Anda di halaman 1dari 4

1.

0 Pengenalan : Senaman boleh meningkatkan kecergasan diri dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang sihat dan cergas kerana badan sihat, otak cergas dan kesihatan melambangkan kekayaan. Oleh itu, semua lapian masyarakat haruslah kerap melakukan senaman untuk mendapatkan badan yang sihat dan minda yang cergas. Senaman merupakan pergerakan badan yang dilakukan berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak. Contoh senaman adalah seperti berlari, berjoging, berjalan, berenang, lompat tali dan berbasikal. Senaman boleh dibahagikan kepada dua jenis , iaitu latihan anaerobik dan latihan aerobik. Anaerobik bermaksud aktiviti yang tidak memerlukan

penggunaan oksigen dalam proses penghasilan tenaga, manakala aerobik pula membawa maksud aktiviti yang memerlukan oksigen untuk menghasilkan aktiviti. 1.0.1 Latihan Anaerobik (Anaerobic Exercise) Latihan anaerobik merupakan latihan berintensiti tinggi dalam tempoh masa yang singkat yang menyebabkan berlakunya metabolisma anaerobik. Latihan jenis ini biasanya digunakan oleh atlet dalam sukan yang melibatkan tempoh yang singkat. Latihan anaerobik tidak melibatkan penggunaan oksigen bagi menghasilkan tenaga. Terdapat dua jenis metabolism yang digunakan untuk menghasilkan tenaga yang digunakan dalam latihan anaerobik iaitu sistem ATPPC dan Glikolisis. Beberapa contoh aktiviti anaerobik seperti larian 100m, bola keranjang, angkat berat dan berenang 100m. Selain itu, latihan anaerobik digunakan untuk meningkatkan kekuatan, kelajuan dan kuasa serta saiz otot berdasarkan keperluan sesuatu sukan tersebut. Contoh latihan anaerobik yang digunakan untuk meningkatkan keupayaan anaerobik seseorang atlet adalah latihan bebanan, latihan plyometrik, latihan isometrik dan circuit training. Latihan bebanan boleh digunakan untuk meningkatkan kekuatan otot dan kelajuan.

Peningkatan keupayaan anaerobik adalah penting bagi seseorang atlet kerana kebanyakan pergerakan dalam sukan merupakan pergerakan yang explosive serta akan melibatkan kedua-dua komponen ini (kekuatan + kelajuan). Sekiranya keupayaan anaerobik meningkat dan dapat menghasilkan jumlah daya yang tinggi serta cepat, maka pergerakan tersebut dikelaskan kepada pergerakan yang mempunyai kuasa tinggi (power). Seandainya atlet tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan kuasa, maka keupayaan untuk melakukan pergerakan akan terhad. Keadaan ini diterangkan apabila seorang atlet yang kurang mempunyai keupayaan anaerobik akan mengalami kesukaran untuk menyepak bola (bola sepak) dan memukul bola (hoki, softball). Latihan bebanan dapat meningkatkan komponen-komponen ini (kekuatan, kelajuan,kuasa) kerana latihan bebanan akan meningkatkan saiz dan jumlah contractileprotein filament ataupun myofilament dalam otot serta diameter fiber otot akan meningkat supaya menghasilkan daya yang tinggi. 1.0.2 Latihan Aerobik (Aerobic Exercise) Latihan Aerobik pula melibatkan latihan ataupun aktiviti yang berintensiti rendah dan dijalankan dalam tempoh masa yang lama. Latihan jenis ini melibatkan serta meningkatkan keupayaan penggunaan oksigen dalam badan (oxygen consumption). Latihan ini melibatkan penggunaan oksigen oleh badan untuk menghasilkan tenaga melalui proses metabolism. Metabolism bagi latihan aerobik melibatkan penggunaan serta kehadiran oksigen dalam proses penghasilan tenaga. Metabolisma aerobik adalah oxidative phosphorylation seperti Kitar Krebs dan Electron Transport Chain. Terdapat banyak jenis latihan yang dapat digunakan untuk meningkatkan keupayaan aerobik seseorang atlet seperti latihan Fartlek, latihan interval, larian, berenang, aerobik dance exercise, berbasikal dan mendayung.

1.2 Faedah Bersenam membina kekuatan dan daya tahan otot membina ketegangan otot dan postur badan Membina tulang yang sihat Penambahbaikan kelenturan sendi Pengekalan mengawal berat badan Mengurangkan risiko mendapat penyakit diabetes, jantung dan angin ahmar. Mengurangkan tahap kebimbangan dan stress Pengeluaran hormon endorphine untuk kehidupan yang sejahtera

1.3 KEPENTINGAN SENAMAN KEPADA FISIOLOGI BADAN MANUSIA Senaman akan mendatangkan pelbagai faedah kepada fisiologi badan manusia. Antara faedahnya termasuklah : a) Meningkatkan kecergasan jantung, paru-paru dan memperbaiki sistem peredaran darah dengan : Menguatkan otot jantung dan meningkatkan fungsinya. Membantu mengawal tekanan darah tinggi. Mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. Meningkatkan peredaran darah di seluruh badan. Meningkatkan fungsi paru-paru dan penggunaan oksigen.

b) Meningkatkan kecepatan pergerakan dan kelembutan badan. Mengurangkan kecederaan otot dan sendi serta masalah sakit belakang / pinggang.

Meningkatkan prestasi dalam sukan.

c) Memperbaiki tonus dan postur. Menambahkan keterampilan diri dari segi fizikal.

d) Menambahkan kekuatan dan daya tahan otot. Otot menjadi lebih kuat dan dapat melakukan sesuatu pergerakan dengan lebih baik dan lebih lama, seperti mengangkat barang yang berat.

e) Membantu mengawal berat badan dengan lebih baik dan dapat mencegah obesiti atau kegemukan. Senaman secara tetap dan teratur di samping amalan pemakanan yang sihat dapat membantu mengawal berat badan dan mencegah kegemukan. Senaman membantu membakar lemak badan dan menjadikan otot menjadi lebih kuat dan tegap.

Anda mungkin juga menyukai