Anda di halaman 1dari 2

DRABC

Bantuan penafasan (CPR)

Dalam kebanyakan kes kecemasan, rawatan bantuan penafasan mulut ke mulut (CPR) amat penting
diberikan kepada mangsa. Ia bertujuan mencegah kerosakan otak sebelum menerima bantuan
perubatan. CPR mempunyai dua matlamat iaitu mengekalkan aliran darah ke seluruh anggota badan dan
mengekalkan aliran udara masuk dan keluar ke paru-paru.

CPR merupakan antara teknik yang paling mudah dan hanya memerlukan peralatan yang minimum. Kita
perlu:

- Memberi tiupan kedalam mulut mangsa untuk menolak udara oxygen kedalam paru-paru
mangsa
- Memberi tekanan pada dada supaya darah mengalir ke seluruh badan

Tujuan membuat CPR

Tujuan kita membuat CPR adalah untuk mencegah kemudaratan yang lebih tinggi dan juga kadang-
kadang dipanggil mencegah keadaan semakin teruk, atau kecederaan selanjutnya, ini merangkumi
kedua-dua faktor luaran, seperti memindahkan pesakit dari apa-apa punca kemudaratan, dan
menggunakan teknik pertolongan cemas untuk mencegah masalah yang semakin buruk

Teknik membuat CPR (DRABC)

Seperti setiap aktiviti yang kita melakukan di kehidupan kita. CPR juga ada cara yang betul untuk dibuat.
Ia amat penting bagi seseorang yang ingin melakukan CPR untuk mengetahui cara betulnya. Hal ini
demikian kerana perbuatan yang salah semasa melakukan CPR boleh mengakibatkan kematian mangsa
atau kecederaan yang lebih teruk. Oleh itu kita menguna teknik DRABC untuk membuat CPR supaya CPR
kita lebih berkesan dan tidak menjadi salah. Persoalannya, apa itu DRABC?

DRABC adalah lima langkah mudah untuk melakukan CPR. DRABC membawa maksud:

D - Danger (bahaya);

R - Response (tindak balas);

A - Airway (saluran pernafasan);

B - Breathing (pernafasan) dan

C - Circulation (peredaran darah)


D

Danger – Bahaya

   Lihat  jika ada sebarang tanda-tanda bahaya. Pastikan keselamatan anda dan mangsa anda,
pada prisipnya – alihkan bahaya dari mangsa atau alihkan mangsa dari bahaya. Contohnya, jika
atlit tersepit, singkirkan bendasing yang menyepit.

Respons – Tindak balas

  Cuba gerakan atau perhatikan sebarang gerak balas atlit untuk mengetahui keadaan sebenar.
Panggil nama, tanyakan  keadaan, sentuh dan rasa bahagian badan untuk melihat sebarang
respons.

Airway – Saluran Udara

 Betulkan kedudukan mangsa. Donggakan kepala mangsa untuk membuka saluran pernafasan
dengan kaedah Head Tilt –Chin Lift/ Dongak Kepala  Angkat Dagu.

 Pastikan salur pernafasan tidak tersekat. Periksa hidung dan mulut atlit agar tiada bendasing
yang menghalang salur pernafasan.

Breathing – Pernafasan

 Periksa sama ada atlit masih masih bernafas melalui hidung atau mulut. Sekiranya tiada
pernafasan, berikan bantuan  permulihan pernafasan dengan segera.

Circulation – Peredaran Darah

 Bermaksud memeriksa peredaran darah atlit melalui pemeriksaan kadar denyutan nadi. Kedar
yang rendah menunjukkan  denyutan nadi. Kadar yang rendah menunjukkan denyutan jantung
yang lemah. Jika terdapat punca kehilangan darah seperti luka, balut dan tutup luka tersebut.

Gambar Rajah

Anda mungkin juga menyukai