Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 1.

0 – Pelaporan Amali (Maklum Balas Tambahan)

Anda dikehendaki melaksanakan amali maklum balas tambahan iaitu


Knowledge of Result (KR) dan Knowledge of Performance (KP).

1.0 Tujuan Amali

Tujuan melaksanakan amali adalah untuk mengetahui kesan maklum balas tambahan
iaitu Knowledge of Result (KR) dan Knowledge of performance (KP) dalam
mempelajari kemahiran pukulan forehand dalam permainan tenis.

2.0 Hipotesis

Bilagan pukulan forehand yang masuk ke dalam petak selepas amali Knowledge of
Performance (KP) adalah lebih tinggi berbanding dengan bilagan pukulan forehand
yang masuk ke dalam petak selepas amali Knowledge of Result (KR).

3.0 Bahan

Perlaratan yang digunakan dalam melaksanankan amali pukulan forehand dalam tenis
termasuklah raket tenis, bola tenis, boring catatan dan tape.

Raket Tenis Bola Tenis Tape

4.0 Prosedur
Knowledge of Result
1. Yang pertama, pelajar akan menonton video sebelum memulakan amali.
2. Pelajar diminta melakukan 5 pukulan melepasi net dan masuk ke dalam petak
yang ditetapkan.
3. Pelajar dikehendaki memukul bola masuk ke dua petak yang disediakan iaitu
petak besar dan petak kecil.
4. Jika masuk ke petak kecil akan mendapat 5 markah manakala jika masuk ke
petak besar akan mendapat 10 markah.
5. Setiap pelajar diberi lima kali percubaan untuk melakukan pukulan.
Knowledge of Performance
1. Pelajar harus melakukan lima kali pukulan forehand untuk masuk ke dalam
petak yang disediakan.
2. Dalam peringkat KP, markah tidak akan dikira melalui bilangan yang masuk ke
dalam petak manakala dinilai melalui teknik pukulan forehand.
3. Jika pelajar memukul semua bola masuk ke dalam petak tetapi tidak
menggunakan teknik yang betul maka markah tersebut tidak akan dikira.
4. Markah akan diberi jika pelajar melakukan teknik yang betul iaitu
Teknik 1- tangan tarik ke belakang
Teknik 2- tangan di hayun hingga ke bahu dangan siku dibengkokkan.

5.0 Keputusan ujian


Knowledge of Result

Bil Calon Bola yang masuk ke petak selepas KR


(markah)

1. CHEE SONG YU 10/50

2. EIZLAN HUSSAINI BIN ROSLI 20/50

3. LIM JAU PIN 10/50

4. LIM XIN PEI 0/50

5. MIEW SHAHRUL NIZAM BIN MIEW 20/50


ZAHARI

6. MOHD MUSLIHUDDIN BIN MOHD NOOR 10/50

7. MUHAMAD SYAHIRAN BIN MAT SIDEK 15/50

8. WONG YU ZHI 0/50

9. DEI YOU ZHE 10/50

10. POH ZHI XIN 0/50

11. LEONG YIN LOONG 30/50

12. TAN ROU JUN 0/50

13. TEH XIAN CHI 15/50


Knowledge of Performance

Jumlah pukulan Jumlah teknik pukulan


Bil Calon forehand yang masuk yang betul
ke petak (markah) Teknik 1 Teknik 2

1. CHEE SONG YU 20/50


✅ ❎

2. EIZLAN HUSSAINI BIN ROSLI 30/50


✅ ❎

3. LIM JAU PIN 30/5


❎ ✅

4. LIM XIN PEI 25/50


✅ ❎

5. MIEW SHAHRUL NIZAM BIN 40/50


MIEW ZAHARI
✅ ✅

6. MOHD MUSLIHUDDIN BIN 35/50


MOHD NOOR
✅ ❎

7. MUHAMAD SYAHIRAN BIN 30/50


MAT SIDEK
✅ ❎

8. WONG YU ZHI 25/50


✅ ✅

9. DEI YOU ZHE 45/50


✅ ✅

10. POH ZHI XIN 35/50


✅ ❎

11. LEONG YIN LOONG 50/50


✅ ✅
12. TAN ROU JUN 25/50
✅ ❎

13. TEH XIAN CHI 30/50


✅ ✅

6.0 Perbincangan

Maklum balas dapat dibahagi kepada dua bentuk iaitu Knowledge of Result
yang dikenali sebagai maklum balas keputusan dan Knowledge of Performance
dikenali sebagai maklum balas prestasi. Maklum balas dikenali sebagai sejenis isyarat
yang menunjukkan ketepatan, kebetulan dan kesesuaian sesuatu tindakan semasa
dan selepas tindakan berlaku (Bourne, 2003). Di samping itu, maklum balas juga
memberi petunjuk mengenai pencapaian sesuatu tingkah laku atau tindakan yang
telah berlaku. Knowledge of Result (KR) merupakan maklumat ekstrinsik atau
bertambah diberikan kepada pelajar selepas jawapan, menunjukkan kejayaan
tindakan mereka dengan mengambil kira matlamat alam sekitar (Salmoni, 1984).
Contohnya, pelajar melakukan pukulan forehand dan pelajar akan menerima
maklumat dari serta merta mengenai kebetulan dari tindakan pukulan forehand itu
dengan melihat adakah bola itu masuk ke dalam petak. Oleh itu, jenis maklumat ini
dikenali sebagai maklum balas keputusan (KR). Ini bermaksud KR adalah respon
selepas lakuan itu dilakukan dengan berjaya atau tidak. Pelajar sering menggunakan
KR untuk memotivasikan diri mereka untuk meneruskan latihan.

Knowledge of Performance (KP) merujuk kepada maklumat yang diberikan


kepada pelajar, menunjukkan kualiti atau corak pergerakan mereka (Schmidt, 1989).
KP juga dikenali senagai maklum balas prestasi yang menerima maklumat mengenai
pelaksanaan sebanar pergerakan dan adakah pergerakan ini dilakukan dengan betul.
KP merupakan maklum balas daripada sumber luaran dan maklum balas yang
diterima pelajar semasa atau selepas tamat sesuatu respon atau pergerakan. Sebagai
contoh, jurulatih akan memerhatikan pelajar semasa menjalankan latihan pukulan
forehand. Pelajar tersebut tidak dapat memukul bola tenis dengan teknik yang betul
maka jurulatih akan membekalkan maklumat mengenai teknik-teknik yang betul untuk
melakukan pukulan tersebut. Jurulatih akan memberitahu beberapa tips untuk
melakukan pukulan forehand seperti tangan tarik ke belakang semasa memukul,
tangan di hayun hingga ke bahu dangan siku dibengkokkan selepas pukulan. Semasa
ujian amali, markah akan diberi jika pelajar melakukan teknik yang betul dan
memasukkan bola ke dalam petak. Jika pelajar memukul semua bola masuk ke dalam
petak tetapi tidak menggunakan teknik yang betul maka markah tersebut tidak akan
dikira. Tegasnya, Knowledge of Performance yang bertujuan memajukan kemahiran
pelajar (Ebak, 2012). Kesimpulannya, keputusan dalam KP lebih tinggi berbanding
dengan keputusan KR kerana dalam peringkat KP pelajar lebih mementingkan teknik-
teknik yang betul semasa melakukan pukulan forehand.

7.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, Knowledge of Result (KR) memberi panduan mengenai


sejauh mana prestasi tersasar daripada objektif lakuan manakala Knowledge of
Performance (KP) merupakan sumber maklumat ekstrinsik utama yang dapat
membetulkan ralat prestasi dalam praktis atau latihan. Sehubungan dengan itu,
maklum balas dapat meningkatkan keyakinan pelajar serta mendorong motivasi, untuk
mengubah perlakuan yang sedia ada. Akhirnya, maklum balas dapat membantu
pelajar untuk memajukan diri dalam proses pencapaian matlamat.

8.0 Refleksi

Semasa amali maklum balas KP dan KR bagi pukulan forehand dalam


permainan tenis, saya dapat mengesan kelemahan dan kekuatan semasa amali
pukulan forehand dijalankan.

Kelemahan yang pertama dalam amali adalah titik kontak tidak diterangkan
semasa amali dijalankan. Oleh itu, penambahbaikan saya adalah menerangkan titikan
kontak bola dengan raket semasa penerangan untuk melaksanankan pukulan
forehand supaya pelajar lebih faham dan melakukan pukulan forehand dengan
menggunakan teknik yang betul. Kelamahan yang seterusnya adalah penyusunan
tempat semasa menjalankan permainan kecil dalam tenis. Semasa permainan kecil
hanya menggunakan satu gelanggang dan telah menyebabkan banyak pelajar tunggu
untuk menukar turutan untuk masuk ke gelanggang. Sehubungan dengan itu,
pensyarah kami telah memberi candangan untuk menempatkan lebih banyak pelajar
masuk ke gelanggang untuk bermain permainan tersebut. Oleh itu, permainan kecil 2
vs 2 akan bermain di separuh gelanggang dan satu gelanggang dapat menanpung
empat orang pelajar untuk bermain serentak.

Akhirnya, dalam video saya juga terdapat kelemahan dan kekuatan. Kekuatan
video saya adalah saya telah menggunakan model yang pakar dalam tenis iaitu Roger
Federer untuk menujukkan teknik pukulan forehand. Hal ini demikian kerana saya
tidak dapat mencari seorang model yang pakar untuk menunjukkan pukulan forehand
yang tepat. Oleh ini, pelajar dapat mempelajari teknik pukulan forehand yang betul
melalui video. Manakala kelamahan dalam video saya adalah terdapat keselapan
ejaan dalam video. Oleh itu, saya harus memeriksa ejaan dan membetulkan ejaan
yang silap sebelum menayangkan video. Kelemahan kedua adalah bunyi angin yang
memyebabkan suara tidak jelas. Semasa penerangan pada peringkat autonomus,
bunyi angin yang kuat telah menyebabkan pelajar kurang faham tentang penerangan
tersebut. Oleh itu, saya harus mengubahsuaikan video tersubut dengan memadamkan
bunyi angin untuk memastikan suara jelas yang boleh difahami oleh pelajar. Selain
itu, penggunaan muzik dalam video saya kurang menarik dan tidak sesuai. Menurut
Haas dan Brandes (2009) menyatakan pakar neurologikal telah mendapati
penggunaan seluruh otak telah dicapai melalui rangsangan daripada lagu. Oleh hal
yang demikian, saya harus memilih lagu yang sesuai dengan situaisi dan keadaan
untuk menarik perhatian pelajar-pelajar yang menonton video.
Rujukan
Bourne, M., Neely, A., Mills, J., & Platts, K. (2003). Implementing performance
measurement systems: a literature review. International Journal of Business
Performance Management, 5(1), 1-24.

Ebak. (2012, Sep 3). PJM3105 Perkembangan dan pembelajaran motor (maklum
balas). Retrieved Mac 18, 2019, from Scribd:
https://www.scribd.com/document/104787387/PJM3105-Perkembangan-dan-
Pembelajaran-Motor-Maklum-Balas

Edwards, William H. (2010). Motor Learning and Control: From Theory to Practice.
Carlifornia: Wadsworth Cengage Learning.

Haas, R. dan Brandes V. (2009). Music that Works: Contributions of Biology,


Neurophysiology, Phychology, Sociology, Medicine and Musicology. Vienna:
Springer-Verlag Vienna.

Salmoni, A. W., Schmidt, R. A., & Walter, C. B. (1984). Knowledge of results and
motor learning: a review and critical reappraisal. Psychological bulletin, 95(3),
355.

Schmidt, R. A., Young, D. E., Swinnen, S., & Shapiro, D. C. (1989). Summary
knowledge of results for skill acquisition: Support for the guidance hypothesis.
Journal of Experimental Psychology: Learning, Memory, and Cognition, 15(2),
352.

Anda mungkin juga menyukai