Anda di halaman 1dari 17

1.

0 PENDAHULUAN

Keagresifan dalam sukan seringkali dikaitkan dengan sukan bola sepak yang
mempamerkan pelbagai aksi kasar dan agresif. Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam
industri sukan negara malahan juga seanterio dunia. Kekasaran atau keagresifan dalam sukan
bukan menjadi satu isu sosial lagi, malahan seakan akan satu rutin apabila berlakunya
pertandingan sukan. Perlakuan agresif ini bukan sahaja tertumpu kepada pemain tetapi
melibatkan pelbagai pihak lain seperti pengurus pasukan, jurulatih, pengadil dan penyokong.
Terdapat juga sesetengah sukan yang membenarkan sentuhan badan berlaku dan ini
merupakan sebahagian daripada sukan itu. Perlagaan bahu dalam permainan bola sepak dan
pergeseran badan dalam permainan hoki adalah diiktiraf dalam peraturan permainan-permainan
itu. Dalam tinju , tumbuk menumbuk dilakukan antara mereka yang mengambil bahagian.
Tumbukan yang kuat dan kalah mati dilakukan oleh mereka. Walaupun adakalanya tumbukan
itu kurang kuat tetapi ini boleh menjejaskan sistem urat saraf.

Perlakuan agresif dan kekasaran yang dilakukan semasa aktiviti sukan berlangsung
adalah sesuatu yang menyedihkan kerana ia amat bertentangan dengan Dasar Sukan Negara yang
menjadikan sukan sebagai budaya hidup masyarakat. Tanggapan dan kefahaman sukan melalui
Dasar Sukan Negara yang ada sekarang hendaklah dihayati sepenuhnya. Jelasnya, tumpuan dan
perhatian masyarakat terhadap pembangunan sukan sekarang ini semakin meningkat dan meluas.
Oleh itu segala kegiatan sukan mesti menuju ke arah matlamat kecergasan nasional dan
perpaduan nasional bukannya untuk mencapai kemenangan dan dipandang hebat sehingga
mengabaikan nilai dan etika sebaliknya melanggar peraturan dan melakukan keagresifan atau
kekasaran.

2.0 JENIS KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

Terdapat dua bentuk keagresifan yang berlaku dalam sukan iaitu instrumental dan bermusuhan.
Keagresifan instrumental menyebabkan berlakunya kecederaan kepada pemain-pemain pihak
lawan. Bukan untuk melihat pemain lawannya teraniaya dan mengalami kecederaan tetapi untuk
mencapai matlamat sama ada sebagai ganjaran atau maruah diri. Dikenali sebagai tingkah laku
assertif dalam psikologi sukan (Husman dan Silva, 1984) kerana pemain bermain mengikut
peraturan dengan intensiti dan emosi yang tinggi tanpa berniat untuk mencederakan sesiapa.
Dikatakan tidak agresif kerana matlamatnya adalah untuk mencapai kemenangan seperti
melakukan tackling untuk mendapatkan bola dalam permainan bola sepak.

Keagresifan bermusuhan pula berniat untuk menyakitkan seseorang secara fizikal atau
psikologikal (Dollard, et al., 1939). Pemain menetapkan matlamat untuk mencederakan pemain
pihak lawan dan menyebabkan pemain tersebut teraniaya. Satu siri perlakuan secara sengaja
dengan mengasari pemain lawan dan ia adalah terkeluar daripada peraturan atau undang-undang
perlawanan.

FAKTOR KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

Kebangkitan fisiologi yang biasanya berkait rapat dengan persekitaran khasnya suhu dan
suasana penonton. Keadaan ini akan menyebabkan atlet akan bertindak agresif kerana suasana
kurang selesa dan merimaskan dan mudah marah.

Menurut Donnerstein dan Watson(1976), mendapati suasana bising yang tinggi akan
merangsang respons agresif atlet.

Persepsi individu juga antara factor berlakunya kekasaran. Keagresifan akan meningkat jika
terdapat pemain yang merasakan diri mereka akan menerima asakan kasar dari pemain lawan.
Secara tidak langsung persepsi ini akan mencetuskan tindakan yang lebih agresif jika
pertembungan berlaku antara kedua-dua pemain.

Lokasi perlawanan turut menyumbang kea rah tindakan agresif. Tindakan atau permainan yang
agresif akan lebih banyak ditonjolkan oleh pemain tuan rumah jika mendapat sokongan penonton
atau penyokong.

Keputusan pertandingan iaitu perbezaan mata/Jaringan memaksa pemain lebih agresif. Menurut
Cox(1999), semakin besar perbezaan mata/jaringan, maka semakin banyak kekasaran yang akan
dilakukan oleh pasukan yang ketinggalan.
Pasukan yang biasanya ketinggalan atau tidak lagi berpeluang untuk memenangi perlawanan
akan lebih agresif. Keadaan ini berbeza dengan pasukan yang mendahului kerana mereka akan
bermain secara selamat dengan melengahkan perlawanan, keadaan inilah yang menyebabkan
kekasaran akan berlaku

Penggunaan dadah antara punca perlakuan agresif dalam sukan. Kesan dadah mempengaruhi
keagresifan seseorang atlet. Hal ini disebabkan sebarang tindakan mereka adalah bawah sedar
kerana kesan pengambilan bahan terlarang tersebut.

Cara Mengatasi Keagresifan dalam sukan

Pihak penganjur juga boleh menghukum pemain yang beraksi secara agresif. Atlet yang
melakukan kesalahan yang sama berulang kali perlu dihukum dengan hukuman yang berat
kerana bukan sahaja mereka mencederakan atlet yang lain (kerugian dari segi kos), malahan
mereka menjadi contoh yang negatif kepada pemain-pemain muda. Hukuman juga boleh
dikenakan terhadap jurulatih yang menggalakkan keagresifan. Bukan sahaja pemain yang
bersalah perlu dihukum, malahan jurulatih yang menggalakkan penggunaan taktik atau
strategi yang bersifat agresif juga perlu dikenakan hukuman. Semangat bermain secara adil
bukan lagi menjadi pegangan jurulatih sedemikian.

Pemain juga harus didedahkan tentang teknik-teknik mengawal perasaan semasa


pertandingan dan dapat menerima sesuatu keputusan secara rasional dan sentiasa menyedari
keupayaan diri sendiri dan menghargai orang lain. Sentiasa menamkan sikap bahawa
kemenangan bukan segalanya. Kursus-kursus motivasi juga perlu diadakan lebih kerap. Kursus
ini boleh dijalankan pada bila-bila masa sebagai salah satu program kesedaran terhadap
pentingnya semangat kesukanan dikalangan pemain.

Selain itu juga, memberikan ganjaran kepada pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih
adalah satu cara yang berkesan. Pemain atau pasukan yang bermain dengan bersih khususnya
dalam keadaan tertekan perlu diberikan ganjaran kerana ia memerlukan tahap kesabaran yang
tinggi untuk berbuat demikian. Ini akan menjadi iktibar untuk pemain atau pasukan yang lain di
masa clepan. Dalam masa yang sama, anugerah Fair Play kepada pasukan perlu diberikan
kepada pemain juga. Dengan wujudnya anugerah pemain paling "bersih", kita menggalakkan
sikap yang sama di kalangan pemain.

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini. Antaranya, memastikan tiada
senjata atau perkara yang membahayakan dibawa masuk oleh penonton ke dalam stadium.Pihak
pengurusan stadium perlu memastikan agar penonton tidak membawa masuk barang-barang
yang membahayakan. Di luar negara, penjualan arak di stadium juga dikurangkan untuk
mengelakkan keadaan yang tidak diingini.

Penyokong kedua-dua pasukan juga perlu dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan atau
perkara yang tidak diingini di dalam stadium. Kita perlu elakkan situasi seperti di beberapa
negara Eropah di mana ramai penonton yang mati kerana pergaduhan di antara penyokong.

Kesan Keagresifan dalam prestasi sukan

Ramai jurulatih berpendapat bahawa sikap agresif kadangkala diperlukan apabila


bertanding dalam sukan kontak seperti ragbi, bola sepak, bola keranjang, bola faring serta
sukan kombat (silat olahraga dan tae kwan do). Bagi kebanyakan jurulatih, bermain secara
agresif dalam sukan sedemikian memberikan kelebihan untuk mengatasi lawan. jika kita
melihat persoalan ini dari sudut kebangkitan (fisiologi dan emosi) dengan menggunakan
pendekatan U-Terbalik, jelas sekali bahawa individu yang terlalu tinggi tahap kebangkitannya
khususnya mereka yang terlalu agresif akan mempunyai tumpuan yang semakin kecil jika
dibandingkan dengan mereka yang sederhana tahap kebangkitannya. Sudah pasti individu
yang tinggi tahap kebangkitannya akan kehilangan beberapa kiu penting sepanjang
perlawanan tersebut. Kesannya, pemain tersebut akan melakukan kesilapan yang mungkin
membawa padah kepada pasukannya. Satu perkara yang perlu kita ingat adalah setiap jenis sukan
memerlukan tahap kebangkitan yang

sesuai serta berbeza dari sukan yang lain untuk

mendapatkan tahap prestasi yang terbaik.

Dalam satu kajian tentang kesan gangguan serta provokasi penonton ke atas pemain bola
keranjang, didapati bahawa pemain yang tidak terganggu dengan gangguan tersebut
menunjukkan prestasi serta kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang
terganggu.

Prestasi pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitan yang
keterlaluan menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga mengurangkan tumpuan
terhadap permainan. Kesannya, prestasi mereka akan merosot. Contoh yang sering kita lihat
ialah dalam permainan bola sepak, apabila seseorang pemain itu diprovokasi oleh penonton atau
pemain lawan, pemain itu akan menunjukkan keagresifan yang membawa kepada layangan kad
kuning ataupun kad merah.. Kesan daripada keagresifan pemain tersebut menyebabkan prestasi
pasukan terjejas.

SINOPSIS ISI KANDUNGAN

Berdasarkan isi kandungan berkaitan isu keagresifan dalam sukan dapatlah diringkaskan bahawa
keagresifan dalam sukan bukanlah sesuatu kekasaran yang dilakukan secara tidak sengaja tetapi
adalah secara sedar demi mencapai matlamat sukan masing-masing. Secara keseluruhannya
perlakuan agresif ini secara umunya dapat dilihat dalam arena bolasepak negara dan dunia.
Hakikatnya, permainan bola sepak banyak menimbulkan perlakuan yang agak kasar disebabkan
hanya 2 pasukan yang bertarung dan pastinya hanya satu pasukan yang akan menang.
Bertunjangkan kepada keinginan untuk menjadi yang terbaik dan memenangi pertandingan atau
perlawanan, yang mendorong sikap agresif ini dalam kalangan pemain.

Ini bukan membawa maksud bahawa pihak lain tidak terlibat dalam tindakan agresif, malahan
dalam artikel yang dikaji banyak memuatkan sikap pengadil yang merupakan pencetus kepada
sikap kasar pemain mahupun jurulatih yang tidak bersetuju dengan keputusan yang diambil oleh
pengadil .

Sikap pengadilan yang tidak adil juga merupakan antara faktor kepada pencetus sikap agresif
pemain.

Terdapat sebahagian pengadil yang tidak bersikap professional dalam mengadili

sesebuah perlawanan atau tidak peka dengan perlawanan sehingga mengundang kekecohan
antara pemain apabila memberikan keputusan yang tidak tepat.

Peraturan pertandingan merupakan jalan penyelesaian kepada sikap agresif pemain. Dalam sukan
bola sepak contohnya, masalah kekasaran pemain disekat melalui pemberian amaran melalui
layangan kad kuning atau merah. Ini merupakan satu cara untuk mengawal sikap agresif pemain.

Kesimpulannya sikap agresif yang dipamerkan oleh pemain dalam sukan mempunyai kesan
positif dan negatif. Sikap agresif yang melampau dan tidak terkawal pastinya dapat mengundang
kecederaan dan mengganggu perjalanan pertandingan. Sikap penonton yang terlalu fanatik
terhadap pasukannya seringkali mengundang satu provokasi kepada pemain lawan. Insiden
pancaran laser sewaktu perlawanan bola sepak, mengganggu konsentrasi dan penumpuan
pemain. Secara tidak langsung mengganggu emosi pemain dan mengakibatkan perlakuan agresif
terhadap pasukan lawan.

Kita sering mengikuti perlawanan bola sepak yang mempamerkan saat terakhir dalam masa
perlawanan lebih banyak aksi kasar ditonjolkan oleh pemain. Ini jelas membuktikan bahawa
perbezaan jaringan atau kekalahan mendorong pemain bersikap lebih agresif dengan harapan
dapat menjaringkan gol dalam saat-saat terakhir. Perlakuan agresif ini adalah demi mencapai
kemenangan dalam pertandingan .

Perlakuan agresif juga dipelajari dari pemerhatian dan perlakuan yang dilihat. Pemain pastinya
akan bersikap agresif sekiranya pasukan lawan juga bersikap agresif. Perasaan marah apabila
dikasari pasti akan dibalas dengan mengasari lawan . Bertepatan dengan teori Bandura berkaitan
faktor keagresifan dalam sukan.

REFLEKSI DARI ARTIKEL

Artikel yang dipilih berkaitan dengan isu permainan bola sepak negara. Ia merupakan kejadian
kekasaran yang dilakukan oleh pemain bola sepak dan sikap pengadilan . Tindakan kekasaran
yang berlaku semasa perlawanan akan mencetuskan perasaan tidak puas hati bukan sahaja
pemain malahan jurulatih, pengurus dan persatuan yang terlibat. Perasaan tidak puashati ini
bukan setakat di padang tetapi akan terus berbunyi walaupun perlawanan telah tamat.Bak kata
pepatah rumah siap, pahat masih berbunyi. Ini menjadi lebih serius sekiranya pasukan yang
dikasari kalah dalam perlawanan tersebut.

Tindakan agresif yang ditonjolkan oleh pemain dalam bola sepak umumnya berkaitan kesalahan
yang sengaja dilakukan oleh pemain seperti menendang pemain lawan, menjatuhkan pemain
lawan, menyerbu pemain lawan daripada belakang dan sebagainya. Kesalahan-kesalahan ini
sekiranya tidak disedari oleh pengadil akan menggalakkan pemain untuk terus melakukan
tindakan agresif ini. Adalah penting sebagai seorang pengadil untuk sentiasa peka dengan
tindakan pemain dan bertindak tegas apabila berlakunya kekasaran dalam tempoh perlawanan.
Ingin ditekankan bahawa perlakuan agresif bukan perlakuan yang agresif sahaja bahkan turut
melibatkan perkataan kasar dan tidak elok yang digunakan semasa perlawanan.

Adalah menjadi hak pengadil untuk menegur pemain yang melakukan kesalahan berulang kali.
Pengadil secara rasmi member amaran kepada pemain dengan menunjukkan kad kuning. Kad
kuning memberitahu kepada pemain bahawa sekiranya dia mengulangi kesalahan, dia akan
dibuang padang. Tendangan percuma kepada pemain lawan , layangan kad kuning dan sepakan
penalti adalah hukuman kepada pemian yang bersikap agresif dalam perlawanan .

Sikap agresif yang keterlaluan pasti mengundang padah kepada pemain lawan dan pemain itu
sendiri. Kad kuning yang diperoleh oleh pemain akan menyekat pemain daripada menyertai
perlawanan lain. Pemain yang dikasari pula pastinya akan mengalami kecederaan akibat
perlakuan agresif . Penyokong yang bersikap fanatik pula menyimpan dendam kepada pemain
yang melakukan keagresifan kepada pemain pujaannya, sehingga mengundang masalah lebih
serius seperti ugutan bunuh.

Jurulatih dan pengurus pasukan pula tidak melakukan perlakuan agresif tetapi seringkali
menghamburkan perkataan yang tidak enak didengar. Antara puncanya memarahi pemain yang
tidak beraksi dengan baik, memarahi pengadil atas keputusan yang diambil dan sikap pemain
lawan yang tidak disedari oleh pengadil.

Tindakan agresif jurulatih juga berlaku ketika sesi latihan pemain. Jurulatih yang mempunyai
matlamat untuk memenangi perlawanan melakukan pelbagai latihan berat, yang melampaui
kemampuan pemain dan penggunaan perkataan yang tidak baik.

Tindakan agresif sememangnya perlu dalam sesuatu perlawanan untuk memastikan pasukan
menang dalam perlawanan tersebut. Tindakan itu perlu mematuhi peraturan dan tidak sesekali
mendatangkan kecederaan kepada pemain lawan. Peranan pengadil dan ketua pasukan amat
penting dalam menyelesaikan dan mengawal tindakan kasar pemain.

PENUTUP

Kesimpulannya, keagresifan dalam sukan tidak mustahil untuk diatasi jika mereka yang terlibat
mempunyai niat yang positif untuk sama-sama mengatasi keadaan ini. Penggiat sukan
sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan atlet-atlet muda di bawah didikan masingmasing dapat bertanding dalam suasana yang selamat dan kondusif.

Mungkin mereka yang boleh menghalang berlakunya keganasan itu adalah jurulatih, media massa
dan kaum pendidik. Mereka sendiri tidak terlibat secara langsung dalam tindakan keganasan. Ahli-ahli
sukan sering mematuhi jurulatih mereka oleh kerana mereka berasa bahawa mereka mempunyai
tanggungjawab moral dan sosial terhadap jurulatih. Oleh itu, jurulatih dan kaum pendidik mempunyai
tanggungjwab yang besar untuk menghapuskan keganasan yang berlaku dalam sukan.

Walaupun ada antara peminat sukan yang mengganggap perlakuan agresif yang berlaku
ketika beraksi di padang adalah sesuatu yang dijangkakan, namun kita tidak boleh membenarkan
perlakuan agresif ini berlaku berterusan. Masyarakat perlu kembali menghayati Objektif sebenar
sukan yang bertunjangkan perpaduan dan kesihatan bukan mengundang kepada perbalahan
mahupun kecederaan.

BIBLIOGRAFI

Bandura, A., 1973. Aggression: A Social Learning Analysis. Englewood Cliffs, N J: Prentice
Hall.
Baron. R. A. dan Richardson, D. R., (1984). Human Aggression. New York: Plenum
Dollard, J., Doob, J., Miller, N., Mowrer, O. dan Sears, R. (1939). Frustration and Aggression.
New Haven, CT: Yale Universiti Press.
Gill, D. L, (1986). Psychology of Sports: A Social Psychology Approach. Dubuque, IA:
William C. Brown.
Mohd Taib Bin Harun, Dr.Norlena bt Salamuddin. (2007).HBPE 1203 Kecergasan Fizikal.
Kuala Lumpur: Meteor Doc. Sdn. Bhd
Paish, W. (1974). Introduction to Atheletics. London: Faber & Faber
Peter JL Thomson. Introduction to Coaching Theory. International Amateur Atheletic
Federation. England: Marshallart Print Servises LTD.
Joseph A Luxbacher. Bola sepak meniti kejayaan. Alih bahasa, Hamdan Mohd Ali, Times, 1998.

Omardin Ashaari, Pengurusan Sukan,Utusan Publication &Distribution,1998


Seyle, H. (1982). History and present status of the stress concept. In S. Breznitz & L. Goldberger
(Eds), Handbook of stress: Theoretical and clinical aspects. New York: Free Press.
Silva, J. M., (1980). Understanding aggressive behavior and its effects upon athletics
performance. In W. F. Straub (Ed.), Sport Psychology: An Analysis o Athlete Behavior.
Edisi Kedua. Ithaca, NY: Mouvement.
Thirer, J., (1993). Aggression, In R. N. Singer, M. Murphey, L. K. Tennant (Eds.), Handbook of
Research on Sport Psychology, hlm. 368-378. New York: Macmillan.
Widmeyer, W. N., (1984). Aggressionperformance relationships in sport. In J. M. Silva dan
R. S. Weinberg (Eds.), Psychological Foundations of Sport, hlm. 274-286. Champaign,
IL: Human Kinetics.

http://www.bharian.com.my/articles/

http://www.hmetro.com.my/articles/.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/co

LAMPIRAN ARTIKEL

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (Kafa), semalam, membuat aduan rasmi kepada Persatuan Bola
Sepak Malaysia (FAM) mengenai kekasaran melampau yang dilakukan dua pemain Selangor, Amri
Yahyah dan Bunyamin Omar ke atas pemain importnya, Mohammad Ghaddar pada perlawanan Liga
Super, 29 Jun lalu.
Setiausaha Agung Kafa, Azman Ibrahim berkata, pihaknya kini hanya menunggu tindakan lanjut daripada
badan induk bola sepak itu.
"Surat aduan berserta klip video perlawanan dihantar kepada FAM tadi (semalam) selepas kami
mengumpul bahan bukti dan membuat analisis. Kini terpulang kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM
untuk membuat keputusan sama ada mahu membuka kertas dakwaan atau tidak," katanya kepada Sinar
Harian, semalam.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan mengenai sikap Ghaddar yang dikatakan sering cuba
melakukan provokasi kepada pihak lawan, Azman berkata, tidak menyedari perkara tersebut kerana
pemain dari Lubnan itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak persatuan mahupun rakan
pasukan yang lain.
Mengakui mereka selalu berdepan dengan masalah komunikasi dengan pemain berusia 28 tahun itu,
Azman bagaimanapun enggan bertindak terburu-buru untuk menghukum pemain berkenaan.
"Setakat ini Ghaddar tiada sebarang masalah dalam pasukan mahupun pihak pengurusan. Saya tidak
tahu apa yang berlaku di padang, namun saya pasti masing -masing ada sebab tersendiri mengapa
mereka melakukan sesuatu tindakan.
"Sekiranya benar pemain Kafa melakukan sebarang kesalahan, kami pasti akan menyiasat kes tersebut
secara adil dan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap mereka," katanya

Oleh Azlan Hafeedz


Kota Bharu: Penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin akhirnya membuka mulut
apabila menafikan sengaja menyiku muka Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo
sehingga menyebabkan pemain Johor Darul Takzim (DT) itu mengalami kecederaan
hidung dan terpaksa mendapatkan rawatan susulan.
Sambil menyatakan dia langsung tidak menyimpan niat jahat untuk mencederakan bekas
pemain The Red Warriors (TRW) itu, Indra Putra berkata, sebagai pemain profesional, dia
menghormati peraturan bola sepak negara dan sedar sebarang kekasaran yang dilakukan
secara sengaja boleh mengundang padah.
Saya tidak melakukan apa-apa (kekasaran) terhadap Mat Yo. Ketika itu, berlaku perebutan
bola 50-50 antara saya dengannya. Lagipun, perkara itu berlaku betul-betul di depan pengadil
dan juga penjaga garisan. Seandainya saya melakukan kekasaran itu secara sengaja atau
mempunyai niat jahat terhadap Mat Yo, tentu saya akan dikenakan tindakan tegas oleh
pengadil,

termasuk

dilayangkan

kad

merah.

Malah, Mat Yo atau pemain Johor DT lain akan terkam saya jika sengaja melakukan
kekasaran itu. Tapi mereka tidak berbuat sedemikian kerana melihat secara jelas bagaimana
kejadian itu berlaku, katanya yang menyerahkan perkara itu kepada Persatuan Bolasepak
Kelantan (KAFA).

Harian Metro semalam melaporkan Indra bakal berdepan tindakan Persatuan Bolasepak
Malaysia (FAM) selepas dia didakwa menyiku Norshahrul ketika pertembungan suku akhir kedua
Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV Sabtu lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.


Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan mengemukakan laporan berhubung insiden
penyerang import Johor Darul Takzim (Johor DT) Leonel Nunez yang menunjukkan isyarat lucah
kepada penyokong Kelantan dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad
IV, Kota Bharu Sabtu lalu.
Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan mengemukakan sebarang
aduan kepada FAM memandangkan Nunez tidak lagi menyarung jersi Johor DT musim depan.
Kita tidak akan kemukakan laporan berhubung insiden tersebut, lagipun kontrak pemain berkenaan
(Nunez) bersama Johor DT sudah tamat.
Jika laporan berhubung insiden berkenaan dibuat, ia tidak mempunyai kesan, katanya semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia
(FAM) yang menunggu aduan rasmi daripada KAFA berhubung insiden tersebut.
Kosmo! semalam melaporkan FAM kini hanya menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak
Kelantan (KAFA) berhubung insiden panas yang berlaku pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di
Stadium Sultan Muhammad IV.
Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak berkata, KAFA boleh mengemukakan
laporan terhadap insiden yang berlaku pada pertembungan penuh dramatik itu.
Satu lagi insiden melibatkan seorang lagi penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idlan Talaha atau
dikenali sebagai Mat Yo yang mengalami kecederaan apabila hidungnya berdarah selepas disiku oleh
tonggak Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.
Tambah Azman, tindakan Nunez itu dianggap cukup biadap memandangkan pemain kelahiran
Argentina itu mencari rezeki di negara ini.
Biarpun tidak membuat laporan tetapi tindakan Nunez itu adalah satu penghinaan kepada rakyat
Malaysia. Ia tidak sepatutnya berlaku, katanya.
Mengulas mengenai tindakan pemain The Red Warriors, Indra Putra yang didakwa menyiku penyerang
Johor DT, Mat Yo, Azman memberitahu, KAFA tidak akan mengemukan laporan berhubung insiden
tersebut.
Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net), Mohd.

Khairi Yazib berkata, tindakan Nunez menunjukkan isyarat tersebut sebagai tidak bermoral.
Menurutnya, selaku pemain bola sepak profesional dia tidak sepatutnya bertindak demikian yang
boleh menimbulkan kemaharan penyokong.
Saya puji tindakan penyokong yang tidak mudah melatah dengan provokasi murahan pemain
berkenaan, ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz2h5lCE58A


Hakcipta terpelihara

Anda mungkin juga menyukai