Anda di halaman 1dari 3

KECEDERAAN SUKAN DAN RAWATAN BAGI KECEDERAAN SUKAN

Apa itu kecederaan sukan atau sport injury? Kecederaan sukan merujuk kepada kecederaan
yang berlaku semasa bersukan atau bersenam. Kecederaan sukan bukan bermaksud untuk
mereka yang bermain sukan sahaja, tetapi bagi individu yang bersenam di rumah pun jika
berlaku kecederaan dimasukkan dalam kategori yang sama. "Sukan adalah segala kegiatan
yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara
hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh badan." (Kamus Dewan Edisi ke-5). Keratan
ayat di atas sudah menunjukkan bahawa kegiatan sukan ini yang boleh dilakukan dalam
pelbagai bentuk. Namun begitu, kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan sudah tidak
asing lagi disebabkan beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya kecederaan ini kepada
seseorang individu itu sendiri.

‘Ankle sprain’ atau pergelangan kaki di buku lali merupakan satu kecederaan di
bahagian buku lali yang melibatkan koyakan pada ligamen. Ia juga melibatkan struktur-
struktur yang lain seperti saluran darah, saraf, tendon, koyakan pada otot dan boleh
menyebabkan tulang patah (jarang berlaku).

Kecederaan ini boleh berlaku apabila kaki terseliuh dalam keadaan samada ketika
berjalan, berlari serta melakukan aktiviti-aktiviti seperti bersukan dan sebagainya. Dalam
aktiviti sukan misalnya, kecederaan ini kerap berlaku dalam keadaan sukan yang memerlukan
lompatan seperti sepak takraw, bola keranjang dan tukar haluan contohnya seperti bola
sepak dan ragbi. Walau bagaimanapun, kecederaan ini juga boleh berlaku akibat daripada
faktor-faktor persekitaran seperti permukaan tanah yang tidak rata, keganasan dalam sukan
dan aksi yang terlampau agresif.

Sekiranya berlaku ‘Ankle Sprain’ ini, kecederaan yang berlaku dimana ligamen mengalami
koyakan di bahagian buku lali. Struktur ligamen sebagaimana fungsi asalnya adalah
merupakan salah satu struktur penghubung yang mengawal pergerakan kaki atau ‘excessive
movement of the joint’. Apabila berlakunya koyakan, seseorang itu akan mengalami simptom-
simptom atau tanda-tanda tertentu antaranya ialah sakit, terdengar bunyi crack, bengkak,
lebam dan berkemungkinan berlakunya kepatahan tulang. Jika berlakunya ketidakpastian
tentang simptom-simptom di atas atau pun simptom-simptom lain seperti kesakitan pada
bahagian buku lali, kesukaran untuk berjalan dan kesukaran untuk berdiri, seseorang itu perlu
mendapatkan rawatan dengan segera untuk memudahkan proses bagi mengenal pasti
samada ianya merupakan kecederaan ‘ankle sprain atau pun ‘ankle fracture’.

Pada asasnya, setiap ligamen mempunyai peranannya yang tersendiri dan ia juga berbeza
dari segi kekuatannya. Ligamen pada buku lali dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu Medial
yang mana terdapat ligamen di bahagian deltoid yang merupakan kawasan atau ligamen yang
sangat kuat dan jarang sekali tercedera. Kedua ialah Lateral iaitu terdapat ATFL (Anterior
Talofibular Ligament) di mana kawasan ini senang koyak dan mudah cedera. CCFL ataupun
(Calcaneofibular Ligament) merupakan kawasan sederhana kuat manakala PTFL (Posterior
Talofibular Ligament) merupakan kawasan paling kuat & susah cedera.

Seterusnya kita masuk kepada rawatan ataupun prosedur bagi merawat kecederaan
‘Ankle sprain’. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan antaranya ialah rawatan
awalan yang dinamakan (R.I.C.E). Pada peringkat ‘Rest’, Setelah mendapat kecederaan,
mangsa harus direhatkan. Sebarang pergerakan yang diteruskan ditempat yang cedera akan
mengakibatkan pengaliran darah meningkat atau berterusan dan ini memburukkan lagi
kecederaan. Selain itu, peringkat ‘Ice’ pula ais yang dibalut dengan kain atau plastik didemah
ke atas tempat yang cedera. Kecederaan yang tidak melibatkan luka terbuka sesuai diberi
rawatan ini. Jangan benarkan ais secara langsung ke atas tempat cedera kerana akan
mengakibatkan ‘ice-burn’ dan mematikan sel-sel di sekeliling tempat yang cedera. Demahan
ais ini menurunkan suhu tisu dan sel yang telah mengalami kecederaan dan dapat
memulihkan sel yang rosak dengan lebih cepat. Peringkat ‘Compression’ pula, bahagian yang
cedera harus dibalutkan untuk mengelakkan bengkak yang keterlaluan dan peringkat terakhir
iaitu ‘Elevation’ mangsa perlu ditinggikan bahagian yang cedera supaya memudahkan dan
mempercepatkan pengembalian darah masuk ke jantung. Ini mengurangkan pendarahan
terhadap tempat yang cedera. Bahagian yang luka harus lebih tinggi daripada paras jantung.
Rawatan kaedah ini perlu dilakukan untuk 48 jam yang pertama. Walau bagaimanapun,
rujukan pakar perubatan harus dijalankan secepat mungkin. Dalam tempoh masa tersebut
atlet tidak digalakkan menjalani urutan sukan kerana boleh menimbulkan banyak komplikasi.

Pencegahan kecederaan bagi memulakan semula aktiviti bersukan seperti sedia kala
memerlukan langkah-langkah tertentu dan penelitian yang sewajarnya. Penggunaan
‘bracing’ dan ‘taping’ sangat perlu bagi memulakan semula aktiviti tersebut dan
penggunaannya juga diperlukan secara kerap serta mungkin mengambil masa yang lama 6
higga 12 bulan selepas kecederaan. Dengan langkah-langkah pencegahan yang teliti ini,
proses pemulihan akan menjadi lebih cepat dan seseorang atlet itu akan lebih bersedia untuk
memulakan semula aktiviti sukan yang diceburi seperti sediakala.
RUJUKAN

Prentice.W.E. 2004. Get Fit, Stay Fit. 3rd Edition. New York: The McGraw-Hill
Companies, Inc.

Kamus Dewan Edisi Ke- 5

Anda mungkin juga menyukai