Anda di halaman 1dari 35

KEBANGKITAN, TEKANAN

DAN KEBIMBANGAN DALAM


SUKAN
DISEDIAKAN OLEH:
SUZANNE LAU HUI YING
NG ZI CONG
DEFINISI KEBANGKITAN
Arousal
Secara kesimpulannya,
Kebangkitan ialah perubahan fisiologi individu
setelah menerima rangsangan dari persekitaran.
Perubahan ini akan mempengaruhi tindakan
individu seterusnya.
Dalam konteks sukan, kebangkitan merujuk
kepada perubahan fisiologikal yang dialami oleh
atlet yang akan bertanding.
Sekiranya tidak mengawal kebangkitan yang
dialami ketika bertanding, atlet tidak dapat
beraksi dengan baik.
Kebangkitan yang dialami adalah berbeza
bagi setiap individu.
Tahap optimum kebangkitan individu juga

berbeza.
KEBIMBANGAN
KEBIMBANGAN (ANXIETY)
Kebimbangan ialah satu keadaan
negatif yang dialami oleh manusia dan
merupakan gabungan antara perasaan
takut, seram, gentar, rungsing, cemas,
bimbang, risau, geisah dan pelbagai
emosi yang lain. (Muhammed, 1992)
Secara kesimpulannya,
Kebimbangan ialah keadaan perasaan
seseorang individu apabila menerima sesuatu
ancaman atau sesuatu situasi yang
ditafsirkan olehnya sebagai satu ancaman.
Contohnya, seseorang atlet yang khuatir

tentang perlawanan yang bakal dihadapi akan


mengalami gangguan tidur.
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
Kebimbangan Seketika
(State Anxiety)
Kebimbangan seketika
merujuk kepada tahap
kebimbangan yang
terhasil dari persepsi
individu terhadap bentuk
tekanan yang terdapat di
persekitarannya pada
waktu itu.
Contohnya, kebinbangan seketika berlaku
apabila berhadapan dengan pihak lawan yang
lebih mahir, menghadapi suatu pertandingan
yang penting dan mengambil tendangan
penalti yang akan menentukan kemenangan.
JENIS-JENIS KEBIMBANGAN
Kebimbangan Tret ( Trait
Anxiety)
Kebimbangan tret ialah tingkah
laku yang mempengaruhi individu
merasai sesuatu situasi yang
sebenarnya tidak merbahaya sama
ada dari segi fizikal atau psikologi
sebagai sesuatu yang merbahaya,
individu tersebut kemudiannya
bertindak terhadap situasi tersebut
dengan reaksi kebimbangan atau
bertindak dengan intensiti dan
magnitud yang tidak seimbang
dengan situasi itu. (Speilberger,
1966)
Contohnya, dua orang pemain bola sepak akan
mengambil tendangan penalti dalam pertandingan akhir
bola sepak.
Kedua-dua pemain mempunyai tahap kemahiran fizikal
yang sama tetapi mempunyai reaksi kebimbangan
seketika yang berbeza disebabkan oleh tahap
kebimbangan tret mereka yang berbeza.
Pemain A mempunyai tahap kebimbangan tret yang
rendah dan melakukan tendangan penalti dirasainya
bukan sesuatu yang mengancam. Manakala, pemain B
mempunyai tahap kebimbangan tret yang tinggi di mana
beliau merasai tanggungjawab mengambil tendangan
penalti sebagai sesuatu yang mengancam. Beliau akan
mengalami tahap kebimbangan seketika yang lebih
tinggi berbanding dengan pemain A.
TEKANAN
Gangguan
(Mohd Makzan Musa, 2003) emosi atau
tekanan
perasaan

Seseorang akan mengalami gangguan


emosi apabila individu tersebut menerima
desakan melebihi kemampuan dirinya
sendiri.
Jumlah atau bentuk stress yang dialami tidak langsung
merangsang atau membimbangkan individu tersebut.
Hypostress
Kebosanan mungkin akan berlaku.
Merujuk kepada keadaan di mana tahap serta jumlah stres
yang dihadapi melampaui kemampuan kita menangani stres
Hyperstres
tersebut.
Merupakan tekanan yang berbentuk negatif
Atlet tidak mampu menghadapi tekanan atau bebanan yang
Distres
dihadapi di persekitaran.
Merupakan stres yang positif
Contohnya: Seorang atlet berdebar ketika menantikan
Eustres
namanya diumumkan sebagai pemenang
4 KATEGORI TEKANAN
PUNCA KEBIMBANGAN DAN
TEKANAN
Menurut Endler (1978) dalam buku
Shaharudin Abd Aziz, 2001, kebimbangan
dan tekanan seketika terhasil dari gabungan
lima faktor.
Tekanan terhadap ego
Berlaku apabila seseorang atlet tewas dengan
lawannya yang lebih rendah ranking berbandingnya.
Menyebabkan beliau tidak yakin untuk perlawanan
seterusnya dan menyumbang kepada peningkatan
kebimbangan.
Tekanan terhadap fizikal individu
Atlet berasa bimbang apabila lawannya akan menewaskannya secara
fizikal.
Contoh : tae kwan do
Atlet akan mempunyai tahap kebimbangan seketika yang tinggi sekiranya
lawannya lagi handal.

Ketidaktentuan
Keputusan yang tidak pasti serta saat-saat mencemaskan yang
menentukan menang atau kalah sesebuah pasukan.

Perubahan
Sebarang bentuk perubahan yang menyebabkan kita menjadi kurang selesa
kerana ia bukan rutin harian.
Kehadiran jurulatih baru yang membawa corak latihan dan matlamat yang
baru.

Penilaian atau perbandingan sosial


Berasa tertekan sekiranya tahu prestasi kita akan dinilai dan dibandingkan
dengan orang lain.
Bagaimana kebangkitan
dan kebimbangan
mempengaruhi prestasi?
TEORI KEBIMBANGAN DAN
KEBANGKITAN
Teori Dorongan

Catastrophe Teory Teori U-Terbalik

Teori Zon Berfungsi


Teori Pembalikan
Optimum
TEORI DORONGAN
Diperkenalkan oleh Hull (1951) dan Spence
(1956).
Asalnya, teori ini melihat perkaitan di antara
stimulus dan respons dari aspek motivasi dan
pembelajaran.

Prestasi = kebangkitan x Tahap kemahiran

Dorongan atau keinginan yang kuat dikaitkan


dengan kebangkitan akan menghasilkan respons
yang dominan.
Teori Dorongan
Prestasi

Kebimbangan/kebangkitan

Teori ini ditolak ramai pengkaji kerana mereka


berpendapat bahawa prestasi manusia akan
meningkat sejajar dengan peningkatan tahap
kebimbangan sehingga satu tahap sahaja.
Apabila melebihi tahap, peningkatan kebimbangan

yang berterusan akan menyebabkan prestasi atlet


akan jatuh.
TEORI U-TERBALIK
Merupakan teori yang menjelaskan tentang
perkaitan di antara kebangkitan dan prestasi
dalam bentuk u-terbalik.
Diperkenalkan oleh Yerkes dan Dodson

(1908).
Tahap kebangkitan yang tinggi diperlukan

untuk mendapatkan prestasi yang baik.


Namun, prestasi akan menurun secara
berkadar selepas atlet tersebut mencapai
tahap kebangkitan yang optimum.

Hal ini berlaku kerana fisiologikal


kebangkitan atlet tersebut sudah tidak boleh
ditingkatkan lagi atau atlet sudah bosan
dengan pertandingan tersebut.
TEORI ZON BERFUNGSI OPTIMUM
Diperkenalkan oleh psikologis sukan Rusia,
Yuri Hanin.
Teori ini hampir sama pendekatan dengan

Teori U-Terbalik yang menyatakan tahap


kebimbangan yang sederhana berkait rapat
dengan prestasi terbaik atlet.
Tahap optimum kebimbangan berasaskan

situasi bagi setiap atlet adalah berbeza


dengan atlet lain.
Setiap atlet mempunyai IZOF yang tersendiri.
IZOF atlet yang optimum akan menghasilkan
prestasi yang terbaik.
Manakala prestasi yang buruk lazimnya

berlaku apabila tahap kebimbangan


berasaskan situasi berada di bawah atau
melepasi IZOF.
Perbezaan antara U-terbalik dengan IZOF

ialah titik optimum yang menghasilkan


prestasi terbaik atlet.
Titik berkenaan mungkin berada pada

kontinum kebangkitan dan mungkin tidak.


Ia wujud dalam satu zon dan bukannya satu

titik saja.
TEORI PEMBALIKAN
Teori ini menjelaskan perkaitan di antara
prestasi dan kebimbangan dan interprestasi
individu atau atlet.
Tahap kebangkitan yang tinggi atau rendah

boleh dilihat sebagai sesuatu yang positif


mahupun negatif bergantung kepada situasi
yang dihadapi.
Dalam mengelakkan kebimbangan, atlet

biasanya ingin berada pada tahap


kebangkitan yang rendah.
Manakala, dalam mencari tahap kebangkitan,
atlet lazimnya mencari keseronokan atau
sesuatu yang merangsangkan.
Atlet boleh membalikkan interprestasi

mereka terhadap kebangkitan.


Tahap kebangkitan tinggi atau rendah boleh

ditafsirkan positif atau negatif mengikut


keadaan.
CATASTROPHE TEORY
Diperkenalkan oleh Fazey dan Hardy (1988).
Peningkatan tahap kebangkitan yang sedikit

sebenarnya memberikan kesan yang cukup


besar kepada atlet yang beraksi.
Tahap kebangkitan yang serderhana

menghasilkan prestasi yang optimum.


Peningkatan tahap kebangkitan yang

keterlaluan akan menyebabkan prestasi


menurun.

Kebimbangan tinggi + kebangkitan terlampau


= terjadinya Catastrophe Model / prestasi
akan menurun.
Bagaimana mengatasi
masalah kebangkitan,
tekanan dan
kebimbangan
Menurut Weinberg dan Gould (1995) telah
menyarankan beberapa cadangan kepada atlit
dan jurulatih dalam mengawal kebimbangaan
sebelum dansemasa pertandingan. Antaranya
ialah:
1. Sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan
tertekan kerana dengan tersenyum kita bukan
sahaja dapat melupakan tentang tekanan
kebimbangan malah dapat menikmati
pertandingan dengan keseronokan.
2. Merasai keseronokan dapat membantu atlit
menyempurnakan tugas dengan gembira.
Alihkan perhatian dari menumpukan kepada
hasil pertandingan tetapi fokuskan kepada
keseronokan semasa bertanding.
3. Sentiasa berusaha untuk berlatih dalam situasi
pertandingan sebenar agar dapat atlit dapat
membiasakan diri. Contohnya, dalam
pertandingan hoki di sekolah boleh menjemput
beberapa pasukan luar untuk bermain seolah-
olah dalam pertandingan sebenar.
4. Berlatih untuk membuat keputusan dengan
cepat dapat mengatasi masalah
kebimbangan kerana apabila kita tidak
dapat membuat keputusan segara ia boleh
menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan.
Latihan Simulasi
Keadaan atau situasi pertandingan dengan latihan amat
berbeza walaupun di tempat yang sama. Keadaan ini
dipengaruhi oleh kebisingan, kehadiran pegawai dan
sikap pasukan lawan semasa pertandingan.
Faktor psikolofi seperti kebimbangan dan motivasi juga

berlainan semasa bertanding.


Contohnya, jurulatih bola keranjang boleh menggunakan

rakaman suara untuk menjadikan tempat latihan


mempunyai kebisingan seperti pertandingan sebagai
latihan.
Jurulatih tenis meminta beberapa orang penonton untuk

berdiri di sekeliling gelanggang untuk latihan simulasi.


Pengawalan Pernafasan
Seseorang yang berkeyakinan tinggi,
pernafasannya adalah lancar dan dalam.
Seseorang yang menghadapi tekanan,
pernafasannya agak laju dan tidak teratur.
Latihan pernafasan secara mendalam, perlahan
dan sempurna dapat mengurangakn tekanan.
Masa yang paling sesuai untuk menggunakan
cara ini ialah semasa rehat atau sebelum sesuatu
pergerakan.
Contohnya, sebelum membuat free throw dalam
bola keranjang.
Imageri
Merupakan sejenis latihan simulasi.
Merupakan pengalaman pancaindera yang sebenar

(seperti melihat, merasa dan mendengar) tetapi


semuanya berlaku dalam fikiran individu.
Caranya adalah dengan mengimbas kembali

pengalaman yang lepas dari ingatan untuk


menghasilkan imej yang akan berlaku.
Dengan cara ini, atlit berlatih untuk membayangkan

keadaan pertandingan sebenar semasa sesi latihan


dan ini membantu atlit mengurangkan kebimbangan
dan tekanan dalam pertandingan sebenar.
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai