Anda di halaman 1dari 4

REFLEKSI KERJA KURSUS

OLEH : MUHAMMAD NABIL NAJMI BIN CHE HANIZAN

1.0 Fasa Sebelum

Pada 1 / 7 / 2019, telah diadakan taklimat bersama semua pelajar semester 3 iaitu
bertujuan untuk Pensyarah memberikan taklimat berkaitan Pedagogi Baharu Pembelajaran
Bermakna kepada semua pelajar semester 3 IPGKTI di DDKA. Selain itu juga, ketua
penyelaras subjek EDUP3043 Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku menerangkan
tentang tugasan subjek ini secara umum. Pada 4 / 7 / 2019 pula, taklimat bersama
pensyarah yang mengajar subjek EDUP3043 iaitu pensyarah yang mengajar subjek
EDUP3043, En Tamilarasu A/l Subramaniam yang memberikan taklimat secara menyeluruh
tentang penghasilan tugasan subjek EDUP3043.

2.0 Fasa Semasa

Pada 23 / 7 / 2019, penulis mula untuk mencari maklumat berkenaan tajuk tugasan
dengan membuat satu peta lakar tentang isu-isu tingkah laku yang berlaku di padang
semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Selain itu,
penulis juga membuat sesi temu bual dengan pensyarah-pensyarah di Jabatan Pendidikan
Jasmani berkaitan isu tingkah laku yang sering berlaku semasa sesi pdp. Penulis juga
membuat pemilihan model-model tingkah laku yang sesuai dalam menangani isu-isu tingkah
laku yang dipilih serta menjelaskan ciri-ciri sentuhan alam yang boleh membantu dalam
menangani masalah disiplin bilik darjah.

Pada 27 / 7/ 2019, penulis telah melakukan tugasan penghasilan buku skrap dengan
membuat pengurusan grafik dalam bentuk buku skrap dengan memasukkan isu-isu tingkah
laku dalam pendidikan jasmani serta model-model tingkah laku untuk menangani isu tingkah
laku tersebut serta ciri-ciri sentuhan alam. Di samping itu, pada 4 / 8 / 2019 – 8 / 8 / 2019
iaitu tarikh di mana penulis memulakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah
yang dipilih bagi melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah di Sekolah Kebangsaan
Lubuk Chempedak di Langkawi. Penulis membuat pemerhatian semasa guru di sekolah
melaksanakan sesi pdp dengan melihat kepada tingkah laku murid-murid di padang. Selain
itu juga, penulis cuba menggunakan model tingkah laku yang dipilih untuk menangani
masalah tingkah laku dan mengaplikasikan ciri-ciri sentuhan alam dalam menangani.isu
tingkah laku. Penulis kemudiannya membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian dan
pelaksanaan yang dilakukan di sekolah.

Pada 15 / 8 / 2019, penulis mula membuat tugasan 2 iaitu penulisan akademik dengan
membuat penulisan akademik berkaitan maklumat-maklumat yang telah dihasilkan pada
pengurusan grafik. Seterusnya, penulis menulis secara terperinci isu-isu tingkah laku yang
berlaku dalam bilik darjah terutama dalam subjek Pendidikan Jasmani dengan memberi
justifikasi pemilihan model tingkah laku untuk menangani masalah tingkah laku dalam sesi
pdp Pendidikan Jasmani di padang

3.0 Fasa Selepas

Pada 1 / 8 / 2019, penulis telah menghantar tugasan iaitu pengurusan grafik kepada
pensyarah. Seterusnya pada 22 / 8 / 2019, penulis menghantar tugasan 2 iaitu penulisan
akademik. Kesimpulannya, pada pendapat saya pembelajaran bermakna ini membolehkan
saya mendapatkan maklumat dengan cara yang lebih berkesan seperti merujuk kepada
pakar untuk mendapatkan maklumat.dan secara tidak langsung pembelajaran bermakna ini
dapat menghasilkan pelajar atau murid untuk mendapatkan kemahiran penyelesaian
masalah yang tinggi.
4.0 Bibliografi

Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak.(1999). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan -
Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru, Utusan Publication Sdn. Bhd.

Carol Ross.(1994). Making Your Classroom Work - Tried and True Organization and
Management Strategies, Pembroke Publishers Limited.

Thomas C. Lovvit.(1984). Tactics for teaching, Merill Publishing Company.

Abdullah Sani Yahya. (2007). Guru sebagai Pemimpin. Selangor: PTS Professional.

Abd Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi Pengurusan Bilik Darjah.
Klang : Yeohprinco Sdn. Bhd.

Akhiar Pardi. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.

Choong Lean Keow, PhD (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku untuk
Program Ijazah Sarjana Muda. Shah Alam : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

C. M. Charles, David K. Gast, Ricahrd E. Servey & Houston M. Burnside.


(1978).Schooling, Teaching and Learning American Education. United States : The
C. V. Mosby Company

Edmund T. Emmer. (1997). Classroom Management For Secondary Teachers.


United States: Viacom Company.

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009), Siri Pendidikan Guru Pengurusan
Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari. (1998). Peranan Tugas dan Tanggungjawab Guru Di Sekolah.


Kuala Lumpur : Tinggi Press Sdn. Bhd.

Sue Cowley. (2006). Chalk & Talk Methods for Teachers Getting The Students To
Behave. New York : Continumm.

Anda mungkin juga menyukai