Anda di halaman 1dari 12

KONSEP

 TPACK merupakan sebuah kerangka kerja dalam mendesain model pembelajaran


baru dengan menggabungkan tiga aspek utama iaitu teknologi, pedagogi, dan antologis.

 Guru haruslah menguasai teknologi dan digunakan untuk mendukung dalam sesi
pengajarannya.

 Blended learning, face to face learning dan online learning merupakan kaedah yang
boleh diselangselikan sewaktu sesi peengajaran dan pembelajaran berlangsung.
 Guru yang sebenar tidak hanya menyampaikan ilmu dan melahirkan pelajar yang
cemerlang dalam pembelajaran sahaja, tetapi guru yang sebenar ialah mereka
yang berjaya mengajar erti hidup kepada pelajarnya.

 Guru-guru haruslah berfikiran kreatif bagi menjayakan kaedah pembelajaran


diatas untuk menarik minat para pelajar.

 Guru seharusnya membimbing pelajar bagi mengenali kemampuan dirinya dan


menzahirkan bakat yang terpendam dalam diri pelajar.

 guru juga perlulah mempunyai kreativiti tersendiri dalam menyapaikan


pengajaran dan tidak hanya terikat dengan buku teks semata-mata.
Kepentingan kepada pendidik

Merupakan salah satu kemahiran abad ke 21 ialah penggunaan


teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang sejajar dengan
perkembangan pendidikan pada masa sekarang. Kebanyakan
kemahiran abad ke-21 adalah berdasarkan kepada pendedahan
terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca,
menulis, dan mengira namun literasi abad ke-21 melibatkan
literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam
membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman
sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta
mengulas maklumat
 Penggunaan teknologi dan media pengajaran memainkan peranan penting dalam
mewujudkan suasa yang baik di dalam kelas. Penggunaan teknologi contohnya seperti
komputer dapat membantu meningkatkan tumpuan pelajar di dalam kelas. Selain itu,
teknologi juga mampu menjadi pengantara pelajar dan guru. teknologi mampu
bertindak sebagai pengganti buku teks untuk memudahkan proses pembelajaran
pelajar.
 Dalam konteks pendidikan, penggunaan alat teknologi bukan sahaja
mampu membantu tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, malah
berpotensi besar sebagai alat untuk mengayakan lagi persekitaran
pengajaran dan pembelajaran bagi hampir semua mata pelajaran.
Teknologi seperti ini mestilah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru
agar dapat menghasilkan suatu output yang memenuhi tuntutan
masyarakat.
 Rosenberg (2001) menjelaskan integrasi ICT dalam P&P
memberikan peluang kepada guru untuk memperkenalkan
pembelajaran secara kontekstual kepada murid-murid.
Pembelajaran ini memfokuskan pembelajaran dalam
konteks aktiviti masalah sebenar dan meletakkan pelajar
sebagai penyelesai masalah
Ciri-ciri yang perlu ada pada guru abad ke -21

1. Menguasai Subjek

Guru haruslah menguasai kandungan kurikulum bagi subjek yang


diajar. Tentu agak canggung jadinya jika guru sendiri masih terkial-kial
untuk menerangkan sesuatu kandungan dalam subjek yang diajarnya.
2. Mahir dan Berketrampilan dalam Pedagogi

Guru haruslah mahir dalam menggunakan pelbagai kaedah dan


strategi pengajaran dan pembelajaran yang betul semasa
menjalankan p&p di dalam kelas. Pembelajaran yang pelbagai ini
tentu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan
mesra pelajar.
3.  Memahami Perkembangan dan Menyayangi Murid

Psikologi pendidikan juga menerapkan kepentingan bagi


seseorang guru untuk faham akan perkembangan muridnya, serta
mampu menyayangi mereka seadanya. Guru abad 21 seharusnya
mampu untuk menilai perkembangan murid sesuai dengan
kebolehan mereka. 
4. Memahami Psikologi Pembelajaran

Guru abad 21 juga berupaya untuk memahami psikologi


pembelajaran bagi para pelajarnya. Hanya dengan memahami
bagaimana minat dan respon pelajar ketika belajar, maka akan
membantu seseorang guru itu berfungsi dengan lebih baik sebagai
seorang pendidik.
5. Kemahiran Kaunseling
Guru juga perlu mempunyai kemahiran kaunseling
ketika berurusan dengan pelajar. Kemahiran untuk
membantu pelajar menangani emosi, sosial dan juga
pelbagai lagi perkara yang menjadi masalah kepada
golongan remaja. Adalah satu kelebihan untuk guru-guru
yang memiliki kemahiran kaunseling dalam menangani
isu-isu yang berkaitan dalam dan luar bilik darjah.
6. Penggunaan Teknologi Terkini

Memang tidak dapat dinafikan penggunaan teknologi terkini


merupakan salah satu ciri penting bagi guru abad ke 21. Selain
daripada murid yang memang mahir dengan penggunaan gajet dan
pelbagai alatan elektronik lain, maka guru juga perlu seiring dalam
menggunakan kelebihan ini untuk menarik minat pelajar untuk belajar.
Pembelajaran yang menggunakan lcd, game, aplikasi mobile sudah
tentu membawa kelainan kepada suasana pembelajaran di dalam kelas.

Anda mungkin juga menyukai