Anda di halaman 1dari 4

Tugasan Individu

Anda dikehendaki menyelesaikan tugasan tersebut berpandukan keperluan yang dikehendaki. Setiap
pembantu kecemasan perlu memahami dan menggunakan prinsip-prinsip bantu mula jika menghadapi
sebarang kecemasan. Anda dikehendaki menjelaskan setiap prinsip bantu mula DRABC, CPR , TOTAPS
dan RICER tersebut berpandukan perkara tersebut:

i. maksud prinsip tersebut

ii. bilakah masanya hendak menggunakan prinsip tersebut

iii. jelaskan cara pelaksanaan prinsip tersebut dalam keadaan kecemasan

Prinsip bantu mula

PRINSIP TERSEBUT

T.O.T.A.P.S adalah satu kaedah membuat penilaian terhadap kecederaan mangsa

T = Talk (Bercakap)-Bercakap dengan mangsa yang mengalami kecederaan.Bolehkah mangsa itu


bercakap? Tanya mangsa ; Tujuannya mengetahui serba sedikit latar belakang kemalangan dan keadaan
mangsa seperti : Di mana bahagian yg sakit / tempat tercedera? ..... peringkat kesakitan ! Bagaimana
dengan penglihatan (kabur atau Jelas)? ..... boleh dengar atau tidak !

O = Observe (Melihat Keadaan)-Lihat, perhatikan dan periksa tempat kecederaan dan keadaan mangsa
seperti di bahagian kepala dan kulit (lebam, bengkak atau pendarahan) , perubahan suhu badan serta
pernafasan dan denyutan nadi (nomal atau tidak). Perhatikan dan pastikankan darjah kecederaan
mangsa

T = Touch (Sentuh)-Sentuh bahagian yang cedera dengan perlahan dan berhati-hati. Periksa sebarang
bengkak atau defomiti yang dialami anggota badan yang terlibat . Beritahu dulu mangsa sebelum
memeriksa dan menyentuh bahagian tercedera, ini mengelakkan mangsa terkejut dengan sentuhan
tersebut.

A = Active Movement (Pergerakan Aktif)-Arahkan dan minta mangsa supaya menggerakkan anggota
badan yg cedera seperti tangan, kaki dan kepala; tujuannya mengesan tahap kecederaan. Mangsa akan
melakukan pergerakan sendiri secara aktif tanpa bantuan individu lain. Sekiranya mangsa rasa sakit,
rujuk kepada pakar perubatan dgn segera

P = Passive Movement (Pergerakan Pasif)-Bantu seandainya mangsa tersebut tidak dapat menggerakkan
bahagian anggotanya sendiri. Beritahu mangsa tersebut bahawa kita hendak membantunya untuk
menggerakkan anggotanya. Bantu mengerakkan bahagian yang cedera secara perlahan-lahan ; tujuan
untuk memeriksa/menentukan tahap kecederaan/kesakitan yg diialami. Regangkan otot dan benarkan
bermain semula jika pasti kecederaan tidak serius
S = Skill (Kemahiran)-Arahkan mangsa melakukan pergerakan asas seperti berdiri, berjalan, berlari dan
melompat sambil melakukan kemahiran permainan yg mudah untuk memastikan tahap kecederaan yg
dialami. Jika berasa sakit, bawa mangsa ke hospital atau klinik untuk mendapatkan rawatan doktor atau
paramedik. Jika tiada tanda berlakunya kecederaan yg khusus, benarkan mangsa meneruskan aktiviti.

BANTU MULA CPR DAN DRABC

DEFINISI CPR

- Satu tindakan bantuan awal bagi memulihkan mangsa yng terhenti pernafasan dengan menggunakan
teknik tekanan di atas dada (tekanan dari luar) dan bantuan hembusan pernafasan.

DEFINISI DRABC

- Kaedah ini digunakan untuk memberi bantu mula kepada mangsa yang tidak sedarkan diri atau
mengalami kejutan

PROTOKOL CPR DAN DRABC

C - Cardio

P - Pulmonary

R - Resuscitation

1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti,
telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa.

2. Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas.

3. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia
berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa.

4. Buka mulut mangsa dan picit hidungnya dengan jari anda. Hembus nafas melalui mulut anda ke mulut
mangsa sehingga anda lihat ada pergerakan pada dadanya. Berikan bantuan pernafasan dua kali (setiap
hembusan dua saat).

5. Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah
tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua
hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan.

Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati. Pastikan
tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu
dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat.

6. Ulang bantuan pernafasan dan tekanan dada sebanyak empat kali atau hingga bantuan sampai.
7. Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas
dengan lebih baik.

D – Danger (Bahaya)

R – Response (Tindakbalas)

A – Airways (Saluran pernafasan)

B – Breathing (Pernafasan)

C – Circulation (Peredaran darah)

DANGER

- Periksa kawasan persekitaran sama ada selamat dan anda boleh menyelamat, gunakan peralatan
keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda ataupun
mangsa. Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras.

RESPONSE

- Tepuk bahu mangsa untuk mengenal pasti tahap kesedaran mangsa, panggil nama (jika tahu) atau
“Encik …encik kenapa ni ?”. Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk mangsa.

AIRWAYS

- Guna kaedah “ HEAD TILT CHIN LEFT “. Angkat dagu donggakkan kepala bagi membuka saluran
pernafasan.

- Gunakan kaedah “ JAW TRUST “. Bagi mangsa kemalangan yang teruk.

L : Look (melihat) Pergerakan turun naik dada

L : Listen (mendengar) Dengusan mangsa

F : Feel (merasa) Merasa hembusan dari mulut

BREATHiNG

- Jika mangsa tak bernafas, berikan 2 hembusan pernafasan dari mulut ke mulut. Jika dada tak naik
posisikan semula kepala mangsa.

- Pastikan hidung dipicit semasa membuat hembusan dan lepaskan picitan ketika selang hembusan.

- Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari pada nadi karotid selama 5 saat.

CIRCULATION
- Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas dada dengan menggunakan kedua-dua tangan. Kekuatan
tekanan adalah melalui bahu

Prinsip asas ialah R.I.C.E.R

Akronim bagi RICER merujuk kepada perkataan-perkataan Rest, Ice, Compression, Elevation dan Refer.
Kaedah bantu mula RISER adalah bertujuan untuk mencegah tisu-tisu lembut lain daripada mengalami
kecederaan, mengurangkan kesakitan yang dialami, mengurangkan bengkak, mengekalkan kecergasan
sementara merawat bahagian yang cedera, mengembalikan keyakinan mangsa terhadap bahagian yang
tercedera dan mencegah berlaku semula kecederaan yang sama

‘R’ Untuk ‘Rest’ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan bahagian yang tercedera, kekal
berada di tempat yang terlibat dalam kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut
bagi mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.

‘I’ Untuk ‘Ice’ bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera. Ais akan
menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh menghadkan pendarahan dan proses bengkak. Ais juga
boleh mengurangkan rasa sakit.

‘C ’ - Untuk ‘Compression’ bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang tercedera dengan
pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin kurangnya bengkak semakin kurangnya
rasa sakit dan ini mempercepatkan proses penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.

‘E’ Untuk ‘Elevation’ bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang tercedera tinggi sedikit dari
paras jantung, ini mampu mengurangkan bengkak/oedema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan
sekerap mungkin.

‘R’ Untuk ‘Referral’ bermaksud merujuk kepada orang yang lebih pakar seperti doctor dan ahli fisiologi
bagi mendapatka rawatan berterusan.

Anda mungkin juga menyukai