Anda di halaman 1dari 2

KEPENTINGAN HIDUP BERJIRAN

Adakah anda mengetahui dan mengenali siapakah jiran anda? Umumnya,


jiran adalah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah seseorang
atau tetangga. Hidup berjiran memerlukan semangat kejiranan. Semangat
kejiranan ini merujuk kepada tahap keakraban dalam hubungan sesama
jiran. Pada masa kini semangat kejiranan amat jelas kelihatan dalam
masyarakat luar bandar jika dibandingkan masyarakat bandar. Apakah
kebaikan semangat kejiranan dalam kehidupan kita?

Antara kebaikan semangat kejiranan ialah kita akan mudah mendapat


bantuan jika kita menghadapi sesuatu masalah. Seperti yang kita sedla
maklum bahawa kehidupan kita tidak dapat lari daripada perkara luar
dugaan seperti kebakaran, kemalangan atau kematian. Jika kita
menghadapi sesuatu bencana sudah tentunya jiranlah orang yang paling
cepat dapat membantu kita. Begitu juga jlka kita sakit, jiranlah yang kita
harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau hospital bagi
mendapatkan rawatan.

Selain itu, semangat kejiranan yang terjalin akan menjamin keselamatan


tempat tinggal kita. Semangat kejiranan akan mendorong jiran kita
menjaga keselamatan tempat tinggal kita. Jika jiran kita mendapati ada
orang yang tidak dikenali datang atau memasuki rumah kita pada waktu
kita tiada di rumah, jiran pasti akan menghubungi kita. Contoh pada
musim perayaan, jika kita pulang ke kampung untuk menziarahi rumah
saudara-mara, jiranlah orang yang kita harapkan dapat membantu
menjaga rumah kita.

Kebaikan lain semangat kejiranan ialah jiran akan dapat membantu kita
dalam menjayakan majlis keramaian. Majlis keramaian yang kita adakan
kadangkala memerlukan bantuan jiran di sekeliling kita. Dengan adanya
bantuan jiran ini majlis tersebut menjadi ringan dan Berjaya dilaksanakan.

Semangat kejiranan yang terjalin juga membolehkan gejala negatif di


tempat tinggal kita dicegah. Jiran yang baik, pastinya dapat mendidik dan
menasihati anak mereka agar tidak melakukan perkara negatif yang
boleh mengganggu ketenteraman membuat bising dan perkara
berbahaya di kawasan kejiranan
Di samping itu, semangat kejiranan membantu memupuk semangat
perpaduan dikalangan rakyat dalam Negara kita. Perpaduan yang terjalin
akan membolehkan rakyat hidup dalam keadaan aman dan damai.
Nyatalah semangat kejiranan banyak memberi manfaat baik kepada diri
sendiri, penduduk setempat dan masyarakat umumnya. Manfaat yang
lebih besar lalah semangat kejiranan ini dapat mendorong terjalinnya
hubungan baik antara kaum dan membawa kepada perpaduan kaum

Anda mungkin juga menyukai