Anda di halaman 1dari 7

SKOR

PENILAIAN PENGGAL SATU 100

UJIAN PEMAHAMAN Lima puluh minit

A. Baca. Warnai kata yang betul. /12 markah

pisau berus gigi pensel


1. benda yang digunakan di dapur

2. benda yang digunakan di bilik air pemadam beg syampu

3. benda yang digunakan di kelas kapur bantal senduk

4. benda yang digunakan di bilik tidur berus pen selimut

B. Susun huruf. Tulis pekerjaan yang betul. /18 markah

raksa tokdor

1 ._____________ 2. _________

laneyan tejurura

3. _________ 4. _________

sopnem rugu

5. _________ 6. _________
C. Lengkapkan simpulan bahasa yang berikut. /18 markah
1. tulisan yang buruk

cakar + = _______________

2. rajin bekerja

ringan + = _______________

3. suka bercakap

mulut + = _______________

4. oleh-oleh

buah + = _______________

5. degil

keras + = _______________

6. sombong

hidung + + = _______________

D. Bina satu ayat daripada perkataan yang diberi. /16 markah


1. (a) Bola Imran bulat.
(b) Bola Imran berwarna merah. (dan)
_______________________________________________________________.

2. (a) Ayah Bala peguam?


(b) Ayah Bala doktor? (atau)
_______________________________________________________________.

3. (a) Shima tidak ke sekolah.


(b) Shima demam. (kerana)
_______________________________________________________________.

4. (a) Cikgu Maria cantik.


(b) Cikgu Maria garang. (tetapi)
_______________________________________________________________.
E. Padankan. /10 markah
1. Kami meminjam buku
di sini.

2. Kami belajar di sini.

3. Kami bermain bola sepak


di sini.

4. Kami membeli makanan


dan minuman di sini.

5. Kami beratur untuk


membayar buku yang dibeli.

F. Lengkapkan ayat dengan kata tanya yang betul.


/6 markah

1. _____________kah warna kain itu?

2. __________kah yang bernyanyi itu?

3. __________________kah ibu pulang dari pejabat?

G. Baca. Bulatkan jawapan yang betul. /10 markah


Pada hujung minggu, Chandra mengikut bapanya memancing. Mereka
memancing di tasik. Bapa Chandra menyediakan peralatan memancing. Antaranya
termasuklah umpan, batang pancing, dan baldi.
Pada mulanya Chandra berasa bosan. Dia tidak mendapat ikan. Tiba-tiba
Chandra terasa batang pancingnya ditarik. Seekor ikan telah termakan umpannya.
Chandra tersenyum. Usahanya telah berjaya.

1. Apakah aktiviti yang dilakukan oleh Chandra pada hujung minggu?


A memancing B berenang C membaca

2. Dengan siapakah Chandra memancing?


A abang B bapa C kawan
3. Di manakah Chandra memancing?
A sungai B laut C tasik
4. Apakah peralatan memancing yang tidak dibawa oleh Chandra?
A batang pancing B tali C umpan
5. Kata bosan seerti dengan kata…
A letih. B jemu. C benci.

H. Baca. Lengkapkan ayat. /10 markah

Hobi Arina ialah mengumpulkan poskad. Poskad-poskad itu diperoleh


daripada kawannya. Ada yang dibeli di kedai. Gambar pada poskad itu sangat
cantik. Ada gambar pemandangan, tempat bersejarah, dan tumbuh-tumbuhan.
Arina menyimpan poskad itu di dalam album. Dia menyusunnya dengan kemas.

1. Hobi Arina ________________________________.

2. Poskad-poskad itu diperoleh daripada _______________________.

3. Arina membeli poskad itu di ____________________.

4. Pada poskad itu ada gambar _________________________________________.

5. Arina menyimpan poskad-poskad itu di dalam ____________________________.

SKOR

PENILAIAN PENGGAL SATU 100


UJIAN PENULISAN Satu jam lima belas minit

A. Lihat gambar bersiri di bawah ini. Nomborkan ayat. /42 markah

Tikus tidak dapat berjalan kerana kenyang.

Tikus makan labu itu sampai habis.

Tikus dan tupai berkawan baik.

Seekor ular datang lalu memakan tikus itu.

Tikus dan tupai terjumpa akan sebiji labu yang besar.

Pada suatu hari, tikus dan tupai keluar mencari makanan.

B. Susun kata. Tulis. /40 markah


1. melihat / dan / gambar / saya / datuk / album

_________________________________________

2. nenek / menjahit / mengajar / saya / baju

_________________________________________

3. Maisara / ibunya / di / dapur / memasak / menolong

_________________________________________

4. tidur / kucing / itu / kerusi / di / atas

_________________________________________

5. buaian / menangis / dalam / di / bayi / itu

_________________________________________

6. sedang / rumput / itu /kerbau /makan

_________________________________________

7. panas / cuaca / ini / hari / sangat

_________________________________________

8. stoking / memakai / Pak Cik Mat / sepasang


_________________________________________

C. Tulis nombor pada ayat-ayat mengikut urutan. /18 markah


Jenice memberi arnabnya makan lobak setiap hari.

Ayah membawa Jenice ke kedai menjual haiwan peliharaan.

Arnab itu diletakkan di dalam sangkar.

Ada beberapa ekor arnab yang dijual di situ.

Setiap petang, Jenice bermain dengan arnab-arnabnya.

Jenice suka akan arnab.

Anda mungkin juga menyukai