Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dalam sukan berpasukan.

Nilai-nilai murni adalah merujuk kepada perkara-perkara yang positif yang diamalkan
oleh seseorang. Antara cara yang dikenal pasti berupaya untuk menerapkan nilai-nilai
murni ialah melalui aktiviti sukan. Contohnya disiplin diri yang tinggi dapat membantu
seseorang atlet untuk berada di puncak kecemerlangan. Seseorang atlet yang
berdisiplin akan mudah mendapat sokongan daripada masyarakat. Atlet yang berdisiplin
tahu peranan dan tanggungjawabnya, mematuhi arahan ketua dan jurulatih, mengikut
jadual latihan yang ditetapkan dengan baik dan menghormati rakan sepasukan yang
lain. Atlet yang berdisiplin juga berupaya mengawal emosi untuk mengelakkan perkara
yang tidak diingini berlaku semasa permainan.

Kegagalan mengawal emosi semasa bermain akan membawa kesan negatif


kepada diri sendiri ataupun pasukannya. Selain itu, melalui permainan para pemain
dapat memahami undang-undang, strategi, taktik dan kemahiran dalam suatu
permainan. Etika dan peraturan permainan perlu difahami dengan jelas. Pemahaman
yang jelas terhadap etika permainan dapat mengelakkan pemain daripada melakukan
kesalahan semasa bermain. Kerjasama penting dalam sesuatu permainan. Atlet akan
menikmati keseronokan bermain dan dengan itu kemenangan akan diraikan bersama
manakala kekalahan tidak akan dipertanggungjawabkan kepada individu dalam
pasukan. Kesetiaan kepada pasukan adalah perlu untuk memastikan kerjasama yang
erat dalam kalangan atlet. Tindakan agresif seperti memberi rasuah dalam pasukan
yang pernah bermain sebelum ini berpunca daripada sikap tidak setia kepada pasukan
dan sikap sesetengah individu yang tidak jujur dan amanah.

Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang
sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada
agama. Memang menjadi tujuan semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk
menjadi baik dan berakhlak mulia" (Wan Mohd. Zahid, 1988). Terdapat banyak nilai-nilai murni yang
dapat dipupuk dalam diri murid-murid melalui sukan yang diceburi. Contohnya, nilai menghargai masa,
menghargai nyawa, memelihara dan meningkatkan keadaan kesihatan diri dan masyarakat supaya dapat
meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan hidup.

Selain itu, atlet sukan juga belajar menghargai amalan kelaziman latihan kecergasan dan kesihatan.
Mereka menghargai pentingnya mengikut prinsip-prinsip latihan. Di samping itu, atlet-atlet sukan juga
akan menyedari pentingnya rehat dan rekreasi serta mengamalkannya. Pada pandangan saya, sukan
merupakan wadah yang paling berkesan dalam membentuk nilai-nilai murni seperti berdisiplin,
bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri setiap pemain khususnya dalam
sukan berpasukan seperti bola sepak, bola keranjang, bola jaring, hoki dan sebagainya.

Nilai murni yang ada pada seseorang atlet sangat penting. Mereka tidak akan berjaya jika tidak berlaku
adil atau menipu, sama ada kepada diri sendiri atau kepada pihak lawan. Tidak adil kepada diri sendiri,
kerana kurang penumpuan atau fokus, kurang latihan, persediaan yang hanya dilakukan ala kadar, lemah
minda dan sebagainya. Akhirnya, ekoran dari rasa terdesak, dia mengetepikan peraturan dengan
mengambil bahan-bahan terlarang, sekali gus tidak berlaku adil kepada pihak lawan.

Status sebagai atlet negara bukan merupakan cabaran yang mudah. Atlet
bertanggungjawab menunjukkan prestasi sukan yang cemerlang dan menggalas
harapan seluruh rakyat Malaysia bagi mengharumkan nama negara di persada
dunia. Bagi menjadi seorang atlet yang cemerlang, atlet perlu mempunyai
semangat jati diri, ketahanan mental dan fizikal, spiritual dan sahsiah yang tinggi.
Begitu juga dengan nilai-nilai murni dalam diri seseorang atlet. Melalui sukan
berpasukan banyak elemen-elemen nilai murni yang dapat diterapkan di dalam diri
para atlet mahupun pemain dalam kumpulan permainan tertentu. Nilai-nilai murni
adalah merujuk kepada perkara-perkara yang positif yang perlu diamalkan oleh
seseorang untuk menjamin hubungan yang rapat antara pemain di dalam pasukan
permainan. Terdapat banyak nilai-nilai murni yang dapat dipupuk dalam diri pemain
atau pelajar melalui sukan yang diceburi. Contohnya, nilai menghargai masa,
menghargai nyawa, memelihara dan meningkatkan keadaan kesihatan diri dan
masyarakat supaya dapat meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan hidup.

Dalam sesebuah perlawanan para pemain akan terdedah dengan konsep menang
dan kalah. Oleh yang demikian mereka mesti mempunyai semangat kesukanan
yang tinggi serta boleh menerima hakikat kepada kekalahan mahupun
kemenangan dengan hati yang terbuka.

Antaranya ialah sukan bola tampar dapat melatih semangat berpasukan, semangat kerjasama,
semangat setiakawan, mengawal stress serta dapat menyihatkan tubuh badan. Semua nilai
tambah ini menyebabkan pelajar tertarik dan jatuh cinta dengan sukan bola tampar.

Salam 1Malaysia,

Nilai-nilai murni perlu diterapkan sejak dari peringkat umur kanak-kanak supaya mereka boleh
menjalani kehidupan dengan harmoni. Berbagai-bagai kaedah boleh dilakukan untuk
menerapkan nilai-nilai murni di kalangan kanak-kanak mahupun remaja. Salah satu caranya
ialah melalui sukan berpasukan. Antara sukan berpasukan yang boleh dijadikan contoh dalam
penerapan nilai murni ialah permainan bola tampar. Perkara pertama yang membuatkan
seseorang jatuh cinta dengan sukan bola tampar ialah sukan bola tampar melatih semangat
berpasukan. Di dalam permainan bola tampar semua ahli pasukan memainkan peranan
masing-masing. Sebagai contoh dalam keadaan untuk menerima servis daripada pihak lawan
semua ahli pasukan bersedia untuk menyangga bola supaya pengumpan dapat mengumpan
bola kepada perejam untuk mematikan servis tersebut. Jikalau ahli lain tidak bekerjasama untuk
menyangga bola tersebut sudah pasti pihak lawan akan mendapatkan mata. Kesimpulannya,
sukan bola tampar dapat memupuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan rakan
sepasukan. Dalam permainan bola tampar kerjasama amat penting. Sebagai contoh, apabila
pihak lawan merejam bola, tiga orang ahli pasukan hendaklah melompat bersama untuk
menghadang bola tersebut daripada masuk, manakala tiga pemain lain hendaklah bersedia
untuk menyangga bola rejaman pihak lawan untuk memastikan pihak lawan tidak mendapat
mata. Sementara itu dalam setiap sukan jika kepercayaan terhadap ahli sepasukan yang lain
tidak kukuh maka pasukan itu mudah dikalahkan. Sebagai contoh, jika seorang pengumpan
tidak yakin dengan perejam untuk membuat rejaman dengan baik sudah pasti dia tidak akan
mengumpaan bola kepada perejam tersebut. Impaknya, tiada serangan dapat dilakukan dan
kesannya kemungkinan pasukan itu tidak boleh memenangi perlawanan yang diadakan.
Semangat setiakawan dalam kalangan rakan sepasukan sangat penting untuk pencapaian
cemerlang setiap pasukan dalam sukan berpasukan. Melalui sukan bola tampar buka sahaja
dapat menarik ramai pelajar untuk mempelajari cara-cara bermain tetapi juga sukan bola
tampar dapat melatih semangat berpasukan, semangat kerjasama, semangat setiakawan,
mengawal stress serta dapat menyihatkan tubuh badan. Penerapan nilai-nilai tersebut sangat
penting untuk mewujudkan sebuah pasukan yang disegani oleh pihak lawan.

Anda mungkin juga menyukai