Anda di halaman 1dari 13

TAJUK 5

KECEDERAAN TISU LEMBUT


KECEDERAAN BAHAGIAN TANGAN, BADAN, KAKI, KEPALA DAN
MATA
KEMUDAHAN DAN PERALATAN PERTONGAN CEMAS DAN
RAWATAN KECEDERAAN

KECEDERAAN TISU LEMBUT


DEFINISI KECEDERAAN TISU LEMBUT
Kecederaan yang dialami pada tisu lembut iaitu dalam badan yang merangkumi kulit, salur
darah, saraf, otot, tendon, ligamen, kelenjar dan lapisan yang melindungi organ-organ
tubuh.
Contoh Kecederaan Tisu Lembut seperti :
Luka kulit terkoyak oleh benda tajam dan berdarah
Melecet terguris, epidermis dan terluka
Melepuh kulit menggelembung dan ada air
Jenis- jenis Kecederaan Tisu Lembut

Contusion/Lebam

- Kecederaan pelanggaran disebabkan tekanan pada otot dengan tulang

- Berdarah
- Bengkak dan berubah warna tisu

Strain/ Ketegangan

- Cedera pada tendon atau otot

- Terjadi disebabkan regangan dan kontraksi melampau

- Mempunyai 3 peringkat:

Peringkat 1
- Mikrotearing/ koyak kecil
- Sakit ringan/ lembut
- ROM penuh

Peringkat 2
- Makrotearing/ Koyak besar
- Sakit
- Tidak upaya
1

- Bengkak
- Kurangnya ROM

Peringkat 3
- Koyak terus
- Sakit
- Bunyi pop
- Hilang fungsi

Sprain / Tergeliat
- Cedera pada ligamen
- Berkaitan dengan sendi
- Mempunyai 3 peringkat :

Peringkat 1:
- Sakit ringan semasa lebih regangan tetapi masih berupaya.

Peringkat 2:
- Koyak pada fiber
- Sakit
- Bengkak
- Tidak berupaya
- Ligamen masih baik/ berfungsi

Peringkat 3:
- Koyak terus
- Bunyi pop
- Sakit
- Hilang upaya
- Bengkak
- Hilang fungsi ligamen

LUKA

Sejenis kecederaan kepada tisu badan yang menyebabkan pengaliran


darah.

Boleh berlaku di luar atau di dalam badan

Terdapat 2 jenis luka :


Luka Terbuka
2

Boleh libatkan organ lain.

Pendarahan banyak.

Renjatan.

Jangkitan kuman.
Luka Tertutup
kulit tidak pecah.

lebam.

bengkak.

renjatan.

Sebab- Sebab Luka

Akibat alat tajam.

Akibat alat tumpul.

PENDARAHAN
Pendarahan terjadi daripada sistem edaran yang tercedera

Pendarahan Berlaku Melalui:


1. Arteri

darah yang keluar berwarna merah terang kerana mengandungi oksigen.


darah memancut keluar mengikut denyutan jantung.

2. Vena

darah yang keluar berwarna merah kehitaman kerana mengandungi karbon

dioksida.
darah mengalir keluar perlahan-lahan.

3. Kapilari

darah meleleh keluar

Rawatan Asas Luka


1.

Hentikan Pendarahan

2.

Hindar dari jangkitan kuman.

3.

Segera ke hospital

Rawatan Pendarahan
1.

Bersihkan luka daripada kotoran

2.

Tekanan terus ke

atas luka.

4.

Tinggikan anggota

yang luka.
5

5.

Tekanan langsung

pada nadi (arteri).

6.

Periksa Nadi

7.

Periksa Pernafasan

8.

Rawat renjatan, jika ada.

9.

Segera ke hospital

Contoh contoh lain Kecederaan Tisu Lembut Tenat


Luka kulit dalam
Lecur
Lebam
Seliuh (sprains)
Tergeliat (strains)
Dislokasi
6

KECEDERAAN TISU LEMBUT KRONIK


Tergeliat kronik otot (strains)
Tendinitis
Bursitis
CONTOH-CONTOH KECEDERAAN TISU LEMBUT AKUT
Kontusi-hentakan pada tisu lembut
Calar/terpotong/tembus-kecederaan kulit
Terseliuh-ligamen tertarik,/terkoyak
Terengang-otot atau tendon terengang
Carikan rawan-kejadian pada lutut
Terkehel- tulang terkeluar dari kedudukan
CONTOH-CONTOH KECEDERAAN TISU LEMBUT KRONIK
- kecederaan kronik pada otot, tendon dan bursa akibat pukulan yang berturut-turut, terlebih
regang dan lebihgunaan.
- otot teregang kronik
- tendinitis- tendon teregang berulang
- bursitis-bursa bengkak dan radang

KECEDERAAN BAHAGIAN TANGAN, BADAN, KAKI, KEPALA DAN MATA


KECEDERAAN PADA BAHAGIAN KEPALA DAN LEHER
Kecederaan pada bahagian ini kebiasaanya melibatkan kulit kepala, tengkorak atau
otak yang disebabkan oleh trauma. Konkusi merupakan suatu kecederaan yang biasa
berlaku kepada atlet. Konkusi merupakan suatu bentuk kecederaan otak traumatik (TBI)
yang berlaku apabila otak mengalami hentakan atau gegaran kuat yang berlaku pada
tengkorak.
Kecederaan ini boleh berlaku apabila pemain bertembung semasa bermain ataupun
terjatuh dan terhentak pada bahagian kepala. Kecederaan ini juga boleh berlaku disebabkan
oleh pukulan dengan peralatan yang digunakan semasa bersukan. Bagi sukan bola baling
ini, pertembungan antara dua orang pemain merupakan punca utama kepada kecederaan
yang dialami

Rawatan Kecederaan Konkusi


Sekiranya seseorang pemain mengalami kecederaan konkusi ini, langkah paling
penting yang perlu dilaksanakan adalah mencegah kecederaan daripada menjadi
bertambah buruk. Berhenti daripada melakukan sebarang aktiviti dan memberitahu kepada
rakan sepasukan merupakan langkah paling awal yang perlu dilaksanakan oleh seseorang
pemain. Seterusnya, pakar perubatan perlu dirujuk bagi mengetahui keadaan sebenar
kecederaan yang berlaku.
KECEDERAAN KEPADA BAHU TERKEHEL
Sendi bahu terkehel adalah kecederaan trauma yang kerap terjadi ketika aktiviti
sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan seperti ragbi, hoki dan bola baling.
Dalam kebanyakan kes, kepala tulang lengan atas (tulang humerus) tertolak keluar ke
depan dari soket sendi ketika lengan yang pada kedudukan diangkat terpusing ke belakang
secara paksa. Keadaan ini boleh terjadi apabila pemain ingin melakukan rejaman secara
lompatan tetapi di halang oleh pihak lawan. Keadaan ini akan menyebabkan sendi bahu
terkehel ke depan meliputi 95 peratus daripada kes sendi bahu terkehel. Sendi bahu
terkehel juga boleh berlaku ke belakang, bawah, atas atau dalam torasik
Rawatan Kecederaan Bahu Terkehel
Rawatan segera untuk sendi bahu terkehel ada dua peringkat. Pertama adalah
melindungi dan mengelak sendi bahu terus tercedera seperti merehatkan lengan dalam
anduh dan kedua, segera mendapatkan rawatan perubatan. Sendi bahu yang terkehel perlu
segera dimasukkan semula ke kedudukan normal oleh pakar perubatan terlatih dan elak
cuba memasukkan sendiri kerana ia boleh menyebabkan kecederaan lebih teruk kepada
sendi bahu. Jika prosedur memasukkan semula sendi bahu terkehel ini mengalami
kesukaran, ia perlu dilakukan dalam keadaan pemain diberikan bius am (tidak sedar) untuk
mengelak komplikasi setempat lebih teruk seperti kepatahan tulang dan kecederaan urat
saraf. Ia juga dapat mengelak trauma kepada psikologi pemain.
KECEDERAAN KETENGANGAN OTOT HAMSTRINGS
Kecederaan ketegangan otot hamstring ini merupakan suatu kecederaan yang biasanya
melibatkan koyakan satu atau lebih otot yang terdapat pada bahagian hamstring. Secara
umumnya terdapat tiga bahagian otot yang terdapat pada bahagian hamstring iaitu
semitendinosus, semimembranosus dan juga biceps femoris.
Otot hamstring ini berfungsi bagi membantu pergerakan merendahkan bahagian lutut
atau fleksi lutut dan juga berfungsi dalam membantu pergerakan kaki. Namun begitu bagi
8

sukan tinju, kecederaan ini boleh berlaku apabila otot bahagian berkenaan ditarik oleh pihak
lawan bagi mengunci pergerakan lawannya. Hal ini biasanya terjadi semasa kedua-dua
pihak sedang bergelut dan berusaha mengunci pergerakan pihak lawan dan dalam masa
yang sama mengelakkan pergerakan sendiri dikunci.
Rawatan Kecederaan Otot Hamstring
Rawatan bagi kecederaan ini perlu dilaksanakan dengan kadar yang segera setelah
kecederaan dialami. Fasa yang paling penting dalam merawat kecederaan ini adalah pada
48 jam pertama selepas kecederaan. Pemain boleh melakukan beberapa langkah bagi
merawat kecederaan yang dialami. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah melakukan
demahan ais (R.I.C.E).
Balutan pemampatan boleh dilakukan bagi meminimakan pendarahan pada otot intra
pada bahagian tersebut. Bahagian yang tercedera perlu direndahkan bagi membantu
pemulihan otot yang baik. Regangan dan sedikit gerak kendur boleh dilaksanakan bagi
mengurangkan kesakitan. Disamping itu, senaman akan memastikan bahawa apa-apa
bahan baru akan ditetapkan dalam orientasi yang betul sekali gus mengurangkan risiko
kecederaan berikutnya. Pakar perubatan perlu dirujuk bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Bagi langkah seterusnya ialah rehabilitasi. Rehabilitasi ini adalah bertujuan untuk
mengurangkan kesakitan dan bengkak, meningkatkan fleksibiliti dan keadaan otot,
memulihkan kekuatan otot dan memastikan pemain dapat kembali kepada kecergasan
normal. Program ini adalah berasaskan kepada empat elemen penting iaitu pemain akan
mengambil masa utuk kembali pulih pada kadar yang berbeza bergantung kepada tahap
kecederaan yang dialami.
KECEDERAAN BELAKANG BADAN
Kecederaan herniasi pada cakera tulang belakang (prolapsus disci intervertebralis)
merupakan suatu kecederaan yang berlaku disebabkan oleh trauma, kecederaan berulang
atau punca idiopathic. Kecederaan ini berlaku disebabkan oleh koyakan pada bahagian luar
serabut cincin (annulus fibrosus) yang terdapat pada cakera intervertebral (discus
intervertebralis) yang menyebabkan bahagian lembut iaitu bahagian tengah tulang (nucleus
pulposus) terkeluar dari koyakan pada serabut cincin. Koyakan selalunya berlaku pada
bahagian postero-lateral yang melibatkan ligamen posterior longitudinal dalam tulang
belakang.
Rawatan Kecederaan Tulang Belakang

Sebelum sebarang rawatan diberi, kecederaan ini perlu diketahui terlebih dahulu.
Herniasi cakera ini selalunya dikesan secara kebetulan apabila ujian seperti MRI dilakukan
atas sebab-sebab yang lain. Jika tiada tanda-tanda yang dapat diperhatikan, rawatan tidak
perlu diberikan.
Rawatan yang diberikan bagi individu yang mengalami kecederaan ini adalah
bergantung kepada tahap kecederaan. Rawatan untuk herniasi cincin cakera termasuklah
terapi fizikal, ubat-ubatan yang dapat merehatkan otot, ubat penahan sakit, ubat-ubatan
anti-radang, suntikan tempatan kortison (suntikan epidural) dan operasi pembedahan.
Dalam mana-mana kes, individu yang mengalami kecederaan herniasi cakera perlu berehat
dan mengelakkan kecederaan semula kepada bahagian cakera. Dalam sesetengah kes,
walaupun individu mengalami kecederaan yang teruk, individu tersebut tidak memerlukan
pembedahan dan boleh pulih dengan rawatan konservatif sahaja. Kini terdapat pelbagai
pendekatan pembedahan untuk merawat herniasi cincin cakera. Setiap jenis pembedahan
disesuaikan dengan keadaan individu dan banyak bergantung pada keadaan cincin cakera
tulang belakang yang tercedera. Pilihan pembedahan termasuk mikrodisektomi
menggunakan instrumen pembedahan kecil dan pembaikan pembedahan terbuka (sama
ada dari pendekatan posterior atau anterior). Namun, pembedahan segera perlu dilakukan
sekiranya terdapat sindrom cauda equina.
KECEDERAAN TANGAN DAN PERGELANGAN TANGAN
Tenosynovitis adalah keradangan sarung berisi cecair (dipanggil synovium) yang
mengelilingi tendon. Gejala tenosynovitis termasuk kesakitan, bengkak dan kesukaran
menggerakkan sendi tertentu di mana keradangan berlaku. Apabila keadaan ini terjadi jari
akan "melekat" dalam kedudukan fleksi. Keadaan ini dinamakan sebagai "stenosing"
tenosynovitis dan turut dikenali sebagai "trigger finger". Keadaan ini sering berlaku seiring
dengan tendinitis comorbid.
Rawatan Tenosynovitis
Matlamat rawatan dilakukan adalah untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan
keradangan. Merehatkan bahagian yang telah tercedera adalah amat penting bagi proses
pemulihan. Anduh atau pendakap boleh digunakan bagi membantu mengekalkan
kedudukan tendon. Demahan ais ataupun haba boleh dilakukan bagi mengurangkan
kesakitan dan keradangan.
Nonsteroidal ubat-ubatan anti-radang (NSAID) seperti ibuprofen boleh melegakan
kesakitan dan mengurangkan keradangan. Suntikan tempatan kortikosteroid juga boleh
digunakan. Bagi kes-kes tertentu, sesetengah pesakit memerlukan pembedahan untuk
membuang radang pada sekitar tendon.
10

Bagi kecederaan tenosynovitis yang disebabkan oleh jangkitan, pakar perubatan


akan membekalkan antibiotik. Dalam beberapa kes-kes yang teruk, pembedahan
dilaksanakan bagi membuang nanah di sekeliling tendon. Sekiranya terdapat jangkitan,
suntikan steroid boleh digunakan untuk mengurangkan keradangan pada kapsul tendon.
Latihan yang sesuai perlu dilaksanakan apabila kecederaan telah pulih bagi mengelakkan
kecederaan berulang kembali.
KEMUDAHAN DAN PERALATAN PERTONGAN CEMAS DAN RAWATAN KECEDERAAN
PENILAIAN KECEDERAAN
- mekanisma kecederaan
- Tempoh
- Riwayat perubatan lain
- Riwayat keluarga
- Riwayat sosial
PEMERIKSAAN KLINIKAL
- Jarak sendi
- Kekuatan otot
- Fungsi
- Sakit
- Tenderness
- Bengkak
- Lebam
- Suhu bahagian tercedera
- X-Ray, MRI, CT Scan
UJIAN KHAS
- McMurray test
- Lachman test
- Anterior drawer
- Posterior drawer
- Valgus stress test
- Varus stress test
- Neuro tension test
- Muscle testing
RAWATAN KECEDERAAN SUKAN
11

3 peringkat iaitu Acute, Sub-acute Advance (Rehabilitation)


ACUTE-rest, Ice, Compression, Elevation
SUB-ACUTE
- Rawatan fisioterapi terutamanya menggunakan kaedah electrotherapy
- Bengkak biasanya sudah surut
- Rawatan untuk mengurangkan sakit dan mengembalikan fungsi bahagian terlibat
RAWATAN FISIOTERAPI
Electrotherapy
- menggunakan haba dan arus elektrik (yang diubahsuai)
Short wave Diathermy (SWD)
- Menggunakan arus frequency sederhana
- Ditukarkan kepada haba yang bersifat therapeutic
- Boleh menembusi keseluruhan organ badan
- Mengurangkan sakit
- Mengurangkan bengkak
- Mempercepatkan proses penyembuhan
- Melawan inflammasi
Hot pack
- Terdiri dari bahan silikon
- Boleh menyimpan haba sampai jam
- Untuk mengurangkan sakit
- Sebagai warming up kepada otot yang terlibat sebelum memulakan rawatan senaman
Infra-Red Ray
- Salah satu gelombang electromagnetic
- Ditukarkan kepada haba
- Boleh tembusi 1 hingga 1.7 cm menembusi kulit
- Sesuai untuk bahagian yang besar dan lebih dekat dengan kulit
- Tidak sesuai untuk rawatan yang dalam
IRR
- Kekejangan otot
12

- Luka atau kudis


- Bahagian kesakitan yang terlalu besar
Ultrasound
- Kesan micro-massage
- Tidak merasa panas
- Memecahkan adhesi
- Meningkatkan sintesis protin
- Mengurangkan bengkak
- Struktur yang hampir pada kulit, seperti otot, ligamen dan tendon
Interferential Therapy(IT)
- Campuran antara low frequency dan medium frequency current
- Menggunakan pain gait theory
- Juga sesuai untuk kes2 acute
- Rasa pin-prick
Wax Theraphy
- Rawatan menggunakan lilin yang bersifat terapeutik
- Untuk kecederaan tangan dan kaki seperti ankle sprain, TA rupture, kepatahan pada tulang
tangan dll

13

Anda mungkin juga menyukai