Anda di halaman 1dari 36

TAJUK 2

PENDEKATAN RAWATAN KECEDERAAN


SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI
ASMA DAN SERANGAN JANTUNG

KEPENTINGAN PENDEKATAN YANG SISTEMATIK

Mengelakkan kecederaan daripada bertambah teruk.


Mengurangkan kesakitan.
Mengenalpasti bahagian anggota badan yang cedera

LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH KECEDERAAN


Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu:
D = Danger (Bahaya) = Keluarkan mangsa dari kawasan yang merbahaya

R = Respond (Tindak balas/Reaksi) - Pastikan mangsa bertindakbalas dengan


memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika mangsa sedar. Dapatkan
tindak

balas

atau

reaksi

dari

mangsa.

Jika

keadaannya. Pastikan kecederaan atau kesan lain.

sedar

:Tanya

mangsa

Berikan rawatan yang

sewajarnya. Dapatkan bantuan jika perlu. Jika tidak sedar: Pastikan saluran
pernafasan terbuka dan tiada halangan. Periksa samada mangsa bernafas atau
tidak. Periksa pengaliran darah dengan merasa denyutan nadi di leher (karotid).
Tahap kesedaran mangsa boleh dibahagikan kepada 4 peringkat iaitu:
1.
2.
3.
4.

A - Alert (sedar sepenuhnya)


V - Verbal (respon terhadap suara)
P - Pain (respon terhadap kesakitan/ sentuhan)
U - Unconcious (tiada apa-apa respon)

A = Airway (Saluran pernafasan) = Pastikan mulut dan hidung mangsa tidak tertutup
atau tersembut - jika ada keluarkan dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa.
B = Breathing (Pernafasan) = Pastikan mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR External Air Resuscitation
C = Circulation (Peredaran/Pengaliran

Darah)= Pastikan nadi mangsa berfungsi -

semak di nadi karotid atau di leher , jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary
Resuscitation].

Pastikan
mangsa
Keluarkan bertindakbalas
mangsa dari
dengan
kawasan yang memanggil
merbahaya.. mangsa atau
bertanya
dengannya
jika mangsa
sedar.

A
Pastikan mulut
dan hidung
mangsa tidak
tertutup jika
ada keluarkan
dan letakkan
mangsa dalam
kedudukan
yang selesa.

MENILAI KECEDERAAN- TOTAPS


T - Talking ( bercakap )
O - Observe (memerhati)
T - Touch ( sentuhan)
A - Active ( aktif)
P - Passive (Pasif)
S - Skill (kemahiran )
LANGKAH-LANGKAH T.O.T.A.P.S
T-Talking (bercakap )
Bercakap dengan atlet/mangsa yang cedera

Apa yang berlaku?


Bagaimana kemalangan/kecederaan berlaku?
Apa yang kamu rasa?
Bahagian mana yang cedera?
Adakah bahagian lain yang cedera?
Pernahkah bahagian ini tercedera sebelum ini ?
2

B
Pastikan
mangsa
bernafas dan
jika tidak,
lakukan EAR
- External Air
Resuscitation
..

C
Pastikan nadi
mangsa
berfungsi semak pada
nadi karotid
atau di leher
[C], jika tidak
lakukan CPR

O- Observe (memerhati)
Memerhati ketika bercakap dengan atlet

Adakah atlet/mangsa tertekan ?


Adakah mangsa terbaring dengan posisi/posture yang bukan scara biasa?
Adakah terdapat bengkak/kecacatan/lebam?
Adakah terdapat perbezaan dengan anggota yang lain
Bagaimana bahagian tersebut dikawal ?

T- Touch ( sentuhan )
Lakukan sentuhan bermula kawasan yang tidak dan secara perlahan begerak ke
kawasan yang cedera.

Adakah terdapat kelembutan?


Adakah terdapat kecacatan?
Adalah kawasan cedera panas?

Berhenti disini sekiranya terdapat bukti yang jelas bagi fraktur dan dislokasi.
A- Active (aktif)
Suruh mangsa gerakan bahagian yang cedera, bila terasa sakit berhenti.

Tunjukkan pergerakan yang sepatutnya pada bahagian yang tidak cedera terlebih

dahulu
Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan

yang penuh atau terhad?


Adakah sakit ketika menggerakkan bahagian tersebut? Bilakah kesakitan tersebut
dirasai?

P- Passive (pasif)
Berhati-hati gerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakkan yang normal.
Berhenti jika kesakitan berlaku.

Bolehkah mangsa menggerakkan bahagian yang tercedera pada julat pergerakan

yang penuh?
Bilakah kesakitan berlaku?
Bandingkan julat pergerakan bahagian yang tidak cedera dengan yang tercedera.

Berhenti disini bila atlet/mangsa mengadu kesakitan atau hilang/bertambah julat


pergerakan
S- Skill (kemahiran)
Jika bahagian yang cedera boleh bergerak pada julat pergerakan yang normal tanpa
kesakitan, suruh atlet/mangsa berdiri dan lakukan pergerakan yang perlahan.
3

Sekiranya terdapat kesakitan, nasihat atlit berhenti


Sekiranya tiada kesakitan atau minima, atlet boleh teruskan latihan atau permainan

LANGKAH-LANGKAH T.O.T.A.P.S

Bercakap dengan mangsa yang


mengalami kecederaan
O
(Melihat
Keadaan)

Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa di bahagian kepala

Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati

T
(Sentuhan)

Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota badan yang cedera
A
(Pergerakan
Aktif)

Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan bahagian anggot


P
(Pergerakan
Pasif)
S Uji kemahirannya
(Kemahiran)

RAWATAN RICER dan 'NO HARM'


R - REST- rehatkan (avoid movement for the first 24h)
I - ICE - letak ais (put ice for 15-20 min every 90min)
C - COMPRESSION - kenakan balutan
E - ELEVATION - tinggikan anggota
R- REFERAL -rujuk kepada pakar
4

PUNCA-PUNCA KECEDERAAN
1. Intrinsik (kecederaan tak langsung)
Kecederaan yang disebabkan oleh atlit sendiri. Kecederaan seperti 'overstrecthing'
dan 'muscle pull'. Kecederaan yang melibatkan otot, tendon dan ligamen. Biasanya
kecederaan ini tidak seteruk kecederaan ekstrinsik atau kecederaan Iangsung.
2. Ekstrinsik (kecederaan langsung)
5

Kecederaan yang disebabkan oleh pukulan atau hempap ke badan, contohnya


pelanggaran dengan lawan, dipukul lawan dan terkena objek seperti bola, raket

atau kayu pemukul.


3. Kecederaan Lebihguna (Overuse Injury)
Kecederaan yang disebabkan oleh tekanan yang kuat ke atas sesuatu tisu
umpamanya tulang, ligament dan tendon. Sekiranya tekanan yang dikenakan itu
terlalu kerap dan banyak maka kerosakan yang berlaku dan melampui tahap
pemboleh baik biasanya perkara berikut mungkin berlaku iaitu patah, terseliuh,
kecederaan teruk pada ligament dan tendon dan kerosakan otot. Pada keadaan ini
seseorang akan memalui kesakitan dan bengkak.
4. Heat Injuries (kecederaan kepanasan)
Kepanasan boIeh mengakibatkan pelbagal kecederaan atau membawa maut.
Peningkatan tahap kepanasan akan berlaku berpunca dari radiasi matahari dan
persekitaran. Badan akan kehilangan banyak air. Ini mungkin akan mengakibatkan
'heat exhaustion', 'heat cramp' dan 'heatstroke'.
5. 'Heat Cramp'
Kekejangan otot disebabkan oleh kekurangan garam dan elektrolit dalam badan.
Untuk melegakan kekejangan ialah dengan melakukan regangan, aplikasi rawatan
ais dan urutan.
6. 'Heat Exhaustion'
Kepanasan yang melampau yang berlaku hasil daripada 'peripheral vasodilation
hilang

kawalan

sistem

saraf

dan

berlaku

tekanan

dalam

pembuluh

darah. Disebabkan pembuluh darah tersumbat peredaran darah dalam badan


menjadi perlahan.
Rawatan : Rehatkan mangsa, baringkan dan tinggikan kaki. Bukakan peralatan dan
pakaian. Bagi proses 'cooling down' boleh dilakukan dengan membasahkan badan
mangsa dengan air sejuk. Jika mangsa berada dalam keadaan sedarkan diri, bagi
minum air sejuk.

7. 'Heatstroke'
Sistem penyejukbekuan badan teriebih guna atau tahap peredaran darah menjadi sangat
perlahan oleh itu mekanisma perpeluhan terhad untuk mengatasi kehabisan paras cecair.
Rawatan :

Letakkan ais atau tuala sejuk pada badan, rendam atlit ke dalam air

sejuk. Sponging badan dengan air sejuk atau alkohol. Tanggal pakaian dan
peralatan bagi mencegah penahan panas badan. Bagi atlit yang dalam keadaan
sedarkan diri dibenarkan minum air.

TAJUK 5

SALURAN PERNAFASAN DAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI

SALURAN PERNAFASAN

PERNAFASAN
Manusia memerlukan bekalan oksigen secara terus-menerus untuk proses respirasi sel, dan
membuang lebihan karbondioksida sebagai sisa toksin produk dari proses tersebut.
Pertukaran gas antara oksigen dengan karbon dioksida dilakukan agar proses respirasi sel
terus berlangsung. Oksigen yang diperlukan untuk proses respirasi sel ini berasal dari
atmosfera, yang menyediakan kandungan gas oksigen sebanyak 21% dari seluruh gas yang
ada. Oksigen masuk kedalam tubuh melalui perantaraan alat pernafasan yang berada di
luar. Pada manusia, alveolus yang terdapat di paru-paru berfungsi sebagai permukaan
untuk tempat pertukaran gas.

Proses pernafasan
1.
2.
3.
4.
5.

Udara masuk melalui lubang hidung


Melalui nasofarink
Melalui oralfarink
Melalui glotis
Masuk ke trakea
8

6. Masuk ke cabang trakea yang disebut bronchus


7. Masuk ke cabang bronchus yang disebut bronchiolus
8. Udara berakhir pada hujung bronchus berupa buih yang dipanggil alveolus (jamak:
alveoli) pertukaran udara yang sebenarnya hanya berlaku di alveoli.
Dalam paru-paru orang dewasa terdapat kira-kira 300 juta alveoli, dengan luas
permukaan kira-kira 160 m2 atau kira-kira 1 kali luas gelanggang tenis, atau luas 100 kali
dari kulit kita. Hidung (Hidung) Hidung merupakan organ pernafasan yang pertama dilalui
udara luar. Farink merupakan percabangan dua saluran, itu saluran tekak (nasofarink) yang
merupakan saluran pernafasan, dan saluran kerongkong (oralfarink) yang merupakan
saluran pencernaan. Larink (pangkal tekak) merupakan bahagian pangkal dari saluran
pernafasan (trakea).
Di atas larink terdapat injap (epiglotis) yang akan menutup semasa menelan. Injap
berfungsi mencegah makanan dan minuman masuk ke saluran pernafasan. Pada pangkal
larink terdapat selaput suara. Selaput suara akan bergetar jika terhembus udara dari paruparu trakea (tekak). Batang tekak terletak di daerah leher didepan kerongkong.
Bronchus terdiri daripada bronchus kiri dan bronchus kanan. Struktur bronchus kanan lebih
pendek berbanding bronchus sebelah kiri. Kedua bronchus masing-masing masuk kedalam
paru-paru. Didalam paru-paru bonchus bercabang menjadi bronchiolus yang menuju setiap
lobus (belahan) paru-paru.
Bronchus sebelah kanan bercabang menjadi 3 bronchiolus, sedangkan sebelah kiri
bercabang menjadi 2 bronchiolus. Cabang bronchiolus yang paling kecil masuk ke dalam
buih paru-paru yang dipanggil alveolus. Dinding alveolus mengandungi banyak kapilari
darah. Melalui kapilari darah oksigen yang berada dalam alveolus meresap masuk ke dalam
darah. Pulmo (alveolus) Paru-paru terletak dalam rongga dada diatas diafraghma.
Diafraghma adalah sekat rongga badan yang menyekat rongga dada dengan rongga
perut. Paru-paru terdiri dari dua bahagian iaitu paru-paru sebelah kiri dan paru-paru sebelah
kanan. Paru-paru kanan mempunyai tiga gelambir sedangkan paru-paru kiri terdiri atas 2
gelambir. Paru-paru dibungkus oleh 2 buah selaput yang disebut selaput pleura. Selaput
pleura sebelah luar yang bersempadan dengan dinding bahagian dalam rongga dada
disebut pleura parietal, sedangkan yang membungkus paru-paru disebut pleura visceral.
Diantara kedua-dua selaput terdapat rongga pleura yang mengandungi cecair pleura yang
berfungsi untuk mengatasi geseran pada saat paru-paru mengembang dan mengempis.
Mekanisme pernafasan manusia dibezakan atas pernafasan dada dan pernafasan
perut. Pernafasan dada terjadi melalui fasa inspirasi dan ekspirasi, demikian juga untuk
pernafasan perut.
Mekanisme pernafasan dada.
1. Fasa Inspirasi pernafasan dada
9

Mekanisme inspirasi pernafasan dada sebagai berikut: Otot antara tulang


rusuk (costae) (muskulus intercostalis luaran) mengecut - tulang rusuk
terangkat (kedudukan rata) - Paru-paru mengembang - tekanan udara dalam
paru -paru menjadi lebih kecil berbanding tekanan udara luar - udara luar

masuk ke paru-paru
2. Fasa ekspirasi pernafasan dada
Mekanisme ekspirasi pernafasan perut adalah sebagai berikut: Otot antara
tulang rusuk menjadi longgar - tulang rusuk menurun - paru-paru menyusut tekanan udara dalam paru-paru lebih besar berbanding dengan tekanan
udara luar - udara keluar dari paru-paru.
Mekanisme pernafasan perut
1. Fasa inspirasi pernafasan perut
Mekanisme inspirasi pernafasan perut sebagai berikut: diafraghma mengecut kedudukan dari melengkung menjadi mendatar - paru-paru mengembang tekanan udara dalam paru-paru lebih kecil berbanding tekanan udara luar udara masuk
2. Fasa ekspirasi pernafasan perut
Mekanisme ekspirasi pernafasan perut sebagai berikut: otot diafraghma
menjadi longgar - kedudukan dari mendatar kembali melengkung -paru-paru
mengempis - tekanan udara di paru-paru lebih besar berbanding tekanan
udara luar - udara keluar dari paru-paru.

PENCEGAHAN KECEDERAAN DAN BANTU MULA - EAR, ECC DAN CPR


RESUSITASI UDARA HEMBUSAN (Expired Air Resuscitation - EAR)
EAR adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti
pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke
dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai

10

denyutan nadi. Istilah yang biasa digunakan ialah 'resusitasi mulut-ke-mulut'. Terdapat tiga
teknik yang digunakan di dalam EAR ini:
1. MULUT-KE-MULUT
Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara
mangsa melalui mulut
2. MULUT-KE-HIDUNG
Dilakukan apabila mangsa

mengalami

kecederaan

muka

yang

menghalang

penyelamat daripada menggunakan mulut mangsa ataupun dalam kedudukan tertentu


semasa menyelamatkan seseorang sewaktu kecederaan disebabkan air. Penyelamat
akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan
perlahan-lahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan
mangsa menghembuskan nafas keluar.
3. MULUT-KE-HIDUNG-DAN-MULUT
Ini adalah kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana
mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut.
EAR adalah penting jika pernafasan mangsa terhenti sepenuhnya. Terdapat
beberapa keadaan yang boleh menyebabkan kehilangan upaya pernafasan, dan
pemberi pertolongan cemas perlu bersedia dengan potensi mereka untuk melakukan
resusitasi. Tercekik, pengambilan heroin dalam dos yang berlebihan, hampir lemas,
gigitan dan sengatan dan juga masalah penafasan tertentu seperti asma atau
emfisema yang boleh menyebabkan penafasan terhenti memerlukan EAR dengan
segera dan berkesan untuk menyelamatkan nyawa.
Pernafasan hendaklah berkesan dan efektif. Ini dibuktikan dengan kenaikan dan
penurunan dada bagi setiap nafas yang diberikan oleh penyelamat. Lakukan sehingga
5 kali cubaan untuk memperolehi dua pernafasan yang berkesan.

Indikasi untuk EAR


*Sianosis-kepucatan
* Pernafasan terhenti atau kadar pernafasan adalah kurang dari 4-5 kali dalam seminit
Prosedur EAR
Baringkan mangsa. Longgarkan bajunya di kawasan leher.
Buka mulut mangsa dan masukkan jari anda untuk membuang sebarang kotoran
(contohnya darah, muntah, gigi yang patah dan gigi palsu)
1. Pegang belakang leher mangsa dengan satu tangan. Letakkan pangkal sebelah tapak
tangan lagi pada dahi mangsa dan dongakkan kepalanya sejauh mungkin.
11

2. Menggunakan tangan yang berada pada dahi mangsa, picit hidung mangsa, sedut
nafas sedalam-dalamnya, buka mulut anda dan lekapkan pada mulut mangsa,
kemudian hembuskan sekuat hati. Dada mangsa akan ternaik kerana udara tersebut
dipaksa memasuki paru-paru.
3. Jika mangsa adalah seorang kanak-kanak, hembus melalui hidung dan mulutnya
dengan mulut anda tetapi jangan hembuskan dengan kuat seperti yang dilakukan
kepada orang dewasa.
4. Tunggu sehingga dada mangsa menurun, kemudian ulangi prosedur yang sama.
Lakukannya sebanyak empat kali secara terus-menerus dengan cepat.
5. Terus lakukan resusitasi mulut-ke-mulut (pada kadar 10 pernafasan dalam seminit)
sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri ataupun bantuan perubatan telah
tiba.
6. Apabila mangsa telah boleh bernafas dengan sendiri, letakkan mangsa pada
kedudukan pemulihan (lihat CPR)
7. Jika terdapat ataupun disyaki terdapat kecederaan tulang belakang dan ketiadaan
pernafasan dan/atau nadi, anda masih perlu melakukan resusitasi dan kekalkan
keadaan saluran udara.
8. Kekalkan keadaan dalam kedudukan yang neutral tanpa mendongakkan atau
mengangkat dagu dengan banyak kerana ini boleh memburukkan lagi kecederaan
pada leher.
9. Lakukan resusitasi mulut-ke-mulut dan menekan-nekan dada jika pernafasan dan nadi
masih tidak ada.
10. Jika anda perlu melentangkan mangsa ini bagi membolehkan resusitasi dijalankan,
anda perlukan bantuan daripada orang lain. Pastikan kepala, badan dan ibu jari kaki
berada dalam garisan yang lurus. Kekalkan dan jangan lepaskan sokongan pada
kepala.
11. EAR perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas dengan spontannya, sehingga
penyelamat mendapat bantuan perubatan atau sehingga keadaan mangsa menjadi
semakin merosot dengan terhentinya jantung, dan pada masa ini penyelamat perlu
melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
ECC(External Cardiac Compression)Pemulihan jantung dari luar atau tekanan dada
Pemampatan Jantung Luar kini kaedah yang diterima merawat serangan jantung
secara tiba-tiba. Teknik ini digambarkan, dengan penekanan khusus pada langkah-langkah
yang boleh menyebabkan trauma yang serius, jika tidak dilakukan dengan betul.
Pengudaraan paru-paru adalah amat penting.
Insiden serangan jantung seolah-olah semakin meningkat dan muncul untuk menjadi
lebih tinggi pada bayi, mungkin kerana sebahagian besar prosedur pembedahan jantung
12

dalam kumpulan umur ini. Survival bergantung kepada beberapa faktor, yang paling penting
adalah masa berlalu sebelum rawatan dimulakan, lokasi pesakit pada masa serangan
jantung, dan penyakit utama pesakit. Penggunaan pemampatan jantung luaran berkurangan
kelewatan, membuat lokasi pesakit kurang penting, dan menghasilkan trauma kurang dalam
pesakit yang sakit tenat. Tekanan darah yang dicapai oleh kaedah luaran adalah setanding
dengan tahap yang dicapai oleh urutan langsung jantung. Myocardium tidak mengalami
trauma dengan kaedah luaran, yang juga kurang meletihkan kepada pengendali.
Komplikasi pemampatan jantung luaran dikesan kepada tekanan yang berlebihan dan
tekanan ke atas kawasan yang salah dada, dan oleh itu dielakkan. Tekanan perlu digunakan
untuk sternum dalam hanya mid-line, hanya atas proses xyphoid. Dua kes pecah hati pada
kanak-kanak yang disebut, dan laporan kecederaan lain yang dibincangkan berkaitan
dengan kesilapan tertentu dalam teknik.
KAEDAH :
Digunakan ketika gagal mengesan denyutan jantung(nadi) mangsa.
TUJUAN :
Untuk memaksa darah beredar menerusi jantung dan keseluruhan anggota badan.
PROSEDUR ECC
MANGSA DEWASA
PROSEDUR ECC (MANGSA DEWASA)

Baringkan mangsa secara terlentang


Pembantu mula melutut di sisi kanan mangsa. sebab jantung condong di
sebelah kiri memudahkan membuat tekanan.
13

Letakkan jari telunjuk kiri ke atas sternum mangsa.


14

Letak bahagian belakang tapak tangan kanan ke atas sternum.


Tindihkan tapak tangan kiri dengan selang-selikan jari-jari.
KEDUDUKAN TANGAN DI ATAS STERNUM

Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa.

Tekan secara tegak dengan lengan lurus ke atas dada mangsa


Tekan dada sedalam lebih kurang 4 5 cm, kemudian lepaskan tekanan tanpa

mengangkat tangan.
Ulangi tekanan sehingga kira-kira 80 hingga 100 mampatan seminit. (kiraan: one and
two and.....)

15

KEDUDUKAN PEMULIHAN

Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.


Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya.
Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan

bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan.


Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka.
Dail 994 untuk mendapatkan bantuan ambulans / doktor
Pastikan pernafasan dan denyutan nadi sekerap mungkin

PROSEDUR ECC (KANAK-KANAK BAWAH 8 TAHUN)

Ikut prosedur orang dewasa.


Guna sebelah tangan sahaja.
Tekan pada kadar 100 mampatan seminit sahaja.
Mampatan dada sedalam 2.5 cm.

PROSEDUR ECC (BAYI BAWAH 1 TAHUN)

16

Ikut prosedur orang dewasa.


Guna jari telunjuk dan jari hantu.
Letakkan jari-jari di tengah sternum.
Tekan pada kadar 120 mampatan seminit.
Mampatan dada sedalam 1.5 cm.

Resusitasi Kardiopulmonari (CPR)


Objektif:
Untuk memberi kefahaman berkaitan CPR dan cara-cara melaksanakannya.
Definisi:
Resusitasi kardiopulmonari (Bahasa Inggeris: Cardiopulmonary resuscitation CPR)
adalah prosedur kecemasan yang dilakukan dalam usaha bagi mengekalkan secara manual
fungsi otak sehingga langkah selanjutnya dapat dilakukan bagi mengembalikan aliran darah
dan pernafasan secara spontan pada seseorang yang jantung berhenti berdengup. Ini
ditunjukkan pada seseorang yang tidak bertindak balas dengan berhenti bernafas atau
pernafasan tidak normal, sebagai contoh pernafasan sengsara. Ia boleh dilakukan di dalam
atau di luar hospital.
CPR membabitkan menekan dada pada sekurang-kurangnya sedalam 5 cm dan pada
kadar sekurang-kurangnya 100 kali setiap minit sebagai usaha menghasilkan peredaran
buatan dengan mengepam darah melalui jantung secara insani. Tambahan lagi, penyelamat
boleh membekalkan pernafasan dengan samaada menghembus ke dalam mulut mangsa
atau menggunakan peranti yang menolak udara ke dalam paru-paru mangsa. Proses
menberikan pengudaraan luaran dikenali sebagai pernafasan buatan. Cadangan semasa
17

menekankan pemampatan dada berkualiti tinggi melebihi bantuan pernafasan; kaedah CPR
dipermudahkan membabitkan pemampatan dada hanya digalakkan bagi penyelamat tidak
terlatih.
CPR sahaja tidak mungkin menghidupkan semula jantung, kerana tujuan utamanya
adalah memulihkan separa aliran darah beroksigen ke dalam otak dan jantung. CPR boleh
menangguhkan kematian tisu serta melanjutkan jendela peluang yang singkat untuk
menjayakan resusitasi tanpakerosakan otak yang berkekalan. Pemberian renjatan elektrik
kepada jantung (defibrilasi) biasanya diperlukan untuk memulihkan nadi jantung yang
berdaya hidup. Defibrilasi berkesan untuk ritma-ritma jantung tertentu sahaja, iaitu fibrilasi
ventrikel atau takikardia ventrikel tanpa nadi, bukanasistol atau aktiviti elektrik tanpa nadi.
Bagaimanapun, CPR boleh mencetuskan ritma yang boleh direnjat. CPR biasanya
diteruskan sehingga pesakitnya pulih peredaran spontannya (ROSC) atau disahkan mati.

Piawaian:
Nisbah mampatan-pengalihan udara sejagat 30:2 disyorkan untuk dewasa, dan juga
kanak-kanak dan bayi jika hanya seorang penyelamat hadir.. Jika sekurang-kurangnya dua
orang penyelamat hadir, nisbah 15:2 lebih sesuai untuk kanak-kanak dan bayu. Bagi bayi
baru lahir, kadar 3:1 disyorkan melainkan punca kardium dikenal pasti, yang mana nisbah
15:2 adalah munasabah. Jika salur udara lanjutan seperti tiub endotrakeaatau sungkup salur
udara larinks berada di tempatnya, pembebasan nafas sepatutnya berlaku tanpa henti-henti
dalam mampatan pada kadar 8-10 seminit. Urutan intervensi yang disyorkan ialah
"mampatan dada, salur udara, nafas" untuk kebanyakan situasi, dengan kadar mampatan
sekurang-kurangnya 100 seminit untuk semua golongan. Kedalaman mampatan yang
disyorkan untuk dewasa dan kanak-kanak adalah sekirar 5 cm (2 inci), bagi bayi pula adalah
4 cm (1.5 inci). As of 2010 the Resuscitation Council (UK) still recommends ABC for
children. Disebabkan sukarnya menentukan kehadiran atau ketiadaan nadi, pemeriksaan
nadi tidak perlu dilakukan penyelamat yang tidak mahir, dan tidak patut dilakukan selama
lebih 10 saat oleh pihak penjaga kesihatan. Untuk dewasa, penyelamat harus menggunakan
kedua-dua tangan untuk mampatan dada; untuk kanak-kanak, sebelah tangan sahaja yang
patut digunakan; untuk bayi pula, dua batang jari (jari telunjuk dan jari tengah).
Sebab-sebab:

18

Jantung terhenti meyebabkan mangsa pengsan dalam masa beberapa saat. Jika
melakukan CPR dengan kadar yang cepat, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan.
Teknik atau Kemahiran:
CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: Saluran Udara, Pernafasan dan
Edaran Darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Saluran Udara (Airway), Pernafasan
(Breathing) dan Edaran Darah(Circulation) ).
ABCs of CPR:
Saluran Pernafasan (Airway)
Tindakan utama untuk CPR ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan
membetulkan posisi kepala mangsa (donggakkan kepala mangsa). Perlu diingati bahawa
bahagian belakang lidah dan epiglottis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang
tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidah dan epliglotis tercantum di bahagian bawah rahang,
dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu dapat membuka
saluran pernafasan mangsa.
Pernafasan (Breathing)
Apabila pernafasan terhenti, badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam
peparu dan darah. Oleh sebab itu, apabila pernafasan terhenti dan mangsa akan mati
sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan dari mulut ke mulut adalah cara tercepat untuk
menyampaikan oksigen ke peparu mangsa. Udara yang anda hembus mengandungi
oksigen yang cukup untuk membantu sekurang-kurangnya menampung sebahagian
daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga bantuan
rawatan tiba.
Edaran Darah (Circulation)
Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke peparu, otak, arteri koronari dan organ-organ
penting yang lain. Apabila tekanan dada dijalankan, bantuan pernafasan dari mulut ke mulut
patut dilakukan bersama.
Catatan:
Posisi Pemulihan

19

Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda
perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan.
Prosedur mengalihkan mangsa kepada posisi pemulihan:
Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas.
Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya.
Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut
tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan.
Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka
Langkah-langkah melakukan CPR(DRABC)
D = danger.
R = response.
A = airway.
B = breathing.
C = blood circulation

D:Danger (Bahaya).

Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian.


Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada andadan mangsa.
Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan

R: Response (Tindakbalas).

Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepukbahu dan tanya awak ok ke?.
Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat.
Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans(999 atau 991)

A: Airway (Saluran pernafasan).

Lakukan teknik angkat dagu dan dongak kepala.


Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan

sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi.


Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah
tersebut kalau menghalang pernafasan.

B: Breathing (Pernafasan).

Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit.
20

Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat.


Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakitsehingga tertutup dan beri 2 hembusan
penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan

C: Circulation (Peredaran darah).

Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang pergerakan pada

pesakit, mulakan tekanan di dada.


Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ke
2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 100kali seminit. Dengan kiraan Satu, Dan

Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas.


Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba

CPR untuk kanak-kanak (1-8 tahun).


CPR untuk kanak-kanak sama seperti melakukan CPR untuk dewasa kecuali 3

langkah di bawah ini yang berbeza.


Jika anda bersendirian dengan kanak-kanak tersebut lakukan CPR selama 2minit

sebelum menghubungi ambulans.


Gunakan sama ada sebelah tangan atau dua tangan untuk melakukan tekanan di

dada.
Berikan tekanan 1 ke 11/2 inci dalam

Langkah asas melakukan CPR untuk kanak-kanak(Umur 1-8)

Pastikan tindakbalas pesakit


Dongakkan kepala dan lihat,dengar dan rasa pernafasan. Jika tidak bernafas beri

bantuan 2 pernafasan dengan setiap pernafasan selama 1saat


Jika tiada tanda-tanda pesakit bernafas,batuk atau bergerak mulakan tekanan di
dada 1 ke 2 inci 30 kali ditengah dada/sternum Bone (ulu hati)nya. Tekan pada

kadar 100 kali seminit.


Teruskan dengan 2 hembusan pernafasan dan 15 tekanan di dada sehingga bantuan
tiba.

CPR untuk bayi (Kurang 1 Tahun)

Jerit dengan perlahan tepuk bahu. Sekiranya tiada tindakbalas, posisikan bayi
terlentang.- Buka salur pernafasan dengan teknik dongak kepala angkat dagu.

Jangan dongakkan kepala terlalu jauh.Berhati-hati


Beri 2 hembusan sekiranya tidak bernafas. Tutup mulut dan hidung bayi dengan

mulut kita dan hembus dengan kadar 1.5 ke 2 saat setiap hembusan.
Periksa dada bayi untuk pergerakan pada setiap bantuan pernafasan.
Beri 5 tekanan di dada dan 1 hembusan pada kadar 100kali seminit. Posisikan 2 jari

di tengah-tengah dada/sternum Bone (ulu hati).Tekan antara ke 1inci.


Ulangi dengan 2 hembusan nafas dan 15 tekanan.Selepas 1 minit( Ulangan 1
pusingan)
21

hubungi ambulans (999 atau 991 ) dan teruskan memberi hembusan dan tekanan di
dada

TAJUK 6

ASMA DAN SERANGAN JANTUNG

PERMASALAHAN PERNAFASAN
ASMA
Asma ialah penyakit kronik saluran udara dalam sistem pernafasan. Dalam bahasa atau
dialek lain, ia dikenali sebagai lelah, semput dan penat dalam bahasa Melayu, dan 'Chei
Har' dalam bahasa Cina. Walau bagaimanapun, penggunaan terma-terma dan turut
digunakan bagi menggambarkan masalah pernafasan yang lain.
Penyakit Asma

Menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang
(inflamasi) pada

dinding

rongga saluran

pernafasan

hingga

menyebabkan

penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami

kesesakan nafas.
Penyakit asma sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran
udara,serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau
atau aroma menyengat dan olahraga.
22

Penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran


pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis.
Tanda dan gejalanya, antaranya :

Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas.


Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara

kerana kepayahan dalam mengatur pernafasan.


Pada usia kanak-kanak, seperti rasa gatal di dalam rongga dada atau leher.

Rawatan Kecemasan

Tenangkan pesakit dan bantu dia duduk.


Letakkan dia pada kedudukan yang selesa dengan tubuhnya menunduk ke depan

sedikit serta boleh bertongkat.


Pastikan pesakit mendapat

mendapatkan ubatnya, kalau ada. Ini akan memberi kelegaan kepadanya.


Seandainya simptom serangan asma seperti rasa gelisah, payah bernafas dan muka

udara

bersih yang

mencukupi.

Benarkan

dia

bertukar biru berulang lagi, hendaklah segera dapatkan bantuan perubatan


Bagaimana sistem pernafasan anda berfungsi?
Sistem pernafasan membawa masuk udara yang kaya dengan oksigen dan membawa
keluar karbon dioksida. Saluran udara dalam sistem pernafasan adalah seperti tiub panjang.
Ia bermula dari lubang hidung, ke pharynx, larinks dan ke trakea (atau lebih dikenali sebagai
paip angin) dan akhirnya ke saluran pernafasan kecil di kedua-dua belah paru-paru. Saluran
pernafasan yang lebih kecil dikenali sebagai bronkiol. Pertukaran gas berlaku pada bronkiol.

23

Dinding bahagian dalam tiub dibarisi oleh lapisan mukosa yang mempunyai rambut halus
dipanggil silia. Ia juga mempunyai lapisan otot licin.

Apakah asma?

Ia adalah penyakit paru-paru.

Ia disebabkan oleh keradangan kronik saluran pernafasan.

Proses keradangan adalah sebahagian daripada sistem pertahanan (imun) badan


kita. Ia berfungsi sebagai mekanisme pertahanan. Ia melindungi badan kita daripada
penyebab kerengsaan setiap kali kita bernafas.

Penghidap asma mempunyai saluran udara yang sensitif kepada sesetengah bahan
yang dihidu. Ini dipanggil hiperresponsif. Ia menyebabkan keradangan.

Keradangan menyebabkan lapisan mukosa membengkak, lebih banyak dihasilkan


untuk bertindak sebagai palam mukus dan otot mengecut yang dikenali sebagai
bronkospasma. Ini menyebabkan lumen saluran pernafasan sempit dan sekaligus
menyebabkan kesukaran bernafas.

24

Siapakah yang mendapat asma?


Anda berisiko menghidap asma jika :

Seseorang dalam keluarga anda menghidap asma (keturunan).

Anda mempunyai jangkitan dada yang teruk semasa kecil.

Ahli keluarga anda mempunyai reaksi alahan atopi (yang bermakna anda boleh
mewarisi tindak balas hiper-responsif kepada alahan).

Terdedah kepada perengsa secara berterusan

Bagaimana untuk mengetahui anda menghidap asma?


Anda mungkin menghidap asma bronkial jika :

Episod batuk yang berulang dengan berdehit.

Sesak dada dan kesukaran bernafas secara tiba-tiba.

Keturunan anda menghidap asma atau alahan.

Anda mengalami gejala ini jika anda terdedah kepada perengsa atau keadaan
tertentu.

Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pengesahan. Doktor akan meminta anda
menyatakan sejarah serangan asma secara terperinci. Sebagai contoh, doktor akan
membantu anda mengenal pasti apa yang mencetuskan serangan dan corak serangan
asma. Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal secara menyeluruh terutamanya paru-

25

paru. Kadang-kala anda mungkin perlu menjalani ujian sinaran x (x-ray) atau ujian
pernafasan.
Apa yang anda alami semasa serangan asma?
Apabila diserang asma anda akan mengalami :
1. Batuk - Batuk adalah refleks biasa untuk membersihkan saluran yang tersumbat.
Itulah sebabnya semasa serangan asma anda tidak digalakkan untuk mengambil
ubat batuk melainkan dinasihatkan oleh doktor anda.
2. Sukar bernafas atau sesak nafas - Saluran udara yang sempit menyebabkan anda
mengalami kesukaran bernafas.
3. Pernafasan berbunyi atau berdehit kerana anda bernafas melalui saluran udara yang
sempit dan banyak lendir.
4. Sesak dada.
5. Orang di sekeliling anda akan perasan anda bekerja keras untuk bernafas. Hidung
anda kelihatan merah, otot leher akan kelihatan dan ruang di antara tulang rusuk
akan ditarik kerana anda bernafas.
Serangan asma yang teruk menyebabkan anda sukar bercakap. Dalam keadaan ini, anda
perlu segera dapatkan rawatan doktor.

Adakah rawatan untuk asma?


Asma bronkial adalah penyakit kronik seperti hipertensi dan diabetes. Ini bermakna, jika
anda disahkan menghidap asma, anda memerlukan rawatan sepanjang hayat. Ia tidak boleh
dirawat.
Berita baik!
Anda boleh mengawal asma dan anda boleh menjalani hidup normal seperti orang lain.
Bagaimana mengawal asma?
26

Fahami masalah anda. Dapatkan nasihat doktor walaupun anda berjumpa doktor
dengan ibu bapa anda. Libatkan diri anda dalam pengurusan penyakit asma anda.

Ketahui pencetus asma anda. Ketahui punca anda mendapat serangan asma seperti
terdedah kepada asap rokok, cuaca sejuk atau panas yang melampau, tekanan,
melakukan senaman berat atau makanan atau pewarna yang menyebabkan alahan.

Kerap berjumpa doktor. Bincang dengan doktor tentang masalah anda dan bentuk
satu pelan tindakan asma bersama-sama.

Ketahui ubat anda. Ketahui apa, bila dan kekerapan mengambil ubat dan tujuan
anda mengambil ubat tersebut.

Ambil ubat anda seperti yang dinasihati oleh doktor.

Apakah pencetus serangan asma?

27

Bagaimana untuk menghindari pencetus serangan asma?


Pencetus

Apa yang boleh anda lakukan

Berhenti merokok

Minta ahli keluarga untuk berhenti merokok

Jangan benarkan orang lain untuk merokok di sekeliling anda,


rumah dan dalam kereta anda walaupun anda tidak berada di

Perengsa/Asap

dalamnya. Debu asap mungkin melekat pada perabot atau kerusi


kereta. Menghidunya boleh mencetuskan serangan

Alahan

Elakkan menggunakan bahan kimia yang berbau kuat

Elakkan berada di tempat yang berlakunya pembakaran terbuka

Bulu haiwan : Pastikan haiwan peliharaan anda diletakkan di luar


rumah

Hama : Gunakan penutup kalis habuk untuk bantal dan tilam,


keluarkan permaidani dari rumah atau vakum secara berkala

Lipas : Gunakan racun serangga, simpan makanan dan sampah di


dalam bekas tertutup

Acuan : Sentiasa menjaga kebersihan rumah Betulkan paip yang

28

bocor. Gunakan alat penyahlembap udara.

Debunga : Elakkan menghidu bunga atau elakkan keluar pada


musim bunga

Ubat-ubatan

Senaman

Kenal pasti ubat-ubatan yang menjadikan anda sensitif

Dapatkan nasihat doktor anda sebelum terlibat dalam sebarang aktiviti


sukan yang berat

Jangkitan/refluks Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan berkaitan jangkitan/refluks


Tekanan emosi

Lakukan senaman bagi mengurangkan stress. Dapatkan rehat secukupnya

Ubat-ubatan untuk asma


Terbahagi kepada 2 bahagian :
Ubat pelega :

Berguna untuk melegakan gejala-gejala asma dan menghilangkan serangan

sebelum ia menjadi teruk.


Ia harus digunakan semasa tanda awal serangan asma dikesan.
Tidak sesuai digunakan apabila serangan telah menjadi teruk kerana anda tidak

dapat bernafas dengan betul dan penyelarasan sukar dilakukan.


Apabila digunakan dengan betul, ia akan melegakan gejala dengan cepat.
Ubat yang disarankan adalah agonis Beta2 atau Salbutamol yang dihidu.
Ia melegakan bronkospasma dengan merehatkan otot di saluran pernafasan.
Ini menyebabkan saluran pernafasan terbuka dan membolehkan udara mengalir

dengan lebih baik dan gas dalam paru-paru bertukar dengan lebih baik.
Salbutamol juga boleh didapati dalam bentuk tablet. Namun, pengambilan secara
oral boleh menyebabkan lebih banyak kesan sampingan seperti jantung berdebar,
menggigil dan lain-lain.

Ubat pencegah atau kawalan jangka panjang.

29

Ubat ini menghalang keradangan dan menjadikan pernafasan anda lebih stabil dan

kurang sensitif kepada perengsa.


Ubat-ubatan yang biasa digunakan adalah kortikosteroid (ICS) yang dihidu kerana ia

adalah antiradang yang berkesan.


Walaupun ubat-ubatan ini adalah sejenis steroid, kesan sampingan daripada sedutan
steroid adalah sangat minimum dan memberi lebih faedah berbanding risiko yang

dihadapi.
Ubat-ubatan ini sangat berbeza daripada steroid yang diambil secara oral atau yang

digunakan oleh atlet.


Dos ICS yang diambil menggunakan alat sedut (inhaler) adalah lebih kecil
berbanding dos ICS yang diambil secara oral. Ia diangkut ke paru-paru secara
langsung tanpa memasuki peredaran sistemik. Oleh itu, kesan sampingan dapat

dikurangkan.
Namun, ubat ini tidak melegakan gejala akut. Ia mengambil masa sehingga 2 minggu
untuk menunjukkan kesan. Oleh itu, pematuhan regim rawatan adalah sangat

penting.
Ubat-ubatan kawalan jangka panjang lain yang boleh digunakan adalah :

Long-acting Beta 2 agonist yang dihidu

Natrium chromoglycate yang dihidu

Tablet Teofilin (neulin)

Tablet anti-leukotriene

Apakah alat sedut (inhaler)?

Inhaler adalah alat yang mengandungi ubat-ubatan yang diambil dengan cara
bernafas ke dalam sejenis alat.

Terdapat banyak jenis inhaler dan anggota kesihatan akan mengajar anda cara untuk
menggunakannya.

Ubat-ubatan dalam inhaler terdapat dalam bentuk aerosol atau serbuk kering.

Alat ini membolehkan ubat-ubatan dihantar terus ke paru-paru.

Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan dengan teknik dan penyelarasan betul.

Bagi sesetengah orang terutamanya kanak-kanak dan warga tua, corong amat
berguna untuk memastikan ubat dapat dialirkan dengan baik.

30

Pelan tindakan asma


Pelan tindakan asma adalah perancangan bertulis yang dihasilkan bersama-sama dengan
doktor anda tentang tindakan perlu dilakukan untuk mengawal asma semasa di rumah. Ini
termasuklah :

Gejala yang perlu anda awasi.

Tindakan yang perlu dilakukan jika anda mengalami gejala-gejala tersebut.

Ubat-ubatan yang perlu digunakan beserta dos ulangan yang diperlukan.

Ketahui masa yang perlu untuk mendapatkan rawatan doktor.

Ketahui alamat dan nombor telefon yang perlu dihubungi untuk sebarang
kecemasan.

Pencetus serangan asma pada diri anda dan cara untuk mengelakkan.

Saya mempunyai asma yang disebabkan oleh senaman. Adakah ini bermakna saya
tidak perlu melakukan aktiviti fizikal atau terlibat dalam sukan?
Salah. Anda perlu melakukan aktiviti fizikal. Sebenarnya aktiviti fizikal atau senaman adalah
baik untuk pesakit asma. Anda tidak perlu mengehadkan aktiviti anda jika anda menghidap
asma. Sebaliknya anda perlu untuk mengawal asma dengan lebih lebih baik untuk
membolehkan anda melakukan aktiviti harian. Walau bagaimanapun, elakkan melakukannya
secara keterlaluan kerana aktiviti fizikal atau senaman boleh mencetuskan serangan asma.
Dapatkan nasihat doktor tentang ubat pelega sebelum anda membuat keputusan untuk
terlibat dalam sebarang senaman atau aktiviti fizikal.
Kenapa simptom asma masih tidak sembuh walaupun saya telah mengambil ubat?
Terdapat beberapa sebab :
Jika gejala asma masih berterusan, dapatkan rawatan doktor. Antara punca asma masih
tidak sembuh adalah :

Teknik penggunaan inhaler yang tidak betul.

Faktor pencetus serangan asma masih ada di sekitar anda.

Anda mungkin mengalami jangkitan pernafasan yang masih tidak sembuh.


31

Anda mungkin tidak menghidap asma. Anda perlu menjalankan pemeriksaan


kesihatan yang lebih lanjut.

Apa yang paling penting adalah menikmati tempoh remaja anda. Rebut semua peluang
yang ada untuk berjaya. Terimalah hakikat bahawa anda seorang penghidap asma
Anggaplah ia sebagai satu cabaran dan tanamkan sikap yang positif setiap masa. Ia hanya
satu penyakit dan anda mampu mengawalnya!
MASALAH JANTUNG
Tanda-Tanda Awal Masalah Jantung

Gejala Penyakit Jantung


Berikut ini gejala-gejala penyakit jantung yang sering diabaikan, seperti dilansir
oleh detikhelath:
1. Sering Kelelahan
Jika Anda kerap merasa lelah meski tidak melakukan aktivitas berat, segera konsultasikan
ke dokter pribadi. Ini bisa menjadi indikasi adanya masalah pada jantung. Rasa lelah ini juga
sering dirasakan saat bangun tidur.
2. Sering Berkeringat

32

Umumnya seseorang berkeringat usai berolahraga atau saat cuaca panas. Namun jika Anda
mudah berkeringat, meski tidak melakukan apapun, kemungkinan jantung Anda
bermasalah.
3. Mual Berlebihan
Gejala gangguan jantung diawali dengan pembengkakan di bagian perut. Hal ini
menyebabkan penderita kehilangan nafsu makan dan merasakan mual berlebih.
4. Merasa Cemas dan Tegang
Banyak yang meyakini, serangan jantung berbuntut pada trauma. Alhasil, mereka yang
pernah mengalami serangan jantung lebih sering mengalami ketegangan, ketakutan, atau
kecemasan akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan kecemasan psikologi dan stres yang
menyebabkan serangan lebih sering.
5. Nyeri pada bagian tubuh
Rasa nyeri menjadi pertanda kuat penyakit jantung. Pada pria, rasa nyeri dirasakan di
bagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit di kedua lengan. Rasa sakit
datang dan pergi ini juga dirasakan di bagian bahu, punggung siku, dan leher. Nyeri di
beberapa titik bagian tubuh ini disebabkan karena terjadi penyumbatan arteri.

6. Nyeri di dada
Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin merasakan nyeri
di bagian dada karena penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah ke seluruh
tubuh tidak lancar. Kondisi ini juga dapat menyebabkan mati rasa dan kelemahan tubuh.
7. Sakit kepala
Mereka yang memiliki masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala saat terkena
paparan cahaya. Ini berpengaruh pada denyut jantung, entah itu berdenyut lebih lambat
atau lebih cepat.
Terutama pada wanita yang sering mengalami migren atau gangguan visual, setidaknya dua
kali dalam sebulan, perlu waspada. Bisa jadi ini merupakan gejala perkembangan penyakit
33

jantung. Demikian menurut studi yang diterbitkan American Academy of Neurology. Menurut
peneliti, ini terjadi karena penyimpangan sirkulasi darah yang menyebabkan sakit kepala
parah.
8. Denyut jantung tak teratur
Jika Anda mengalami denyut jantung tak teratur, ini patut diwaspadai karena dapat berakibat
fatal. Denyut jantung tak teratur umumnya terjadi karena adanya penebalan otot pada katup
jantung. Hal ini menyebabkan terjadi penyempitan pada katup sehingga menyebabkan
kebocoran.
9. Sesak napas
Sesak napas disebabkan karena penebalan pembuluh darah yang menghambat pasokan
darah ke seluruh tubuh. Ini juga berakibat pada denyut jantung yang tidak teratur, kelainan
organ hati atau infeksi, penebalan otot jantung, serta kelainan pada katup jantung.
10. Pembengkakan Kaki dan Perut
Pembengkakan terjadi ketika cairan menumpuk di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada
bagian pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahwa jantung sedang
mengalami kecacatan serta adanya kelainan pada katup jantung.

Gejala Serangan Jantung


Setelah kita mengenali seperti apa gejala penyakit jantung, yang berarti ada kerusakan
fungsi jantung, kali ini kami akan memberikan informasi mengenai gejala serangan jantung
yang harus diwaspadai.
Pada pria, gejala jantung pun dapat dilihat dari gangguan fungsi seksual serius dan
kebotakan rambut. Kolesterol dan lemak berlebih dalam tubuh dikaitkan sebagai faktor
pemicu gangguan jantung. Untuk itu, anda perlu mengetahui dan mewaspadai gejala
serangan jantung yang muncul tiba-tiba:
1. Tiba-tiba sakit di bagian dada dibelakang tulang dada atau seperti sesak dada.

34

2. Nyeri dada bisa berulang beberapa menit (20 menit atau lebih).
3. Rasa nyeri bisa berupa tekanan di bagian dada, dan leher seolah tercekik hingga
menyebabkan keluar keringat dingin.
4. Tiba-tiba pingsan, namun bisa kembali sadar. Ini terjadi karena ada gangguan irama
jantung.
SERANGAN JANTUNG
Tanda-tanda sakit jantung
1. Lidah atau gusi menjadi bengkak
2. Tersa kebas tangan kiri dan juga lengan
3. Lidah terasa tegang dan pendek
4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab
5. Rasa sakit pada dada
6. Daripada rasa sakit dada, sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkuk, belakang
abdomen dan rahang
7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh dan pedih
8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem
9. Rsa kepala berpusing dan tidak seimbang
10.Rasa keletihan sepanjang masa
11.Rasa meloya dan tidak ada selera makan
12. Nafas terasa pendek
13.Degpan jantung tidak menentu
14,Berpeluh dengan tiba-tibawalaupun duduk rehat di kerusi
15.Membengkok pada bahagian seperti sendi di kaki atau abdomen
16.Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan
atau tidak maya yang teruk.
Bagaimana menangani sakit jantung bila berseorangan
1.Batuk berulangkali dengan kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam-dalam sebelum
batukdan batuk mestilah berpanjangan seperti anda ingin membuang kahakyang ada jau di
dalam paru-paru
2. Menarik nafas dan batuk mesti diulang lebih kurang 2 saat tanpa hentisehingga bantuan
datang
3.Tairkan nafas yang dalam membawa oksigen dan memastikan darah terus beredar

35

4. Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini jga membantu jantung berdegup
dengan ritma yang normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan
berupaya untuk ke hospital.

36

Anda mungkin juga menyukai