Anda di halaman 1dari 2

SULIT

SJK (C) PEI HWA


BAHASA MELAYU (PENULISAN) TAHUN 4
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2010

Nama : _________________ ( ) Markah : __________


Kelas : 4 ( ) Tarikh : ____ / ____ / ____
T / tangan Ibu bapa : ________

Kertas 2 Masa : 1 jam 15 minit

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh
memilih sama ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Arahan:
Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C mestilah dijawab dalam kertas kajang yang
disediakan.

Bahagian A
( Masa yang dicadangkan : 15 minit )
( 10 markah )

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

Ikhwari bin Ismail/Bahasa Melayu/Tahun 4/Muka surat 1


SULIT

Bahagian B
( Masa yang dicadangkan : 40 minit )
( 30 markah )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1. Anda tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit gigi. Tulis sepucuk surat kepada
guru kelas anda dengan menyatakan hal tersebut.

Atau

2. Tulis sebuah karangan tentang ’Ibu saya’.

Atau

3. Pada suatu malam, anda tinggal bersendirian di rumah. Hujan turun dengan lebat
dan petir sambar-menyambar. Anda sedang asyik menonton televisyen. Tiba-
tiba... (Mulakan karangan anda dengan ’Tiba-tiba...’)

Bahagian C
( Masa yang dicadangkan : 20 minit )
( 20 markah )

Tuliskan empat nilai murni yang dikenal pasti di dalam petikan di bawah. Jawapan anda
hendaklah ditulis dalam satu perenggan yang lengkap. Jumlah perkataan mestilah
tidak melebihi 40 patah perkataan.

Pada waktu petang, Marsha pergi ke perpustakaan sekolah


bersama-sama rakannya. Mereka ke sana untuk menyiapkan kerja
rumah yang diberikan oleh Cikgu Aliyah.

Dalam perjalanan ke sekolah, dia ternampak jirannya, Mak Cik


Kalsom sedang menjual keropok lekor. Dia dibantu oleh anaknya iaitu
Karim. Marsha kagum melihat jirannya itu yang bersusah payah untuk
menyara keluarganya. Selama ini, Mak Cik Kalsom menjalankan
perniagaan tersebut hasil usahanya sendiri.

Sewaktu hendak menyeberangi jalan untuk ke sekolah, Marsha


melihat kiri dan kanan sebelum melintas jalan. Kemudian, mereka terus
ke perpustakaan sekolah untuk menyiapkan kerja rumah.

Disediakan oleh : En. Ikhwari Bin Ismail


Disemak oleh : En. Muhamad Sahar Bin Muhamad Rejab

Ikhwari bin Ismail/Bahasa Melayu/Tahun 4/Muka surat 2

Anda mungkin juga menyukai