Anda di halaman 1dari 1

Lengkapkan teks dibawah dengan perkataan yang sesuai.

kesihatan Bersenam kecergasan berfungsi


tekanan positif

Kebaikan aktiviti bersenam


Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menjaga _____________ diri.
Antara cara tersebut termasuklah bersenam. _____________ perlu dijadikan
amalan oleh setiap anggota masyarakat kerana aktiviti senaman memberikan
faedah kepada kita.
Bersenam dapat mengekalkan kesihatan dan _____________ tubuh
badan kita. Kita akan mengeluarkan peluh selepas bersenam. Selain itu, organ
dalaman tubuh kita juga dapat _____________ dengan baik hasil daripada
amalan bersenam. Lantaran itu, kita akan sentiasa aktif dan bersemangat untuk
melakukan pelbagai aktiviti harian. Jelaslah bahawa tubuh badan kita akan
sentiasa sihat dan cergas jika kita rajin bersenam.
Dalam menjalani kehidupan seharian, kita akan berhadapan dengan
pelbagai____________. Oleh sebab itu, kita perlu rajin bersenam kerana
bersenam dapat mengurangkan tekanan yang kita hadapi. Hal ini demikian
kerana semasa bersenam, fikiran kita akan tertumpu dengan sepenuhnya
terhadap aktiviti tersebut. Keadaan ini menjadikan diri kita sentiasa bersikap
_____________. Kita juga dapat berfikir secara matang ketika menghadapi
masalah.
Kesimpulannya, pelbagai faedah akan kita peroleh jika kita menjadikan
aktiviti bersenam sebagai aktiviti utama kita. Setiap faedah tersebut membawa
makna yang tersendiri dan seterusnya menjadi pemangkin kepada diri kita untuk
mencapai keseimbangan dan kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan.
Kita bukan sahaja akan sentiasa bermotivasi tinggi, malahan akan sentiasa
bersemangat dalam menjalani kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai