Anda di halaman 1dari 2

SJK (C) PEI HWA JB

BAHASA MALAYSIA (PENULISAN)


TAHUN 4 PENILAIAN 4 (OKTOBER 2015)

Nama : ( ) Markah : % Kelas :


4( ) Tarikh : / 10 / 2015
T/tangan Ibu bapa :

Kertas 2 Masa : 1 jam 15 minit

Kertas soalan ini mengandungi tiga bahagian: Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian
C. Kamu dikehendaki menjawab ketiga-tiga bahagian. Bagi Bahagian B, kamu boleh memilih sama
ada menjawab Soalan 1, Soalan 2 atau Soalan 3.

Arahan:
Bahagian A dan Bahagian B mestilah dijawab dalam kertas kajang yang disediakan.
Bagi Bahagian C, calon mesti menjawab pada kertas soalan.

Bahagian A
( Masa yang dicadangkan : 15 minit ) ( 10
markah )

Gambar di bawah menunjukkan suasana di halaman rumah. Tulis lima ayat yang lengkap tentang
aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

Chiau Boon Wei / Bahasa Malaysia K2 / Tahun 4 / Oktober 2015 / Muka surat 1
Bahagian B
( Masa yang dicadangkan : 40 minit ) ( 30
markah )

Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya
tidak kurang daripada 60 patah perkataan.

1. Kamu dan rakan sekelas bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Perihalkan suasana
gotong-royong tersebut.

Atau

2. Kelab Sains sekolah kamu telah mengadakan lawatan ke sebuah tempat yang menarik. Sebagai
setiausaha, tulis laporan lawatan tersebut.

Atau

3. Lengkapkan kesudahan cerita ini. Mulakan cerita kamu dengan

“Pada suatu hari, Awang ke sungai. Sungai itu terletak berhampiran dengan rumahnya. Sebaik-
baik sahaja sampai di sungai, Awang menebarkan jalanya. Tiba-tiba, ”

Bahagian C
( Masa yang dicadangkan : 20 minit ) ( 20
markah )

Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Berikan contoh yang
sesuai berdasarkan petikan tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 40 patah perkataan. Tulis jawapan
kamu dalam satu perenggan.

Pada hujung minggu yang lalu, Mei Ling bersenam di sebuah taman rekreasi. Selepas bersenam, dia
berehat sebentar di atas bangku. Tiba-tiba, dia menjumpai sebuah dompet di celah-celah rumput. Tanpa
berlengah masa, dia mengutip dompet tersebut. Dia berjalan kaki ke sebuah balai polis yang
berhampiran dengan taman rekreasi itu. Dia menyerahkan dompet itu kepada pihak polis. Pihak polis
memuji tindakan Mei Ling. Selepas itu, Mei Ling pergi ke perhentian bas untuk menunggu bas pulang
ke rumahnya. Sementara menunggu bas, Mei Ling membaca buku. Ketika bas tiba, Mei Ling tidak
berebut-rebut untuk menaiki bas. Setelah tiba di rumah, dia belajar mengikut jadual yang ditetapkan.

Disediakan oleh : En. Chiau Boon Wei


Disemak oleh : Siti Suraya binti Misron

Anda mungkin juga menyukai