Anda di halaman 1dari 14

1.

0 Pengenalan Dalam konteks pembangunan negara ke arah sebuah negara maju berteknologi tinggi, keperluan psikologi sukan amat penting. Jika dilihat dalam konteks pendidikan, bidang sains sukan amat diperlukan dalam menangani masalah displin pelajar ke arah menggalakkan pencapaian cemerlang pelajar dalam akademik dan kegiatan luar selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, ia juga dapat membantu kerajaan ke arah mewujudkan warganegara yang berguna.Namun apa yang lebih penting , pengetahuan dalam psikologi sukan mampu mengurangkan keagresifan dalam sukan yang berprofil tinggi seperti bola sepak, bola tampar , ragbi dan sebagainya. Situasi keagresifan sukan yang melanda dalam bidang sukan merupakan sesesuatu tindakan yang tidak dapat lari dalam pasukan yang sedang bertanding untuk mencapai objektif pertandingan. Justeru kecederaan yang terjadi pada pemain atau sebarang risiko yang mungkin mempengaruhi penonton untuk bertindak lebih jauh mampu dihindarkan sekiranya punca keagresifan sukan diatasi lebih awal.Melalui psikologi sukan , kita dapat memahami dengan lebih jelas tingkahlaku manusia terutamanya pemain dalam pertandingan supaya wujud persefahaman serta dapat memelihara perhubungan dan semangat kesukanan yang tinggi. Contohnya melalui semangat sukan yang tinggi mampu mewujudkan hubungan dan jalinan setiakawan yang tinggi dalam upacara yang diadakan sebelum pertandingan seperti bola sepak.

Selain daripada itu juga , kawalan tingkahlaku yang tidak diingini atau yang bercanggah dengan kehendak masyarakat seperti tingkah laku yang agresif terutamnya mampu dikawal supaya tidak mengancam orang lain dan juga diri sendiri. Ini dapat membentuk diri menjadi warganegara yang berguna kepada masyarakat. Melalui psikologi sukan juga , ramalan atau kajian tingkah laku yang agresif dapat dinilai kerana kita mampu menilai tingkah laku pemain yang akan bertindak agresif melalui kriteria criteria tertentu. Selain daripada itu juga guru yang berpengetahuan dalam psikologi sukan mampu meningkatkan motivasi pelajar atau pemain dalam sukan.

Psikologi sukan juga dapat membantu guru sukan terutamanya yang juga bertindak sebagai jurulatih mengenalpasti apakah punca serta langkah langkah mengatasi keagresifan dalam sukan yang diceburi oleh pelajar. Guru juga akan lebih bersedia menghadapi sebarang risiko sekiranya berlaku kecederaan yang diakibatkan oleh pemain yang bermain secara agresif. Namun apa yang penting , persediaan dan langkah- langkah menghadapi keagresifan dalam sukan. menghindari lebih penting dalam

Akhir sekali , pengetahuan dalam psikologi sukan terutamanya dalam pengendalian keagresifan dalam sukan mampu meningkatkan kemahiran serta cara guru terutamanya dalam memahami keperluan biologi serta juga psikologi manusia untuk memenuhi konsep kendiri manusia. Guru akan berkemampuan memahami apakah faktor faktor yang mempengaruhi personaliti seseorang untuk bertindak secara agresif mengikut teori.

Tindakan agresif seorang penyokong ini terhadap pemain menunjukkan betapa seriusnya keagresifan dalam sukan jika tidak diatasi.

1.2 Definisi Keagresifan dalam Sukan Keagresifan merujuk kepada sebarang tingkah laku yang terhasil dan berkait terus dengan matlamat untuk mencederakan individu atau benda hidup yang lain menurut Baron dan Richardson, 1994. Keagresifan dalam sukan juga berkait rapat dengan personaliti penyertaan individu dalam sukan. Menurut kajian Thirer , 1993 menyatakan bahawa keagresifan dalam sukan didefinisikan sebagai perlakuan yang boleh mendatangkan kecederaan secara fizikal atau dalaman terus kepada makhluk yang bernyawa.Menurut Silva , 1981 menyatakan keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau mengakibatkan kecederaan fizikal serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk mengelakkan tindakan tersebut. Menurut Wann, 1997 pula mentakrifkan keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat untuk mencederakan secara fizikal , verbal atau psikologikal orang lain yang juga cuba untuk mengelakkan diri sendiri daripada dicederakan. Keagresifan yang berlaku dalam sukan boleh menyebabkan kecederaan dan kematian kepada pemain. Contoh keagresifan yang sering berlaku ialah percubaan mendatangkan kecederaan melalui sentuhan fizikal yang berupaya memudaratkan kepada pihak lawan. Untuk lebih jelas dan menyeluruh menurut Gill , 1986 menyatakan untuk menghasilkan sesuatu tingkah laku atau tindakan yang menghasilkan tingkah laku atau tindakan yang dikategorikan sebagai keagresifan mestilah menepati empat kategori iaitu: 1. Keagresifan itu adalah salah satu tingkah laku berbentuk fizikal semata mata dan bukannya berupa perasaan , sikap atau motivasi. 2. Keagresifan itu adalah satu tingkah laku yang dilakukan dengan sengaja dan mempunyai niat. 3. Keagresifan itu adalah satu tingkah laku yag ditujukan ke benda hidup dan bukan benda tidak hidup. 4. Keagresifan juga dilakukan dengan niat untuk mencederakan seseorang individu atau benda hidup sama ada dari segi fizikal dan mental. Menurut Terry dan Jackson ,1985 menjelaskan keagresifan sukan yang menyalahi peraturan serta mendatangkan kecederaan serius merupakan tindakan yang menyalahi matlamat

pertandingan tersebut.Pada kesimpulannya, keagresifan sukan bukan sahaja melibatkan atlit atau pemain namun ia juga melibatkan jurulatih, pegawai dan juga penonton.

1.3 Bentuk keagresifan dalan sukan 1. Keagresifan bentuk instrumental merujuk kepada kecederaan yang berlaku kepada pihak pemain lawan dan bukan berniat untuk sengaja mencederakan tetapi untuk mencapai ganjaran atau maruah diri. Ianya dikenali sebagai tingkah laku assertif dalam psikologi sukan menurut Husman dan Silva ,1984 kerana pemain bermain mengikut peraturan yang ditetapkan dengan emosi serta intensity yang tinggi tanpa berniat untuk mencederakan sesiapa. Sebagai contoh, pemain bola sepak melakukan tackling untuk mendapatkan atau merebut bola dalam permainan bola sepak.

2. Keagresifan berbentuk permusuhan pula merujuk kepada niat untuk menyakitkan

seseorang secara fizikal atau psikolgikal menurut Dollard , 1939.Pemain menetapkan matlamat untuk mencederakan pemain pihak lawan dengan sengaja dan menyebabkan pemain tersebut teraniaya. Ini juga dilakukan dengan sengaja dan ianya terkekuar daripada peraturan atau undang- undang perlawanan serta banyak terjadi dalam perlawanan seperti hoki, ragbi dan tinju. 3. Keagresifan asertif pula merujuk penggunaan fizikal dan verbal yang dibenarkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan untuk mencapai matlamat atau kemenangan. Dalam konteks ini , niat untuk mencederakan individu lain tidak timbul sama sekali.Jika ianya berlaku akibat tindakan asertif , ianya tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang agresif dan menyalahi peraturan . Sebagai contoh penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan lawan dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan.Namun demikian sekiranya berlaku kecederaan terhadap pemain lawan , ia masih tidak dianggap sebagai tindakan yang agresif kerana ia dilakukan dengan bersih serta mengikut peraturan yang sedia ada.

Pada keseluruhannya , pengadil yang diberikan amanah untuk mengadili pertandingan perlu menilai sama ada tindakan agresif yang dilakukan oleh pemain merupakan perlakuan yang agresif atau asertif.Amat sukar untuk menilai niat seseorang pemain apabila mereka melakukan tindakan kerana dalam konteks permainan , ianya berlaku dengan pantas dan sukar dijangka khususnya dalam sukan yang bercorak dinamik dan kemahiran terbuka.

Sukan ragbi merupakan permainan yang agresif namun kekasarannya dibenarkan mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

3.0 Faktor faktor keagresifan dalam sukan 3.1 Teori pembelajaran Sosial Bandura Melalui teori ini yang diperkenalkan oleh Albert Bandura , 1973, menyatakan bahawa kanak kanak yang memerhati orang dewasa melakukan tindakan yang ganas akan mudah terikut ikut dengan perbuatan tersebut berbanding golongan kanak- kanak yang tiada pengalaman pendedahan menonton aksi ganas. Kajian ini juga menerangkan bagaimana Teori pembelajaran Sosial yang menekankan keagresifan sebagai sesuatu yang boleh dipelajari atau dilatih melalui pemerhatian kepada tingkah laku individu lain yang mempunyai sikap ganjil. Sebagai contoh seseorang peminat bola sepak yang melihat orang lain bertindak ganas sama ada melalui siaran televisyen atau semasa menonton perlawanan bola sepak akan meniru perlakuan
5

tersebut.Apa yang disaksikan aksi ganas jtersebut merupakan satu pembelajaran yang secara sedar atau tidak membolehkan mereka mempraktikkan insiden yang serupa meniru perlakuanm sedemikian. untuk mereka

3.2 Teori Kekecewaan Keagresifan yang dikaji semula Menurut Dollard, Doob , Mowrer dan Sears , 1939 menyatakan kekecewaan berlaku apabila sesuatu motif yang amat diingini oleh seseorang itu tidak dapat dicapai keranan pergerakan kearah motif itu terhalang.Ini akan menyebabkan seseorang itu melakukan tindakan yang agresif untuk melepaskan rasa marah atau kecewa.Sebagai contoh dalam pertandingan hoki , pemain pasukan A telah merampas bola dengan cara yang tidak dibenarkan namun pengadil tidak nampak kesalahan tersebut kerana dilindungi oleh pemain pemain lain. Ini akan menyebabkan pemain pasukan B berasa kecewa dan menggunakan kayu hoki untuk memukul kaki pasukan A.Pemain pasukan B berbuat demikian kerana ingin melepaskan perasaan kecewa dan marah yang ada pada dirinya. Sehubungan dengan itu keagresifan telah dikaji berdasarkan tahap kelakuan dalam konteks sukan dan kehidupan seharian. Ianya menjelaskan atlit yang mengambil dalam pertandingan berada dalam situasi arousal iaitu kebangkitan psikologi dan sekiranya kekecewaan dalam mencapai matlamat maka ianya menyebabkan tahap aurosal meningkat sehingga tingkah laku keagresifan akan muncul. Dengan adanya tanda atau isyarat persekitaran yang akan meningkatkan tahap aurosal pemain maka pemain tersebut akan melakukan kekasaran dengan sengaja serta menyekat pemain dengan cara yang tidak adil. Kajian akademik menunjukkan keganasan dan keagresifan dalam sukan meningkatkan minat penonton yang menerimanya sebagai hiburan. Menurut Comisky, 1977 dan Bryant , 1981 telah mengkaji kesan keganasan terhadap permainan bola sepak di kalangan penonton. Untuk peserta lelaki , didapati tahap keseronokan meningkat seiring dengan kekasaran dan keganasan yang meningkat.Menurut Sargent , 1998 ini menyamai hasil kajian yang melibatkan sampel daripada 25 jenis sukan yang ditayang di televisyen pada 1996. Setiap sukan dikategorikan dalam tiga jenis iaitu bercorak pertarungan seperti tinju, , artistik seperti gimnastik dan melibatkan mekanisme pergerakan seperti bowling. Hasil kajian kemudianya mendapati penonton lelaki
6

dilaporkan amat seronok menonton sukan yang bercorak keganasan dan agresif seperti tinju diikuti sukan yang melibatkan mekanisme pergerakan. Manakala penonton wanita lebih mengemari sukan yang bercorak artistik seperti gimnastik. Kajian ini juga menunjukkan penonton lelaki lebih menyukai sukan yang berunsur agresif dan ganas. Namun menurut Teori Kekecewaan- Agresif berulang menyatakan wanita yang menyertai sukan juga akan bertindak agresif melalui pemerhatian dan situasi yang sama yang memaksa mereka bertindak sedemikian. Ini diperkukuhkan lagi dengan kajian oleh White & Kowalski, 1994 yang menyatakan atlit atau pemain wanita ingin menunjukkan mereka juga agresif seperti atlit lelaki.Namun demikian terdapat tahap keagresifan mereka berbeza dalam jenis sukan yang disertai menurut Silva, 1983 dan Bredemeir , 1994.

2.1 Kebangkitan fisiologi Keagresifan pemain dalam sukan berkait rapat dengan suhu di persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu persekitaran berkait rapat dalam mempengaruhi untuk bertindak secara agresif kerana ianya menyebabkan pemain berasa kurang selesa, rimas dan mudah marah.Justeru itu kesilapan yang sedikit yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang lain ke atas pemain akan menyebabkan pemain bertindak agresif. Manakala penonton yang bising di dalam stadium atau gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan pemain sehingga mampu mengugat prestasi pemain itu sendiri.

Ini telah dibuktikan melalui kajian oleh Reifman, Larrick dan Fein ,1991 yang mendapati wujudnya perkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling (pitcher). Dalam konteks ini, semakin tinggi suhu semakin agresif pembaling membaling bola tersebut sehingga ramai pemukul bola yang terkena balingan pembaling tersebut.

Kecederaan seperti ini dapat dielakkan sekiranya pemain menyedari batasan dalam permainan dan bukannya mengikut rentak penonton serta provokasi pemain lawan.

2.2 Persepsi individu yang dikasari Keagresifan pemain akan meningkat apabila bakal mangsa merasakan dirinya dikasari oleh pemain. Dalam konteks ini persepsi tentang niat pemain untuk mengasari pemain tersebut untuk mengasari seseorang lebih kukuh dalam mencetuskan tindakan yang agresif. Oleh itu pemain menjangkakan beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang sama terhadap pemain lawan.Namun dalam kajian yang dilakukan oleh Cox, 2002 dan Singer , 1975 menyatakan pemain bola sepak lebih agresif berbanding atlit atau pemain yang tidak memerlukan sentuhan seperti sukan golf atau tenis. Ini mungkin melalui sentuhan fizikal melalui permainan meningkatkan kemungkinan besar permainan agresif.

2.3 Takut terhadap tindak balas yang diterima Takutkan tindak balas yang diterima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan sukan. Dengan kata lain , setiap pemain akan
8

menghormati pemain pasukan lawannya dan masing masing akan cuba mengatasi lawannya tanpa bertindak agresif. Namun akan sampai pada satu tahap setiap pemain akan mula mencabar lawannya dan tindakan ini akan menjadikan perlawanan lebih sengit.Kesannya , segala tindakan atau perlakuan untuk setiap tindakan agresif pihak lawan akan dibalas dengan leboih sengit. Ini bertujuan untuk menunjukkan siapa yang lebih hebat. Akibatnya juga perlakuan agresif akan sampai kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik.

2.4 Perbezaan mata atau jaringan Kajian oleh Cox ,1999 menunjukkan terhadap permainan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar jaringan atau perbezaan mata , semakin banyak kekasaran yang akan dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan.

2.5 Lokasi perlawanan Biasanya pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan sebagai tuan rumah.Bagaimanapun menurut Russell ,1981 menyatakan ianya bergantung kepada corak keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan. Bagi sukan bola sepak , pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin mempertahankan kedudukan mata mereka.Namun untuk sukan hoki ais pula , ianya sama jika bermain di tempat sendiri ataupun di tempat lawan menurut Cullen & Cullen , 1975. 2.6 Keputusan pertandingan Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk memenangi perlawanan didapati lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang memenangi perlawanan tersebut.Ini mungkin kerana kecewa berdasarkan Teori Frustasi Agresif oleh Cullen & Cullen , 1975.

2.7 Kedudukan pasukan dalam liga Pasukan yang berada di kedudukan tempat teratas dalam liga biasanya kurang agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang berada dalam kedudukan terbawah liga. Jika dilihat dalam
9

teori Frustasi Agresif , pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai matlamat mereka manakala pasukan yang terbawah berasa kecewa kerana gagal mencapai matlamat. Justeru itu , mereka akan bertindak secara agresif untuk melepaskan tekanan yang ditanggung.Namun menurut kajian Cullen dan Cullen ,1975 pula menyatakan pasukan yang menang lebih agresif daripada pasukan yang kalah. Pendapat ini diperkukuhkan dengan kajian yang dilakukan oleh McCarthy dan Kelly ,1978 yang mendapati pasukan yang menang lebih agresif dan dalam kajian kajian oleh Worrel dan Harris ,1986 pasukan hoki ais yang menang bermain lebih agresif daripada pasukan yang kalah.Namun demikian kajian yang dijalankan oleh Widmeyer dan Carron, 1992 mengukur kaitan di antara reputasi dan keagresifan berdasarkan keputusan akhir perlawanan pasukan yang mendahului yang bermain secara agresif akan kalah pada akhir perlawanan.

2.8 Jangka masa dalam permainan Secara umumnya , perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan. Bagaimanapun kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan dan keagresifan jarang berlaku pada awal masa permainan.Ini diperkukuhkan lagi dengan kajian oleh Widmeyer dan McGuire ,1997 yang mnenyatakan jangka masa permainan, kedudukan pasukan dan posisi mempunyai kaitan dalam keagresifan dalam sukan. Kajian yang terdahulu mendapati jangka masa permainan tambahan , bermain secara bertahan dan kekalahan akan meningkatkan kekecewaan serta meningkatkan kes kes agresif melibatkan pemain seperti yang dinyatakan oleh Kelly dan McCarthy,1979 ;Russel dan Drewry , 1973;Widmeyer dan Birch, 1984.

2.9 Penggunaan Steriod Perkataan steroid atau doping dalam sukan merujuk kepada penggunaan dadah yang diharamkan oleh International Olymoic Council (IOC) bagi mendapatkan kelebihan dalam prestasi atlit. Pengharaman dadah dalam sukan mempunyai dua justifikasi iaitu pertama ianya memberi kelebihan kepada atlit atau pemain yang menggunakannya serta melanggar segala peraturan dan makna keadilan dalam pertandingan. Kedua pula cara pengambilan dan jumlah yang digunakan memudaratkan individu serta boleh mengancam individu yang lain. Terdapat banyak kes kematian yang berlaku akibat penggunaan dadah secara langsung dan tidak langsung.
10

Kesan pengambilan steroid mempunyai kesan sampingan yang mampu meningkatkan keagresifan individu yang menggunakannya. Justeru itu , sebagai jurulatih dan juga pemain atlet tidak seharusnya menggunakan bahan terlarang ini demi kebaikan orang lain.

2.10 Kebisingan penonton Bunyi atau suara yang didengar sebagai ransangan pada sel saraf pendengar dalam telinga oleh gelombang longitudinal yang ditimbulkan oleh getaran dari sumber bunyi atau suara yang tidak diingini dinyatakan sebagai kebisingan. Menurut Sumamur ,2009 menyatakan kebisingan diertikan sebagai semua suara atau bunyi yang tidak dikehendaki yang berpunca dari alat alt kerja yang dapat menimbulkan gangguan pendengaran. Sehubungan dengan itu didapati sebagai contoh, jeritan serta bunyi bunyian seperti gendang , terompet dan juga alat muzik yang dibawa oleh penonton di dalam stadium mampu meningkatkan tahap kebisingan serta mempengaruhi sikap pemain untuk lebih agresif. Kajian oleh Donnerstein dan Wilson , 1976 mendapati sikap penonton mempengaruhi sikap pemain untuk bertindak agresif kerana kebisingan penonton mengikut disibel yang tinggi merangsang pemain respons agresif pemain tersebut.

Penonton wajar bersikap rasional dan tidak melakukan sesuatu tindakan yang hanya merugikan mereka.

11

Kesimpulan Keagresifan dalam sukan dapat diatasi sekiranya semua pihak menyedari matlamat sebenar pertandingan yang bertujuan untuk nmerapatkan hubungan dan bukannya semata mata untuk meraih kemenangan,Tanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan suasana pertandingan yang kondusif.Menjadi tanggungjawab guru dan juga jurulatih dalam menerapkan semangat kesukanan yang tinggi di dalam jiwa setiap diri anak buah mereka. Menurut kajian Papanek , 1977, jurulatih perlu memahami jiwa remaja yang merupakan atlit dalam mengatasi masalah kekecewaan apabila mengalami kekalahan , keaiban, kesakitan fizikal, tidak puas hati terhadap keputusan pertandingan dan sebagainya.Widmeyer , 1984 menyarankan agar jurulatih tidak menekan pemain dengan harapan yang tinggi dalam meraih kemenangan dalam setiap kali permainan. Apabila para atlit hanya menumpukan kepada kemenangan sahaja maka nilai nilai murni serta objektif pertandingan akan lari daripada matlamat.Jurulatih perlu perlu menyedari tanggungjawab beliau dalam mengalakkan para pemainnya agar bermain Fair Play dan selamat. Kejadian atlit sukan yang bertindak agresif seperti dalam sukan tinju Mike Tyson yang mengigit telinga lawannya Hollyfield pada 28 Jun 1997 mengejutkan peminat dunia sukan. Malah terdapat kejadian pemain bola keranjang di luar negara yang pernah bertindak menyerang dan cuba menbunuh jurulatihnya merupakan kejadian yang perlu dipandang serius.Malah kejadian penonton merusuh apabila pasukan yang disokongnya mengalami kekalahan tidak sewajarnya berlaku dalam arena sukan . Kejadian seperti ini dapat diatasi sekiranya semua pihak berperanan dalam memastikan keharmonian dan kembali kepada objetif sukan itu sendiri yang ingin merapatkan hubungan serta bukannya semata mata meraih kemenangan semata mata. Media juga tidak seharusnya menjadi batu api kepada pembaca dengan mengeluarkan kenyataan yang boleh mendatangkan kemarahan atau kebencian kepada pihak pemain lawan.Sepanduk yang berunsur provakasi serta menghina pihak lawan dengan kata kata yang tidak sewajarnya perlu dielakkan supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Penonton juga perlu bersikap rasional dan tidak terikut ikut dengan sentiment yang keterlaluan. Kejadian penonton yang merusuh, membakar bendera negeri pihak lawan serta bergaduh sehingga melibatkan kecederaan serta kematian tidak wajar berlaku di negara kita jika semangat kesukanan dan amalan professional diterapkan dalam diri semua pemain serta penyokong.Akhir sekali apa yang penting nilai pengukuhan dan peneguhan dalam permainan positif wajar disemai dari awal
12

supaya pemain dapat bermain dengan selamat dan bersikap positif.Manakala garis panduan serta penguatkuasaan yang tegas serta denda yang tinggi wajar dilaksanakan supaya semua pemain dapat bermain dalam nilai moral yang tinggi dan positif.Ganjaran dan insetif juga perlu diberikan sebagai galakan untuk bermain dalam semangat kesukanan yang tinggi. Apa yang penting pemain perlu belajar menyerap tekanan dan jurulatih tidak seharusnya menekan pemain untuk bermain secara agresif. Bibliografi
1.http://anakjelapang10.blogspot.com/2011/06/keagresifan-sukan-2.html 2. http://komuniti.iluvislam.com/topic/22141-sains-sukan-di-dalam-program-pembangunan-sukannegara-pandangan-anda/ 3. http://www.highbeam.com/doc/1G1-159644778.html 4. http://www.podiumsportsjournal.com/2007/08/23/aggression-and-violence-in-sport/ 5. http://azharpjpk.blogspot.com/2009/08/keganasan-keagresifan-dalam-sukan.html 6. http://www.zairedin.com/2010/03/keagresifan-dalam-sukan.html 7. http://smksbpjpk.blogspot.com/2011/01/faktor-faktor-yang-mempengaruhi.html 8. http://themimno.blogspot.com/2009/11/keagresifan-dan-prestasi-dalam-sukan.html 9. http://eyubackoff.blogspot.com/2008/08/psikologi-sukan.html 10. http://www.humankinetics.com/excerpts/excerpts/learn-the-difference-between-anger-aggressionand-violence 11.http://books.google.com.my/books?id=ZD0LIQRtNT8C&pg=PA175&lpg=PA175&dq=kajian+mengenai +provokasi+pemain&source=bl&ots=do5mljtaV9&sig=gszMSH4_djoGSOzFTgiieN7Pd3Q&hl=en&sa=X&ei =903sT8zKCctrAfQlKi_BQ&ved=0CEsQ6AEwAA#v=onepage&q=kajian%20mengenai%20provokasi%20pe main&f=false 12. http://notapismp.blogspot.com/2011/05/penyalahgunaan-dadah-dalam-sukan.html 13. [PDF] Frequencies of Aggressive Behaviors in Win, Lose, and Tie Situations 14. www.sports.re.kr/common/download.jsp?filePath=magazine 15.https://www.google.com.my/#hl=en&gs_nf=1&cp=11&gs_id=3w&xhr=t&q=kebisingan+di+tempat+k erja&pf=p&sclient=psyab&oq=kebisingan+&gs_l=&pbx=1&bav=on.2,or.r_gc.r_pw.r_qf.,cf.osb&fp=99f45 f55c30c0713&biw=1241&bih=606&bs=1

13

16. http://www.athleticinsight.com/Vol8Iss1/DirectObservation.htm 17. http://www.athleticinsight.com/Vol4Iss3/SelfReportedAggression.htm 18. http://hamzah-alwaysright.blogspot.com/2010_11_01_archive.html

14

Anda mungkin juga menyukai