Anda di halaman 1dari 6

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan

berikutnya.
Pada hari Sabtu yang lalu, kami sekeluarga pergi ke Kajang
untuk menghadiri majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar. Kami
sampai sejurus majlis tersebut dilangsungkan.
Setibanya kami di sana, kami disambut oleh Pak Long Jaafar
dan Mak Long Kiah. Saya lihat ramai orang kampung yang sibuk
bergotong-royong di rumah Pak Long. Ada yang sedang
memasang khemah, membuat pelamin dan juga menyediakan
bahan untuk memasak lauk-pauk di penanggah.
Ibu mengajak aku ke ruang dapur. Kami turut membantu
mengupas bawang dan ubi kentang. Suasana riuh-rendah. Ayah
dan abang pula membantu menyiang ayam. Aku lihat abang
nyaris-nyaris muntah kerana tidak tertahan dengan bau hanyir
ayam.
Upacara pernikahan dilangsungkan pada sebelah malam.
Selesai sahaja akad nikah, majlis berinai diadakan. Para tetamu
pula dijemput makan di khemah yang telah disediakan.
Keesokan harinya, majlis persandingan diadakan pada
pukul 2.00 petang. Pengantin diarak dengan bunga manggar
serta paluan kompang. Selepas itu, kedua-dua mempelai duduk di
atas pelamin. Cantik sungguh Kak Sarah, bisikku kepada emak.
Pak Long Jaafar dan Mak Long Kiah dijemput menepung tawar
pengantin diikuti kaum keluarga terdekat. Tetamu yang
menepung tawar pengantin dihadiahkan sekuntum bunga telur.
Selesai sahaja upacara menepung tawar, pengantin dan para
tetamu makan di khemah yang telah disediakan.
Selepas selesai makan, tetamu beransur pulang. Kami
sekeluarga juga ingin pulang awal kerana abang akan menduduki
peperiksaan SPM pada pukul 8.00 pagi esok. Sebelum pulang, Pak
Long Jaafar sempat mengucapkan terima kasih kepada kami
kerana sudi menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Mak Long
Kiah pula menghulurkan bungkusan yang berisi nasi dan lauk-
pauk sebagai buah tangan untuk kami.
1. Bilakah majlis perkahwinan anak Pak Long Jaafar diadakan ?
A. Hari Sabtu
B. Hari Ahad
C. Hari Isnin
D. Hari Jumaat
2. Mengapakah abang aku nyaris-nyaris muntah ?
A. Kerana tidak tahan bau hanyir ayam.
B. Kerana ayam sudah berbau busuk.
C. Kerana tidak tahan melihat darah ayam.
D. Kerana ayam yang disiangi terlalu banyak.
3. Perkara berikut diadakan semasa hari persandingan,
kecuali
A. menepung tawar
B. bersanding.
C. berarak
D. akad nikah
4. Apakah yang dihadiahkan kepada tetamu yang menepung
tawar pengantin ?
A. Sekuntum bunga mawar.
B. Sekuntum bunga telur
C. Sebiji telur.
D. Sepotong kek.
5. Apakah hubungan antara penulis dengan Sarah ?
A. Adik-beradik
B. Sepupu
C. Besan
D. Anak Saudara
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikut.

Zaba terkenal sebagai pejuang bahasa. Beliau banyak


menyumbangkan jasa dalam bidang bahasa dan pendidkan.
Banyak buku dalam bidang tersebut telah dihasilkannya.

Nama penuh Zaba ialah Zainal Abidin bin Ahmad. Beliau


dilahirkan pada 16 September 1895. Beliau ialan anak jati
Kampung Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Zaba sangat gigih mencari ilmu. Beliau menghadapi


pelbagai cabaran. Ketika itu bahan bacaan teramat sukar
diperolehi. Namun beliau tidak pernah berputus asa. Beliau
belajar pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Belanda dan
Arab. Beliau juga mahir dalam bahasa-bahasa tersebut.

Zaba juga tekun mengarang. Beliau telah menghasilkan


buku-buku tatabahasa Melayu. Buku-buku beliau menjadi rujukan
hingga kini.

1. Apakah nama penuh Zaba

2. Di manakah Zaba dilahirkan?

3. Apakah bidang sumbangan yang telah diberikan oleh Zaba


kepada kita?

4. Bilakah tarikh lahir Zaba?


5. Apakah bahasa yang dipelajari oleh Zaba?
Dilahirkan di
__________

Banyak
Nama menyumban
sebenar g jasa dalam
beliau ialah bidang
_____________ _____________
_______

Banyak Berkemahira
menghasilka n dalam
n buku berbahasa
____________ _____________

Lahir pada
___________

Anda mungkin juga menyukai