Anda di halaman 1dari 4

GIMNASTIK ARTISTIK

KUIZ

PROGRAM:
ISMP PENDIDIKAN JASMANI

GROUP : AT59

NAMA NO MATRIKS
MUHAMAD HAZIQ FAUZAN BIN MO’ID D20181084482
KUIZ ONLINE
QJI3021- Gimnastik Artistik
Arahan: Jawab Semua soalan dibawah dan hantar melalui Myguru

Soalan 1
a. Bincangkan tentang pelaksanaan kurikulum Gimnastik disekolah pada hari ini.
Adakah ianya berjaya dilaksanakan atau sebaliknya, Berikan hujah dan contoh yang
relevan.

Pada pendapat saya, perlaksanaan kurikulum gimnastik disekolah tidak berjaya


dilaksanakan dengan baik. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat beberapa
kekangan sama ada bagi gutu mahupun pelajar untuk mengajar dan mempelajari
kemahiran gimnastik. Oleh itu, kebiasaan guru hanya mengajar dalam bentuk teori
melalui video sahaja.
Antara faktor yang menyebabkan gimnastik ini tidak berjaya dilaksanakan
ialah tiada prasarana dan infratstruktur yang lengkap di sekolah. Oleh itu, guru sukar
untuk melakukan pempelajaran dan pengajaran dalam kurikulum gimnastik ini.
Sebagai contoh, sekolah yang berada di luar bandar tidak mempunyai dewan atau
gimnasium yang luas bagi melaksanakan kurikulum gimnastik ini. Sekolah yang di
bandar pula tidak mempunyai alatan gimnastik yang lengkap tak tidak mencukupi
bagi melakukan kurikulum gimnastik ini. Sekiranya kurikulum ini dilakukan dengan
kekurangan alatan dan tiada tempat yang sesuai ini akan menyebabkan kecederaan
pelajar yang serius.
Selain itu, guru Pendidikan Jasmani kurang mahir dan tidak menguasai
dalam ilmu gimnastik ini. Hal ini dikatakan demikian kerana guru tidak mempunyai
pengalaman yang luas dalam mengajar kurikulum gimnastik ini. Guru yang tidak
berpengalaman dan kurang kepakaran akan menyebabkan keselematan pelajar
tidak terjamin kerana mengajar tanpa mengunakan teknik dan kemahiran yang betul.
Sebagai contoh kemahiran handstand, headstand dan backroll adalah kemahiran
yang risiko kecederaannya tinggi dan sekiranya guru yang mengajar tidak yakin
untuk mengajar akan menyebabkan kecederaan kepada pelajar.
Seterusnya ialah aktiviti gimnastik ini merupakan aktiviti yang mempunyai
risiko kecederaan yang tinggi bagi pelajar. Oleh itu, guru tidak mahu mengambil
risiko mengajar dalam kurikulum gimnastik ini. Hal ini dikatakan demikian kerana
keselamatan pelajar merupakan keutamaan guru. Jika berlaku kecederaan ketika
guru sedang mengajar dalam kurikulum gimnastik ini, guru akan dipersalahkan oleh
ibu bapa pelajar kerana menyebabkan kecederaan kepada pelajar semasa
melakukan kemahiran gimnastik ini.
Akhir sekali, sikap pelajar yang tidak patuh ketika pelaksaan kurikulum
gimnastik di sekolah. Sikap pelajar yang ingin menunjuk hebat dan melakukan
kemahiran mengikut cara mereka sendiri sehingga boleh menyebabkan kecederaan
diri sendiri. Oleh itu, guru mengalami masalah untuk mengawal pelajar. Sebagai
contoh, guru mengajar forward roll mengikut fasa-fasa yang betul namun pelajar
tidak mengikuti fasa-fasa itu dengan betul atau urutan yang betul sehingga
menyebabkan kecederaan.

                                                           [10 markah]


Soalan 2
a. Jelaskan aspek Physical Attribute yang penting dalam persediaan seorang
gimnas.

Kekuatan Otot

- Kekuatan otot merupakan keupayaan otot untuk mengatasi ringtangan bagi


menghasilkan daya secara maksimum. Seorang ahli gimnastik memerlukan
kekuatan otot kerana lakuan yang dilakuakan itu dibuat secara berulang-ulang
dan berterusan.

Fleksibiliti.
- Fleksibiliti merupakan julat pergerakan pada sesuatu sendi atau satu siri sendi.
Seseorang yang fleksibel pada sendi pinggul tidak semestinya fleksibel pada
sendi sendi yang lain seperti bahu dan lutut.

Kuasa
- Kuasa adalah kombinasibagi kedua-dua kekuatan otot dan kelajuan. Kuasa
merupakan keupayaan untuk memindahkan tenaga kepada daya secara ekplosif
dan merujuk kepada gabungan kekuatan dan kelajuan pergerakan otot.
Imbangan
- Imbangan merupakan keupayaan mengekalkan kedudukan badan dengan teguh
sama ada semasa statik mahupun semasa melakukan pergerakan dinamik.
Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang
dan dasar menyokong diubah.

Koordinasi
- Koordinasi membantu dalam keberkesanan dan keseragaram yang cekap dalam
pergerakan tubuh badan bagi seorang ahli gimnastik. Ia melibatkan
penyelerasan pergerakan kesemua anggota badan.
                                                                                                                    [5 markah]

b. Nyatakan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan semasa melakukan kemahiran


dirian tangan (handstand).
1. Belakang badan tidak tegak dan bengkok.
2. Ayunan kaki pada permulaan kurang kuat
3. Kepala terlalu mendongak dan dagu tidak lurus.
4. Kedudukan jari terlalu rapat menyebabkan ketidakseimbangan.
5. Bahu terlalu kebelakang ketika kaki diayunkan.
                                                         [5 markah]
 
                                                                          "Soalan Tamat"
                                                                        Selamat Menjawab

Anda mungkin juga menyukai