Anda di halaman 1dari 59

PENGENALAN

Senaman tekan tubi ini merupakan senaman yang berkesan ke atas bahagian atas tubuh. Ianya boleh menampilkan susuk badan yang lebih menarik, membina otot bahagian atas torso dan lengan. Tekan tubi adalah senaman yang paling berkesan untuk membina bahagian atas torso kerana ia menggunakan berat badan itu sendiri sebagai rintangan. Suatu prinsip penting yang harus diingati adalah apabila anda melakukan tekan tubi untuk mengekalkan torso pada satah yang mendatar. Berdasarkan analisis pemerhatian kami dan pembacaan yang kami lakukan aktiviti tekan tubi ini banyak melibatkan otot-otot utama di bahagian atas badan.

OBJEKTIF
Analisis ini dilakukan adalah sebagai melengkapkan tugasan mata pelajaran Anatomi dan Fisiologi. Sebagai panduan untuk mengetahui fungsi tekan tubi secara terperinci. Mengetahui pergerakan otot-otot, sendi-sendi dan tulang terlibat dalam aktiviti tekan tubi yang dilakukan. Memastikan setiap pergerakan dilakukan dengan betul dan mengikut prosedur yang tepat.

OTOT

OTOT
PENGENALAN: Otot penting dalam melakukan pergerakan. Tanpa otot, tulang tidak boleh bergerak dengan sendirinya. Otot Rangka; Dikenali sebagai otot terkawal atau otot berjalur. Membaluti sistem rangka manusia Mengandungi serat otot yang memanjang dan selari antara satu sama lain

OTOT RANGKA UTAMA

OTOT RANGKA UTAMA

Otot yang terlibat dalam pergerakan;


Deltoid Trapezius Triseps brachii Biseps brachii

DELTOID

TRAPEZIUS

TRICEPS BRACHII

BICEPS BRACHII

SENDI

SENDI
PENGENALAN Titik pertemuan antara tulang-tulang atau antara rawan dengan tulang. Struktur sendi sangat mempengaruhi fungsinya. Pergerakan sendi ditentukan oleh kelenturan (fleksibiliti) tisu perantaraan yang mengikat tulang, serta kedudukan ligamen, otot dan tendon.

Sendi yang terlibat dalam pergerakan;


Sendi bahu (sendi lesung) Sendi siku (sendi engsel)

Sendi yang terlibat dalam pergerakan;

Sendi lesung
Sendi yang terbentuk antara hujung tulang yang berbentuk separuh bulat dengan hujung tulang yang berbentuk lesung Sendi ini membolehkan tulang bergerak pada semua satah. Contoh: sendi bahu

Sendi engsel
Sendi engsel bertindak seperti engsel yang hanya membolehkan pergerakan pada satu satah Contoh: sendi siku dan lutut.

TULANG

TULANG
PENGENALAN Sistem rangka manusia juga terlibat dalam pergerakan ini di mana dalam rangka paksi, turus vertabra memainkan peranan begitu juga dengan rangka apendikular di mana lengkungan pektoral akan memainkan peranannya juga. Seperti yang kita tahu sistem rangka kita berfungsi untuk menggerakkan tubuh badan kita. Tulang-tulang ini bertindak sebagai tuas apabila otot-otot yang melekat padanya menguncup lalu menghasilkan gerakan berpaksi pada sendi.

Anterior

Posterior

Tulang yang terlibat dalam pergerakan;


Tulang-tulang yang yang terlibat dalam aktiviti tekan tubi ini ialah tulang di bahagian tangan dan tulang belakang kita. Tulang belakang (vertebra) ini akan berfungsi mendatarkan tubuh badan kita dalam keadaan satah ketika kita menurunkan badan kita ke bawah. Tulang-tulang tangan juga memainkan peranan ketika aktiviti ini kerana kita akan menggunakan kekuatan tangan sepenuhnya untuk menampung seluruh berat badan.

Tulang yang terlibat dalam pergerakan;


Vertebra Humerus Radius Ulna Metakarpal Karpal Falanks Tulang-tulang lain seperti skapula dan klavikel juga terlibat dalam pergerakan ini.

HUMERUS

RADIUS & ULNA

FALANKS, KARPAL, METAKARPAL

KLAVIKEL & SKAPULA

VERTEBRA

ANALISIS PERGERAKAN

ANALISIS PERGERAKAN
1 2

Kaki dirapatkan serta selari, tangan diletakkan selari dengan dada. Bahagian torso badan diturunkan secara mendatar ke lantai. Bahagian siku berada tinggi sedikit berbanding bahu. Pada waktu ini bahagian tulang-tulang di tangan digunakan untuk menahan berat badan kita.

Pergerakan ke bawah (tangan dibengkokkan);

Pergerakan ke bawah;
Abduksi berlaku di bahu Fleksi di siku Trapezius mengecut (agonist) Pectoral berada dalam keadaan rehat (antagonist) Biseps menyokong trapezius (synergist) Deltoid sebagai penyokong

Pergerakan ke bawah;
Di bahu, tendon daripada satu hujung otot biseps berpaut pada skapula (tulang yang tetap) dan pangkal humerus, manakala di siku, tendon di hujung otot biseps berpaut pada tulang radius (tulang yang bebas bergerak berdekatan dengan sendi engsel) Tendon daripada satu hujung otot triseps berpaut pada hujung skapula dan pangkal humerus, manakala tendon di hujung yang satu lagi terlekat pada tulang ulna

Pergerakan ke bawah;
Semasa pembengkokan lengan, daya tarikan yang terhasil dipindah kepada tulang melalui tendon Pengecutan otot biseps menyebabkan tulang radius ditarik ke arah atas dan lengan dibengkokkan Pada masa yang sama, otot triseps mengendur

Selepas itu kita menggunakan otot-otot dan tulang-tulang pada bahagian tangan untuk menolak badan kita ke atas. Akan berlaku pengembangan dan pengecutan pada otot-otot agar tulang-tulang kita mengalami pergerakan.

Tangan telah dilunjurkan atau diluruskan ke permukaan lantai. Bahagian tangan telah sepenuhnya mengangkat beban badan kita sendiri. Bersedia untuk menurunkan badan secara mendatar. Pastikan bahagian pinggang dan kaki di kunci atau tidak digerakkan.

Pergerakan ke atas (tangan diluruskan);

Pergerakan ke atas;
Adduksi pada bahu Ekstensi pada siku Pectoral mengecut dengan bantuan triseps Trapezius berada dalam keadaan rehat Deltoid sebagai penyokong

Pergerakan ke atas;
Otot triseps mengecut menyebabkan ulna ditarik ke bawah dan tangan diluruskan. Pada masa yang sama, otot biseps mengendur.

Bahagian hadapan dan belakang badan di gunakan untuk menolak badan ke bawah secara mendatar. Bahagian tangan kita sepenuhnya di gunakan untuk menahan berat badan kita sendiri ketika kita menurunkan badan secara mendatar ini.

Kedudukan badan dan postur badan kembali kepada keadaan sebelumnya.

AKSI PERGERAKAN

Fleksi dan Ekstensi

Abduksi dan Adduksi

Aksi Pergerakan Tekan Tubi


Aksi pergerakan yang terlibat adalah; Fleksi - pergerakan separa dari bawah ke atas Ekstensi - pergerakan separa dari atas ke bawah Abduksi - pergerakan menjauhi pusat badan Adduksi - pergerakan mendekati pusat badan Ketika melakukan aktiviti tekan tubi aksi-aksi pergerakan ini akan terlibat semasa kita menggunakan tangan kita untuk menahan berat badan sendiri serta menolak beban badan kita ke atas.

SATAH PERGERAKAN

SATAH PERGERAKAN

Semasa pergerakan ke atas (tangan diluruskan);

Semasa pergerakan ke bawah (tangan dibengkokkan);

PENUTUP
Lakuan tekan tubi yang melebihi kemampuan kita yang sebenar juga memberi kesan yang teruk. Ianya boleh menyebabkan kita mengalami kelumpuhan kerana merosakan sistem saraf kita yang berada di vertebra kita. Kejadian ini berlaku kepada seorang pelatih PLKN di negara kita. Di mana akibat terlalu melakukan aktiviti ini dan melebihi kemampuan, gadis berumur 17 tahun itu mengalami kerosakan pada bahagian tulang belakangnya. Ini secara tidak langsung boleh melumpuhkan kita kerana ianya memberi kesan kepada sistem saraf kita. Oleh itu, untuk melakukan sesuatu pergerakan senaman, kita perlu mengetahui cara-cara yang betul dan tidak melakukan senaman secara berlebihan.

RUJUKAN

Gan Wan Yeat, Choong Choe Hin, Sukses Biologi SPM, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. (2003) http://www.bodyresults.com/E2Pushups-pullups.asp http://www.fia.com.au/FIA_mo/fp_archive/fp10.htm http://myhealth.gov.my/myhealth/bm/dewasa_content.jsp http://en.wikipedia.org/wiki/Push-ups

Anda mungkin juga menyukai