Anda di halaman 1dari 4

SOALAN STRUKTUR

1(a) Terangkan 4 jenis kebimbangan dalam sukan. (5M)

Kebimbangan Seketika (State Anxiety)


Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari
persepsi individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu
seperti perasaan khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)


Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi
di persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan
meningkatkan lagi tahap kebimbangan mereka.

Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)


Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat
dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial,
takut terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).

Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)


Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang
terbabit kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai
contoh peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan
mengakibatkan individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan
kesan kepada prestasi individu.
(b) Bincangkan faktor-faktor yang mengakibatkan tahap kebimbangan meningkat bagi
seseorang atlet. (10M)
Menurut Endler (1978) dalam buku Shaharudin Abd Aziz, 2001, kebimbangan dan
tekanan seketika terhasil dari gabungan lima faktor.
Tekanan terhadap ego
Berlaku apabila seseorang atlet tewas dengan lawannya yang lebih
rendah ranking berbandingnya.
Menyebabkan beliau tidak yakin untuk perlawanan seterusnya dan
menyumbang kepada peningkatan kebimbangan.
Tekanan terhadap fizikal individu
Atlet berasa bimbang apabila lawannya akan menewaskannya secara
fizikal.
Contoh : tae kwan do
Atlet akan mempunyai tahap kebimbangan seketika yang tinggi sekiranya
lawannya lagi handal.
Ketidaktentuan
Keputusan yang tidak pasti serta saat-saat mencemaskan yang
menentukan menang atau kalah sesebuah pasukan.
Perubahan
Sebarang bentuk perubahan yang menyebabkan kita menjadi kurang
selesa kerana ia bukan rutin harian.
Kehadiran jurulatih baru yang membawa corak latihan dan matlamat yang
baru.
Penilaian atau perbandingan sosial
Berasa tertekan sekiranya tahu prestasi kita akan dinilai dan
dibandingkan dengan orang lain.
SOALAN ESEI
Sebagai seorang jurulatih, bagaimana anda mengatasi masalah kebimbangan atlit anda
sebelum dan semasa pertandingan? (20M)

Menurut Weinberg dan Gould (1995) telah menyarankan beberapa cadangan kepada atlit
dan jurulatih dalam mengawal kebimbangaan sebelum dan semasa pertandingan.
Antaranya ialah:

1. Sentiasa tersenyum walaupun dalam keadaan tertekan kerana dengan tersenyum kita
bukan sahaja dapat melupakan tentang tekanan kebimbangan malah dapat menikmati
pertandingan dengan keseronokan.

2. Merasai keseronokan dapat membantu atlit menyempurnakan tugas dengan gembira.


Alihkan perhatian dari menumpukan kepada hasil pertandingan tetapi fokuskan kepada
keseronokan semasa bertanding.

3. Sentiasa berusaha untuk berlatih dalam situasi pertandingan sebenar agar dapat atlit
dapat membiasakan diri. Contohnya, dalam pertandingan hoki di sekolah boleh
menjemput beberapa pasukan luar untuk bermain seolah-olah dalam pertandingan
sebenar.

4. Berlatih untuk membuat keputusan dengan cepat dapat mengatasi masalah


kebimbangan kerana apabila kita tidak dapat membuat keputusan segara ia boleh
menyebabkan timbulnya rasa kebimbangan.

Latihan Simulasi

Keadaan atau situasi pertandingan dengan latihan amat berbeza walaupun di tempat yang
sama. Keadaan ini dipengaruhi oleh kebisingan, kehadiran pegawai dan sikap pasukan
lawan semasa pertandingan.

Faktor psikolofi seperti kebimbangan dan motivasi juga berlainan semasa bertanding.

Contohnya, jurulatih bola keranjang boleh menggunakan rakaman suara untuk


menjadikan tempat latihan mempunyai kebisingan seperti pertandingan sebagai latihan.

Jurulatih tenis meminta beberapa orang penonton untuk berdiri di sekeliling gelanggang
untuk latihan simulasi.
Pengawalan Pernafasan

Seseorang yang berkeyakinan tinggi, pernafasannya adalah lancar dan dalam.

Seseorang yang menghadapi tekanan, pernafasannya agak laju dan tidak teratur.

Latihan pernafasan secara mendalam, perlahan dan sempurna dapat mengurangakn


tekanan.

Masa yang paling sesuai untuk menggunakan cara ini ialah semasa rehat atau sebelum
sesuatu pergerakan.

Contohnya, sebelum membuat free throw dalam bola keranjang.

Imageri

Merupakan sejenis latihan simulasi.

Merupakan pengalaman pancaindera yang sebenar (seperti melihat, merasa dan


mendengar) tetapi semuanya berlaku dalam fikiran individu.

Caranya adalah dengan mengimbas kembali pengalaman yang lepas dari ingatan untuk
menghasilkan imej yang akan berlaku.

Dengan cara ini, atlit berlatih untuk membayangkan keadaan pertandingan sebenar
semasa sesi latihan dan ini membantu atlit mengurangkan kebimbangan dan tekanan
dalam pertandingan sebenar.

Anda mungkin juga menyukai