantung dan paru-paru dilindungi oleh tulang rusuk.
Menghasilkan sel darah merah dalam sum-sum tulang dan menyimpan bahan
mineral kalsium dan fosforus. Bertindak sebagai organ hemopoietik.
Ia juga sebagai pelekatan otot untuk pergerakkan.
Tulang panjang terutamanya ditemui dalam anggota gerak. Setiap tulang
panjang terdiri daripada bahagian batang dan dua bahagian hujung tulang.
Skeleton bertindak sebagai rangka kerja tubuh di mana ia memberi sokongan
ke tisu lembut dan tempat perlekatan otot tubuh.
Skeleton memainkan peranan penting dalam menentukan jenis dan keluasan
pergerakan. Ini keranan kebanyakan otot melekat pada tulang dan bertemu di
sendi untuk membolehkan pergerakan.
Skeleton melindungi organ dalaman dari kecederaan.
Tulang skeleton merupakan tempat penyimpanan Kalsium, fosforus, nutrient,
potassium dan mineral lain.
Beberapa tulang skeleton menghasilkan sum-sum merah.

14
Oleh yang demikian, kesemua fungsi yang dinyatakan di atas adalah antara fungsi
tulang panjang semasa seseorang melakukan larian 100 meter khususnya pada fasa
penambahan kelajuan.

c) Fungsi Sendi
Dalam larian 100 meter yang dilakukan, sendi diartrosis adalah sendi utama yang
terlibat semasa pergerakan ini dilakukan. Diartrosis adalah persendian yang
memungkinkan gerakan tulang-tulang secara leluasa. Misalnya sendi engsel pada
lutut dan siku serta sendi peluru pada pangkal paha dan lengan atas. Ujung tulang
yang membentuk persendian (diartrosis) bersifat khas, iaitu berbentuk bonggol,
sedangkan ujung yang lain membentuk lekukan yang sesuai ukuran bonggol. Setiap
permukaan sendi dilapisi dengan tulang rawan hialin dan dibungkus dengan selaput
sinovial yang membentuk minyak sinovial. Minyak sinovial atau minyak sendi ini
berfungsi untuk melicinkan gerakan.

Dalam komponen sendi diartrosis ini, terdapat beberapa jenis sendi kecil akan
memainkan fungsi dan peranan tertentu seperti mana yang dijelaskan di bawah:-
Sendi Engsel
Sendi engsel adalah persendian yang memungkinkan terjadinya gerakan ke satu
arah. Pada sendi engsel, kedua ujung tulang berbentuk engsel dan berporos
satu. Gerakannya hanya satu arah seperti gerak engsel pintu. Contohnya seperti
pergerakan sendi di antara paha dan betis yang berada di lutut yang akan
menghasilkan pergerakan kaki ke hadapan.

Sendi Ellipsoid
Sendi ini mempunyai persamaan dengan sendi peluru yang mana dapat
bergerak ke pelbagai arah seperti ke hadapan, ke belakang, ke kiri dan ke
kanan. Namun begitu, sendi ini memiliki bonggol dan hujung tulangnya tidak
membulat. Sebaliknya, berbentuk seperti bulat. Ciri seperti ini membolehkan
sendi ini bergerak lebih bebas berbanding dengan sendi peluru. Dalam larian
100 meter, sendi ini akan membantu pergerakan dengan lebih pantas khususnya

15
semasa kelajuan larian ditingkatkan agar sendi engsel dapat memainkan
peranan dan fungsi dengan baik tanpa ada sebarang halangan yang boleh
menjejaskan pergerakan.

Oleh itu, dua sendi diartrosis ini akan terlibat secara langsung semasa larian 100
meter dilakukan khususnya semasa kelajuan larian ditingkatkan pada fasa
penambahan kelajuan.

Daripada penerangan dan penjelasan yang telah dinyatakan, otot, tulang dan sendi
mempunyai peranan dan fungsi yang tersendiri dalam memastikan larian 100 meter yang
dilakukan tidak akan menjejaskan fungsi badan semasa pergerakan dilakukan.

6.0 Refleksi
Penulisan tugasan ini dilihat sangat mencabar pengetahuan dan pengalaman saya dalam
memahami bidang anatomi. Walaupun saya melakukan banyak aktiviti fizikal seperti
larian yang juga berkaitan dengan beberapa bentuk pergerakan badan, namun saya masih
tidak mempunyai pengetahuan tentang pelbagai bentuk pergerakan otot, sendi dan tulang.
Oleh itu, penulisan ini telah memberikan beberapa manfaat dan kebaikan kepada saya
seperti mana yang berikut:-
a) Pengetahuan saya terhadap struktur badan manusia khususnya yang melibatkan otot,
sendi dan tulang telah semakin meningkat. Perkara ini juga turut membantu saya
memahami fungsi dan peranan otot, sendi dan tulang semasa seseorang membuat
pergerakan sama ada pergerakan secara perlahan ataupun pergerakan secara pantas.
b) Menerusi penulisan tugasan ini juga, kefahaman saya terhadap otot, sendi dan tulang
yang terlibat semasa seseorang melakukan larian 100 meter pada fasa penambahan
kelajuan juga semakin meningkat. Dengan adanya pengetahuan seperti ini, maka
saya akan dapat membuat analisis terhadap aktiviti olahraga yang dilakukan oleh
pelajar dan seterusnya memberikan penerangan kepada mereka akan kepentingan
untuk mengawal pernafasan dalam membuat larian. Ini kerana, pernafasan adalah

16
sangat penting dalam memastikan otot, sendi dan tulang dapat melakukan fungsi
dengan lebih baik.

Namun begitu, pelaksanaan tugasan ini mendatangkan beberapa halangan dan cabaran
kepada saya. Antaranya ialah:-
a) Maklumat yang kurang yang berkaitan dengan fokus utama dalam penulisan ini
adalah maklumat yang sukar untuk diperolehi. Contohnya seperti mendapatkan buku
rujukan dan ensiklopedia yang membincangkan aspek pergerakan manusia dan
sistem tubuh badan manusia. Ekoran daripada masalah ini, maka saya memerlukan
masa yang lebih lama untuk menyempurnakan tugasan ini.
b) Maklumat yang terdapat dalam carian internet juga adalah kurang. Secara tidak
langsung, saya mempunyai sumber yang terhad untuk membuat analisis terhadap
otot, sendi dan tulang yang terlibat semasa larian dilakukan. Namun begitu, bantuan
daripada rakan telah membantu saya menyelesaikan tugasan ini dengan baik.
c) Kemahiran saya yang kurang baik dalam melukis rajah otot, sendi dan tulang
mendorong saya untuk mencari gambar rajah otot, sendi dan tulang menerusi carian
internet seperti mana yang telah disediakan dalam tugasan ini.

Walaupun saya berhadapan dengan halangan dan cabaran dalam menyempurnakan tugasan
ini, namun segalanya telah dapat saya atasi dengan baik dan bersungguh-sungguh.

17
Rujukan
Buschner, C.A. (1994). Teaching Children Movement Concepts and Skills. Champaign, IL:
Human Kinetics.

Donald A.B. (2008). Medline Plus : Trusted Health Information for You.

David L. Gallahue, Frances Cleland Donnelly (2003) Developmental physical education for
all children. New Orleans: Human Kinetics

Ellen Booth Church. (19920 Learning through play. New York: Scholastic Inc Pusat
Perkembangan Kurikulum (2001) Pendidikan Jasmani: Huraian sukatan pelajaran
sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gallahue, D.L. (1996). Developmental Physical Education For TodayEs Children (3rd ed.).
Dubuque, IL: Brown & Benchmark.

Graham, G. (1992). Teaching Physical Education : Becoming A Master Teacher. Champaign,


IL : Human Kinetic.

Hopple, C.J. (1995). Teaching For Outcomes In Elementary Physical Education: A Guide For
Curriculum And Assessment. Champaign, IL: Human Kinetics.

Jasma, P. & French, R. (1994). Special Physical Education: Physical Activity, Sports and
Recreation. N. Jersey: Prentice Hall.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani. K.


Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

Mosston,M.(1981). Teaching Physical Education. London Sydney: Charles E. Merill Pub, Co,
A. Bell, Howell.

Pangrazi, R.P. & Dauer, V.P. (1992). Dynamic Physical Education For Elementary School
Children (10th ed.). N.Y. Macmillan.

Randall L.E. (1992). The Student Teacher’s Handbook For Physical Education. Champaign
IL: Human Kinetics.

18

Anda mungkin juga menyukai