Anda di halaman 1dari 4

Kepentingan pengambilan supplemen dalam sukan

1.0 Pengenalan

Supplemen atau vitamin bermula dengan pembuatan vitamin secara sintetik, kemudian
vitamin natural (vitamin semulajadi) menyusul, diikuti dengan pemakanan asli dari sumber-
sumber organik dan sebagainya. Sejak berdekad lalu, kepentingan supplemen telah mula
menembusi pengetahuan masyarakat dunia. Umum mengetahui kekurangan vitamin boleh
mendatangkan pelbagai jenis penyakit dan komplikasi terutama kepada wanita
hamil.Vitamin dan mineral adalah penting dalam mencetus dan melestarikan proses
biokimia dalam tubuh kita bagi memastikan kesihatan sentiasa terjaga.Walau
bagaimanapun,supplemen bukan sebagai pengganti makanan, jadi pemakanan yang sihat
dan seimbang tetap diutamakan walau sehebat manapun supplemen yang kita ambil.

2.0 Kepentingan supplemen

Atlet bekerja keras setiap hari untuk mengekalkan kekuatan fizikal, ketahanan, dan
kemahiran olahraga mereka. Secara umum, ahli sukan adalah lebih sihat daripada
penduduk umum sama ada dari segi kesihatan fizikal mahupun rohani.Saya ingin mengulas
serba sedikit berkaitan artikel tentang pengambilan supplemen sebagai makanan
tambahan.Seperti yang kita tahu pengambilan supplemen ini tidak asing lagi jika berkait
dengan atlet meskipun masyarakat biasa di mana penggunaanya begitu meluas sekarang
ini.Ada di antara mereka menggunakannya untuk membina otot serta menambah berat bagi
tujuan yang sama.Selain itu, tentu ramai diantara kita yang tahu mengenai manfaat serta
kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi dapat
membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan
menghasilkan enzim dan hormon serta menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap
tenaga dan stamina yang tinggi.

Di samping itu,pakar pemakanan dari Hospital Pakar Perdana KPJ,Kelantan,Rose


Hanizan Mat Hassan berkata,sekiranya seseorang ingin memilih supplemen untuk diri
sendiri,individu tersebut perlu pastikan mengapa dia perlu mengambil supplemen tersebut
dan kepentingan supplemen tersebut kepada kesihatannya.Seterusnya kita juga perlu tahu
tentang supplemen yang diambil tidak boleh menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ia
hanya boleh membantu mengekalkan kesihatan.Tambahan lagi,kandungan nutrisi dalam
setiap supplemen yang diambil juga penting untuk diketahui dan perlu untuk dipastikan ia
mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.Pengguna juga
dinasihatkan untuk mendapat khidmat nasihat doktor yang bertauliah atau pakar pemakanan
mengenai pengambilan supplemen kerana pengambilan secara berlebihan ia boleh
memudaratkan kesihatan malah boleh membawa kepada penyakit lain.

Terdapat begitu banyak supplemen sukan yang baik yang masing-masing menawarkan
set mereka sendiri yang bermanfaat. Jadi, supplemen boleh membantu atlet dalam pelbagai
cara. Antara faedah supplemen olahraga adalah prestasi sukan seseorang itu akan menjadi
lebih baik.Selain itu,pengambilan supplemen ini juga dapat mengalirkan aliran darah yang
lebih baik serta penyerapan nutrien yang berkesan di mana ia bertindak untuk
mengurangkan risiko kecederaan.Walaupun begitu,terdapat kepentingan lain iaitu memulih
dan memelihara kesihatan.Hal ini kerana gaya hidup rakyat yang kurang bergerak dan
pemakanan yang tidak seimbang menyebabkan mereka berpotensi untuk mendapat
penyakit yang menjejaskan kehidupan.Selain itu,supplemen juga berfungsi sebagai
penyingkiran toksik dalam badan.Sebagai contoh,kerosakan tisu-tisu badan dapat
dikurangkan dengan pengambilan supplemen yang mampu menyahtoksik.Hal ini
kerana,toksik dalam badan amat berbahaya kerana mampu menjejaskan daya penyerapan
dalam sel badan.Jadi,supplemen diberikan kepada seseorang dalam keadaan tertentu yang
diperlukan untuk menampung keperluan badan ,meningkatkan kekuatan , dan daya
tahan.Makanan ini biasanya diperoleh dalam bentuk kapsul,pil,dan serbuk atau sirap.

Supplemen ini juga berdasarkan pemerhatian saya dapat membantu membakar lebih
banyak kalori berbanding dengan karbohidrat kerana supplemen boleh mencetuskan proses
thermogenesis yang lebih tinggi.Thermogenesis adalah proses di mana tubuh badan
meningkatkan pengeluaran tenaga dan lebihan protein akan memberi isyarat kepada tubuh
badan untuk membakar lebih banyak kalori sebelum , semasa dan selepas makan.Selain
itu,supplemen juga bertindak sebagai penjagaan tulang.Sebagai contoh,diet rendah protein
akan memberi kesan kepada sistem pencernaan untuk menyerap kalsium dan secara tidak
langsung keperluan kalsium badan akan diperolehi dari sistem rangka badan.Apabila ini
berlaku , individu akan mengalami kehilangan kepadatan tulang.Seterusnya,ia juga
membantu melawan penuaan.Melalui proses penuaan seseorang akan kehilangan jisim otot
dan untuk memastikan proses penuaan tidak menganggu pertumbuhan otot maka
pengambilan protein di samping senaman yang teratur amat penting juga.

Seterusnya,saya akan memperincikan jurnal saya di mana terdapat beberapa keadaan di


mana golongan ini yang lebih memerlukan supplemen ini.Antaranya ialah ahli sukan atau
atlet.Hal ini kerana atlet sering kehilangan glukosa.Oleh itu,supplemen diperlukan untuk
menampung glukosa yang telah hilang.Supplemen juga memulihkan tenaga dengan cepat
kerana atlet perlu cepat pulih daripada keletihan semasa menyertai sesuatu
pertandingan.Supplemen juga mampu untuk mengekalkan kekuatan atlet pada tahap
maksimum.Golongan kedua pula ialah golongan pesakit ataupun kanak-kanak yang tidak
sihat.Kanak-kanak amat memerlukan supplemen untuk membantu tumbesaran yang sihat
dan dapat merangsang perkembangan otak yang cerdas.Pengambilan minyak ikan,garam
mineral, vitamin C, dan kalsium amat penting.Terdapat pesakit yang terpaksa bergantung
pada supplemen tertentu untuk terus sihat atau bertahan daripada komplikasi penyakit
tertentu.Berikutnya ialah golongan tua.Seperti yang kita tahu,warga tua sering mengalami
masalah osteoporosis iaitu penyakit tulang rapuh.Supplemen seperti kalsium diperlukan
untuk mengatasi masalah ini.Wanita yang mengalami monopaus perlu mengambil
supplemen ini untuk mengimbangi ketidakstabilan hormon dalam badan.Sebagai
tambahan,golongan tua yang mengalami kekurangan zat, garam mineral, kalsium dan
sebagainya juga digalakkan untuk mengambil supplemen.

3.0 Rumusan

Sebagai kesimpulan,apa yang dapat saya simpulkan berdasarkan ulasan jurnal yang
telah dibuat,saya ingin menyimpulkan jurnal saya ini bahawa kepentingan supplemen dalam
sukan ini amatlah penting tidak kira golongan muda ataupun tua.Hal ini kerana pengambilan
supplemen ini penting kerana tahap sukan yang dimainkan pada masa ini lebih bercorak
agresif dan memerlukan persaingan yang kuat.Oleh itu,janganlah kita mengabaikan
kepentingan supplemen kerana kemungkinan kita tidak mendapat nutrien yang betul
daripada makanan harian kita adalah sangat tinggi.Pilihlah supplemen yang terbaik, lebih
semula jadi, selamat dan tidak mengandungi bahan kimia kerana dikhuatiri supplemen yang
kita makan tidak bertindak seperti yang sepatutnya bahkan menjadi racun kepada kita tanpa
sedar.Ini kerana,pengetahuan tentang supplemen adalah penting,tatkala anda
mengambilnya,kerana apa yang anda masukkan ke mulut menentukan masa depan
kesihatan anda.Pastikan supplemen yang anda ambil adalah dari sumber semula jadi
supaya dapat melahirkan tubuh badan yang sihat serta bebas daripada penyakit.

4.0 Rujukan

1-http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130219/kn_01/Suplemen-dalam-kehidupan

2-http://sudutsihat.blogspot.my/2013/10/kepentingan-mengambil-suplemen.html

3-http://ms.top10supplements.com/best-supplements-for-athletes/

4-http://www.isn.gov.my/10-sebab-kenapa-pengambilan-protein-penting-untuk-kecantikan-
seseorang-wanita/
5-http://vitaminsemulajadi.com/apa-yang-anda-perlu-tahu-tentang-supplement/

Anda mungkin juga menyukai