Anda di halaman 1dari 4

KARANGAN : JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

BY FATIN NABILLA

Cogan kata ?Jiran sepakat membawa berkat? wajar diamalkan oleh


setiap anggota masyarakat di negara ini supaya semangat kejiranan
dapat dipupuk. Bincangkan.

Pada zaman globalisasi ini, orang yang tinggal paling dekat dengan kita
adalah jiran dan sebab itulah jiran menjadi orang yang paling dekat
dengan kita. Oleh sebab itu, jiran merupakan orang yang pertama kita
meminta tolong sekiranya kita ditimpa musibah seperti kebakaran,
kematian, dan malapetaka yang lain. Pada waktu inilah, pertolongan
orang lain, khususnya jiran amat diharapkan.
Jiran pula boleh dikategorikan sebagai jiran yang baik atau jiran yang
kurang baik. Seseorang itu akan menjadi untung jikalau mendapat
seorang jiran yang baik dan itulah menjadi kemahuan orang ramai.
Semua anggota masyarakat dikehendaki mengamalkan cara hidup
seperti “aur dengan tebing” untuk keberkatan dalam kehidupan.
Dengan cara inilah, masyarakat dapat mengamalkan semangat
kekitaan dan keprihatinan terhadap masalah yang terlibat oleh jiran.
Masyarakat juga akan mengambil berat masalah yang dihadapi oleh
jiran serta berusaha untuk mengatasi masalah tersebut bagi meringankan
beban jiran yang ditanggungkan oleh mereka.
Selain itu, pertolongan daripada jiran amat diperlukan apabila kita
hendak mengadakan majlis kenduri perkahwinan ataupun majlis rumah
terbuka. Walaupun pengurusan ini dapat diuruskan oleh upah atau
kontrak, kehadiran jiran dapat memeriahkan suasana majlis tersebut.
Apabila seseorang itu tidak bergaul dengan orang yang lain, apabila dia
hendak mengadakan sesuatu majlis, siapakah yang dia akan jemput?
Dia akan berasa sukar untuk membuat keputusan untuk menjemput
masyarakat setempatnya.
Seterusnya, di mana kita tinggal, kita perlu mempunyai jiran yang baik
kerana jiran akan menjadi tempat yang kita memohan bantuan
sekiranya kita ditimpa susah dan tempat yang bergembira ketika kita
senang. Jadi, jikalau kita ingin memdapatkan jiran yang baik, kita
haruslah menjadikan diri kita sebagai jiran yang baik.
Kesimpulannya, kehadiran jiran amat bermakna dalam kehidupan kita.
Oleh itu, jadikanlah kita sebagai jiran yang baik supaya tidak
mengamalkan sikap “seperti enau di dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing”. keharmonian dan keamanan bermula di rumah dapat
diikuti dengan kehidupan berjiran yang baik.
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua,
para hakim yang arif lagi bijaksana , guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Terima kasih kerana melapangkan masa untuk mendengar syarahan
saya pada pagi ini. Tajuk syarahan saya ialah “Jiran Sepakat Membawa
Berkat”.

Hadirin sekalian,
Kita semua sedia maklum bahawa jiran merupakan orang yang
terdekat dengan kita. Merekalah yang kita dapat bantuan dengan
segera sekiranya ditimpa kesusahan atau dirundung malang. Oleh itu,
kita mestilah senantiasa mengekalkan sikap berbaik-baik dengan jiran
tetangga kita. Jika kita saling berbaik-baik dan saling membantu, kita
akan banyak menikmati faedahnya. Sebagai contoh, apabila diadakan
aktiviti gotong-royong, kerja-kerja yang berat akan menjadi mudah.
Peribahasa ada mengatakan bahawa “Yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing”.
Pada zaman ekonomi yang agak gawat ini, pelbagai jenayah
sering berlaku di persekitaran kita. Oleh itu, bekerjasamalah dengan jiran
untuk menjaga keselamatan bersama. Elakkan perkara-perkara yang
tidak diingini terjadi kepada seseorang anggota masyarakat berdekatan
dengan kita khususnya. Dengan adanya kerjasama ini bukan sahaja
jenayah dapat dibanteras tetapi juga ikatan silaturahim sesama jiran
dapat dieratkan.
Hindari sikap dengki-mendengki kerana kita juga yang akan rugi.
Segala anggapan dan pandangan buruk terhadap jiran perlu dielakkan.
Amalkanlah sikap hormat-menghormati. Tentunya tiada sesiapa yang
akan rugi, kerana itulah amalan yang murni.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Setiap agama yang diamalkan menggalakkan cara hidup berjiran
tanpa mengira bangsa, warna kulit, dan darjat keturunan. Oleh itu,
amalkanlah semangat kejiranan. Berkunjunglah ke rumah jiran pada hari
perayaan. Dengan cara sedemikian, secara tidak langsung kita telah
mengeratkan hubungan sesama jiran.
Akhir kata, semangat kejiranan haruslah dijadikan keutamaan oleh
anggota masyarakat baik di kampong atau di bandar. Kesejahteraan
hidup sesuatu masyarakat bergantung pada kesepakatan ahli-ahlinya
kerana “jiran sepakat membawa berkat”.

Anda mungkin juga menyukai